Anda di halaman 1dari 12

1- Sebagai kawasan tadahan air Hutan memainkan peranan sebagai span, menyerap air hujan dan mengalirkannya kembali

semula ke anak sungai. Dengan ini, ia bertindak sebagai penapis bagi menentukan kebersihan dan kejernihan air. Kitaran hidrologi yang berlaku di dalam hutan ini telah memberi kesan yang positif pada kuantiti dan kualiti air sungai (Lihat rajah 4 ). Kawasan hutan yang luas dapat menampung kandungan air air hujan yang banyak. Air tersimpan dalam daun, batang , akar dan buah tumbuhan. Air hujan yang tidak diserap oleh tumbuhan akan mengalir ke sungai, laut, atau diempangkan supaya dapat disalurkan ke paip-paip ke kawasan perumahan

2-Mengawal hakisan tanah Hutan bertindak sebagai penutup bumi semulajadi serta melindungi tanah-tanih daripada hakisan air dan angin. Pokok-pokok pula berfungsi sebagai pengikat dengan mencengkam atau memegang butiran tanah-tanih dengan akarnya dan mengekal dan mengukuhkan struktur tanah tersebut . Curahan air hujan di permukaan tanah mudah menghakiskan tanah sekiranya ikatan antara butirbutir tanah tersebut longgar. Tanah yang terhakis akan diangkut oleh aliran air hujan ke dalam sungai dan menyebabkan sungai menjadi cetek. Apabila hujan turun lagi, sungai yang cetek ini tidak dapat menampung air tersebut. Ini akan menyebabkan banjir berlaku dan mengakibatkan kerosakan harta benda. Berasaskan kepada keupayaan ini, hutan dapat memelihara kualiti alam sekitar dan mengelakkan bencana buruk seperti banjir kilat dan tanah runtuh yang bukan sahaja merosakkan harta tetapi juga mengancam nyawa. Melalui aliran batang tumbuhan, air hujan tidak akan terus menimpa permukaan bumi sebaliknya mengalir turun melalui batang dan akar tumbuhan. Ini mengurangkan kelajuan air hujan yang tiba ke permukaan tanah. Sementara itu, melalui proses evolusi, ekosistem hutan boleh menjalani pengitaran nutrien dan meminimakan kehilangan nutrien untuk hidup dalam kekurangan 3-Mempengaruhi iklim Hutan tidak mempengaruhi keadaan iklim satu kawasan yang luas tetapi jenis hutan bergantung kepada iklim. Bagaimanapun ,hutan mempengaruhi iklim keadaan setempat oleh kerana kepadatan silara pada pokok-pokok yang menyebabkan kelembapan udara yang tinggi dan sejuk . Beserta dengan seluruh tumbuhan hujau, ia bertindak mengimbangi kandungan gas oksigen (O2) dan karbon dioksida(CO2) dalam udara. Tumbuhan hijau menyerap CO2 dan mengeluarkan O2 semasa proses fotosintesis O2 yang dibebaskan dan digunakan oleh haiwan dan manusia semasa pernafasan manakala CO2 yang terbebas semasa haiwan dan manusia bernafas digunakan oleh tumbuhan. Ia juga mempunyai penyejukan semulajadi menerusi beberapa cara. Pertamanya air yang ditranspirasikan oleh tumbuhan naik ke udara dan menghasilkan awan. Awan ini membalikkan

cahaya matahari ke ruang angkasa dan kemudian menjadikan kawasan sekitar lebih sejuk. Keduanya apabila wap air dari hutan mengandungi tenaga haba yang akan disebarkan ke kawasan yang lebih sejuk. Keadaan ini mempengaruhi penyebaran radiasi matahari. Ketiganya, apabila kuantiti karbon yang banyak tersimpan dalam biomassa hutan. Jika karbon berlebihan di atmosfera, suhu dunia akan meningkat. Hutan ini boleh mengurangkan kandungan karbon di atmosfera menerusi proses fotosintesis 4-Menyediakan habitat tumbuhan, haiwan dan serangga Banyak spesies tumbuhan , haiwan dan serangga terdapat dalam hutan kerana secara langsung atau tidak , ia merupakan tempat tinggal dan sumber makanan. Sekiranya hutan dimusnah, keadaan cuaca dan kehidupan akan musnah sama sekali. Hutan Hujan Tropika misalnya mempunyai hampir 50% dari spesies tumbuhan di dunia. Satu hektar kawasan Hutan Hujan Tropika mengadungi hampir 200 spesies tumbuhan.

