Anda di halaman 1dari 24

Prof Dr.

Jumaat Adam Johari Jalinas Kepentingan hutan kepada manusia dan pemuliharan hutan

Kandungan kuliah
Pengertian Hutan Pengertian Ekologi Kepentingan Hutan Pemuliharaan Hutan

Jenis-Jenis Hutan

Hutan Pantai Hutan ini didapati di sepanjang pantai negeri Sabah. Hutan in semakin pupus disebabkan oleh skim pembangunan pantai yang semakin meningkat

Hutan Nipah

Hutan ini biasanya didapati tumbuh bersama dengan vegetasi Hutan bakau. Hutan ini tumbuh di kawasan air tawar. Daun nipah digunakan untuk membuat atap rumah manakala luahan digunakan sebagai minyak.

Hutan Transitional

Hutan ini didapati di antara Hutan Bakau, Hutan Nipah atau Hutan Paya dan dikenali sebagai Hutan Tanah Kering. Spesies yang mendominasikan kawasan hutan ini adalah seperti Nibong (Oncosperma sp.), palma, rotan dan merbau (Intsia palembanica).

Hutan Paya

Hutan ini terbentuk di antara Paya Gambut dan paya Air Tawar. Paya Air Tawar menerima sumber air dari kawasan jeram dan sungai, manakala Paya Gambut menerima kelembapan dari air hujan.

Hutan Dipterokap

Hutan ini merupakan jenis Hutan Hujan Tropika yang terkenal dengan pokok yang mempunyai ketinggian paling tinggi berbanding dengan pokok dari hutan-hutan lain di dunia. Spesies Dipterokap mempunyai banir besar dan pengeluaran bunga dan buah pada dahan. Hutan ini boleh didapati pada ketinggian 900m atas paras laut dan dibahagikan kepada 8 genera utama

Quiz

Sila senaraikan Hutan-Hutan yang ada tahu ?.......

PENGKELASAN HUTAN
Secara umumnya hutan di Malaysia telah dibahagikan kepada 7 kelas hutan untuk tujuan pengurusan dan pengawalan hutan. Kelas I - Hutan Perlindungan Hutan ini berfungsi sebagai kawasan tadahan air dan untuk kepentingan alam sekitar. Kawasan hutan ini tidak boleh dibalak dan jumlah luas melebihi 99980 ha. di negeri Sabah.

Kelas II - Hutan Komersil

Hutan ini boleh dibalak untuk membekalkan pelbagai jenis kayu keras yang berharga seperti Acacia mangium, Paraserianthes falcataria, Gmelinaarborea dan Eucalyptus deglupta bagi kepentingan ekonomi negara. Pembalakan dijalankan selaras dengan prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan seperti yang digariskan dalam dasar Perhutanan Negara 1978 ( Pindaan 1992).

Kelas III - Hutan Domestik

Hasil hutan dari kawasan ini adalah untuk kegunaan tempatan sahaja. Pengeluaran hasil hutan untuk tujuan komersil adalah tidak digalakkan.

Kelas IV - Hutan Ameniti Hutan ini berfungsi sebagai kawasan arboretum dan menyediakan kemudahan rekreasi. Spesies exotic kadangkala ditanam untuk meningkatkan nilai ameniti kawasan hutan. Kelas V - Hutan Bakau Hutan ini berfungsi untuk membekalkan kayu bakau terutamanya Rhizophora sp. Kayu bakau mempunyai kegunaan luas seperti sebagai kayu api, tiang, arang kayu dan bahan samak.

Kelas VI - Hutan Simpan Dara Hutan ini ditanam unutk tujuan penyelidikan perhutanan. Aktiviti pembalakan adalah dilarang dijalankan di kawasan hutan ini. Hutan Simpan Dara Sepilok merupakan antara salah satu contoh hutan jenis ini. Kelas VII - Hutan Simpan Hidupan Liar Hutan ini berfungsi untuk perlindungan dan penyelidikan hidupan liar. Rhinoceros sumatrana merupakan salah satu haiwan terlindung dalam hutan tersebut.

