Anda di halaman 1dari 21

RAJESWARI A/P MOORTHI 820919-02-6358 AMALI 3 Tajuk pemulihan ex-situ dan in-situ : Zoo & Taman Botani

Pengenalan Bumi adalah sebuah planet yang amat unik dalam cakerawala ini, bukan sahaja dari segi hidupannya bahkan cara hidupan itu berinteraksi dengan alam sekitarnya. Walaupun keadaan persekitarannya yang melampau, masih ada hidupan yang mampu beradaptasi dengan persekitarannya dari gurun yang panas hinggalah ke kutub yang terlampau sejuknya. Begitu jugalah hutan paya bakau yang hidup di keadaan berlumpur dan berair masin. Hutan paya bakau boleh ditemui di sempadan antara laut dan daratan. Hutan ini merupakan sebahagian daripada hutan tropika. Ianya tumbuh dengan subur di kawasan tropika dan sub-tropika antara 30oU dan 30oS latitudnya. Dijumpai di seluruh benua kecuali Eropah, Artik dan Antartik tetapi kawasan yang paling kaya adalah di sekitar Asia iaitu dari India, Bangladesh hinggalah ke Asia Tenggara. Di Semenanjung Malaysia seluas 106,104 ha hutan paya bakau boleh dijumpai tetapi hanya 1.8% sahaja yang masih kekal keasliannya. Dari jumlah itu sebahagian besarnya berada di Perak (43,506 ha), Johor (24,747 ha), Selangor (15,202 ha), Pahang (11,502 ha) dan Kedah (8,034 ha). Hutan ini adalah satu ekosistem yang unik dari segi flora dan faunanya serta amat penting kepada manusia. Malaysia adalah antara negara yang mempunyai kepelbagaian spesis bakau yang paling banyak di dunia. Keluasan hutan paya bakau di Malaysia adalah meliputi 300 000 hektar. Hutan paya bakau di Laut Matang, Perak meliputi sebanyak 40 446 hektar, dimana ia merupakan kawasan terbesar hutan paya bakau di semenanjung Malaysia. Ianya adalah merangkumi Kuala Sepetang, Kuala Trong dan Sungai Kerang. Antara kawasan lain yang mempunyai hutan paya bakau adalah seperti Kertih,Terengganu, delta sungai Kelantan, Kuala Sungai Merbok dan Langkawi di Kedah, Sungai Johor, Sungai Piai, Sungai Pulai dan Pulau Kukup di Johor, Kuantan dan Kuala Rompin di Pahang.Hutan paya bakau adalah salah satu ekosistem penting yang kewujudannya bukan sahaja perlu dikekalkan tetapi juga perlu dipulihara.Bakau merupakan satu ekosistem pesisir yang banyak menyumbang kepada perkembangan organisme yang menjadikan kawasan tersebut sebagai habitat. 1

RAJESWARI A/P MOORTHI 820919-02-6358

Menurut kamus dewan edisi ketiga,pemeliharaan ialah perbuatan memelihara pembelaan dan perawatan.Manakala pemuliharaan ialah proses,usaha,perbuatan dan sebagai memulihara sesuatu.Flora ialah keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat disesuatu daerah pada sesuatu masa.Oleh itu,dapat disimpulkan bahawa proses pemeliharan dan pemuliharaan ialah proses mengekalkan dan memulihkan flora iaitu tumbuh-tumbuhan paya bakau yang terdapat dikawasan paya bakau Kuala Sepatang.

Hutan Paya Laut Matang,Kuala Sepetang,Taiping,Perak.

RAJESWARI A/P MOORTHI 820919-02-6358

Hutan Paya Laut Matang(HPLM) terletak di Kuala Sepetang. Ia Merupakan hutan paya laut bakau diurus secara terbaik di dunia. Berkeluasan 40,446 hektar dan terletak dalam daerah Kerian, Larut dan Matang dan Manjung. Kawasan hutan ini berbentuk bulan sabit mempunyai kelebaran sejauh 13.5 km dan di bahagian tengah panjangnya pula ialah 51.5 km. Ia terdiri daripada 19 hutan simpan yang diwarta secara berasingan dan mempunyai sebanyak 108 kompartmen. Hutan ini mempunyai pelbagai tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, Hutan Pelajaran dan Penyelidikan (Eko-Pelajaran), aktiviti menangkap kerang, dapur arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar. Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memancing, berkhemah dan membuat penyelidikan tentang hutan paya bakau.

