Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI SEMINAR

Kesan menghadiri kursus seminar ialah saya dapat mengetahui lebih mendalam mengenai kursus
TITAS dari segi kandungannya, ceritanya dan sebagainya. Seterusnya ialah, dengan menghadiri
kursus seminar saya dapat mengetahui cara untuk melakukan kerja yang harus saya lakukan untuk
meluluskan kursus titas ini supaya saya dapat bergraduasi dengan baik. Walaupun mengambil
masa yang singkat untuk mempelajari kesuluruhan bab tetapi ceramah atau taklimat kursusu
TITAS dapat disampaikan dengan baik.
Tiga sebab kursus TITAS sangat penting di ambil di setiap IPTA ialah tumpuan utama kandungan
kursus ini ialah terhadap ilmu ketamadunan dan pengetahuan tentang tamadun-tamadun besar
dunia iaitu tamadun Islam, tamadun Melayu, tamdun India dan juga tamadun Cina. Kursus ini turut
menyediakan pemikiran dan kesedaran kepada para pelajar tentang apa yang sebenarnya yang
berlaku dalam sejarah tamadun umat manusia khususnya di sebelah Asia bahasa yang berlaku
bukanlah pertembungan dan konflik tamadun tetapi sebaliknya interaksi membangun, pertukaran
idea dan budaya hasil dari proes pinjam memimjam antara tamadun. Subjek TITAS juga diharap
dapat menyumbang kepada keharmonian agama dan kaum sekiranya kesedaran mendalam
terhadap kepentingan nilai-nilai bersama sebagai faktor penyatuan masyarakat dan kesedaran
mendalam terhadap kepentingan perbezaan dan pelbagaian sebagai punca kejayaan dan kekuatan.
Seterusnya, dua kesan yang diperolehi daripada kursus seminar di UPSI ialah UPSI sangat prihatin
terhadapa pelajarnya dengan mengadakan taklimat selama dua hari disamping menyediakan
makanan, pengangkutan secukupnya kepada pelajar supaya pelajar dapat mengambil kursus
TITAS dengan cemerlang. Hal ini kerana, jika kursus tidak ambil maka pelajar tidak dapat
bergraduasi pada masa yang ditetapkan. Selain itu, hasil daripada pengorbanan pensyarah dalam
menjayakan kursus seminar tersebut telah memberi kesedaran bahawa pensyarah UPSI sangat
menyayangi pelajarnya dengan tidak terlepas pandang dengan memberi maklumat-maklumat
penting kepada pelajarnya.
LAPORAN BERTULIS VIDEO
Tajun yang dipilih untuk video dibawah Dialek di Malaysia. Tujuan utama mengambil tajuk
tersebut untuk dibuat video ialah kerana Malaysia mempunyai kaum atau etnik yang pelbagai dan
disetiap negeri di Malaysia mempunyai dialek yang tersendiri. Antaranya dialek utara seperti
Kedah, Pulau Pinang manakala dialek dari negeri Timur seperti Kelantan dan Terengganu malah
setiap negeri di Malaysia mempunyai dialeknya masing-masing. Dialek yang terdapat di Malaysia
sangat unik apabila mendengarnya. Oleh itu, saya amat tertarik untuk membuat video mengenai
dialek yang terdapat di Malaysia.
Video dijalankan dengan menggunakan kaedah temubual iaitu menanyakan beberapa
soalan mengenai dialek yang terpilih. Sebagai contoh, saya memilih pelajar UPSI untuk
ditemubual untuk menanyakan beberapa soalan mengenai dialek negeri di belah Utara iaitu dialek
negeri Kedah. Ketika pelajar menjawab soalan tersebut, pelajar tersebut akan menggunakan dialek
negeri Kedah. Antara pengalaman ketika membuat rakaman ialah saya akan mengetahui lebih
lanjut mengenai dialek yang digunakan. Bukan semua perkataan dialek Kedah difahami oleh orang
luar, dengan adanya rakaman ini, kami dapat mengetahui maksud-maksud perkataan yang
digunakan oleh orang Kedah.

Anda mungkin juga menyukai