Kepentingan Hutan

HUTAN DAN KEGUNAAN

Hutan Malaysia menghasilkan pelbagai makanan dan buah-buahan seperti petai, jering, sagu, durian dan manggis . Di dalam hutan juga terdapat binatang buruan seperti rusa, kijang, burung punai dan ayam hutan. Flora dan fauna yang mempunyai "biodiversiti" yang tinggi telah menjadi makanan utama penduduk asli yang masih hidup dalam keadaan serba kekurangan. Kayu bakau juga digunakan sebagai kayu api, tiang, arang kayu dan bahan samak. Daun pokok nipah digunakan sebagai atap rumah. Kayu pokok ru digunakan untuk membina perahu. Getah poko jelutung digunakan untuk membuat gam kunyah.

Hutan juga berupaya menghasilkan nilai ekonomi yang tinggi. Misalnya pokok pain dan akasia yang cepat tumbuh ditanam di kawasan pembalakan untuk menghasilkan pokok lembut bagi perusahaan membuat kertas. Kertas yang dihasilkan kebanyakan dieksport ke negara-negara Eropah yang mempunyai permintaan yang tinggi terhadapnya disebabkan oleh kepesatan pembangunan industri percetakan

Hutan juga menyediakan beberapa jenis tumbuhan ubat tradisional. Menurut kenyataan Pusat Pengesanan Pemuliharaan Dunia (World Conservation Monitoring Centre), sumber genetik tumbuhan ubat-ubatan di Malaysia baru mula dibuat penilaian. Antara spesies yang diminati oleh penjual herba dan pengamal ubat tradisional ialah dari famili Apocynaceae, Annonaceae, Rutaceae, Dios coreaece, Leguminosae, Lauroceae dan Zingibera ceae.

Hutan

Malaysia menghasilkan kayu keras tropika, rotan dan buluh. Hasilhasil ini dibuat kayu bergergaji, papan lapis, venir, dan perkakas. Contohnya meja dan kerusi yang dihasilkan di Malaysia telah mendapat sambutan yang tinggi di luar negeri.

Keunikan

pelbagai

jenis

fauna

dan

flora

yang

terdapat

menyediakan suatu kawasan rekreasi kepada mereka yang

berminat dalam pengembaraan. Apabila ramai pelancong asing


melawat ke negara ini, maka secara tidak langsung ini akan menggalakkan pengaliran masuk wang ke negara kita.

Hutan juga boleh menghasilkan jenis pokok non-kayu yang


mempunyai nilai dan potensi ekonomi yang cukup tinggi. Beberapa jenis hasil hutan non-kayu yang dimanfaatkan pada masa kini ialah

madu, gula kawung, bambu, agar laut, kapulaga, koneng gede, laja
dan pelbagai jenis tumbuhan ubat.

Salah satu jenis kayu keras yang berharga ialah kayu jati atau nama saintifiknya Tectona grandis telah dipindahkan dari Myanmar, Laos dan negara Thai untuk ditanam di Malaysia. Kayu jati telah mendapat sambutan yang menggalakkan di luar negara

Pemuliharaan Hutan

Dalam usaha-usaha untuk melindungi dan mengekalkan jenis-jenis hutan dalam keadaan semulajadi, Jabatan Perhutanan telah mengambil langkah menubuhkanHutan Simpanan dara (VJR) sebagai rezab semulajadi dan Arboretum. Hutan Simpanan Dara ini berperanan sebagai contoh untuk membuat perbandingan ekologi dan biologi dengan kawasan hutan yang telah dibalak

Tugasan
1. 2. 3. 4. 5. 6.

Tumbuhan Ubatan (nur ezzatie dan norshida) Tumbuhan Paya Bakau (min n luqman) Tumbuhan Landskap (norzeana & nurullhuda) Pokok Balak (Hazizi n Farrah) Tumbuhan Beracun (Ang Lay Li & Ooi See Chiann) Tumbuhan Sayuran (Eddie & Flora) Buah-buahan Nadir (lim tze tze dan too pei yoon) Kulat (dayah + nadia) Nama species : Kegunaan: Gambar: Rujukan: Tarikh Hantar Tugasan: Hujung Bulan Ogos Pamplet:

Anda mungkin juga menyukai