Anda di halaman 1dari 2

INFO LARAS SAINS: TEKNOLOGI NANO

P ERKEMBANGAN teknologi nano dalam segenap bidang sememangnya amat luar biasa. Teknologi ini meliputi segala bidang kehidupan yang bertujuan untuk memudahkan manusia menjalankan aktiviti mereka melalui medium teknologi yang lebih maju dan pintar. Contoh yang paling ringkas ialah dengan melihat perkembangan gajetgajet elektronik yang menjadi kegilaan pada masa kini seperti telefon bimbit, komputer, pemain MP3, permainan video dan kamera digital. Tahukah anda bagaimana komputer dan peralatan elektronik lain semakin hari semakin mengecil, elegan, padat dengan fungsi-fungsi yang memukau dan yang lebih penting semakin murah dan mampu dimiliki. Inilah keajaiban teknologi ini yang digunakan dalam inovasi perkakasan elektronik yang kita lihat seharian. Sorotan Penggunaan istilah nano: Perkataan nano dipopularkan oleh Eric Drexler pada 1980-an. Berasaskan faktor saiz pada ukuran nanometer ataU teknologi pada satu tahap yang setara dengan 50,000 lebih kecil dari saiz rambut manusia. Bidang yang berkaitan pembinaan mesin pada skala molekul, beberapa panjang nanometer motor, robot tangan yang sel -jauh lebih kecil berbanding saiz normal. Mendapat perhatian pada akhir tahun 1990-an dan dijangka akan mendominasikan teknologi pada tahun 2015. Teknologi nano berlandaskan faktor saiz pada ukuran nanometer atau teknologi pada tahap molekul atau setara dengan 50,000 lebih kecil dari saiz rambut manusia.Nanoteknologi merujuk kepada kepada teknologi yang sangat kecil sehingga mencapai saiz nanometer yang berada dalam skala 1 sehingga 100 nanometer. Pada suatu tahap, nano boleh mencapai saiz molekul atau atom. Suatu takrifan yang Iebih jelas dan tepat tentang teknologi ini ialah bahan atau unsur yang memiliki sejumlah unsur- unsur penting berdimensi di dalam julat satu hingga seratus nanometer, yang dihasilkan melalui proses pengawalan pertumbuhan secara fizik dan kimia serta boleh digabungkan sehingga membentuk struktur yang lebih besar. Kita mungkin jarang mendengar suatu fenomena saintifik yang dikenali sebagai Giant Magneto Resistance atau ringkasnya GMR. Untuk pengetahuan , GMR merupakan fenomena fizik yang ditemui oleh dua orang saintis yang menerima anugerah nobel fizik pada tahun 2007 iaitu Peter Gruenberg dan Albert Fert. GMR

merujuk kepada keupayaan suatu bahan membaca data -data elektronik di peringkat paling asas iaitu peringkat atom yang bersaiz nanometer. Di peringkat ini mata kasar kita tidak dapat melihat apa yang sebenarnya yang berlaku. Namun begitu , hasil penemuan fenomena GMR inilah yang menemukan peranti yang dinamakan pemacu cakera keras atau juga dikenali dengan istilah hard disk. Hard disk merujuk kepada ruang penyimpanan data peralatan elektronik canggih seperti komputer, telefon bimbit, pemain MP3 , USB thumb drive dan sebagainya. Menurut saintis , fenomena GMR inilah aplikasi nanoteknologi pertama kali yang digunakan di dalam iPod nano.k'IMPETER Gruenberg ( kiri) dan Albert Fert peneriama Anugerah Nobel Fizik 2007 yang mengkaji Fenomena Giant Magneto Resistance.gajet elektronik. Sejak dari awal penemuan ini, is menjadi titik tolak dalam penyelidikan menyeluruh terhadap teknologi penyimpanan data elektronik dalam cakera keras berasaskan nanoteknologi. Dengan sifat sensitivitinya yang tinggi , is terus dikembangkan dalam teknologi pemacu cakera keras yang berukuran kecil dan berkapasiti menyimpan data yang tinggi. Selain itu fungsi utamanya juga ialah untuk mempercepatkan pemindahan data dan maklumat seperti yang kita dapat lihat pada komputer dan USB thumb drive pada hari ini. Perkembangan nanoteknologi bidang elektronik ini melalui fenomena Giant Magneto Resistance tidak hanya digunakan dalam komputer, malah gajet lain yang mempunyai kapasiti penyimpanan data juga turut menerima tempias teknologi nano ini. Antaranya ialah cakera padat, telefon bimbit , pemain MP3, kamera digital, perakam video dan juga cakera mudah alih. Apple Inc. sebuah syarikat pengeIuaran komputer dan gajet elektronik yang terkemuka di dunia mengambil langkah bijak dalam mempromosikan salah satu produk mereka berupa pemain MP3 dengan menggunakan nama iPod Nano. Istilah nano yang digunakan merujuk kepada aplikasi nanoteknologi yang digunakan di dalam gajet keluaran mereka dan juga secara bijak memanipuIasi istilah terkenal nano sebagai daya tarikan. PERANTI kecil di hujung jari.

Anda mungkin juga menyukai