Anda di halaman 1dari 59

http://www.zappafly.com/zapaframe.php?

url=aHR0cDo
vL3N5YXJpZm1hd2FoaWIud29yZHByZXNzLmNvbS
8yMDA3LzA1LzAyL21hbmdyb3ZlLWRhbi1iaW9kaX
ZlcnNpdHkv&title=TUFOR1JPVkUgREFOIEJJT0RJ
VkVSU0lUWSDCqyBTZWdhbGFueWEgQmlzYSBBc2
FsIEtpdGEgQmVydXNhaGE=&searchid=703738&zap
url=hutan+paya+air+masin

MANGROVE DAN BIODIVERSITY


Mei 2, 2007 · Disimpan dalam Tentang Lingkungan

1. PENGENALAN

a.Pengertian Hutan Paya Bakau

Hutan paya bakau adalah vegetasi hutan yang tumbuh di antara garis
pasang surut tetapi dapat juga tumbuh pada pantai karang pada
dataran koral mati yang diatasnya ditimbuni selapis tipis pasir atau
ditimbuni lumpur atau pantai berlumpur (Darsidi, 1987).

Hutan paya bakau merupakan salah satu daripada ekosistem lahan


basah yang terdiri daripada kawasan payau, paya, tanah gambut atau
perairan, baik yang bersifat semulajadi mahupun buatan, tetap atau
sementara, dengan perairannya yang tergenang ataupun mengalir,
tawar, agak masin termasuk kawasan-kawasan perairan laut yang
kedalamannya tidak lebih dari 6 meter pada waktu air surut. Hutan
paya bakau mempunyai vegetasi rata dan rapat, memiliki jenis
tumbuhan yang selalu berdaun (Anwar et al., 1984).
Batasan hutan paya bakau menurut Samingan (1993) adalah hutan
yang terutama tumbuh pada tanah alluvial di daerah pantai dan
sekitar muara sungai yang dipengaruhi pasang surut air laut. Ciri-ciri
hutan paya bakau menurut Soerianegara dan Indrawan (1980) adalah
:a. Tidak terpengaruh iklim.b. Terpengaruh pasang surut.c. Tanah
ditenggelami air laut, tanah lumpur atau berpasir terutama tanah
liat.d. Tanah rendah pantai.e. Hutan tidak mempunyai strata
tajuk.f. Pohon-pohon tidak mencapai tinggi 30 m.g. Jenis-jenis kayu
mulai dari laut ke darat adalah Rhizophora spp, Avicennia spp,
Sonneratia spp, Xylocarpus spp, Lumnitzera spp, Bruguiera spp.h.
Tumbuh di pantai berupa jalur.

Habitat daripada hutan paya bakau ialah di mana tanamannya selalu


ditenggelami air pada masa air laut pasang dan pada masa air laut
surut biasanya ada yang tidak ditenggelami air laut. Keadaan tersebut
dapat terlihat dalam rajah 1:

Rajah 1. Vegetasi Paya Bakau

b. Peranan Hutan Paya Bakau

Hutan paya bakau merupakan sumber daya alam yang mempunyai


manfaat yang banyak dengan pengaruh yang sangat luas di lihat
daripada pelbagai aspek sosial, ekonomi dan ekologi. Biasanya
peranan hutan paya bakau bagi kehidupan dapat di ketahui daripada
banyaknya jenis binatang dan tumbuhan termasuk manusia yang
hidup bergantung pada hutan paya bakau.

Menurut Abdullah (1986) hutan paya bakau yang merupakan


ekosistem penyangga antara daratan dan lautan memegang peranan
penting dalam mendukung produktiviti laut yang berada di sekitarnya.
Hutan paya bakau berperanan penting dalam aliran tenaga dan siklus
hara pada daerah-daerah pantai, sepertimana di Indonesia yang
memiliki garis pantai yang cukup panjang. Pada beberapa negara,
hutan paya bakau disalahgunakan sebagai tempat pembuangan sisa
yang mengandungi logam berat dari kawasan industri yang terletak di
sepanjang teluk. Besarnya peranan vegetasi hutan paya bakau ini
dalam kitaran logam berat tergantung pada keseimbangan antara
pergerakan logam dalam sistem yang bersangkutan dan pengeluaran
atau dekomposisi melalui serasah serta bahan-bahan organik.

Peranan hutan paya bakau di dalam proses-proses ekologi dan sistem


penyangga kehidupan adalah:a. Mencegah intrusi air masin ke
daratan yang dapat merosakkan kawasan-kawasan pertanian dan
untuk bekalan air minuman.b. Menahan angin dan ombak.c. Tempat
pembiakan pelbagai biota laut, ikan, udang dan sebagainya yang
bermanfaat bagi kehidupan manusia.d. Sebagai penyaring dan
pengurai bahan-bahan organik yang datangnya dari daratan yang
dibawa oleh aliran permukaan air hujan dan air sungai (Atmawidjaya,
1986).

Menurut Salim (1986), hutan paya bakau mempunyai pelbagai fungsi


dan fungsi ini yang paling menonjol dan tidak dapat digantikan oleh
ekosistem lain adalah kedudukan hutan paya bakau sebagai mata
rantai yang menghubungkan kehidupan ekosistem laut dengan
ekosistem daratan.
Fungsi ekosistem hutan paya bakau secara luas dinyatakan oleh
Saenger et al. (1981) dalam Anwar et al. (1984) iaitu:1. Fungsi
Fizikal:a. Menjaga garis pantai dan tebing sungai atau danau agar
tetap stabil.b. Mempercepat perluasan tanah.c. Mencegah intrusi air
asin ke daratan.d. Mengolah bahan sisa buangan.2. Fungsi Biologia.
Tempat pembiakkan benih-benih ikan, udang, dan kerang-kerang dari
lepas pantai.b. Tempat bersarang burung-burung besar.c. Habitat
alami bagi banyak biota.3. Fungsi Ekonomia. Lahan tambak ikan atau
udang.b. Tempat pembuatan garam.c. Tempat rekreasi.d. Penghasil
kayu atau balak dan penghasil bukan kayu.

c. Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Hutan


Paya Bakau

Sandy (1968) dalam Hardjowigeno (1986) menyatakan bahawa lebar


jalur hijau hutan paya bakau di pengaruhi oleh tinggi pasang surut,
yang menentukan lebarnya jangkauan air pasang di tempat-tempat
tersebut. Batasan hutan paya bakau menurut Samingan (1993) adalah
hutan yang tumbuh pada tanah alluvial di daerah pantai dan sekitar
muara sungai yang di pengaruhi pasang surut air laut.

Wilayah yang baik untuk di tumbuhi hutan paya bakau adalah wilayah
yang mempunyai sifat-sifat sebagai berikut:a. Air tenang.b. Air
payau.c. Endapan lumpur.d. Lereng endapan tidak lebih dari 0,25 –
0,50 %.

Faktor fizikal yang mempengaruhi hutan paya bakau yang utama


adalah adanya gerakan air yang minimum yang mempunyai pengaruh
yang nyata. Keadaan sekeliling di mana hutan paya bakau tumbuh
mempunyai faktor-faktor yang ekstrem seperti saliniti air tanah yang
cukup tinggi dan tanahnya yang sentiasa bertakung (Anwar et al.,
1984). Ditambahkan pula oleh Nybakken (1992) bahawa faktor lain
yang juga berpengaruh adalah pasang surut. Kitaran pasang surut dan
jenisnya bervariasi bergantung kepada keadaan geografi bakau.

Faktor iklim tidak dipengaruhi oleh lokasi hutan paya bakau, ertinya
hutan paya bakau yang terdapat di kawasan yang beriklim basah,
bermusim dan kering. Tetapi umumnya hutan paya bakau terdapat
pada iklim dengan CH tahunan dan bulanan yang tinggi, hal ini dapat
mencegah akumulasi garam-garam tanah sehingga hutan paya bakau
sentiasa tumbuh subur dan berkembang baik (Istomo, 1992).

