Anda di halaman 1dari 4

TAJUK : KURA-KURA DENGAN ARNAB

Pada suatu
hari, kura-kura
ternampak
sebatang
pokok pisang
hanyut di
dalam sungai.
Kura-kura
pergi mengambil pokok pisang itu.

Kura-kura mahu menanam pokok pisang itu. Monyet datang


mahu merebut pokok pisang itu. Monyet juga ingin menanam
pokok pisang itu.

Monyet mahu batang pisang itu dikerat dua. Kura-kura terpaksa


bersetuju.

Monyet mengambil bahagian batang yang mempunyai daun.


Kura-kura pula mengambil bahagian batang yang mempunyai akar.

Monyet menanam batang pisangnya. Namun, tidak berapa lama


kemudian, daun pisang itu layu. Akhirnya, pokok pisang itu mati
kerana tidak ada akar.

Pokok pisang kura-kura pula mulai tumbuh daun. Pokok pisang


itu dapat hidup kerana ada akar.

Tidak lama kemudian, pokok pisang itu berbuah. Kura-kura sangat


senang hati. Kura-kura dapat makan pisang itu.

Monyet pula berasa malu. Itulah balasannya kerana tamak.

NILAI MURNI

Sikap tamak selalu membawa rugi.


TAJUK : MERAK YANG SOMBONG

Di dalam
sebuah hutan,
tinggal seekor
burung merak.
Burung merak
itu sangat
sombong
kerana dirinya
cantik.

"Akulah burung yang paling cantik di dalam hutan ini," kata burung
merak.

Burung merak itu angkuh. Burung merak itu tidak mahu berkawan
dengan burung-burung lain.

Pada suatu hari, datang seorang pemburu memasang jerat. Burung


merak terkena jerat itu.

"Tolong! Tolong!" burung merak menjerit meminta pertolongan.

"Maafkanlah aku! Aku tidak berdaya untuk menolong engkau,"


burung tiung memberitahu burung merak.

"Engkau ditangkap oleh manusia kerana engkau sangat cantik. Manusia


mahu memelihara engkau," kata burung gagak pula.

Burung merak berasa malu dan menyesal. Namun, sesal kemudian


sudah tidak berguna lagi.

NILAI MURNI

Janganlah sekali-kali berasa megah dengan apa-apa kelebihan yang kita miliki. Sikap
suka bermegah-megah boleh mendatangkan akibat yang buruk.
TAJUK : POKOK KELAPA DENGAN RUMPUT

Di tepi padang,
tumbuh
sebatang
pokok kelapa.
Pokok kelapa
itu sangat
tinggi.

Pokok
kelapa itu selalu mengejek rumput. "Wahai Sang Rumput, engkau
sangat pendek! Aku adalah pokok yang tinggi dan kuat."

Setiap hari, rumput selalu diejek oleh pokok kelapa. Namun,


rumput berdiam diri sahaja.

Pada suatu hari, datang ribut yang kuat. "Tolong! Tolong!"


terdengar suara pokok kelapa menjerit minta tolong.

Dum! Terdengar pula bunyi yang sangat kuat. Pokok kelapa itu
tumbang.

Rumput pun berkata, "Wahai Sang Kelapa, walaupun aku


pendek, tetapi ribut tidak dapat menumbangkan diriku!"

Pokok kelapa berasa malu. Pokok kelapa sangat menyesal kerana


pernah mengejek rumput.

Akhirnya, matilah pokok kelapa itu.

NILAI MURNI

Kita tidak boleh memandang hina pada orang miskin dan lemah.
Setiap orang mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai