Anda di halaman 1dari 9

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan yang mencipta alam semesta. Selawat dan salam

ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda. Kami

amat bersyukur kepada Allah di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus Ini

diharapkan dapat disempurnakan sepenuhnya dengan cemerlangnya.

Dalam kesempatan ini, Kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada

semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Sesungguhnya, tugasan ini

banyak memberi manfaat kepada diri saya dan berharap agar ianya dijadikan salah satu

sumber rujukan penuntut yang lain. Sememangnya tugasan ini dapat menambah pengetahuan

serta memperkukuhkan kemahiran menghasilkan manfaat kepada semua pihak dalam

menjaga keamanan di muka bumi ini. Semoga Allah S.W.T memberkati usaha murni ini

dalam meneroka dunia ilmu tanpa sempadan.

1
TUGASAN 2B

KEPATUHAN ADALAH SETIAP AHLI MASYARAKAT DISOSIALISASIKAN

AGAR BERTINGKAH LAKU MENGIKUT NILAI DAN NORMA YANG DI

AMALKAN ATAU DIANUTI OLEH MASYARAKATNYA. BINCANGKAN

TINGKAH LAKU MASYARAKAT MALAYSIA DENGAN MERUJUK KEPADA

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID 19

PENGENALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan perintah kawalan pergerakan ketika COVID-19?

Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama

perkembangan gelombang kedua di Negara Malaysia. Keutamaan Kerajaan pada masa ini

adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih

ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi

memulihkan keadaan secepat mungkin. Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk

melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai tempoh yang telah ditetapkan dari semasa

ke semasa di seluruh Negara terutama di Malaysia. Perintah kawalan ini dibuat di bawah

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Kedegilan dan kegagalan rakyat untuk mematuhi saranan dan arahan pihak berkuasa

dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19, boleh mengundang kepada masalah

yang lebih besar termasuk kesihatan mental. Pakar Perunding Kanan Psikiatri Universiti

Malaya Prof Madya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata, jika semakin ramai yang

dijangkiti wabak itu, maka risiko untuk masyarakat mengalami tekanan perasaan juga akan

meningkat termasuk dalam kalangan pesakit COVID-19 itu sendiri.

2
Dilihat pada situasi di Malaysia pada hari ini telah melanjutkan perintah mengawal

pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19 selama berminggu lagi sehingga penularan

COVID-19 betul-betul dalam keadaan yang terkawal. Ucapan Perdana Menteri Malaysia,

juga mengumumkan larangan merentas negeri bagi mengelak masyarakat yang berbilang

kaum daripada pulang ke kampung untuk bercuti keluarga mereka tertuma menjelang perayaa

Aidilfitri pada tahun ini.

Perintah Larangan Pergerakan Bersyarat (PKPB) itu sepatutnya berakhir pada tempoh

tertentu tetapi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan perlu melanjutkan

tempoh itu selama sebulan lagi walaupun pihak berkuasa kesihatan Malaysia mencatatkan

jumlah kes positif dan kematian baru akibat virus itu pada kadar lebih rendah  sejak beberapa

hari lalu. "Walaupun kita telah mencapai banyak perkembangan positif dalam usaha

memerangi wabak COVID 19, usaha kita masih belum berjaya sepenuhnya. Langkah-langkah

masih perlu diambil oleh masyarakat di Negara ini dalam memerangi wabak ini”, kata

perdana dalam perutusan khas beliau yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara. Oleh

itu, setiap masyarakat perlulah mengambil Langkah berjaga-jaga dalam pencegahan yang

diambil daripada perspektif kesihatan awam pada masa kini, adalah merupakan perkara baharu

kepada majoriti masyakat akan tingkah laku yang perlu dilakukannya. Antara isu yang sering

diutarakan dalam perlaksanaan PKP ini ialah kegagalan orang ramai dalam mematuhi saranan

penjarakan sosial ini sehingga pihak keselamatan terpaksa mengambil tugas dalam

memastikan kepatuhan terhadapnya. Dalam menangani isu ini, pihak yang menyediakan

perkhidmatan harus sama-sama memikul tanggungjawab dalam memastikan pelanggan

mereka mematuhinya. Oleh itu, mahukah kita menjadi rakyat prihatin? Mudah sahaja, ikuti

saranan yang berikut dalam membasmi penularan COVID-19 daripada menular ke arah yang

lebih parah lagi. Antaranya tingkah laku yang boleh kita sebagai rakyat Malaysia amalkan

ialah

3
Pertama ialah dengan melakukan saringan di pusat kesihatan yang di wartakan oleh

Pihak Kementerian Kesihatan. Ini menjelaskan bahawa sila datang dan membuat saringan

kesihatan secara percuma di pusat kesihatan tanpa perlu dicari. Bantulah kerajaan dengan

tampil secara sukarela dan menjalani pemeriksaan saringan yang ditetapkan terutama kepada

mereka yang mengalami simtom-simtom COVID-19.

