Anda di halaman 1dari 2

Ceramah : Cara-cara mengelakkan penyakit demam denggi.

Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, guru-guru, dan para pelajar yang dihormati. Terlebih dahulu, setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada pihak sekolah kerana mengundang saya untuk menyampaikan ceramah pada pagi ini. Tajuk ceramah yang akan saya sampaikan ialah Cara-cara mencegah penyakit demam denggi. Hadirin yang dihormati, Hampir setiap tahun wabak demam denggi dilaporkan melanda Malaysia seolah-olah masalah ini tidak mampu diselesaikan. Pelbagai kempen kesedaran dan penerangan tentang bahaya denggi dan nyamuk aedes dijalankan, namun begitu kempen-kempen tersebut bagai mencurah air ke daun keladi. Penyakit ini merupakan sejenis penyakit bawaan nyamuk aedes betina yang telah dijangkiti virus denggi. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Tanda-tanda serangan penyakit ini ialah demam kuat secara mengejut dan berterusan, badan berasa lesu, dan pendarahan di bawah kulit, hidung serta gusi. Sehingga kini, pengamal perubatan masih belum menemukan vaksin yang dapat menyembuhkan penyakit ini. Oleh itu, langkah pencegahan adalah lebih baik daripada merawatnya. Amalan pencegahan boleh dilakukan dengan menjaga kebersihan sekeliling rumah iaitu di dalam dan di luar rumah bagi menghindarkan pembiakan nyamuk aedes. Cara yang paling praktikal dalam usaha menghalang pembiakan nyamuk aedes adalah dengan menggunakan penyembur racun serangga, memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas simpanan air, menutup semua bekas menyimpan air dengan rapat, dan sentiasa menukar air di dalam bekas simpanan air, jambangan bunga dan kolah mandi. Oleh sebab nyamuk aedes aktif pada waktiu awal pagi dan senja, maka elakkan daripada melakukan aktiviti-aktiviti di luar rumah pada waktu-waktu tersebut. Dalam pada itu, gunakanlah ubat penghalau nyamuk atau kelambu semasa tidur. Dalam usaha mencegah penyakit ini, Jabatan Kesihatan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan telah melakukan semburan kabus (fogging) di kawasan-kawasan yang mempunyai kes demam denggi. Lazimnya, semburan kabus ini dilakukan pada waktu awal pagi atau petang dengan mengambil kira masa kemuncak aktiviti gigitan nyamuk aedes dan dalam keadaan cuaca yang sesuai. Dengan itu, orang ramai perlu memberikan kerjasama dan membenarkan petugas menyembur kabus (fogging) di dalam rumah. Hadirin sekalian, Sebelum saya mengakhiri ceramah ini, saya menyeru agar anda semua melipatgandakan usaha untuk mencegah penyakit demam denggi. Sekiranya langkah-langkah pencegahan ini dilaksanakan

dengan lebih berkesan sudah pasti masalah denggi dalam kalangan masyarakat kita dapat dikawal dan dikurangkan.Ingatlah Denggi Membunuh. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai