Anda di halaman 1dari 13

HUTAN KHAZANAH NEGARA

ULASAN
HUTAN BELUM
Hutan Belum terletak di utara Tasik Temenggor iatu di
negeri Perak. Hutan ini belum terusik dan dikenali
sebagai Hutan Simpan Belum. Kawasan ini merupakan
salah satu rizab hutan terbesar yang belum pernah
diterokai di Semenanjung Malaysia. Kehadiran spesies
mamalia besar seperti gajah, badak sumbu, tapir dan
harimau menjadikan Hutan Belum sangat istimewa.
Fauna dan flora di sini begitu indah.
Jenis-jenis Hutan di Malaysia

Hutan Darat
Hutan Darat merupakan kawasan hutan yang bentuk muka buminya berbukit
dan beralun-alun yang tingginya sehingga 1000 meter dari paras laut
Hutan Paya Gambut
Hutan ini terbentuk di atas tanah gambut yang mempunyai kedalaman lebih
kurang 6m yang berair dan berasid.
Hutan Paya Laut
Satu ekosistem hutan yang toleran terhadap air masin di kawasan air
pasang surut di sepanjang pantai tertentu
KEPENTINGAN HUTAN

Habitat flora dan fauna


Mencegah hakisan tanah
Kawasan tadahan hujan
Mengimbangi ekosistem
Sumber bekalan kayu
Menyederhanakan suhu bumi
Menyerap karbon dioksida
Sumber perubatan tradisional
Menggalakkan ekopelancongan
Hutan merupakan khazanah negara yang sangat berharga.
Kita amat beruntung kerana negara diliputi oleh hutan
tropika yang luas. Namun begitu terdapat segelintir
masyarakat yang kurang menghargai khazanah sehingga
berani mengancam anugerah Tuhan ini kerana tidak
mengetahui kepentingannya. Persoalannya apakah
kepentingan hutan?
Hutan merupakan habitat kepada flora dan fauna. Haiwan
dan tumbuhan liar seperti badak, tapir, harimau, orang
hutan, rafflesia, senduduk, kacip fatimah hidup dengan
meliar di hutan kita. Jika habitat mereka termusnah, haiwan-
haiwan dan tumbuhan akan kehilangan tempat tinggal dan
kemungkinan hanya melalui buku teks dan rujukan sahaja
generasi akan datang dapat mengenali flora dan fauna yang
unik di negara kita.
Selain itu, hutan berperanan besar sebagai kawasan
tadahan air. Lebih kurang 70 peratus curahan hujan yang
lebat dapat ditadah oleh pokok-pokok sebelum mengalir ke
tanah. Sekiranya hutan semakin pupus, air hujan tidak akan
ditadah dan seterusnya akan berlaku bencana seperti tanah
runtuh dan hakisan tanah. Kegiatan manusia seperti
pembalakan haram perlu dihalang untuk mengekalkan
kemusnahan hutan.
Di samping itu, pendapatan negara yang tinggi juga
diperoleh melalui pengeksportan kayu keras hutan seperti
cengal, meranti , merbau dan sebagainya. Sektor perabot
amat bergantung kepada hasil kayu ini. Kegiatan ekonomi
yang bergantung pada hasil hutan ini dapat menjana
pendapatan yang tinggi kepada negara supaya negara kita
dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan dunia-
dunia luar.
Pemeliharaan dan pemuliharaan hutan harus dilakukan
sebelum nasi menjadi bubur kerana khazanah ini perlu
dinikmati oleh generasi akan datang jua.
Di samping itu, pendapatan negara yang tinggi juga
diperoleh melalui pengeksportan kayu keras hutan seperti
cengal, meranti , merbau dan sebagainya. Sektor perabot
amat bergantung kepada hasil kayu ini.

Anda mungkin juga menyukai