5-Menghapus bahan cemar Hutan juga berupaya mengawal dan menghapuskan bahan cemar yang parasnya tidak begitu tinggi . Ia berlaku apabila pokok menggunakan sebahagian dari bahan cemar seperti seperti karbon monoksida dan sulfur oksida dalam proses metabolisme. Selain itu, permukaan dalaman daun pokok adalah besar dan mampu menyerap bahan pencemar dengan lebih berkesan . Dalam ertikata lain ia juga bertindak sebagai penapis udara 6 -Menahan bunyi Kajian menunjukkan bahawa tumbuh-tumbuhan juga bertindak sebagai penahan bunyi yang berkesan . Di bandar, pokok-pokok telah ditanam untuk tujuan tersebut secara teratur. 6 -Menahan bunyi Kajian menunjukkan bahawa tumbuh-tumbuhan juga bertindak sebagai penahan bunyi yang berkesan . Di bandar, pokok-pokok telah ditanam untuk tujuan tersebut secara teratur. Dari aspek sosial Peranan sosial hutan yang paling penting adalah kegiatan rekreasi luar. Ini termasuk menyediakan tempat untuk orang ramai memburu, memancing, berkhemah, berkelah, menerokai hutan dan menikmati keindahan alam. Dengan peningkatan populasi manusia yang semakin meningkat, kawasan hutan semakin penting dalam kehidupan seharian manusia. Hutan juga menjadi kediaman rasmi orang asli. Seramai 300 juta orang asli menetap di dalam hutan di seluruh dunia. Hutan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka yang meliputi tempat tinggal, sumber makanan, Ubat-ubatan tradisional, pakaian dan bahan binaan untuk kediaman mereka.

Aspek ekonomi Dari segi ekonomi , hutan boleh dibahagikan kepada dua sumber: 1-Sumber kayu-kayan Tidak dapat dinafikan lagi bahawa hutan telah membekalkan hasil kayu-kayan bernilai seperti balak. Ia adalah salah satu sumber pendapatan yang penting dalam ekonomi bagi mana-mana negara. 2- Sumber hasil hutan bukan kayu Keluaran hasil hutan bukan kayu ialah semua keluaran hutan selain daripada kayu balak. Walaupun keluaran ini bernilai rendah tetapi pada umumnya sangat berguna kepada masyarakat atau sesuatu negara tersebut. Keluaran ini termasuklah keluaran tumbuh-tumbuhan seperti rotan, buluh, mengkuang, pandan, tumbuhan pewarna, damar, tumbuh-tumbuhan ubatan, tumbuhan beracun, sumber makanan, binatang liar, kayu gaharu, getah, minyak bau-bauan, binatang buruan dan kegunaan tumbuhan untuk hortikultur dan seni tanaman. Hutan juga menggalakkan industri pelancongan yang menjadi sumber pendapatan penting bagi beberapa negara melalui kedatangan pelancong-pelancong yang berminat dengan keindahan hutan mahupun bagi tujuan pengkajian. CIRI-CIRI HUTAN TROPIKA 1- Geografi Hutan tropika terdapat di zon tropika di antara 23O 27 3- Tanah Kebanyakan kawasan hutan tropika dipenuhi tanah yang telah melalui proses pedogenik yang dipengaruhi ciri-ciri topografi, bahan induk atau keadaan air tempatan dan aktiviti sesetengah biota. Tanah boleh menjadi sangat berbeza meskipun dalam lingkungan jarak sekecil 10m; kebolehubahan mikro ini mempunyai implikasi yang penting terhadap pertanian dan pemilihan tapak yang sesuai untuk uji kaji luar (Moorman dan Kang, 1978). Tanah jenis Ferasol dan akrisol merupakan tanah zon utama yang terbentuk dalam keadaan saliran bebas. Di kawasan tanah pamah tropika terdapat sungguh banyak kebolehubahan tanah yang tertakluk kepada jasad timbul dan batuan induk. Bahagian bawah lereng (kompleks aluvium) dicirikan oleh jenis tanah hidromorf seperti glei. Jenis tanah ferasol dan oksisol di atas lereng yang kurang curam (Kompleks koluvium) dan di bahagian atas lereng (kompleks eluvium). Di atas batuan perantaraan hingga batuan yang sederhana asid dan curahan hujan kurang daripada 1500mm terdapat tanah okrosol (aktisol), dan oksisol (ferasol) bagi kawasan mempunyai hujan lebih 2000mm. Di dalam hutan tropika ini juga terdapat tanah podzol, histosol, nitosol, andosol, regusol, fluvisol dan gleisol.

