Anda di halaman 1dari 15

PROJEK GEOGRAFI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


DAMANSARA UTAMA
NAMA

LAVENESH RAYMOND CHANDRASEGRAN


KELAS

1 MAWAR
GURU MATA PELAJARAN

PUAN HARIYANA BINTI WADZIR


TAJUK

KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP


TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN
HIDUPAN LIAR
PENGENALAN
Maksud tumbuh-tumbuhan semula jadi :

Tumbuhan yang hidup tanpa teknologi manusia seperti melalui kaedah anak pokok
atau melalui tisu pokok sebaliknya membiak melalui kaedah biologi seperti
disebarkan melalui angin dan haiwan.
Contoh :

Pokok Loulu
Jika anda pernah ke Kepulauan Hawaii, anda mungkin melihat salah satu dari
pokok-pokok ini selama kunjungan anda. Ada 25 variasi berbeza dari pokok ini
ditemui di setiap pulau, beberapa daripadanya tumbuh seluas 60 meter. Setiap pulau
mempunyai spesies tersendiri dan setiap spesies yang berbeza, tidak hanya dalam
saiz tetapi tempat di mana mereka tumbuh dan warna palma yang mereka hasilkan.
Pohon-pohon ini hanya memiliki satu batang dan mempunyai pelbagai cabang yang
tumbuh yang membentuk palma pada penghujungnya. Ada banyak pokok Loulu
muda yang ditanam di kebun-kebun di rumah di mana anda menanamnya di dalam
pasu sehingga ianya mula meningkat dewasa tetapi pada hakikatnya hanya terdapat
sekitar 300 pohon Loulu yang tumbuh meliar di hutan.

Pokok Baobab Afrika


Jika anda pernah menonton filem The Lion King, anda pasti telah melihat Pokok
Baobab. Ini merupakan rumah yang dibuat oleh Rafiki dalam filem tersebut. Pokok
Baobab Afrika merupakan pokok yang mempunyai sejarah yang tersendiri. Ia
dikatakan telah wujud selama sekurang-kurangnya 1,000 tahun. Anda akan
berjumpa dengan pokok besar ini, biasanya tumbuh sehingga 82 kaki tingginya, di
Sungai Nil Biru serta di Kordofna dan Darfur, Sudan. Pokok ini bukan sahaja tinggi,
malah saiz batangnya amat besar, secara puratanya diameter batangnya sebesar 32
kaki, tetapi ada juga yang mencecah saiz sehingga 91 kaki. Pokok ini juga
menghasilkan buah (yang mana boleh dilihat dalam filem The Lion King) sebesar 317 inci diameter. Buah pokok ini juga digunakan sebagai pelbagai jenis ubatan
disamping sebagai makanan.

Pokok Naga
Pokok ini mungkin mempunyai sejarah paling menarik dalam senarai, tetapi anda
hanya akan mendapati Pohon Naga ini di Maghribi, Madeira, Kepulauan Cape
Verde, dan di lima dari tujuh Kepulauan Canary. Tinggi dan ramping, pohon ini
memiliki daun berduri dengan bunga putih-hijau maupun coklat berries yang
terkandung dalam suatu zat manis merah. Sejarah di sebalik pokok ini menjangkau
berabad-abad lamanya. Dikatakan bahawa pada zaman Rome kuno, pohon itu
digunakan sebagai pewarna yang menutupi peralatan besi. Kebanyakan pewarna
asli daripada pokok ini digunakan sebagai sejenis Varnis. Pohon Naga juga
mempunyai sejarah dalam pelbagai mitos Greek. Yang paling terkenal adalah cerita
tentang Hercules dan Epal dari Hesperides. Landon, iaitu naga berkepala seratus
yang dibunuh, yang dikatakan sebagai pengawal Hesperides sehingga Hercules
boleh membawa kembali tiga epal emas. Ketika naga itu dibunuh, dikatakan bahawa
pelbagai Pokok Naga muncul daripada darah Landon yang berpercikan, yang

kemudiannya mengalir ke seluruh negeri, menyebabkan lebih banyak pohon Naga


ini tumbuh.
Maksud hidupan liar :
Hidupan liar ialah hidupan yang tidak mempunyai tuan atau hidupan yang bergerak
bebas di sekitar permukaan bumi.
Contoh :

Kura-kura Mesir

Kura-kura Mesir yang juga dikenali sebagai kura-kura Kleinman atau kura-kura Leith
ini dianggap dalam keadaan terancam yang kritikal. Kura-kura ini dipercayai sudah
pupus di Mesir, yang ironi kerana namanya ialah kura-kura Mesir . Ribuan sudah
dihantar ke Amerika dan negara-negara lain untuk tujuan pembiakan dalam
kurungan.

