Anda di halaman 1dari 3

NAME : ARIF AFIF BIN MOHD ZABIDI MATRIX NO : 181061389

CASE STUDY : Sikap masyarakat akan menentukan kejayaan sesebuah negara dalam
menangani pandemik Covid-19 yang sedang menular di seluruh pelusuk dunia. Sebagai
mahasiswa yang bertanggungjawab, apakah yang boleh anda sumbangkan kepada negara
untuk mengatasi kemelut ini. Beri fokus penghujahan anda dalam bidang pendidikan

Penyakit koronavirus (COVID-19) ialah satu penyakit berjangkit yang baru yang disebabkan
oleh virus yang baru dijumpai. Ia telah merebak ke seluruh dunia, menyebabkan kematian dan
gangguan besar terhadap ekonomi global. Penyakit paling kritikal ini diperkatakan di seluruh negara
dan dunia yang mula dikesan di Wuhan, China sekitar pertengahan Disember tahun lalu. Namun,
penyakit ini mula menjadi isu paling serius di negara ini ekoran gelombang keduanya yang turut
mencatatkan dua kematian pada hari 17 Mac lalu. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan
langkah awal kerajaan bagi menangani pandemic COVID-19. Namun, rakyat menyalahgunakan
apabila menganggap kerajaan memberi cuti kepada rakyat. Ketika ni, rakyat mula membanjiri
terminal bas untuk pulang ke kampung tanpa memikirkan risiko yang akan dilalui ketika dalam
perjalanan pulang. Sebagai mahasiswa yang bertanggungjawab, sepatutnya ketika PKP diumumkan,
pelajar haruslah bertenang dan membuat lebih kajian terhadap COVID-19 sebelum membuat apa-apa
keputusan yang boleh merisikokan diri dan keluarga. Kes jangkitan naik dengan kritikalnya ketika
awal PKP diumumkan. Namun masih ada yang mengingkari arahan, ketidak fahaman dan
pengetahuan tentang kesihatan diri masih lemah di kalangan rakyat Malaysia ketika ini. Jadi, kita
sebagai mahasiswa haruslah memahami perkara ini lebih mendalam dan mengelakkan sebarang
aktiviti yang tidak dibenarkan waktu pandemik ini.
Selanjutnya ialah arahan dan SOP yang dikeluarkan oleh KPM/MKN mesti dipatuhi. Pelajar
tidak perlu membuat desakan terhadap pihak yang terlibat utk perjuangkan isu yang remeh.
Sebaliknya manfaatkan tempoh masa PKP dalam kampus dengan fokus kepada tugasan atau
pembelajaran. Sekiranya tidak berada di kampus, manfaatkan lah diri anda di rumah seperti menolong
keluarga dan melalukan amalan murni selain melakukan pembelajaran di atas talian. Tambahan,
berikanlah kesedaran kepad orang keliling supaya patuhi arahan. Gunakan medium perantaraan
seperti whatsapp dan media social lain untuk memberi penerangan yang betul agar penduduk dpaat
menerima dan patuh arahan. Hal ini serupa dengan memberi galakan juga kepad golongan pelajar
dalam komuniti supaya mengikuti mana-mana organisasi secara online yang diberi oleh pihak KPM,
JPM, UNIMAP, masa dapat dimanfaatkan dengan baik. Sumbangkan lah kesedaran secara
berperingkat dan elakkan perbalahan ketika membuat perkonsian. Jasa yang dibuat diperingkat
komuniti kelihatan kecil tapi impaknya besar kepada negara sekiranya semua mahasiswa yg
bertebaran di bandar, luar bandar, kampung, pedalaman, ulu sungai dan lain-lain bagi melakukan
teladan yang baik ini. Antaranya ialah belajar tanpa mengira masa, utamakan kebersihan sekeliling
dan suntik kesedaran peringkat komuniti tentang cara pelupusan sampah bagi menghasilkan
persekitaran yang bersih. COVID-19 ini perlu dibanteras dengan gaya hidup bersih dan persekitaran
yang sihat. Pendidikan bukan hanya berlandaskan peperiksaan dan nota kuliah tetapi kebersihan,
amalan hidup, patuh arahan, tidak sebar berita palsu juga adalah satu pendidikan yang lebih baik bagi
mengubah mentaliti masyarakat dan baik pulih akal.