Ekosistem Hutan tropika merupakan satu ekosistem yang paling pelbagai sifatnya di dunia dan kompeks kerana mengandungi berjuta-juta individu saling bertindak. Antara punca-puncanya adalah seperti berikut: Jumlah ruang hutan tropika yang besar, termasuk bahagian yang separuh terlindung di bawah tanah STRUKTUR HUTAN TROPIKA Di dalam hutan tropika, ketinggian maksimum bagi sudur jarang melebihi 50m . Walaupun beberapa jenis pokok seperti Dryobalanops aromatica dan spesies Dipterocarpaceae boleh tumbuh sehingga 60m di sekitar Indo-Malaysia dan pokok paling tinggi pernah dicatatkan adalah Koompassia excelsa (Leguiminosae) mencapai 84m. Hutan tropika mempunyai beberapa lapisan tumbuhan semula jadi. Lapisan tertinggi sekali terdiri daripada pokok-pokok yang besar yang tumbuh sampai lebih daripada 46m (150 Kaki) tingginya dan mempunyai perdu akar banir yang besar serta batang pokok yang panjang dan lurus yang sesuai menjadi balak. Seterusnya, lapisan-lapisan pokok yang rendah kira-kira 9-15m (30-50 kaki) tingginya, terdapat pokok nipah, pokok reneh paku-pakis dan rumput. Hutan monsun kurang tebal daripada hutan khatulistiwa kerana adanya musim kemarau tetapi lazimnya mempunyai tumbuhan bawah yang tebal terdiri daripda pokok reneh dan pokok kecil serta rumpun buluh yang tebal. KEPELBAGAIAN BENTUK POKOK HUTAN TROPIKA Di hutan tropika, kebanyakan sifat pokok dikotiledon dan sifat percabangan, sistem daun, bunga, buah, dan akar jarang wujud di zon geografi yang lain. Semasa memberikan bentuk, kaji tentang kelakuan dan pertumbuhan akar perubahan ontogenetik dan saling bertindak antara faktor keturunan dengan faktor persekitaran diambilkira. Akar banir berlainan saiz, bentuk dan bilangan Ada akar banir merupakan struktur taji kecil atau bengkak di pangkal batang dan ada pula sangat besar sehingga mencapai 10m di atas batang pokok dan meluas lebih jauh pada satah mengufuk seperti pokok menonjol

Keseimbangan ekosistem

Ekosistem ialah satu proses interaksi antara benda-benda hidup dengan benda-benda hidup dengan benda-benda bukan hidup yang wujud dalam alam sekitar Kesimbangan ekosistem hutan penting kerana memelihara, melindungi dan mengekalkan sumber tumbuh-tumbuhan dan hidupan Ekosistem dapat menghasilkan sumber kayu kayan, ubat-ubatan, rotan, buluh dan kulit kayu terutamanya dari kawasan hutan Membantu dalam peningkatan kualiti udara di samping mengekalkan keseimbangan kitaran gas oksigen, karbon dioksida dan nitrogen

tumbuh-tumbuhan hijau membekalkan sumber tenaga kepada manusia dan haiwan yang memakannya

