mempunyai pengaruh ke atas keadaan cuaca dan iklim sesuatu tempat kerana pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan mampu mengubahsuaikan iklim mikro sesuatu tempat. Melalui proses transpirasi, air dari tanah melalui tumbuh-tumbuhan akan terserap ke udara dan air di permukaan daun juga akan tersejat ke udara dan ini menambahkan lagi kelembapan udara. Ini kerana pokok-pokok dan tumbuhtumbuhan mengawal sinaran matahari melalui proses serapan, pemantulan dan pemindahan. Pada hari yang panas, sebatang pokok mungkin menyerap beratus-ratus liter air dari tanah dan kebanyakannya akan tersejat ke atmosfera. Ini sudah pasti akan memberikan kesan penyejukan kepada kawasan sekitarnya. Secara bandingannnya, suhu di kawasan hutan adalah lebih rendah kerana litupan tumbuh-tumbuhan yang banyak. Di samping itu, pertambahan oksigen di atmosfera bumi yang berpunca daripada prosese fotosintesis akan memastikan pengurangan karbon dioksida secara tidak langsung. Ini kemudiannya dapat mengurangkan risiko berlakunya fenomena "kesan rumah kaca" atau "kesan rumah hijau". Dengan itu, peningkatan suhu bumi dapat dikawal. Hal yang sama terjadi di bandar-bandar besar, di mana hutan sangat berguna sebagai agen pembersih udara kerana daun-daun dan dahan-dahan pokok bertindak sebagai penyaring udara kotor. Hal ini menunjukkan bahawa hutan mampu mengimbangi iklim sesuatu kawasan di samping merendahkan suhu dan menyamankan udara berbanding dengan kawasan yang hutannnya telah ditebang. Biasanya suhu adalah lebih tinggi dan kawasan tersebut menjadi lebih panas.
SUMBER MAKANAN
Di hutan banyak terdapat buah-buahan liar yang boleh dimakan dan selalunya dikumpulkan oleh masyarakat tempatan sebagai sumber makanan. Di negeri Sabah misalnya, terdapat kira-kira 200 spesies tumbuhan hutan yang boleh di makan buahnya. Antara contoh buah-buahan hutan yang sedia popular di Malaysia amnya pada masa kini tetapi masih belum ditanam secara meluas ialah kelubi (Zalacca conferta), salak hutan (Z. affinis), petai (Pithecellobium jajanica dan P. singularis), keredas (P. bubalinum), dan jering (P. jiringa). Untuk buah-buahan ini, hutan masih menjadi sumber utama bagi mendapatkannya. Malah banyak buah-buahan yang telah ditanam berasal daripada waris liar dari hutan tropika, contohnya durian (Durio zibethinus), rambutan (Nephelium lappaceum), langsat/duku (Lansium domesticum), dan mangggis (Garcinia mangastana). Di Sabah, banyak buah-buahan yang terdapat di pasaran berasal dari hutan dan belum ditanam secara meluas. Antaranya ialah terap (Artocarpus odoratissimus), bambangan (Mangifera decandra), beluno (M. caesia), liposu (Baccaurea angulata), dan kembang semangkuk (Scaphium macropodum). Selain buah-buahan, ulam juga menjadi bahan makanan yang penting sebagai sumber vitamin dan juga sumber ubatan masyarakat tempatan. Contohnya daun kadok (Piper sarmentosum), daun pegaga (Hydrocotyle asiatica), putat (Barringtonia spp), selom (Oenanthe javanica), menkudu (Morinda elliptica), cekur (Sauropus androgynus), ulam raja (Cosmos caudatus), kantan (Phaeomaria speciosa), dan daun kesom (Polygonum minus) adalah antara ulam yang paling popular. Di hutan di Malaysia terdapat lebih 50 jenis ulam yang sesuai sebagai bahan makanan tetapi kurang popular.
rumah, landasan kerta api, alat-alat perabot, papan lapis, kertas dan lain-lain lagi. Di samping itu, hutan juga merupakan sumber hasil-hasil hutan yang lain seperti rotan, buluh, mengkuang, dan lain-lain lagi. Di Asia Tenggara contohnya, kirakira 20 spesies rotan dianggap sebagai spesies komersial yng berharga. Kesemua spesies yang digunakan dalam industri adalah daripada genus Calamus yang mempunyai kira-kira 60 spesies kesemuanya. Rotan sangat bernilai terutamanya kepada industri perabot dan kraftangan. Negara-negara di Asia Tenggara dianggarkan mengeksport rotan bernilai kira-kira US$60 juta setahun, 90% daripadanya adalah oleh Indonesia. Ini tidak termasuk jumlah hasil siap guna seperti perabot, yang dianggarkan bernilai US$4 bilion setahun, menjadikan hasilan yang kedua penting selepas kayu-kayn dan balak. Selain rotan, terdapat hasil hutan lain yang sangat bernilai. Antaranya ialah kayu gaharu atau karas yang digunakan sebagai bahan pewangi. Harga sebatang kayu gaharu (gred 4) boleh mencapai $25 000 (pada kadar $2 per g). Selain kayu gaharu terdapat beberapa spesies kayu hutan lain yang dapat mengeluarkan minyak pewangi dan berpotensi sebagai bahan dagangan.