d. Biodiversity Paya Bakau

Kepelbagaian komponen biologi paya bakau sangat beragam dan


saling berhubung kait antara satu dengan yang lain membentuk suatu
ekosistem tersendiri iaitu ekosistem hutan paya bakau. Kepelbagaian
itu antaranya adalah kepelbagaian biota tanah paya bakau, biota
perairan paya bakau, kepelbagaian tanaman paya bakau (vegetasi /
flora) serta kepelbagaian haiwan (fauna) pada hutan paya
bakau. Vegetasi paya bakau yang terdapat beberapa kawasan paya
bakau di Indonesia dan di Malaysia antaranya adalah:1) Rhizophora
• Rhizophora apiculata• Rhizophora mucronata• Rhizophora
stylosa2) Avicennia• Avicennia alba• Avicennia lanata• Avicennia
marina• Avicennia officinalis3) Bruguiera• Bruguiera parviflora•
Bruguiera cylindrica• Bruguiera gymnorrhiza4) Sonneratia•
Sonneratia ovata• Sonneratia caseolaris• Sonneratia alba5)
Acanthus ilicifolius6) Acrostichum aureum7) Aegiceras corniculatum
Brownlowia • Brownlowia lanceolata• Brownlowia riedelii9.
Calophyllum inophyllum10. Xylocarpus• Xylocarpus moluccensis•
Xylocarpus granatum11. Cerbera manghas12. Ceriops• Ceriops tagal
• Ceriops decandra13. Derris heterophylla14. Excoecaria
agallocha15. Heritiera littoralis16. Hibiscus tiliaceus17. Cynometra•
Cynometra ramiflora• Cynometra iripa18. Kandelia candel19.
Lumnitzera• Lumnitzera littorea• Lumnitzera racemosa20. Nypa
fruticans21. Oncosperma horrida22. Scyphiphora hydrophyllacea23.
Terminalia catappa

Belbagai haiwan yang biasa hidup di kawasan hutan paya bakau ini
adalah buaya, ular dan paling banyak adalah burung. Beberapa jenis
burung yang biasa terdapat di hutan paya bakau adalah Dicaceum
hirundinaceum, Amyema spp. (Chapman, 1975). Selain daripada
tumbuhan dan haiwan juga terdapat pelbagai jenis biota tanah hutan
paya bakau yang biasa hidup di dalam tanah, seperti cacing dan
sebagainya. Terdapat juga kekayaan hutan paya bakau yang tidak
terlalu mendapat perhatian daripada masyarakat padahal peranan
daripada kekayaan ini sangat besar dalam membantu ekosistem hutan
paya bakau, ianya adalah fungi. Fungi-fungi yang terdapat di kawasan
hutan ini sangat bermanfaat dalam membantu tumbuhan paya bakau
menyerap bahan-bahan pencemar yang masuk ke perairan dengan
cara fungi tersebut berasosiasi dengan akar tanaman tertentu. Akan
tetapi fungi mempunyai daya tampung yang terbatas dalam menyerap
bahan-bahan pencemar seperti logam berat mahupun yang lainnya.
Oleh kerana itu apabila kandungan bahan pencemar terlalu tinggi
maka populasi fungi tersebut akan menurun dan juga beberapa fungi
yang tidak dapat bermandiri akan musnah. Ini merupakan satu contoh
kes yang pernah di teliti di Muara Angke Jakarta oleh seorang pelajar di
Institut Pertanian Bogor, Indonesia. Beberapa fungi yang sering
ditemukan di hutan paya bakau iaitu Aspergillus sp., Penicillium sp.,
Talaromyces sp., Eupenicillium sp., Trichoderma sp.

2. MEKANISME PENCEMARAN

Perairan adalah komponen persekitaran yang paling mudah terkena


kesan daripada kegiatan manusia, sehingga perlu mendapat perhatian
khusus. Setiap sistem perairan memiliki kapasiti terima (receiving
capacity) yang terbatas terhadap bahan pencemar, sehingga
peningkatan buangan bahan pencemar ke perairan akan
mengakibatkan kerosakan ekosistem perairan (Sanusi, 1985).

Odum (1971) mendefinisikan pencemaran sebagai perubahan-


perubahan sifat fizik, kimia dan biologi yang tidak diinginkan pada
udara, tanah dan air. Perubahan tersebut dapat menimbulkan bahaya
bagi kehidupan manusia atau makhuk hidup lain yang disebabkan
adanya sisa buangan dari proses industri dan kebiasaan hidup
manusia.

Menurut Direktorat Pengendalian Masalah Air (1975) dalam


Mulyaningsih (1998), pencemaran air merupakan segala pengotoran
atau penambahan organisma atau zat-zat lain ke dalam air, sehingga
mencapai tingkat yang mengganggu penggunaan dan pemanfaatan
kelestarian perairan tersebut. Pencemaran ini meliputi pencemaran
kimia yang dapat berupa bahan-bahan organik, mineral, zat-zat
beracun; pencemaran biologi yang dapat disebabkan oleh berkembang
biaknya ganggang, tumbuhan pengganggu air; dan kontaminasi
perairan oleh organisme mikro yang berbahaya atau gangguan dari
ketiga pencemaran tersebut.

Pencemaran air secara umum dapat menimbulkan berbagai pengaruh


antara lain: 1) Berhubungan dengan estetika seperti
perubahan bau, warna dan rasa. 2) Dapat menimbulkan bahaya bagi
kehidupan tanaman dan binatang. 3) Berbahaya bagi kesehatan
manusia. 4) Dapat menyebabkan kerosakan pada ekosistem (Suwirna,
1988).