Paya bakau merupakan hutan semulajadi di kawasan pasang surut air laut . Mempunyai tanah berlumpur serta bersifat malar hijau sepanjang tahun, paya bakau merupakan antara ekosistem yang penting bagi kawasan pinggir pantai. Paya bakau merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya.

Ekosistem yang mudah terjejas (sensitif) ini perlu dipulihara sebagai simpanan alam semula jadi atau taman alam. Banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran awam dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri kita untuk memulihara warisan bakau semula jadi yang menyimpan sebahagian daripada flora dan fauna dunia yang terancam. Pelbagai keadaan yang tidak menyenangkan wujud di dalam dan di sekitar hutan bakau.
3

RAJESWARI A/P MOORTHI 820919-02-6358

Namun begitu ia juga merupakan ekosistem tanah bencah yang paling produktif. Tahap kemasinan yang tinggi, kandungan oksigen yang rendah di dalam air dan tanah, keadaan tanah yang tidak stabil dan tidak berupaya menyokong pokok-pokok besar adalah di antara beberapa aspek persekitaran ini.Walau bagaimanapun, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mendiami kawasan bakau telah menyesuaikan diri dengan persekitaran sebegini dengan membentuk beberapa ciri penyesuaian yang istimewa.Tumbuh-tumbuhan bakau mengatasi kandungan oksigen yang rendah dengan akar udara khas yang dikenali sebagai pneumatofor iaitu akar yang tumbuh secara menegak daripada permukaan tanah untuk mendapatkan oksigen.Kawasan bakau mempunyai tanah lembut yang seakan-akan tanah liat dan tumbuh-tumbuhan bakau dapat tumbuh dengan tegap dengan menggunakan akar banir dan akar sokong.Tanah yang berkelodak dan perubahan pasang surut (air pasang surut) tidak sesuai bagi perkembangan anak pokok bakau. Untuk mengatasi masalah ini, tumbuh-tumbuhan bakau mempunyai kaedah percambahan biji benih yang unik yang dikenali sebagai vivipariti.Tumbuh-tumbuhan vivi harus mempunyai biji benih yang boleh membesar dan mengeluarkan akar dan pucuk muda semasa ia masih lagi berada bersama pokok induk. Anak benih ini kemudiannya akan jatuh daripada induknya dan tertanam di dalam tanah. Ia akan terus membesar atau kekal dominan sehinggalah dihanyutkan arus ke tempat yang lebih sesuai untuk membesar.Pokok bakau ini merupakan salah satu spesies cepat tumbuh dan yang digunakan dalam penanaman semula hutan bakau bagi melindungi persisiran pantai (yang lain adalah Sonneratia dan Rhizophora). Ia jarang dijadikan arang dan biasanya digunakan bagi menyalai ikan atau getah.Hutan bakau juga merupakan sumber balak kayu bakau yang tahan bagi pembinaan di kawasan lecah dan dalam air. Kayu bakau tanah mampu berendam dalam air tanpa rawatan rumit dan tahan lama.Hutan bakau penting sabagai tempat anak ikan berlindung. Sekiranya kawasan hutan bakau di sesuatu tempat itu pupus atau tercemar, keseluruhan populasi ikan dan industri nelayan di kawasan tersebut akan terancam kerana tiada lagi tempat bagi anak ikan berlindung dan membesar. Selain itu hutan bakau turut digunakan oleh beratus jenis burung berhijrah sebagai tempat perlindungan untuk bertelur dan berehat. Selain itu ia menjadi habitat penting bagi pelbagai jenis ketam
seperti ketam nipah, dan udang.