Pelbagai jenis flora dan fauna


Pokok-pokok orkid, paku pakis, pokok periuk kera merupakan tumbuh-tumbuhan istimewa yang terdapat dalam hutan Malaysia Hidupan liar seperti orang utan, tapir dan gibbon ialah antara haiwan yang unik dalam hutan negara kita Flora dan fauna menjadi tarikan pelancong, bahan penyelidikan dan bahan warisan generasi

Gibbon Pembekal hasil-hasil hutan


Pokok dalam hutan Malaysia menghasilkan pelbagai jenis kayu balak yang bermutu tinggi dan bernilai dari segi perdagangan hutan juga membekalkan hasil hutan yang lain seperti rotan, mengkuang, buluh dan nipah yang sangat penting dalam membangunkan industri perabot dan kraf tangan kayu balak- membuat perabot, mengilang papan lapis, membuat jambatan dan membina rumah buluh dan rotan - membuat kraf tangan, membuat perabot kayu ru- membuat perahu, sebagai bahan api daun mengkuang- membuat tikar dan bakul daun nipah- membuat atap batang nibung-membuat tiang rumah dan cerucuk kelong

Habitat hidupan liar


Hutan membekalkan makanan kepada hidupan liar Haiwan menjadikan hutan sebagai tempat tinggal serta perlindungan

Kawasan tadahan air


Tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan tanah tinggi negara kita berperanan sebagai kawasan tadahan Kawasan tadahan dapat didefinisikan sebagai kawasan bukit bukau yang meliputi tumbuh-tumbuhan yang tebal dan menjadi punca aliransungai Hutan bertindak sebagai penipis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air

Pencegahan hakisan tanih


Hutan bukan sahaja memberi hasil kepada kitamalah bertindak sebagai penutup bumi semula jadi serta melindungi tanih daripada hakisan air Daun dan ranting pokok di hutan hujan tropika yang tebal membantu mengurangkan halaju titisan air hujan dan memecahkan saiz titisan air hujan kepada yang lebih kecil Akar tumbuhan menyekat air larian permukaan menyebakan aliran menjadi perlahan serta berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanih

Pembiakan hidupan laut


Hutan paya air masin dan hutan paya air tawar di negara kita menjadi tempat pembiakan jenis kehidupan air Pelbagai jenis ikan dan udang bertelur di celah-celah akar pokok di dalam air Inin kerana akar jangkang pokok bakau melindungi telur ikan dan udang daripada ombak kuat dan pemangsa

Pengembang Eko-pelancongan

Beberapa buah taman negara dan hutan simpanan telah mewujudkan di Malaysia untuk memberi perlindungan kepada pelbagai spesies flora dan hutan simpan telah diwujudkan di Malaysia untuk memberi perlindungan kepada pelbagai spesies flora dan fauna yang semakin pupus Taman Negara yang terletak di Pahang dengan keluasan 4343km persegi merupakan hutan hujan tropika yang tertua di dunia Terdapat lebih daripada 10000spesies tumbuh-tumbuhan dan 250 spesies burung dalam Taman Negara

Penghasil ubat-ubatan tradisional


Kebanyakan tumbuh-tumbuhan mengandungi nilai-nilai perubatan, terutamanya dari bahagian batang, akar, daun dan ubi Petai, akar dan batang pokok periuk kera digunakan dalam perubatan tradisional

Bunga raya berguna untuk meredakan batuk dan kehilangan kahak Akar dan batang pokok direbus dan diminum untuk mengubati demam

periuk kera 2. Kepentingan hutan paya bakau:1. Daun-daun yang mereput membekalkan nutrien kepada plankton, invertebrata dan alga yang menjadi makanan ikan.2. Sistem akarnya yang kompleks dapat menyekat lumpur dan mendapan sungai untuk memastikan kejernihan air yang mengalir ke laut.3. Hutan paya bakau menjadi habitat kepada pelbagai spesies akuatik dan haiwan daratan yang wujud dalam rantai makanan.4. Menjadi tempat persinggahan burung-burung yang berpindah ketika musim sejuk selain menjadi sarang kepada pelbagai jenis burung tempatan.5. Pelbagai hidupan laut membiak di sini. 3. Ringkasan: Hutan paya bakau mempunyai banyak kepentingan. Daun-daun yang mereput membekalkan nutrien kepada plankton, invertebrata dan alga yang menjadi makanan ikan. Selain itu, sistem akarnya yang kompleks dapat menyekat lumpur dan mendapan sungai untuk memastikan kejernihan air yang mengalir ke laut. Di samping itu, hutan paya bakau menjadi habitat kepada pelbagai spesies akuatik dan haiwan daratan yang wujud dalam rantai makanan. Hutan paya bakau juga menjadi tempat persinggahan burung-burung yang berpindah ketika musim sejuk selain menjadi sarang kepada pelbagai jenis burung tempatan. Tambahan pula, pelbagai hidupan laut membiak di sini.