Dewasa ini, timbulnya masalah-masalah persekitaran yang


berkembang dengan cepat, yang dipengaruhi dengan pertumbuhan
pesat bilangan penduduk, kerosakkan persekitaran, eksploitasi bahan
alam yang terbatas telah menimbulkan kegusaran masyarakat yang
sangat serius terhadap alam sekitar. Sebagai rumusannya, alam
sekeliling harus menanggung beban yang cukup berat dan ini dapat
mengganggu keharmonian proses-proses biologi atau mikrobiologi
yang ada. Keadaan ini mendorong sikap sebahagian masyarakat
menjadi berubah. Perubahan ini meningkatkan perhatian dan
keupayaan mengatasi serta pencegahan permasalahan lingkungan
yang disebabkan oleh pelbagai faktor dan hal ini sangat penting untuk
dilakukan (Lestari, 2003).

Berikutan dengan peningkatan aktiviti pembangunan, banyak industri


yang dibangunkan tidak hanya di daerah-daerah industri tetapi juga di
sekitar pantai atau teluk. Anggapan yang selama ini berkembang
bahawa wilayah pesisir dan perairan merupakan tempat yang mudah
dan murah untuk membuang sisa buangan, menyebabkan wilayah
pantai atau pesisir menjadi tempat yang paling menderita akibat
adanya sisa buangan ini (Rachmat et al., 1998). Hal ini dapat
mengganggu atau berpengaruh terhadap ekosistem daerah tersebut,
terutama jika industri-industri tersebut mengeluarkan sisa-sisa industri
yang merupakan bahan-bahan pencemar yang memberi kesan kepada
persekitaran dan juga dapat mempengaruhi rantai makanan
organisma-organisma hidup, yang berperanan sebagai sumber
kepelbagaian dan keseimbangan ekosistem. Selain daripada sisa
buangan dari industri, pencemaran juga berasal dari sisa-sisa
domestik dan dari penggunaan pestisid di kawasan pertanian dimana
kesemuanya itu akan terus bergerak ke muara sungai seterusnya
sampai ke lautan.Semakin bertambahnya kegiatan industri telah
menyebabkan semakin banyaknya jumlah sisa buangan yang
dihasilkan. Sisa industri ini menimbulkan masalah yang serius bagi
ekosistem perairan karana menurunkan kualiti air. Kegiatan-kegiatan
tertentu telah menghasilkan sisa-sisa logam berat khususnya Hg, Pb
dan Cu. Sisa logam berat yang tidak diolah masuk perairan laut dan
mengalami pengendapan, pengenceran, dispersi dan metilasi oleh
aktiviti mikrob dan selanjutnya akan diserap oleh organisma di
perairan tersebut. Organisma akan mengalami biomagnifikasi dalam
rantai makanan dan akhirnya mencemari manusia (Ambarwati, 2002).
Proses tersebut terlihat pada rajah 2.

Kegiatan industri
Limbah logam berat
Ekosistem Perairan
Mencemari sungai dan laut
Manusia

Biomagnifikasi
Metilasi

Rajah 2. Proses terjadinya pencemaran

Logam berat (Hg, Pb dan Cu) sukar mengalami proses pelapukan baik
secara kimia, fisika mahupun biologi. Sekalipun dalam perairan logam
tersebut kadarnya relatif rendah, dapat diserap dan terakumulasi
secara biologi oleh haiwan air, dan akan terlibat dalam sistem jaringan
tubuh organisma perairan. Melalui proses biotransformasi akan terjadi
pemindahan dan peningkatan kadar logam tersebut pada tingkat
pemangsaan (tropic level) yang lebih tinggi yang disebut
biomagnifikasi. Kandungan logam berat pada ekosistem hutan paya
bakau dapat digunakan untuk mengesan kandungan logam berat di
ekosistem sekitarnya, selain itu juga dapat digunakan untuk
pemantauan biologi dari suatu pencemaran persekitaran akibat logam-
logam berat.Sumber pencemaran logam berat di perairan menurut
Hartmah (1987) terdapat lima sumber iaitu: 1) Pencemaran secara
semulajadi, melalui pelapukan batuan yang mengandung logam berat.
2) Industri yang memproses biji tambang. 3) Pabrik-pabrik dan industri
yang menggunakan logam berat di dalam proses produksinya. 4)
Logam berat yang berasal dari ekskresi baik oleh manusia mahupun
oleh binatang. 5) Pencucian logam dari sampah organik mahupun
anorganik. Logam berat memasuki lingkungan perairan semulajadi
melalui saluran pembuangan dan hanya sebahagian kecil yang
dibuang ke perairan setelah melalui perlakuan.