RAJESWARI A/P MOORTHI 820919-02-6358

Hutan bakau juga bertindak sebagai pemampan hakisan ombak. Ini kerana akarnya yang berceranggah membantu mengukuh dan mengikat tanah daripada hakisan ombak, malah mampu meluaskan lagi kawasan tanah kerana daun dan sampah sarap yang terperangkap pada akarnya yang berserabut mendap dan menimbun. Kawasan hutan bakau biasanya tumbuh rapat dan padat dan memiliki akar udara yang berceranggah menonjol dari dalam air. Hutan bakau ini mampu memperlahankan aliran air, dengan itu membenarkan bendasing dan lumpur halus yang terapung dalam air untuk mendak membentuk kawasan berlumpur. Proses ini mampu untuk menebus guna tanah dan menghasilkan pantai baru.
Hutan bakau juga terbukti mampu bertindak sebagai pemampan tsunami kerana sifatnya yang tumbuh secara padat dan akarnya yang kukuh dipersisiran kuala. Oleh itu hutan bakau turut 5

RAJESWARI A/P MOORTHI 820919-02-6358 ditanam semula di Malaysia, dan Indonesia. Hutan bakau merupakan tempat tinggal bagi lebih daripada 60 spesies tumbuh-tumbuhan. Empat jenis utama yang mempunyai penyesuaian paling ketara ialah :

Avicennia (Api-api) Rhizophora (Bakau) Sonneratia(Perepat) Bruguiera (Berus/Tumu) Kayu bakau boleh digunakan untuk pembinaan rumah, membuat bot, perangkap ikan, rangkarangka bangunan, hasil kraftangan, sumber api seperti arang dan pelbagai fungsi hutan bakau. Menurut pegawai Jabatan Perhutanan, kayu bakau boleh mula ditebang apabila berusia 15 tahun, terlalu rapat dan hanya menggunakan bahagian tapak. Apabila pokok berusia 20 tahun,masih menggunakan tapak juga. Kemudian setelah berusia 30 tahun, pokok akan ditebang habis menggunakan kapak dan gergaji dan kemudian baru tanam semula. Digunakan untuk hasilkan kayu arang bermula sejak 1903 dan untuk dieksport ke Jepun. Giliran tebangan ditetapkan iaitu pokok yang berusia 30 tahun. Hasil hutan yang ditebang ialah sebanyak 73% manakala bakinya untuk tujuan pelancongan dan penyelidikan. Pokok bakau setahun untuk tanam semula. Tahun ke-3 selepas penebangan kawasan akan diperiksa. Penanaman juga dibuat secara anak tabung kemudian ditanam oleh kakitangan dan jarak tanaman boleh dilihat dengan jelas dan banyak cabang. Pembekal biji benih kepada jabatan. Merupakan daya tarikan eko pelancongan dantempat pembiakan marin.Arang kayu yang dihasilkan di Indonesia Arang BBQ.

Cara Penghasilan Arang Kayu

RAJESWARI A/P MOORTHI 820919-02-6358

Secara ringkasnya, proses pembakaran kayu bakau di dalam dapur atau relau dibahagikan kepada tiga peringkat dan memakan masa kira-kira sebulan. Peringkat pertama dan kedua bermula dengan pembakaran 'api besar' dan 'api kecil' selama 20 hari sebelum dapur berbentuk iglu itu ditutup sepenuhnya selama 10 hari lagi untuk proses penyejukan. Sepanjang tempoh itu, peringkat ketiga (penyejukan) merupakan masa paling kritikal dan perlu dikawal rapi bagi memastikan arang di dalam relau tidak terbakar menjadi abu. Salah satu daripada rutin hariannya adalah menghidu bau asap yang dilepaskan melalui telinga' relau bagi memastikan kayu yang dibakar betul-betul masak.

JENIS-JENIS FLORA YANG TERDAPAT DIHUTAN PAYA BAKAU

Acrosticum speciosum

RAJESWARI A/P MOORTHI 820919-02-6358 Bakau minyak Bakau minyak adalah pokok terbanyak yang mendominasi kawasan tebing sungai yang tinggi dengan kemasinan apabila air pasang. Adaptasi tinggi pokok ini terhadap kawasan tebing adalah dapat dilihat daripada jenis akar yang tumbuh, iaitu prop rootatau akar tegak dengan ketinggian sehingga 5m. Selain itu, spesis ini juga mempunyai akar udara yang keluar daripada dahan pokok, iaitu drop root. Jenis pokok ini dapat mencapai tinggi sehingga 30m. Daun pokok ini berbentuk elips menyempit dan hujung meruncing dengan ukuran daun 7-19cm x 3-8cm. Bunga berwarna kekuningan dan terletak pada tangkai berukuran kurang 14mm. Bunganya mempunyai 4 kelopak yang seterusnya membentuk buah yang bulat memanjang dan berwarna coklat dengan ukuran 2-3cm. Buah kemudiannya membentuk hipokotil yang berukuran 3040cm.

