Anda di halaman 1dari 2

Hutan Paya Bakau

Pengenalan
Bumi adalah sebuah planet yang amat unik dalam cakerawala ini, bukan sahaja dari segi
hidupannya bahkan cara hidupan itu berinteraksi dengan alam sekitarnya. Walaupun keadaan
persekitarannya yang melampau, masih ada hidupan yang mampu beradaptasi dengan
persekitarannya dari gurun yang panas hinggalah ke kutub yang terlampau sejuknya. Begitu
jugalah hutan paya bakau yang hidup di keadaan berlumpur dan berair masin.

Hutan paya bakau boleh ditemui di sempadan antara laut dan daratan. Hutan ini merupakan
sebahagian daripada hutan tropika. Ianya tumbuh dengan subur di kawasan tropika dan sub-
tropika antara 30oU dan 30oS latitudnya. Dijumpai di seluruh benua kecuali Eropah, Artik dan
Antartik tetapi kawasan yang paling kaya adalah di sekitar Asia iaitu dari India, Bangladesh
hinggalah ke Asia Tenggara.

Di Semenanjung Malaysia seluas 106,104 ha hutan paya bakau boleh dijumpai tetapi hanya
1.8% sahaja yang masih kekal keasliannya. Dari jumlah itu sebahagian besarnya berada di
Perak (43,506 ha), Johor (24,747 ha), Selangor (15,202 ha), Pahang (11,502 ha) dan Kedah
(8,034 ha). Hutan ini adalah satu ekosistem yang unik dari segi flora dan faunanya serta amat
penting kepada manusia.

Kepentingan Hutan Paya Bakau 

Kehidupan manusia amatlah berkait secara langsung mahupun tidak dengan hutan paya
bakau ini, dari hutan itu sendiri hinggalah kepada peranan peranan hutan itu menstabilkan
geofizikal sesuatu kawasan. Nilainya tidak kurang dari hutan jenis hutan tropika lain. Lagipun
kepentingan hutan ini bukannya hanya kepada nilai hutan itu sendiri tetapi kerana
kedudukannya strategik di perbatasan antara lautan dan daratan.   
Berikut disenaraikan hubungan kepentingan antara hutan paya bakau dengan manusia:-    
   
 

  Hutan paya bakau adalah sempadan antara daratan dan lautan. Semua persisiran
pantai menghadapi bahaya hakisan akibat tindakan ombak dan arus pasang surut.
Vegetasi hutan paya bakau dapat menstabilkan persisiran pantai, tebingan sungai dan
estuaries dengan memberi perlindungan dari arus pasang surut, ombak dan ribut.
Dipercayai kekerapan Bangladesh dilanda banjir adalah akibat kehilangan kawasan
paya bakau sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

 Hutan paya bakau bukan sahaja melindungi daripada hakisan tanah tetapi
mengumpulkan semula tanah yang terhakis dari laut. Ianya berlaku apabila ombak
menolak tanah/lumpur dari laut ke daratan dan hutan paya bakau dengan sistem
akarnya yang unik dapat menggumpul tanah berkenaan. Ini merupakan fenomena yang
unik, kerana kecenderungan laut untuk menengelami daratan.

 Hutan paya bakau merupakan tempat yang sesuai bagi pembiakan beberapa spesies
seperti ikan, ketam, udang dan, kerang di mana hutan ini merupakan tempat hidupan
berkenaan menetas dan membesar sebelum kembali ke laut. Jika hilangnya hutan ini
ianya bukan sahaja memberi kesan tidak langsung tetapi juga kesan langsung ke atas
ekonomi sesebuah negara akibat kehilangan pendapatan dari industri perikanan.

 Dikebanyakan negara di Asia Tenggara dan Pasifik, hutan paya bakau dikomersilkan
dengan mengeluarkan kayu untuk pembinaan, kayu api dan arang. Pengalaman
menunjukkan bahawa jika aktiviti ini diurus dengan sempurna, ianya dapat
menghasilkan barangan tanpa merosakkan hutan ini dengan teruk dan sementara itu
ianya boleh mengekalkan sebagai nursery bagi hidupan laut.

 Disesetengah tempat terutamanya India, pengambilan tanin dari pokok bakau masih
lagi dijalankan. Tanin ini digunakan dalam industri kulit.

 Walaubagaimanapun, keunikan kawasan hutan ini menjadi tempat


persinggahan pelbagai spesies burung yang berhijrah dari hemisfera selatan ke
utara dan sebaliknya akibat dari peredaran musim. Ianya boleh dieksploitasikan
untuk pelancungan tanpa mengorbankan hutan itu sendiri dari tuntutan
komersial.

Tidak dapat digambarkan bertapa pentingnya kawasan ini kepada manusia samada secara
langsung mahupun tidak. Jika kawasan ini dimusnahkan tunggu shajalah akibatnya. 
  
 Penutup 
  
Adalah menjadi satu kerugian jika hutan ini dibiarkan begitu sahaja, namun begitu jika
eksploitasi berlebihan dilakukan hutan ini akan musnah. namun begitu membiarkan hutan ini
begitu sahaja kurang memberi manafaat, seelok-eloknya ambilah jalan tengah agar
kewujudnnya berkekalan. Satu sistem pengurusan hutan paya bakau yang efisien perlu
dilaksanakan supaya tidaklah nanti yang dikejar tidak dapat yang di kendong berciciran. 

Anda mungkin juga menyukai