Sisa buangan yang paling banyak mengandungi logam berat adalah


sisa dari industri (Diniah, 1995). Di samping dari sisa buangan
industri, logam berat juga boleh didapati melalui udara, terutama
unsur Pb yang digunakan dalam campuran bahan bakar, iaitu untuk
meningkatkan nilai oktan dari bensin. Meningkatnya pencemaran
udara di wilayah DKI Jakarta melalui emisi kenderaan bermotor sangat
memungkinkan menyebabkan kenaikan konsentrasi Pb pada perairan
melalui proses deposisi atau presipitasi (KPPL DKI Jakarta dan PPLH IPB,
1997).

Diketahui bahwa terdapat tiga komponen ekosistem yang dapat


dipakai sebagai indikator pencemaran logam berat iaitu air, lumpur
dan organisma. Pemakaian organisma hidup sebagai indikator
pencemaran sering disebut dengan ”bio-indicator”. ”Bio-indicator”
yang tepat dan efisien serta sering dipakai adalah biota benthos,
antara lain kerang dan makro alga.
Dari aspek ekologi, kerosakan ekosistem perairan akibat pencemaran
logam berat ditentukan oleh faktor-faktor berikut, kadar dan
kontinuitas zat pencemar yang masuk dalam perairan, sifat toksis dan
mudah atau tidaknya terakumulasi pada tubuh organisme air, dan
resistensinya terhadap proses degradasi baik secara fizik, kimia,
mahupun biologi (Sanusi, 1985).

Kesan daripada pencemaran yang terjadi di hutan paya sangatlah


merugikan secara ekologi, ekonomi, mahupun secara sosial. Secara
ekologi, pencemaran yang puratanya adalah pencemaran logam berat
ini dapat mengganggu keseimbangan ekosistem tumbuhan dan
haiwan-haiwan di kawasan hutan paya bakau. Secara ekonomi
merugikan kerana mengakibatkan hasil tangkapan ikan nelayan
menurun, jenis ikan pun tidak beragam lagi kerana banyak yang
musnah kerana air laut yang semakin tercemar sehingga pendapatan
nelayan secara ekonomi akan menurun dan pastinya akan
mempengaruhi ekonomi sesuatu negara atau kawasan apabila
kawasan tersebut kehidupannya bergantung daripada hasil tangkapan
ikan. Sebagai contoh, perkampungan nelayan. Secara sosial berkait
dengan proses biomagnifikasi kerana ikan atau makanan laut lain yang
biasa kita makan telah mengalami proses-proses akumulasi logam
berat dalam tubuhnya sehingga kandungan logam berat dalam tubuh
ikan telah pun tinggi. Pada tahap ikan dimakan oleh manusia maka
kandungan logam berat yang ada dalam tubuh kita akan lebih tinggi
daripada kandungan logam berat pada ikan tersebut, atau dapat kita
katakan telah terjadi biomagnifikasi. Dan apabila kandungan logam
berat dalam tubuh manusia semakin tinggi hingga melebihi baku nilai
yang diperbolehkan hal ini dapat mengakibatkan kematian bahkan
dapat menyebabkan kecacatan pada bayi yang masih di dalam
kandungan.
Vegetasi paya bakau cenderung mengakumulasi logam-logam berat
yang terdapat pada ekosistem yang bersangkutan. Hal ini tidak lepas
dari peranan mikrob-mikrob tanah yang membantu tanaman untuk
mengakumulasi logam-logam berat tersebut, baik mikrob yang
mengkonsumsi logam itu sendiri ataupun mikrob yang bersatu dengan
jenis tanaman tertentu untuk mengakumulasi logam berat.

3. CONTOH KES DAN PAMBAHASANNYA

Kes kajian tentang Pengurusan Lestari Kawasan Hutan Paya Bakau, di


Kuala Selangor, Selangor, Malaysia. Oleh Uma Muthusamy, 1998.
Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian tentang ”Satu Analisis
Awal Pengurusan Hutan Paya Bakau, di Kuala Selangor,
Selangor.”