Musang Fennec

Musang Fennec yang mendiami kawasan Afrika Utara dan Timur Tengah ini
dianggap sebagai haiwan yang terancam kerana habitat mereka menerima ancaman
dari aktiviti pelancongan dan pembangunan. Telinganya yang besar membantu
untuk memburu pada waktu malam dan berfungsi untuk mendengar pergerakan
mangsa di bawah tanah dan menyejukkan badan daripada haba padang pasir.

Itik Mandarin

Itik Mandarin yang mendiami di kawasan Asia Timur ini seperti burung merak kerana
hanya spesies jantan mempunyai bulu-bulu yang berwarna-warni manakala spesies
betina pula mempunyai warna yang membosankan. Walaupun aktiviti pembangunan
telah mengurangkan spesis itik ini namun itik ini masih lagi boleh dijumpai di
beberapa kawasan Asia Timur. Menurut kajian yang terkini, itik ini salah satu jenis itik
yang

tidak

diburu

menyenangkan.

untuk

dimakan

kerana

mempunyai

rasa

yang

tidak

KEPENTINGAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA


JADI
Keseimbangan ekosistem
Ekosistem ialah satu proses interaksi antara benda-benda hidup dengan bendabenda bukan hidup yang wujud dalam alam sekitar. Kesimbangan ekosistem hutan
penting kerana memelihara, melindungi dan mengekalkan sumber tumbuhtumbuhan dan hidupan. Ekosistem dapat menghasilkan sumber kayu kayan, ubatubatan, rotan, buluh dan kulit kayu terutamanya dari kawasan hutan. Selain itu,
ekosistem

juga

membantu

dalam

peningkatan

kualiti

udara

di

samping

mengekalkan keseimbangan kitaran gas oksigen, karbon dioksida dan nitrogen.


Tumbuh-tumbuhan hijau membekalkan sumber tenaga kepada manusia dan haiwan
yang memakannya.

Pembekal hasil-hasil hutan


Pokok yang terdapat dalam hutan Malaysia menghasilkan pelbagai jenis kayu
balak yang bermutu tinggi dan bernilai dari segi perdagangan. Kayu keras dari pokok
cengal, merbau, nyatoh, bitis dan kempas yang banyak terdapat di hutan hujan
tropika digunakan untuk membuat perabot dan industri pembinaan serta digunakan
juga untuk membuat kerangka rumah dan kapal. Kayu keras yang mempunyai nilai
tinggi dieksport dalam bentuk balak gergaji, kayu gergaji dan papan lapis. Sarawak
merupakan pengeluar kayu balak terbesar di Malaysia manakala di Sabah, kayu
balak dieksport melalui Sandakan dan Tawau. Hutan Malaysia membekalkan hasil
hutan seperti rotan, mengkuang, buluh dan nipah yang sangat penting dalam
membangunkan industri perabot dan kraf tangan negara.
Pembiakan hidupan laut

Hutan paya air masin dan hutan paya air tawar di negara kita menjadi tempat
pembiakan jenis kehidupan air. Pelbagai jenis ikan dan udang bertelur di celah-celah
akar pokok di dalam air. Hal ini demikian kerana akar jangkang pokok bakau
melindungi telur ikan dan udang daripada ombak kuat dan pemangsa. Tanih di
kawasan ini terdiri daripada lumpur, tanah liat dan bahan-bahan reput. Reputan
daripada tumbuhan dan haiwan yang mati dalam ekosistem akan menjadi nutrien
sebagai makanan asas dalam rantaian makanan bagi kebanyakan hidupan laut.

Pengembang Eko-pelancongan
Kawasan hutan menjadi tarikan pelancong yang menggemari suasana semula
jadi. Suasana yang damai, redup, nyaman serta pemandangan indah di kawasan
hutan menjadikan kegiatan eko-pelancongan semakin popular. Beberapa buah
taman negara dan hutan simpanan telah diwujudkan di Malaysia untuk memberi
perlindungan kepada pelbagai spesies flora dan fauna yang semakin pupus. Taman
Negara yang terletak di Pahang dengan keluasan 4343 km persegi merupakan
hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Terdapat lebih daripada 10000 spesies
tumbuh-tumbuhan dan 250 spesies burung di dalam Taman Negara.