Buah berembang Boleh hidup di kawasan ekstrem (menerima keadaan pasang surut yang ekstrem), dan boleh hidup dikawasan yang mempunyai julat perbezaan saliniti yang besar. Biasanya tumbuh dikawasan pinggir pantai yang terdedah .

Acrosticum speciosum (mang rove fern) dari famili Pteridaceae dikenali dengan nama tempatan

RAJESWARI A/P MOORTHI 820919-02-6358 sebagai Piai Lasa. Teknik pengecaman pokok ini adalah melibatkan beberapa aspek utama iaitu aspek ekologi dan morfologi pokok. Aspek ekologi yang diperhatikan adalah kawasan taburannya, dimana spesis ini adalah mendominasi kawasan redup di bawah pohon-pohon bakau yang lebih besar, seterusnya tumbuh melata dan membentuk koloni. Aspek morfologi pokok yang diperhatikan adalah melalui akar, daun dan ketinggian pokok. Spesis ini tidak mempunyai akar diatas tanah yang nyata. Hujung daun adalah fertil dan berwarna coklat, dan saiz daunnya adalah lebih kecil daripada Acrosticum aurem. Spesis ini boleh mencapai ketinggian sehingga 3 meter.

Acrosticum aureum Acrosticum aureum (Giant Mangrove dari Pteridaceae dikenali nama sebagai dengan tempatan Piai Fern) famili

Raya. Spesis ini mendominasi kawasan yang lebih terdedah kepada cahaya matahari. Ini disebabkan oleh daun yang lebih besar daripada Acrosticum speciosum, dan melibatkan keperluan kepada lebih cahaya untuk penjanaan tenaga melalui fotosintesis untuk keperluan hidup. Dihutan paya bakau, spesis ini dijumpai hidup menumpang diatas pokok Dungun atau Heritiera littoralis. Daunnya mempunyai panjang dari 1 hingga 3 meter, manakala ketinggian pokok ini juga boleh mencapai sehingga 3 meter.

Brugueira

RAJESWARI A/P MOORTHI 820919-02-6358 parviflora(lenggadai) Brugueira parviflora atau Lenggadai daripada famili Rhizophoraceae boleh tumbuh di semua kawasan hutan paya bakau. Ketinggian spesis ini boleh mencapai 20m. Pengecaman pokok lebih mudah dengan melihat kepada akar lutut( pneumatuphore) yang dimiliki oleh semua spesis di dalam genus ini. Akar lutut boleh mencapai ketinggian sehingga 30 cm. Daunnya pula berbentuk elips dengan hujung yang meruncing. Kelopak bunga yang dipunyainya adalah 8 dan mempunyai panjang 8 hingga 15cm. Propagule nya adalah berbentuk spiral. Brigueira gymnorrhiza atau Tumu Merah memiliki kulit pokok yang berwarna coklat gelap atau hitam. Saiz buah adalah lebih kecil dan bunga yang terbit dan bersaiz 30 hingga 50cm mempunyai 10 hingga 14 kelopak.

Exoecaria agallocha Pokok buta-buta secara saintifiknya dikenali sebagai Exoecari a agallocha tergolon g dalam famili Euphorbiaceae, iaitu famili yang sama seperti pokok getah yang terdapat di kawasan daratan. Pokok ini dijumpai mendominasi kawasan yang tidak terdedah secara terus kepada pasang surut air. Pengecaman mudah dapat dilakukan dengan melihat pada batang dan bahagian pokok lain yang mengeluarkan cecair putih susu apabila ditoreh. Buahnya adalah sama seperti buah getah dengan mempunyai tiga bahagian yang memuatkan biji benih. Namun, saiznya adalah 100 kali lebih kecil daripada buah getah. Saiz biji benih yang kecil dan mudah dibawa ke bahagian atas kmuniti bakau oleh air pasang. Ini dapat menerangkan tentang mengapa taburan pokok ini lebih mendominasi di kawasan yang tidak terdedah secara terus kepada pasang surut air. 10 atau

RAJESWARI A/P MOORTHI 820919-02-6358

Nypa frutican Nipah frutican yang atau Nypa amat

sinonim sebagai sumber makanan bagi penduduk Malaysia yang kawasan terutamanya menetap paya di bakau.

Spesis bakau ini dijumpai mendominasi di bahagian depan Namun muara terdapat sungai. juga

spesis ini di bahagian tengah komuniti bakau. Ini disebabkan oleh bentuk dan saiz biji benih yang bulat dan besar, dimana ia akan tersekat di kawasan awal pendaratan apabila dibawa air pasang. Jika biji benih jatuh ke dalam air sewaktu air pasang, biji benih tersebut akan dibawa arus untuk menghuni di kawasan yang lebih keatas, manakala jika ianya luruh di waktu air surut, ia akan bercambah seterusnya hidup di kawasan muara- muara sungai sahaja. Spesis unik lain iaitu Ceriops decandra yang dikenali sebagai Tengar turut mendominasi kawasan paya baku, berdekatan komuniti pokok Rhizophora sp. Dan Avicennia sp. Pokok ini mempunyai ketinggian yang tidak melebihi 10m. Akarnya adalah dari jenis pneumatofor. Bunganya mempunyai 5 kelopak berwarna hijau dan mempunyai lentisel dan berbintil. Buah atau hipokotilnya adalah berbentuk silinder yang mempunyai hujung yang sedikit menggelembung dan berbintil warna hijau hingga coklat. Panjag hipokotil adalah 15cm dan mempunyai diameter 8 hingga 12mm.

11

RAJESWARI A/P MOORTHI 820919-02-6358

Aegiceras corniculatum Aegiceras corniculatum atau lebih sebagai Helang famili Myrsinaceae mempunyai ketinggian 6m sahaja. Pengecaman dibuat melalui kulit pokok yang berwarna kelabu dan licin. Bunganya mempunyai 5 kelopak dan berwarna putih dengan saiz yang kecil. Terdapat 15 hingga 20 bunga yang berbau seperti pisang busuk. Buahnya yang mempunyai panjang 5cm, berwarna hijau hingga merah jambu( jika matang) dan berbentuk tiris di hujung, seperti kuku helang memudahkan lagi pengecaman dilakukan. Akar Avicennia sp . Avicennia lanata dan Avicen nia marina yang di famili tergolong dalam Avicenniaceae dan lebih dikenali dengan panggilan api-api bulu dan api-api jambu mendominasi kawasan baya bakau. Pengkhususan zon habitat ini boleh diterangkan melalui faktor biji benih. Biji benih avicennia yang lebih kecil membolehkannya untuk melekat pada lumpur. Beberapa adaptasi terhadap kekurangan oksigen, akibat dari ketebalan lumpur dapat diperhatikan seperti percambahan pneumatofor.Pneumatofor digunakan sebagai tempat penyimpanan oksigen. Api- api mempunyai adaptasi yang tinggi 12 dikenali Kuku daripada

RAJESWARI A/P MOORTHI 820919-02-6358 terhadap kemasinan yang tinggi. Api-api bulu dapat mencapai ketinggian sehingga 30m. Kulit pokoknya berwarna kelabu dan mempunyai retak rekahan. Daunnya adalah berbentuk elips, hujung membundar dan meruncing, dan mempunyai ukuran 9x5 cm.bahagian bawah daun mempunyai bulu. Bunganya pula berwarna jingga atau kuning dan mempunyai 5 kelopak. Buahnya adalah lebih besar daripada A.marina dan diselaputi bulu halus.ukurannya adalah 1-5 x 2-5cm. Api-api jambu mempunyai ketinggian kurang 12m dan batangnya mempunyai kulit yang berwarna coklat kemerahan dengan berkulit lembut dan nipis. Daunnya adalah berukuran 9 x 4-5cm. Bahagian bawah daun mempunyai kelenjar khas untuk merembeskan garam. Selain itu, rantingnya adalah berbentuk segi empat.