3.1 Permasalahan kajian

Masyarakat mempunyai kesedaran yang luas tentang peranan penting


daripada Hutan Paya Bakau. Namun masih juga kawasan hutan yang
penuh dengan pelbagai flora dan fauna ini dihapuskan dan dilupakan
kepentingannya. Kira-kira 1% kawasan Hutan Paya Bakau dihapuskan
setiap tahun di Malaysia. Lama-kelamaan Hutan Paya Bakau akan terus
pupus daripada alam semulajadi. Di Kuala Selangor khususnya, kajian
ini adalah bertujuan untuk menilai jenis-jenis pengurusan yang
terdapat di Kuala Selangor dan melihat bentuk-bentuk
pengekploitasian yang berlaku di sana.

3.2 Objektif kajian

Di lihat bahawa pengurusan di kawasan Hutan Paya Bakau di Kuala


Selangor, Selangor tidak diberi perhatian yang sepatutnya.
Pemusnahan dan kemerosotan yang berlaku di kawasan hutan ini
semakin parah dan teruk. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk
memberi cadangan-cadangan garis panduan untuk pengurusan lestari
Hutan Paya Bakau di Kuala Selangor.

3.3 Peranan Pengurusan Lestari

 Memelihara sumber hutan paya bakau bagi tujuan rekreasi dan


pendidikan Menyediakan dan pemeliharaan tempat pembiakan
sumber makanan pelbagai spesies seperti udang, ketam dan ikan.
Memelihara dan melindungi kawasan pinggir pantai daripada hakisan
ombak dan tiupan angin.

3.4 Pengurusan Hutan Paya Bakau di Kuala Selangor

Pada sekitar 1980-an, JPS telah membina benteng sepanjang laut


untuk mewujudkan kawasan pertanian dengan menebusguna tanah
hutan paya bakau. Dalam proses pembinaan, terdapat syarat iaitu 200
meter jaluran hutan paya bakau dibiarkan antara benteng dan laut.
Akibat daripada aktiviti pembinaan benteng ini, hutan bakau di
kawasan berkenaan merosot dalam kuantiti yang besar. Oleh yang
demikian, Jabatan Perhutanan Selangor mengambil langkah untuk
menjaga baki hutan yang masih ada supaya tidak terancam.

3.5 Hutan Paya Bakau, Kuala Selangor

Terdapat 3 hutan simpan yang terdapat di kawasan Hutan Paya Bakau,


Kuala Selangor.i) Hutan Banjar UtaraSering menjadi kawasan
penebangan haram oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Pokok
dari spesies Rhizophora mempunyai nilai ekonomi yang tinggi dan
dapat diperolehi dari kawasan ini. Oleh kerana bilangan spesies ini
tidak banyak dan semakin kurang, projek pengayaan spesies ini
dijalankan. Kawasan yang sama iaitu kira-kira 20 hektar luas dijadikan
kawasan akuakultur penternakan udang harimau yang menjadi
permintaan ramai di pasaran.

ii) Hutan Banjar SelatanKawasan ini mengalami kemerosotan


yang sangat cepat kesan daripada penambakan tanah dan berlakunya
penebangan haram. Kawasan ini masih terancam kerana masih belum
ada usaha dalam pengurusannya. Cadangan pengurusan adalah
dengan melakukan projek pengayaan bagi spesies-spesies pokok yang
terancam.

iii) Taman Alam Kuala SelangorSebesar 296 hektar kawasan ini


dijadikan kawasan Taman Alam dimana dibawah penguasaan
Malaysian Nature Sosiety (MNS). Terdapat 3 ekosistem yang wujud di
kawasan Taman Alam Kuala Selangor iaitu Hutan Sekunder, Hutan Paya
Bakau dan Sistem Tasik. Kawasan tasik dijadikan kawasan burung-
burung akuatik tempatan dan juga sebagai tempat persinggahan
burung penghijrah. Kawasan paya bakau pula penting sebagai
kawasan aktiviti perikanan, pembiakan kerang dan penghalang hakisan
pantai. Kawasan ini juga dijadikan pusat penyelidikan dan pendidikan.

3.6 Kepentingan Pengurusan Lestari Hutan Paya Bakau

 Ekosistem untuk sektor perikanan pinggir pantai yang mempunyai


nilai ekonomi yang tinggi. Sebagai tempat bagi burung-burung
akuatik tempatan dan burung-burung penghijt=rah Sebagai
pelindungan pinggir pantai, merupakan pemampan semulajadi yang
dapat menghalang ombak dan melindungi angin dari sampai ke pinggir
pantai. Sebagai kawasan rekreasi, pelancongan serta tempat
penyelidikan dan pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai