Anda di halaman 1dari 44

Kejadian

Empat
Musim
Apakah ia kejadian empat musim?
• Kejadian empat musim adalah fenomena cuaca
yang berlaku di kawasan-kawasan tertentu di bumi
• Kawasan ini akan mengalami kejadian empat
musim melibatkan musim bunga, musim panas,
musim luruh dan musim sejuk
• Fenomena ini berlaku kerana pergerakan bumi
mengelilingi matahari
• Kejadian empat musim berlaku secara berterusan
selama setahun di mana setiap musim berlaku
sekitar tempoh 3 bulan
• Kejadian empat musim boleh dibahagi kepada
dua kejadian utama iaitu ekuinoks dan solstis
Ekuinoks Solstis
- Ekuinoks ialah kejadian - Solstis ialah kejadian matahari
dimana matahari tegak di tegak di garisan sartan ataupun
garisan khatulistiwa jadi

- Kejadian ekuinoks - Kejadian solstis melibatkan dua


melibatkan dua musim musim iaitu musim panas dan
iaitu musim bunga dan musim sejuk
musim luruh
- Jumlah waktu siang dan - Kebanyakan kawasan mengalami
malam adalah sama jumlah waktu siang dan malam
panjang di semua kawasan yang berbeza-beza kecuali kawasan
berhampiran khatulistiwa
Contoh negara yang mengalami empat musim

Amerika
syarikat Jepun
Negara-negara
Eropah

China

Argentina
Selatan Australia
Ekuinoks
musim bunga
Ekuinoks musim bunga
• Berlaku pada 22 Mac
• Matahari tegak di garisan khatulistiwa
• Jumlah waktu siang dan malam sama panjang
di semua tempat di dunia
• Musim bunga di hemisfara utara, musim
luruh di hemisfara selatan
Solstis
musim panas
Solstis
Solstis musim panas
• Berlaku pada 21 Jun
• Matahari tegak di garisan sartan
• Jumlah waktu siang lebih panjang di hemisfera
utara
• Jumlah waktu siang lebih pendek di hemisfera
selatan
• Musim panas di Hemisfera Utara dan musim sejuk di
Hemisfera Selatan
Ekuinoks
musim luruh
Ekuinoks musim luruh
• Berlaku pada 23 September
• Matahari tegak di garisan khatulistiwa
• Jumlah waktu siang dan malam sama panjang
di semua tempat di dunia
• Musim luruh di hemisfara utara, musim
bunga di hemisfara selatan
Solstis Musim
Sejuk
Solstis
Kawasan di
hemisfera selatan
lebih banyak
menghadap
matahari
Solstis musim sejuk
• Berlaku pada 21 Disember
• Matahari tegak di garisan jadi
• Jumlah waktu malam lebih panjang di
hemisfera utara
• Jumlah waktu malam lebih pendek di
hemisfera selatan
• Musim sejuk di Hemisfera Utara dan musim
panas di Hemisfera Selatan
Perhatikan jadual ringkas ini,
bolehkan anda fahami maksudnya?

Bulan Musim Kejadian Tegak di garisan

3 B E K

6 P S S

9 L E K

12 S S J
Salah satu fenomena unik yang hanya berlaku di
kawasan kutub utara dan kutub selatan ialah keadaan
siang selama 24 jam dan keadaan malam selama 24
jam.

Pada musim panas, matahari akan kelihatan sepanjang


hari selama 24 jam manakala pada musim sejuk,
matahari tidak akan kelihatan selama 24 jam di
kawasan tersebut…

Dapatkan kamu bayangkan bagaimanakah cara hidup


masyarakat di kawasan tersebut?
Video
1. Kejadian matahari tengah malam di
Alaska
2. Waktu malam yang panjang di
musim sejuk di Alaska
3. Perbezaan waktu siang dan malam
pada dua musim yang berbeza
Kesan kejadian empat musim
• Kejadian empat musim menyebabkan
sesetengah kawasan mengalami jumlah siang
dan malam yang tidak sama panjang
• Jumlah siang dan malam ini bergantung
kepada kedudukan hemisfera dan musim
yang berlaku
• Lazimnya, kejadian empat musim selalu
merujuk kepada kejadian di hemisfera
utara
Bagaimana kejadian ini memberi
pengaruh yang besar kepada gaya
hidup dan persekitaran setempat?
Musim bunga membantu menggalakkan industri pelancongan
di negara tersebut. Suasana dingin dan pemandangan bunga
yang indah menggalakkan pelancong datang melawat ke sini
Industri mengeksport bunga juga turut bertambah ketika musim
bunga
Di Jepun, masyarakatnya menyambut sambutan Festival Musim Bunga
ketika musim ini. Masyarakat akan keluar beriadah sambil menikmati
pemandangan bunga sakura
Video
Festival musim bunga di
Jepun
Musim panas adalah musim yang sangat sesuai untuk aktiviti luar.
Masyarakat setempat akan keluar menikmati panas matahari pada
musim panas
Aktiviti perkhemahan atau ‘summer camp’ biasa dilakukan pada waktu
ini. Suhu yang sesuai menyebabkan aktiviti riadah dan aktiviti luar
rancak berjalan pada musim panas
Pada musim luruh, pokok akan menggugurkan daunnya.. Pokok
menggugurkan daun untuk mengelakkan kehilangan air pada
musim sejuk..
Aktiviti luar semakin berkurangan kerana suhu kembali sejuk dan
sederhana
Aktiviti memungut hasil tanaman juga sering dilakukan pada masa ini.
Musim luruh adalah persiapan bagi menghadapi musim sejuk di mana
kebanyakan aktiviti pertanian biasanya terhenti seketika
Pada musim sejuk, kebanyakan aktiviti terhenti kerana suhu
yang sejuk. Aktiviti seperti pertanian tidak dapat dijalankan.
Aktiviti luar tertumpu kepada aktiviti yang melibatkan salji
seperti meluncur salji.
Ribut salji yang tebal kadangkala menyebabkan sistem
pengangkutan terjejas dan aktiviti harian penduduk terganggu
Kebanyakan aktiviti tertumpu di dalam rumah kerana suhu yang
sejuk sehingga di bawah paras beku
• Kebanyakan negara di dunia menyambut Hari
Krismas 25 Disember, pada musim sejuk…

• Namun, ada beberapa negara di dunia yang


menyambutnya pada musim panas, dapatkah
kamu nyatakan negara-negara
tersebut?
Uji Minda
Rashid sekeluarga ingin bercuti untuk menikmati
pemandangan musim bunga pada cuti sekolah
bulan September. Apakah negara yang boleh
dilawati oleh Rashid sekeluarga?

A. Jepun
B. Sweden
C. Amerika Syarikat
D. Selatan Australia

Anda mungkin juga menyukai