Caesalpinia bonduc

Caesalpinia bonduc adalah merupakan spesis non-associated yang menjalar pada pokok yang lebih besar seperti Nypa frutican. Daunnya berbentuk bulat dan berwarna hijau. Diameter daun adalah 1-2cm. Spesis pokok ini adalah jarang ditemui. Nyireh dijumpai mendominasi zon kawasan yang lebih jauh dari tebing sungai. Ini adalah disebabkan buahnya yang besar dan berat untuk dilarikan arus. Spesis ini tidak boleh bertoleransi dengan kawasan yang terlalu masin. Kulit pokoknya adalah berwarna merah jambu dan menyerupai kulit pokok jambu batu. Pokok ini dapat mencapai ketinggian 25m. Daunnya adalah berbentuk elips, oval dan hujung yang membundar dengan ukuran 4-17cm x 2-9cm. Daunnya adalah tebal dan berpasangan. Namun terdapat juga daun yang tidak berpasangan. Bunganya pula terdiri dari jenis biseksual atau betina sahaja dan berwarna merah jambu dengan 4 kelopak. Nyireh mempunyai buah yang berbentuk seperti kelapa dan dalamnya berbentukpuzzle yang terdiri daripada 12-18 biji yang akan pecah apabila telah kering. Ukuran diameter buahnya adalah 1020cm dan ia berwarna coklat-keemasan apabila telah masak.

13

RAJESWARI A/P MOORTHI 820919-02-6358 Bakau minyak adalah pokok terbanyak yang mendominasi kawasan tebing sungai yang tinggi dengan kemasinan apabila air pasang. Adaptasi tinggi pokok ini terhadap kawasan tebing adalah dapat dilihat daripada jenis akar yang tumbuh, iaitu prop rootatau akar tegak dengan ketinggian sehingga 5m. Selain itu, spesis ini juga mempunyai akar udara yang keluar daripada dahan pokok, iaitu drop root. Jenis pokok ini dapat mencapai tinggi sehingga 30m. Daun pokok ini berbentuk elips menyempit dan hujung meruncing dengan ukuran daun 7-19cm x 3-8cm. Bunga berwarna kekuningan dan terletak pada tangkai berukuran kurang 14mm. Bunganya mempunyai 4 kelopak yang seterusnya membentuk buah yang bulat memanjang dan berwarna coklat dengan ukuran 2-3cm. Buah kemudiannya membentuk hipokotil yang berukuran 30-40cm.

KEPENTINGAN PAYA BAKAU


Ekosistem paya bakau di Malaysia akan terus terancam dan mengalami kemusnahan oleh kegiatan manusia jika langkah-langkah yang sewajarnya untuk

14

RAJESWARI A/P MOORTHI 820919-02-6358 melindunginya tidak dijalankan. Terdapat beberapa perjanjian antarabangsa yang memberikan strategi-strategi yang diperlukan dalam menjalankan pemeliharaan paya bakau. Bagi memastikan pengurusan ekosistem paya bakau di Malaysia yang berkesan maka rangka perundangan dan juga peraturan-peraturan tambahan adalah penting. Hal demikian dapat memastikan pemeliharaan ekosistem paya bakau dan pembangunan yang lestari dapat dijalankan. Habitat Dan Ekologi Hidupan Marin dan Fauna lain Sifat hutannya yang agak padat serta malar hijau sepanjang tahun sangat sesuai bagi hidupan laut. Sifat tanahnya yang berlumpur dengan akar bakau yang berselirat dan timbul itu merupakan habitat hidupan marin pinggir pantai seperti ikan, ketam, udang, kerang dan pelbagai jenis siput.Keadaannya yang sentiasa berair sangat sesuai bagi ekologi hidupan marin. Malahan terdapatnya hidupan lain seperti monyet dan burung yang turut mendiami kawasan paya bakau. Malahan paya bakau juga merupakan tempat pembiakan burung penghijarah yang biasanya datang jauh dari hemisfera utara atau selatan, demi mengelakkan musim sejuk di tempat asal mereka Penampan tsunami dan angin kencang Hutan pakau bakau boeh mempengaruhi pergerakan angin dari laut. dengan litupan dikawasan pinggir pantai angin yang kencang boleh dikurangkan dengan adanya paya bakau. Paya bakau juga boleh mengurangkan tekanan gelombang lautan yang hanya disedari kepentingannya selepas tsunami tahun 2004. Malaysia juga tidak terlepas dengan tsunami tersebut yang membadai kawasan laut negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia yang telah mengorbankan 68 nyawa, serta ratusan ribu yang lain diseluruh dunia termasuklah paling ramai di Indonesia.Paya bakau berperanan sebagai benteng semulajadi yang menghalang hempasan tsunami ke kawasan yang lebih jauh.