Kepentingan Hutan Bakau Kepentingan Ekologi Kaya dengan kepelbagaian biologi - Menjadi habitat kepada banyak tumbuhan & haiwan endemik dan terancam - Menjadi tempat persinggahan,pemakanan dan pembiakan bagi banyak burung air dan burung penghijrah. -menjadi kawasan pemakanan, pembiakan dan tumbesaran untuk banyak spesies akuatik terutamanya udang dan ikan * Memusnahkan satu atau lebih spesies akan menyebabkan kerosakan kepada seluruh ekosistem Kepentingan Ekonomi Membekalkan kawasan pemakanan, pembiakan dan tumbesaran yang baik kepada banyak spesies udang dan ikan komersil. Memberikan sumber makanan, cth: ketam, ikan dan udang Memberikan pulangan yang tinggi kepada negara melalui hasil perikanan Membekalkan bekalan kayu yang boleh ditebang secara mapan Menjadi habitat kepada banyak pokok dan haiwan yang jarang terdapat di tempat lain yang boleh menarik pelancong dan menjana ekonomi. Nilai ekologi

Hutan bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai : Ia melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis pinggir pantaidan angin pantai yang kencang. Hutan bakau menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan semula jadi terhadap ribut taufan. Bakau menjadi tempat perlindungan beberapa spesies flora dan fauna yangmempunyai penyesuaian yang unik. Banyak spesies udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di sini. Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya adalah tapak penting bagi burung-burung residen dan hijrah mencari makan dan bersarang . Hutan bakau mampu mengurangkan kesan ombak tsunami di sepanjang pinggir pantai di utara Kedah, Perlis dan Perak Fungsi Fizikal Hutan Bakau Pelindung persisiran pantai sebagai penampan ombak semulajadi, arus pasang surut dan ribut Penghalang kemasukan air masin ke kawasan daratan Perangkap sampah, nutrien, mendakan dan bahan toksin Penyimpan karbon dioksida Kepentingan umum Hutan Paya Bakau Kehidupan manusia amatlah berkait secara langsung mahupun tidak dengan hutan paya bakau ini, dari hutan itu sendiri hinggalah kepada peranan peranan hutan itu menstabilkan geofizikal sesuatu kawasan. Nilainya tidak kurang dari hutan jenis hutan tropika lain. Lagipun kepentingan hutan ini bukannya hanya kepada nilai hutan itu sendiri tetapi kerana kedudukannya strategik di perbatasan antara lautan dan daratan. Berikut disenaraikan hubungan kepentingan antara hutan paya bakau dengan manusia:Hutan paya bakau adalah sempadan antara daratan dan lautan. Semua persisiran pantai menghadapi bahaya hakisan akibat tindakan ombak dan arus pasang surut. Vegetasi hutan paya bakau dapat menstabilkan persisiran pantai, tebingan sungai dan estuaries dengan memberi perlindungan dari arus pasang surut, ombak dan ribut. Dipercayai kekerapan Bangladesh dilanda banjir adalah akibat kehilangan kawasan paya bakau sejak beberapa dekad kebelakangan ini. Hutan paya bakau bukan sahaja melindungi daripada hakisan tanah tetapi mengumpulkan semula tanah yang terhakis dari laut. Ianya berlaku apabila ombak menolak tanah/lumpur dari laut ke daratan dan hutan paya bakau dengan sistem akarnya yang unik dapat menggumpul tanah berkenaan. Ini merupakan fenomena yang unik, kerana kecenderungan laut untuk menengelami daratan Hutan paya bakau merupakan tempat yang sesuai bagi pembiakan beberapa spesies seperti ikan, ketam, udang dan, kerang di mana hutan ini merupakan tempat hidupan berkenaan menetas dan membesar sebelum kembali ke laut. Jika hilangnya hutan ini ianya bukan sahaja memberi kesan tidak langsung tetapi juga kesan langsung ke atas ekonomi sesebuah negara akibat kehilangan pendapatan dari industri perikanan. Dikebanyakan negara di Asia Tenggara dan Pasifik, hutan paya bakau dikomersilkan dengan mengeluarkan kayu untuk pembinaan, kayu api dan arang. Pengalaman menunjukkan bahawa jika aktiviti ini diurus dengan sempurna, ianya dapat menghasilkan barangan tanpa merosakkan hutan ini dengan teruk dan sementara itu ianya boleh mengekalkan sebagai