Dalam pada itu, pandemik COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada dunia
sekarang. Ia juga telah mengubah cara pembelajaran jutaan manusia di seluruh dunia. Daripada realiti
ini dapat kita katakan bahawa sekolah dan universiti telah ditutup ketika tempoh pandemik ini untuk
mengurangkan jangkitan COVID-19 di seluruh negara. Langkah berjaga jaga ini telah menimbulkan
rasa tidak selesa kepada pelajar kerana tidak semua yang masih biasa dengan cara pembelajaran atas
talian. COVID-19 telah menjadi pemangkin institusi pendidikan di seluruh dunia untuk mencari
penyelesaian inovatif dalam jangka masa yang agak singkat. Tambahan pula, pembelajaran tradisional
dalam kelas akan dilengkapi dengan kaedah pembelajaran baru - dari siaran langsung. Pembelajaran
boleh menjadi kebiasaan dalam rutin harian, kerana pelajar boleh pergi ke kelas tanpa perlu bersiap
dengan kemas sepertimana pembelajaran tradisional. Sebalik itu, terdapat pelajar menganggap kekal
di kampus sebagai pengorbanan dalam perjuangan memerangi COVID-19. Sehubungan itu, setiap
penuntut harus akur dan kekal tenang sepanjang berada di kampus kediaman dengan mengikuti setiap
saranan diberikan pihak universiti dan kerajaan. Jika terdapat pelajar sebegini, penting untuk
memastikan penuntut tidak mengalami gejala tertekan atau tekanan perasaan akibat dikuarantin selain
berada jauh daripada keluarga. Mereka harus bersabar kerana keputusan kerajaan adalah untuk
kebaikan bersama.
Selain daripada itu, kita janganlah bersikap mementingkan diri kerana mungkin kita pembawa
kepada virus itu dan berasa sihat. Jadilah rakyat yang prihatin dengan melakukan saringan kesihatan
secara percuma di pusat kesihatan. Bantulah kerajaan dan tampillah dengan sukarela terutama mereka
yang dari tempat-tempat zon merah atau berisiko tinggi. Jika baru pulang dari luar negara, tolong lah
kuarantikan diri selama 14 hari bagi meyakinkan. Seandainya, kurang sihat seperti batuk dan selesesa,
segera lah dapatkan rawatan di klinik atau hospital. Keraplah menukar topeng muka dari masa ke
masa. Kempen “Stay At Home” juga dijalankan, dengan harapan dapat menghindarkan diri daripada
jangkitan. Dalam masa yang sama, masa yang berkualiti dapat diluangkan bersama keluarga. Contoh,
ketika bulan Ramadhan ni, solat sunat tarawih dan witir boleh dilaksanakan bersama di rumah kerana
masjid ditutup sementara. Tambahan, tingkatkanlah kebersihan diri dan persekitaran seperti
membasuh tangan selalu, memakai ‘hand sanitizer’ dan mencuci Kawasan sekeliling dengan bersih.
Dalam masa yang sama, menitik nilai etik dalam kebersihan. Langkah berjaga-jaga ketika di luar
kawasan rumah seperti membeli barang atau ke tempat kerja atas urusan yang tidak dapat dielakkan,
jagalah jarak 1 meter supaya tidak bersentuhan. Kita juga digalakkan untuk menjaga kesihatan dengan
baik seperti makan makanan yang berkhasiat dan melakukan senaman ringkas di dalam rumah. Bulan
Ramadhan telah kita lalui dengan tabah dalam tempoh PKP ini, tidak lama lagi kita akan menyambut
Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan pandemik COVID-19.
Di samping itu, mahasiswa perlu memanggil pemimpin-pemimpin dunia untuk meningkat
pembiayaan World Health Organisation (WHO). Walaupon, berjuta juta wang telah dilaburkan untuk
melawan pandemic COVID-19 ini. Namun, lebih banyak dana diperlukan untuk melindungi mereka
yang paling berisiko - termasuk orang-orang di komuniti termiskin, yang tidak dapat menghentikan
penyebarannya. Sumbangan dana akan memainkan peranan penting dalam mendukung usaha global,
termasuk mengesan dan memahami penyebaran virus, dan memastikan pesakit mendapat rawatan
yang mereka perlukan, sementara pekerja garis depan(frontliner) dapatkan bekalan dan maklumat.
The Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI) memimpin usaha global untuk
menciptakan vaksin untuk COVID-19. CEPI dilancarkan untuk membantu mengembangkan vaksin
secepat mungkin terhadap pandemik global seperti ini, dan dapat menjalankan banyak kajian secara
serentak di seluruh dunia. Dalam beberapa minggu lepas, jumlah kes koronavirus telah meningkat
dengan mendadak di negara-negara lain. Menurut WHO, kes akan meningkat secara eksponensial
pada minggu-minggu dan bulan-bulan yang datang, sebab itu tindakan anda sekarang sangat penting.
WHO merayu negara-negara untuk bekerjasama membanteras penyebaran koronavirus, termasuk
berkongsi pendapat tentang langkah-langkah kesihatan, kepakaran, dan amalan baik dengan negara
lain.
Kesimpulannya, wabak ini adalah satu bencana alam. Pelajar sepatutnya lebih bersyukur
kerana masih boleh menjalani pelajaran walaupun dalam situasi sebegini. Fakta-fakta mengenai virus
dan langkah-langkah kesihatan mesti dititikberatkan untuk menjaga kesihatan sendiri – kita dapat
melindungi diri kita sendiri dan orang di sekeliling dengan baik. Komuniti yang baik akan menjurus
kepada negara yang produktif. Harapan saya agar, negara Malaysia dapat memberi nasihat kepada
negara-negara yang masih menghadapi fasa pandemik COVID-19 yang serius. Penyebaran COVID-
19 yang mendadak telah menunjukkan pentingnya daya tahan untuk menghadapi pelbagai ancaman,
dari penyakit pandemik hingga keganasan ekstremis hingga ketidakamanan iklim, dan bahkan
perubahan teknologi yang pantas. Pandemik ini juga merupakan peluang untuk mengingatkan diri kita
tentang kemahiran yang diperlukan pelajar dalam dunia yang tidak dapat diramalkan ini seperti
membuat keputusan yang tepat, penyelesaian masalah yang efektif, dan kemampuan menyesuaikan
diri. Untuk memastikan kemahiran tersebut tetap menjadi keutamaan bagi semua pelajar, ketahanan
juga harus dibina dalam sistem pendidikan kita.

Anda mungkin juga menyukai