Anda di halaman 1dari 1

KISAH AHMAD

Ahmad merupakan anak yang sangat degil. Pada suatu hari, Ahmad bersama rakan baiknya Ijat
ingin memasuki hutan yang berdekatan dengan kampung mereka. Tetapi ibu Ahmad
melarangnya untuk memasuki hutan tersebut kerana bahaya. Walaubagaimanapun, Ahmad
tetap berdegil untuk memasuki ke dalam hutan tersebut.
Ahmad dan Ijat berasa sangat seronok melihat suasana di dalam hutan tersebut. Setelah
20 minit perjalanan, Ijat berasa sangat penat dan ingin berehat tetapi Ahmad tidak
menghiraukan Ijat lalu meninggalkan Ijat dibelakang.
Sedang leka memanjat bukit, Ahmad tersalah langkah lalu tergelincir dan terjatuh di
atas pokok yang berduri. Seluruh badan Ahmad luka dan tidak dapat meneruskan perjalanan
kerana badannya berasa sangat sakit. Ketika Ahmad tidur-tidur ayam, Ahmad terdengar sesuatu
daripada pokok yang tidak jauh darinya lalu muncul satu makhluk yang berbadan besar,
berbulu dan amat menyeramkan di hadapan Ahmad.
Makhluk tersebut seakan-akan ingin menerkam Ahmad. Dengan kudrat yang masih
ada, Ahmad terus berlari sepenuh hati tetapi makhluk tersebut terus mengejar Ahmad. Tiba-
tiba kaki Ahmad tersandung di akar pokok lalu terjatuh. Ahmad mengheret badannya untuk
untuk bersembunyi tetapi makhluk tersebut semakin menghampirinya. Ahmad menangis dan
merayu kepada makhluk tersebut tetapi makhluk tersebut terus menerkam Ahmad.
‘Ahmad, bangun. sudah nak magrib’. Ibu Ahmad memanggil Ahmad kerana kelihatan
Ahmad mengigau memanggil ibunya sambil menangis. Ahmad tersentak daripada tidurnya lalu
terus memeluk ibunya. Ahmad memohon maaf kepada ibunya dan berjanji akan sentiasa
mendengar cakap ibunya.

Anda mungkin juga menyukai