Kedua ialah melakukan Kuarantin diri sendiri terlebih dahulu. Menjelaskan bahawa

sekiranya anda baru pulang daripada mana-mana negara terutamanya China, Korea Selatan,

Itali, Jepun dan Iran, anda dinasihatkan untuk melaporkan kepada pusat kesihatan dan

melakukan kuarantin diri selama 14 hari berturut-turut. Sila rujuk ke klinik atau hospital

terdekat sekiranya anda mendapat gejala seperti batuk, demam, selsema, sakit tekak dan

kesukaran untuk bernafas.

Ketiga ialah haruslah memakai topeng muka (mask) apabila berada di mana-mana

sahaja. Menjelaskan bahawa sekiranya anda tidak sihat seperti batuk atau selsema, pakailah

topeng muka dan segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Jangan

menggunakan topeng muka yang sama berulang-ulang kali, sebaiknya keraplah menukar

topeng muka dari masa ke semasa.

Keempat ialah hendaklah kekal berada di dalam rumah atau ‘Stay at Home’. Bagi

masyarakat Malaysia, anda hendaklah sentiasa berada di rumah dan hanya boleh keluar atas

urusan penting dan mendesak, seperti mendapatkan rawatan perubatan atau mendapatkan

bekalan makanan. Sentiasa mengikuti perkembangan terkini dari pihak berkuasa dan pastikan

hanya dari sumber rasmi dan sahih seperti saluran berita di televisyen, akhbar perdana, laman

sesawang atau media sosial rasmi agensi berkaitan. Jangan berkongsi sebarang maklumat

yang tidak pasti atau tidak benar bagi mengelakkan sebarang situasi panik dalam kalangan

masyarakat. Dengan kekal berada di rumah dapat menghindarkan diri kita daripada dijangkiti

virus COVID-19.

4
Inilah masa terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Ibu

bapa boleh menjadi kreatif dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak seperti

membersihkan rumah, bertukang, memasak, berkebun dan bersukan yang bersifat dalaman

dan tidak perlu keluar.

Kelima ialah dengan meningkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah. Hal ini

menjelaskan bahawa Sentiasa mengutamakan kebersihan diri seperti kerap mandi dan kerap

mencuci tangan dengan betul menggunakan sabun atau menggunakan bahan pencuci tangan

(hand sanitizer). Selain itu, disinfeksi kawasan rumah juga sangat digalakkan untuk

membasmi virus. Campurkan satu penutup peluntur dan sembilan penutup air sahaja dan

mula disinfeksi tempat yang kerap disentuh seperti tombol pintu, suis lampu, telefon, alat

kawalan, kepala paip dan pintu peti ais.

Keenam ialah dengan penjagaan jarak 1 meter dari individu yang lain. Menjelaskan

bahawa WHO mengesahkan bahawa penularan wabak COVID-19 adalah melalui cecair

badan (droplet) dari mereka yang dijangkiti kepada orang lain. Oleh itu, WHO menegaskan

agar orang ramai dalam memastikan jarak sosial yang selamat seperti yang disarankan iaitu

sekurang-kurangnya satu meter dari individu yang lain apabila perlu berurusan di kawasan

orang ramai seperti di bank, pasaraya, pasar, dan lain-lain. Sekiranya seseorang itu

memerlukan untuk keluar seperti membeli barang atau ke tempat kerja atas urusan yang tidak

dapat dielakkan, pastikan anda menjaga jarak satu meter supaya tidak bersentuhan.

Ketujuh ialah kita juga digalakkan untuk menjaga kesihatan dengan baik seperti

makan makanan yang berkhasiat dan melakukan senaman ringkas di dalam rumah. Alternatif

lain aktiviti yang boleh dirancang semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah seperti

mengisi masa dengan aktiviti keagamaan seperti berdoa dan membaca kitab.

5
Kerajaan sudah memainkan peranan mereka untuk membasmi virus COVID-19

dengan seriusnya, maka marilah kita menyokong usaha kerajaan untuk memulihkan keadaan

supaya boleh kembali kepada sedia kala dengan hanya kekal berada di rumah selama 14 hari

sahaja. Diharapkan dalam tempoh ini, negara kita akan pulih dan wabak ini boleh dikawal

dengan segeranya dan pulih sediakala hendaknya.

Kelapan ialah penghadkan operasi di Jabatan kerajaan. Ini menjelaskan bahawa dalam

keadaan semua sekolah dan taska terpaksa ditutup pada waktu perintah berkuatkuasa, adalah

sukar bagi mereka yang terlibat dengan perkhidmatan tersebut untuk menguruskan anak-anak

kecil mereka terutamanya jika kedua-dua suami dan isterinya juga dalam bidang

perkhidmatan yang serupa. Semakan semula perintah tersebut terhadap perkhidmatan tertentu

harus dilakukan bagi memudahkan petugas terutamanya kakitangan agensi berkaitan yang

terlibat secara langsung dengan operasi pencegahan dan pengawalan COVID-19 ini.

Sebagai contoh, operasi kesihatan sama ada hospital dan klinik-klinik kesihatan yang

beroperasi seperti biasa pada waktu ini mungkin boleh dikaji semula supaya memberi

tumpuan kepada kes-kes kecemasan dan mod panggilan (on-call) sahaja.