Kawasan tadahan air


Tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan tanah tinggi negara kita penting
sebagai kawasan tadahan. Hutan ini merupakan kawasan yang luas untuk menadah
dan mengumpulkan air ketika hujan. Hutan bertindak sebagai span berongga yang
besar yang menyerap serta menapis air lalu mengalirkannya perlahan-lahan ke anak
sungai, empangan, kolam dan tasik. Air dari empangan menjadi sumber bekalan air
yang utama di seluruh negeri Kedah. Air yang diserap ke dalam tanah di kawasan
hutan ini akan membentuk akuifer.

KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP


TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR
Ketandusan Tanih
1. Apabila pokok mati, daun, ranting dan dahannya akan reput.
2. Keadaan cuaca yang panas dan lembap akan mencepatkan proses
pereputan.
3. Humus terbentuk daripada bahan reput ini.
4. Humus mempunyai nutrien yang menyuburkan tanih.
5. Bakteria, kulat dan serangga menguraikan tumbuh-tumbuhan dan haiwan
yang mati.

Kejadian Banjir
1. Penebangan hutan di kawasan cerun bukit akan menyebabkan kawasan
menjadi gondol.
2. Kawasan yang terdedah akan mengalami hakisan dan permukaan tanih akan
terhakis dan dibawa ke sungai berhampiran.
3. Seterusnya, tanih akan mendap di dasar sungai, khasnya di bahagian hilir
dan menjadikan dasar sungai cetek.
4. Apabila hujan lebat turun, sungai tidak dapat menampung air yang banyak
dan berlakunya banjir.
5. Contohnya, kejadian banjir lumpur di Sungai Sungkai, Perak pada tahun
2000.

Pencemaran
1. Pembakaran hutan untuk pertanian menyebabkan pencemaran udara.
2. Contohnya kejadian jerebu yang buruk berlaku disebabkan oleh pembakaran
hutan secara besar-besaran di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.
3. Penebangan hutan di hulu sungai juga menyebabkan berlakunya
pencemaran sungai.

4. Apabila hutan ditebang, air hujan akan menghakis tanah yang terdedah.
5. Bahan yang terhakis ini akan dibawa ke sungai lalu termendap di dasar
sungai dan ini menyebabkan air sungai menjadi keruh dan berkeladak

Peningkatan Suhu
1. Tumbuh-tumbuhan hijau menyerap air, karbon dioksida dan cahaya matahari
dalam proses fotosintesis.
2. Proses ini membolehkan tumbuh-tumbuhan membuat makanan dan oksigen
dibebaskan.
3. Penebangan pokok akan menyebabkan semakin kurang tumbuhan yang akan
menyerap karbon dioksida.
4. Kandungan karbon dioksida dalam udara akan meningkat dan menyerap
haba daripada bumi.
5. Keadaan ini menyebabkan suhu udara di sesuatu kawasan meningkat.
Kepupusan Flora dan Fauna
1. Penerokaan sumber hutan akan mengancam flora dan fauna.
2. Flora dan fauna akan kehilangan habitat untuk membiak dan kekurangan
sumber makanan.
3. Oleh itu, lama-kelamaan, beberapa spesies tumbuh-tumbuhan dan hidupan
liar akan pupus.
4. Antara spesies yang diancam kepupusan di Malaysia ialah badak Sumatera,
gajah, harimau Malaya dan orang utan.
5. Generasi muda tidak akan berpeluang melihat tumbuhan dan hidupan liar
yang ada pada permukaan bumi kini.

LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN


PEMULIHARAAN TUMBUH-TUMBUHAN
SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR
Mewartakan Hutan Simpan dan Taman Negara
Pelbagai

langkah

diambil

oleh

kerajaan

untuk

pemeliharaan

dan

pemuliharaan tumbuhan semula jadi serta hidupan liar di Malaysia. Antaranya


termasuklah mewartakan hutan simpan dan taman negara sebagai kawasan

perlindungan hidupan liar. Majlis Perhutanan Negara ditubuhkan oleh kerajaan untuk
mengurus, memelihara dan memulihara hutan di seluruh Malaysia. Majlis ini
mengawal semula kegiatan perhutanan dengan menetapkan keluasan hutan yang
boleh ditebang di setiap negeri setiap tahun. Langkah ini memastikan kemusnahan
berlebihan tidak berlaku. Selain itu, majlis ini akan memastikan keadaan hutan asli
dikekalkan dengan penubuhan kawasan hutan simpan, hutan lipur, hutan
perlindungan hidupan liar dan taman negara.
Antara beberapa contoh kawasan hutan tersebut termasuklah Hutan Simpan
Paya Laut Matang di Perak, Hutan Simpan Belum di Perak dan Hutan Simpan
Sungai Lalang di Semenyih, Selangor. Manakala kawasan taman negara pula
termasuklah Taman Negara Endau-Rompin, Taman Negara Niah, dan Taman
Negara Kinabalu. Penebangan hutan dan aktiviti perburuaan hidupan liar di
kawasan-kawasan ini adalah diharamkan.