ubatan tetap mempunyai peranan di dalam pembangunan ubat-ubatan moden menerusi cara-cara berikut : Sebagai sumber terus ubat-ubatan moden seperti murfina, strofantin, atrofin, dan digitoksin. Sebagai sumber bahan mula untuk sintesis ubat-ubatan yang lebih berkesan dan lebih selamat. Sebagai model bahan bioaktif untuk program sintesis ubat-ubatan moden. Oleh yang demikain timbuhan ubat-ubatan memainkan peranan yang penting di dalam proses penemuan ubat-ubatan moden yang baru. Kebanyakan ubatubatan moden yang telah disintesis berasal daripada bahan-bahan aktif tumbuhan. Kepentingan tumbuhan ubat-ubatan sebagai sumber ubat-ubatan moden tidak boleh disangkal lagi. Pada masa ini, terdapat 121 jenis ubat moden yang telah berjaya dihasilkan daripada 95 spesies tumbuhan dan sebahagian besar daripadanya masih tidak dapat dihasilkan secara sintetik. Kini sebanyak 23 jenis ubatan moden daripada 45 ubat-ubatan moden yang dikaji daripada Hutan Hujan Tropika telah diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA) untuk penggunaan di Amerika Syarikat. Di antara bahan terpenting yang digunakan oleh perubatan moden ialah alkaloid - biokompaun yang dihasilkan oleh banyak kategori tumbuh-tumbuhan. Biom hutan tropika contohnya mengandungi bilangan tumbuh-tumbuhan beralkaloid terbanyak dan pada kepekatan tertinggi berbanding man-mana biom lain. Alkaloid tumbuh-tumbuhan mempunyai aplikasi perubatan, ini termasuklah dalam penghasilan kokain, kuinin, kafein, nikotin, efedrin, dan reserpin. Alkaloid yang paling terkenal barangkali ialah vinkristin dan vinblastin. Alkaloid ini adalah hasil derivatif sejenis bunga tropika , "rosy periwinkle" atau dikenali sebagai kemunting Cina atau tapak dara yang mempunyai 2 jenis iaitu satu berbunga merah jambu dan satu lagi berwarna putih. Pohon ini berkerabat dengan pohon Madagaskar Periwnkle (Catharantus roseus G Don). Ia memberi peluang sembuh 80% kepada kanak-kanak yang menghidap sakit leukimia. Keduaduanya juga digunakan secara meluas di dalam rawatan kanser payudara, rahim, dan testikular. "Rosy Periwinkle" diketahui dari bomoh-bumoh asli di Madagascar dan Jamaica. Ubat yang dihasilkan dari tumbhan ini mencapai nilai US$90 bilion pada tahun 1970 dan dianggarkan jumlah ini meningkat 15% setiap tahun. Selain itu, kalanolida dan kastatolida dan terbitannya dari pokok bintagor (Calophyllum lanigerum) yang mempunyai anti-AIDS dan "taxol" Daripada Taxus brevifolia untuk mengubat barah. Sekurang-kurangnya 1400 spesies tumbuhan tropika dipercayai berpotensi untuk rawatan kanser, 2000 berkesan sebagai kontraseptif dan lebih 600 spesies pula berpotensi untuk pengguguran janin. Penemuan ubat-ubatan baru daripada tumbuhan telah menimbulkan kesedaran baru kepada pelbagai pihak khasnya syarikat-syarikat farmaseutikal daripada negara-negara barat untuk menjalankan kajian penyaringan biologi terhadap tumbuhan ubat-ubatan secara besar-besaran.
Apabila taraf hidup penduduk di sesebuah negara meningkat maka sudah pasti permintaan untuk rekreasi dan pelancongan juga turut meningkat. Peranan hutan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan perlulah diuruskan dengan baik tetapi tidak semua kawasan hutan sesuai dijadikan kawasan rekreasi. Banyak negara telah menetapkan kawasan yang tertentu untuk tujuan rekreasi dan pelancongan. Biasanya, tempat yang menjadi tumpuan pelancong ialah kawasan hutan yang mempunyai air terjun dan terletak di kawasan pergunungan untuk berkelah, berkhemah, dan bersiar-siar. Manakala kawasan hutan yang mempunyai jeram, sungai dan belukar sesuai untuk memancing. Malaysia misalnya mempunyai khazanah hutan yang tertua di dunia, maka perkembangan ini tentunya menggalakkan industri pelancongan yang kini menjadi sumber pendapatan negara. Para pelancong asing akan datang melawat negara kita semata-mata untuk melihat keindahan hutan semula jadi yang berpotensi sebagai pusat pelancongan yang boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan. Selain dapat menyelami Hutan Hujan Tropika, para pelancong juga boleh menikmati keindahan hutan pantai dan hutan gunung di Malaysia, seperti Pantai Desaru, Taman Negara Bako, Gunung Kinabalu, dan Bukit Fraser. Manakala penduduk yang terdedah kepada kesibukan dan kesesakan kota boleh menenangkan minda dan lari dari bayangan kota dengan berkunjung ke tempat-tempat rekreasi yang menghijau ini.