15

RAJESWARI A/P MOORTHI 820919-02-6358 Penambak laut Semulajadi Paya bakau dengan sifat akarnya yang timbul boleh memerangkap tanih dan lumpur.proses enapan akan berlaku yang membolehkan semua sisa lumpur terperangkap dan enapan yang berterusan akan memperluaskan kawasan paya bakau, semakin lama semakin besar .Ini membolehkan kawasan daratan bertambah.namun ambil masa sedikit kerana enapan mengambil masa yang panjang sebagai penambak laut. Kayu bakau pelbagai kegunaan domestik dan perindustrian Kayu bakau memang sudah popuar sebagai bahan binaan, kayu arang, kayu api, menyamak kulit haiwan. Sifatnya yang tahan serangan serangga perosak, tahan perut dan kulat membolehkan kayu bakau digunakan sebagai cerucuk. Cerucuk merupakan bahan asas, atau tapak bagi tiang rumah atau bangunan, yang ditanam, sebelum lapisan atas cerucuk dilapisi simen dan besi untuk menaikkan tiang. Malahan bagi jenis Rhizophora dan Brugiera boleh digunakan untuk membuat bot jika cukup umur dan matang.

Bakau yang dijadikan kayu arang

Hutan Bakau untuk eko pelancongan Hutan paya bakau merupakan aset pelancongan negara. Industri pelancongan berasaskan ekologi
16

RAJESWARI A/P MOORTHI 820919-02-6358

alam sekitar, merupakan konsep yang sangat popular di seluruh dunia. Pelancongan dari barat dan Jepun terutamanya suka kepada keindahan alam semulajadi. Paya bakau mampu menjadi
pilihan pelancongan kerana keindahan serta sifatnya sebagai habitat hidupan marin serta fauna seperti burung penghijrah. Malahan terdapatnya juga serangga unik seperti kelip-kelip yang pastinya akan menjadi pilihan pelancong.

Cadangan untuk mempertingkatkan pemeliharaan dan pemuliharaan dihutan paya bakau Laut Matang

Berembang bakau minyak

Bruguiera Parviflora (Lenggadai)


kedabu

Pemuliharaan dikawasan ini lebih paya kepada bakau Laut Matang pemuliharaan in-situ berbanding dengan pemuliharaan ex-situ. Pemuliharaan exsitu pula merupakan pemuliharaan terhadap organisma samada fauna dan flora di luar habitat semulajadi mereka. Bagi flora spesis tumbuhan yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya akan dipelihara dalam kawasan yang disediakan. Sampel atau spesis tumbuhan yang diambil ini bukan sahaja terhad kepada sesetengah bahagian tumbuhan itu, malah ia merangkumi biji benih, debunga, bahagian vegetative seperti propagul, sel dan tisu kultur. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. 17

RAJESWARI A/P MOORTHI 820919-02-6358 Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manfaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini. Untuk tumbuhan dipaya bakau ini antara kaedah penanaman yang dijalankan ialah kaedah penanaman anak tabung dan kaedah penanaman propagul.Kaedah penanaman anak tabung dilakukan di kawasan yang selalu diserang perosak seperti ketam dan monyet,Beg politena hitam akan ditanggalkan dan anak benih akan ditimbus dengan sempurna ,dan kaedah penanaman propagul digunakan untuk spesies yang menghasilkan propaganul yang boleh ditanam terus tanpa perlu disemai.

Bakau minyak:jarak sama tanaman 1.8meter. Hutan Paya bakau Laut Matang perlu dipelihara dan dipulihara untuk memastikan kestabilan ekosistem hutan paya laut terpelihara.Antara langkah yang boleh diambil ialah peranan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta usaha pemulihan hutan bakau.Contohnya, kajian yang tanaman 1.2 meter antara satu lain,manakala antara pokok bakau kurap,jarak

telah Ketua ,Sabak

dijalankan oleh Dr. Shamsudin Ibrahim sebagai Ketua Koordinator, Dr. Ismail Harun sebagai Ketua Kepakaran Teknikal ini dan Dr. Raja Barizan pantai Raja Sulaiman Haji sebagai Dorani Penyelidik.Kumpulan menjadikan kawasan Sungai

Bernam,Selangor,sebagai lokasi penyelidikan dan memperkenalkan kaedah penanaman inovatif dan kos efektif yang boleh dilaksanakan di kawasan pesisiran pantai negara ini, projek yang dijalankan itu adalah lanjutan daripada percubaan penanaman spesies bakau di pantai Bukit Batu
18