Taman Negara- penebangan hutan dan perburuan hidupan liar diharamkan


disini.

Jabatan

Hidupan

Liar

dan

Taman

Negara

(PERHILITAN)

turut

bertanggungjawab dalam perlindungan hidupan liar di negara kita. Kawasan


perlindungan hidupan liar yang pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1903,
iaitu Kawasan Perlindungan Chior di Perak. Kini, terdapat 55 kawasan perlindungan
hidupan liar di seluruh negara. Beberapa spesies hidupan liar yang mengalami
kepupusan telah dikenalpasti dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan

Liar 1972. Antaranya termasuklah badak sumbu, seladang, harimau, gajah, orang
utan dan beberapa spesies burung.

Penanaman Semula Pokok-pokok


Kawasan hutan yang telah ditebang telah ditanam semula dengan pokokpokok. Penanaman semula secara percubaan dijalankan sejak tahun 1920-an di
Semenanjung Malaysia. Hutan yang telah ditebang dan kawasan yang terbiar akibat
aktivti pertanian pindah ditanam semula dengan spesies pokok kayu keras seperti
akasia, yemane, dan batai. Spesies pokok-pokok ini dapat membesar dengan cepat,
iaitu dalam tempoh 15 tahun. Projek penanaman semula ini dijalankan di negerinegeri seperti Pahang, Johor, Selangor, Negeri Sembilan , Perak , Terengganu,
Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Penyelidikan Baka Tumbuhan


Baka spesis yang digunakan untuk penanaman semula ditentukan selepas
penyelidikan dijalankan oleh Institute Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di
Kepong. Program penghutanan semula juga telah dijalankan di kawasan Hutan
Simpan Paya Laut di Larut Matang, Perak. Disini, spesies paya laut seperti bakau
kurap dan bakau minyak ditanam. Spesies pokok-pokok yang digunakan dalam
usaha penanaman semula mempunyai potensi bagi kegunaan masa depan.

Penubuhan Ladang Hutan


Jabatan Perhutanan Malaysia menubuhkan lading hutan untuk mendapatkan
bekalan kayu kayan yang berharga secara berterusan. Kira-kira 30% kawasan di
Malaysia dijadikan Hutan Simpan Kekal. Hutan ini ditanam secara peradangan dan
ditebang mengikut giliran selepas 30 atau 55 tahun. Hanya pokok yang cukup besar
yang dipilih untuk ditebang. Penanaman semula pokok baru akan dijalankan di
kawasan ini untuk menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang. Penubuhan
ladang hutan juga mengurangkan penebangan pokok di hutan asli. FRIM dengan

kerjasama Universiti Pertanian Malaysia berusaha menjayakan projek ladang hutan


di Malaysia. Kedua-dua institusi ini memilih baka seperti akasia , yemane dan batai.

Pengawalan Pembalakan Hutan


Jabatan Perhutanan Malaysia menguatkuasakan beberapa undang-undang
untuk mengawal pembalakan haram dan pemburuan hidupan liar. Antaranya
termasuklah Akta Perhutanan Negara (Pindaan 1993) dan Enakmen Industri
Berasaskan Kayu (1989). Melalui akta ini, tindakan undang-undang dapat diambil
dan hukuman berat boleh dikenakan terhadap pihak yang melakukan kegiatan
pembalakan haram atau pencerobohan hutan.

RUJUKAN
1. http://panduanpercuma.info/tahukah/3511/10-pokok-paling-pupus-di-dunia/
2. https://brainly.my/tugasan/79984
3. http://kfein.blogspot.my/2012/08/haiwan-comel-hampir-pupus.html
4. http://jyhygeografi.blogspot.my/p/langkah.html
5. https://brainly.my/tugasan/31251
6. http://geogtingsatu.blogspot.my/2012/12/unit-16-pemeliharan-danpemuliharaan.html
7. Buku Teks Geografi Tingkatan 1
8. Buku Rujukan Geografi Tingkatan 1
Penerbit: Sasbadi Sdn. Bhd. (WOW)

Anda mungkin juga menyukai