nursery bagi hidupan laut. Disesetengah tempat terutamanya India, pengambilan tanin dari pokok bakau masih lagi dijalankan. Tanin ini digunakan dalam industri kulit. Walaubagaimanapun, keunikan kawasan hutan ini menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung yang berhijrah dari hemisfera selatan ke utara dan sebaliknya akibat dari peredaran musim. Ianya boleh dieksploitasikan untuk pelancungan tanpa mengorbankan hutan itu sendiri dari tuntutan komersial. Tidak dapat digambarkan bertapa pentingnya kawasan ini kepada manusia samada secara langsung mahupun tidak. Jika kawasan ini dimusnahkan tunggu shajalah akibatnya. Kegunaan Hutan Bakau Banyak spesies ikan, udang dan ketam yang bernilai komersial hidup di kawasan bakau dan persekitarannya. Keuntungan daripada kegiatan perikanan di kawasan bakau mencecah berjuta-juta ringgit setahun. Penduduk setempat dan lain-lain kawasan turut menggunakan pokok bakau sebagai sumber kayu balak. Penduduk di kawasan pantai pula menggunakan kayu bakau untuk membina rumah dan bot (sebagai rasuk, alang, pelancar dan tiang) .Kayu bakau juga digunakan untuk membuat perangkap ikan Arang dan kayu api selain daripada menjadi sumber bahan api Kraftangan dan barangan rumah (pemegang alatan dan perabot). Tanin yang diperolehi daripada kulit pokok bakau digunakan untuk mewarnakan jaring ,kain layar dan pelekat plastik. Banyak bahagian tumbuh-tumbuhan bakau boleh dimakan dan sememangnya dijadikan makanan oleh penduduk setempat Ubat-ubatan (contohnya dedaun , tunas , buah-buahan dan bijibenihnya). Daun-daun Nipah yang bersaiz besar digunakan dalampembuatan atap dan rokok daun serta penganyaman bakul dan tikar.

UBAT-UBATAN DARI HUTAN BAKAU Kulit buah Tumu/Berus memberhentikan darah dan airnya digunakan untuk merawat mata Asap pembakaran kulit kayu pokok Buta-buta dikatakan dapat membantu menyembuhkan penyakit kusta Buah Pong-pong digunakan sebagai racun tikus. Ekstrak kulit kayu Tengar atau Dungun mengurangkan penyakit demam malaria Masalah hutan bakau Hutan bakau tidak tahan dengan tahap gangguan yang tinggi dan amat sensitif terhadap : penukaran tanah penebangan hutan penebusgunaan pencemaran. Banyak kawasan bakau ditebang untuk memberi laluan kepada kegiatan :