RAJESWARI A/P MOORTHI 820919-02-6358

Puteh, Kuala Perlis, Kampung Pulau Sayak dan Kampung Sungai Yu, Kuala Muda, Kedah yang dimulakan pada 2007.Bagaimanapun, projek penanaman bakau di lokasi berkenaan menggunakan kaedah penanaman biasa kerana tidak menghadapi masalah ombak dan arus yang kuat serta bukanlah dikategorikan sebagai zon serius.Ini kerana pokok paya bakau tidak perlu menunggu sehingga tempoh matang untuk melindungi kawasan perairan. Asalkan ia kukuh, rapat sesama lain dan ketinggiannya boleh mencapai tinggi ombak, ia mampu menahan impak ombak dan menyelamatkan kawasan tersebut daripada hakisan dan tsunami. sebelum ini pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjalankan penyelidikan menstabilkan kawasan pantai di kawasan yang menghadapi hakisan yang serius.

KAWASAN Sabak Selangor dijadikan penyelidikan pemulihan bakau.

pantai Bernam, yang lokasi hutan

Sungai Haji Dorani,

Antara langkah yang telah dijalankan oleh para penyelidik ini ialah kaedah Kaedah Geotiub

Kaedah yang digunakan ialah dengan memasang Geotiub iaitu struktur kejuruteraan keras setinggi 1.8 meter menghadap laut. Ia dibina pada jarak yang ditentukan setelah kedalaman lumpur pantai diukur sebelum bakau ditanam.Kaedah ini akan mewujudkan dataran lumpur di antara Geotiub dan pantai yang sesuai untuk penanaman spesies bakau. Bagaimanapun, masalah yang timbul adalah lumpur yang terbentuk itu masih belum stabil, cair dan lembik menyebabkan ia tidak dapat memegang akar anak pokok. Dalam kajian yang dimulakan sejak 2007 itu, satu plot eksperimen bersaiz 200 meter x 55 meter dipilih berdasarkan empat buah Geotiub yang dipasang oleh JPS pada bulan yang sama.Mereka telah memilih tiga jenis bakau iaitu bakau minyak (rhizhopora apiculata), bakau kurap (rhizaphora mucronata) dan api-api (avicennia alba)
19

RAJESWARI A/P MOORTHI 820919-02-6358

sebagai tanaman kajian.Mereka telah menggunakan tiga kaedah tanaman bagi mengenal pasti teknik terbaik penanaman bakau di atas lumpur yang lembik. Teknik itu ialah teknik tanaman Comp-pillow,Comp-mat dan Bamboo Encasement Method (BEM). 1.Teknik Comp-pillow Teknik Comp-pillow menggunakan coir-log sebagai bekas tanaman yang diperbuat 100 peratus daripada gentian kelapa semula jadi yang dipadat dan dibalut dengan jaring polipropolin yang boleh dibiodegradasi.Menerusi kaedah yang menelan kos sebanyak RM81.70 seunit ini, lima batang anak bakau ditanam di dalam seunit coir-log dan dibiarkan sebulan di tapak semaian. Ia kemudian ditanam di dalam lumpur dan dikepung dengan empat batang kayu yang dipacak mengelilingi coir-log. Bagi mengelakkannya terapung semasa air pasang, ia diikat dengan tali polipropolin di antara batang kayu. Teknik ini sesuai untuk penanaman pokok api-api kerana akarnya boleh berkembang baik di dalam bekas tersebut.

RUJUKAN
SURAT KHABAR

20

RAJESWARI A/P MOORTHI 820919-02-6358 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? y=2009&dt=0707&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2chqYk0Fb INTERNET http://zonfiniti.blogspot.com/2012/02/10-tempat-menarik-pelanconganperak.html http://www.lovehijau.com/2011/12/kepentingan-hutan-paya-bakau.html http://www.scribd.com/doc/4266740/PEMELIHARAAN-DAN-PEMULIHARAAN http://www.scribd.com/doc/40037786/Langkah-langkah-Pemeliharaan-DanPemuliharaan-Tumbuhan-Semula-Jadi-Dan http://bmg36.blogspot.com/2010/10/pemeliharaan-dan-pemuliharaanalam_04.html http://geo-o.blogspot.com/2010/06/kepentingan-pemeliharaan-dan.html http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? y=2009&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

21

Anda mungkin juga menyukai