akuakultur ternakan ikan dalam sangkar kolam ternakan udang dan ikan air masin Zon perindustrian yang berdekatan dengan pelabuhan Pembinaan kawasan pangkalan nelayan Pelabuhan dan tapak gudang kontena-kontena Perbandaran dan perkampungan nelayan poinggir pantai. Tempat pembuagan sisa cecair ole kapal dagangan dan bot nelayan. Ekosistem yang mudah terjejas (sensitif) ini perlu dipulihara sebagai simpanan alam semula jadi atau taman alam. Banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran awam dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri kita untuk memulihara warisan bakau semula jadi yang menyimpan sebahagian daripada flora dan fauna dunia yang terancam Pelbagai keadaan yang tidak menyenangkan wujud di dalam dan di sekitar hutan bakau. Namun begitu ia juga merupakan ekosistem tanah bencah yang paling produktif. Tahap kemasinan yang tinggi, kandungan oksigen yang rendah di dalam air dan tanah, keadaan tanah yang tidak stabil dan tidak berupaya menyokong pokok-pokok besar adalah di antara beberapa aspek persekitaran ini. Walau bagaimanapun, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mendiami kawasan bakau telah menyesuaikan diri dengan persekitaran sebegini dengan membentuk beberapa ciri penyesuaian yang istimewa. Tumbuh-tumbuhan bakau mengatasi kandungan oksigen yang rendah dengan akar udara khas yang dikenali sebagai pneumatofor iaitu akar yang tumbuh secara menegak daripada permukaan tanah untuk mendapatkan oksigen. Kawasan bakau mempunyai tanah lembut yang seakan-akan tanah liat dan tumbuh-tumbuhan bakau dapat tumbuh dengan tegap dengan menggunakan akar banir dan akar sokong. Tanah yang berkelodak dan perubahan pasang surut (air pasang surut) tidak sesuai bagi perkembangan anak pokok bakau. Untuk mengatasi masalah ini, tumbuh-tumbuhan bakau mempunyai kaedah percambahan biji benih yang unik yangdikenali sebagai vivipariti.Tumbuh-tumbuhan vivi parus mempunyai biji benih yang boleh membesar dan mengeluarkan akar dan pucuk muda semasa ia masih lagi berada bersama pokok induk. Anak benih ini kemudiannya akan jatuh daripada induknya dan tertanam di dalam tanah. Ia akan terus membesar atau kekal dorman sehinggalah dihanyutkan arus ke tempat yang lebih sesuai untuk membesar. 14.1 Kepentingan Tumbuhan Semula Jadi dalam Ekosistem Ekosistem dalam suatu sistem yang melibatkan tindak balas antara benda hidup dengan benda bukan hidup. Komponen benda bukan hidup terdiri daripada tanih, air, udara, dan cahaya matahari. Komponen ini menyediakan persekitaran luar bagi komponen benda hidup. Komponen benda hidup terdiri daripada semua spesis tumbuhan dan haiwan yang hidup dalam persekiran ini. Setiap komponen dalam sesuatu ekosistem memainkan peranan masin-masing Rajah 4.1 menunjukan suatu ekosistem disebuah hutan hujan tropika. Dalam ekosistem ini, semua benda hidup saling bergantung antara satu dengan yang lain. Benda hidup juga bertindak balas dengan benda bukan hidup. Tumbuhan hijua memerlukan tanah, air, udara, karbon dioksida dan cahaya matahari untuk membuat makananya sendiri melalui proses fotosintesis.

Melalui proses ini, oksigen dibebaskan. Tumbuhan menjadi makanan kepada haiwan. Oksigen yang dibebaskan pula diperlukan olen haiwan untuk pernafasan. Peranan tumbuhan ini disebut sebagai pengeluar. Haiwan, contohnya arnab memakan rumput dan daun. Haiwan ini disebut sebagai herbivor. Arnab pula menjadi makanan kepada haiwan karnivor seperti musang dan harimau. Arnab,musang, dan harimau adalah pengguna dalam ekosistem ini. Apabila haiwan-haiwan ini mati, pengurai seperti kulat dan bakteria akan bertindak mereputkan bangkainya. Bahan yang terurai menjadi nutrien yang menyuburkan tanih. Dalam hal ini, peranan pengurai adalah sebagai penukar. Nutrien yang dihasilkan itu akan diserap oleh tumbuhan sebagai sumber bahan untuk membuat makananya. Oleh itu, peranan tumguhan sebagai pengeluar adalah sangat penting. Penebangan tumbuhan semulajadi akan menyebabkan kekurangan sumber makanan.

Anda mungkin juga menyukai