Beroperasi seperti biasa dapat meningkatkan risiko jangkitan kepada petugas kesihatan

terutamanya di fasiliti kesihatan yang menyediakan perkhidmatan pesakit luar. Begitu juga

bagi jabatan atau bahagian yang tidak terlibat dengan operasi COVID-19 ini tetapi diminta

untuk tetap bertugas seperti biasa hanya kerana mereka sebahagian daripada Jabatan

Kesihatan adalah tidak sewajarnya berlaku.

Oleh itu, dengan berdoa dan harapan kepada semua petugas yang telah bertungkus

lumus, berkorban masa dan mempertaruhkan nyawa mereka dalam menangani krisi COVID-

19 ini terutamanya kepada anggota perubatan, pasukan keselamatan, petugas media, dan

semua sukarelawan yang terlibat.

6
Kita doakan agar semua petugas yang terlibat terus diberikan kekuatan dan kesihatan

yang baik dalam menangani wabak COVID-19 pada masa kini dengan segeranya. Semoga

krisis ini dapat diatasi dengan segera dan segala aktiviti ekonomi dan sosial negara dapat

kembali seperti sediakala.

KESIMPULAN

Tuntasnya, apa yang berlaku di atas muka bumi ini, sama ada yang menyentuh orang

perseorangan, masyarakat, bangsa atau negara, ada pengajaran dan hikmah tersendiri apa

yang berlaku dalam ketentuan Illahi. Tidak ada satu pun yang terjadi tanpa sebab dan tanpa

kesan kalau kita berfikir, faham dan mengambil iktibar daripadanya. Begitulah dengan

Covid-19 yang bermulanya di Wuhan, China pada 1 Disember tahun lalu dan merebak ke

seluruh dunia. Pelbagai reaksi kita perhatikan dalam kalangan berbagai-bagai lapisan

masyarakat. Ada yang panik, ada gusar dan ada juga yang seolah-olah tidak peduli sedikit

pun. Tidak kira dalam kelompok mana kita berada, tindak-tanduk dan tingkah laku kita

adalah sama ada memburukkan lagi jangkitan atau membantu menyekatnya.

Oleh sebab virus Covid-19 baru ini amat halus dalam istilah sains disebut seni. Ianya

boleh merebak dengan pantas melalui pernafasan dan sentuhan bergantung kepada sikap dan

keadaan mangsanya. Oleh sebab itulah dalam kaedah pengawalannya, sifat dan sikap orang

ramai memainkan peranan utama. Ciri-ciri seperti kebersihan diri, usia, tahap kesihatan dan

pergaulan sangat diutamakan. Seperkara lagi yang kita kena ingat bahawa setakat ini Covid-

19 tidak ada penawarnya. Ini kerana virus itu baru muncul dalam badan manusia dan

merebak daripada seorang ke seorang yang lain. Sebelum ini ia dipercayai hidup dalam badan

kelawar dan keluang. Oleh sebab itu boleh dikatakan semua negara yang dijangkiti termasuk

negara kita mengamalkan apa yang kini dikenali social distancing. Dalam bahasa Melayu

lebih kurang maksudnya menjauhkan diri atau mengehadkan pergaulan.

7
Inilah tujuan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai dari satu

tempoh ke tempoh yang sesuai dalam mengelakkan penularan lebih parah lagi. Memanglah

perintah itu menyusahkan dan memberi kesan sampingan yang amat teruk ke atas ekonomi

individu, keluarga dan negara tetapi ia perlu dilakukan bagi mengawal pandemik itu daripada

terus merebak. Itu pun masih ada lagi orang kita yang mengambil sikap sambil lewa.

Mereka seolah-olah berfikir doa saja sudah mencukupi atau menyerah bulat-bulat

kepada Tuhan tanpa sebarang usaha. Pengalaman dapat dilihat seperti di Negara China

menunjukkan apabila pusingan hayat virus itu disekat melalui perintah berkurung,

keupayaannya untuk terus merebak mulai tersekat dan akhirnya mati.

Selain baru dan belum ada ubat untuk melawannya, Covid-19 berbahaya kerana ia

mengambil masa 14 hari untuk melakukan inkubasi (pengeraman) di dalam badan manusia.

Ini menjelaskan bahawa, selepas dua minggu dijangkiti barulah muncul tanda-tanda jangkitan

seperti demam, batuk, selesema, sesak nafas dan cirit-birit. Oleh itu, kaedah yang terbaik bagi

mengelak jangkitan virus Covid-19 pada masa ini adalah dengan mengehadkan pergaulan,

menjaga kesihatan dan kebersihan serta mematuhi arahan pihak berkuasa yang dikeluarkan

dari masa ke masa. Maka diminta setiap lapisan masyarakat yang berbilang bangsa dalam

memberi kerjasama yang sepatutnya dengan mematuhi setiap arahan dari semasa ke semasa

terutama oleh pihak Kerajaan pada masa kini. Tetapi janganlah sampai panik dan ketakutan

membunuh kita pula. Ini bukan lagi wabak penyakit malah dalam beberapa hal sudah menjadi

penyakit mental kerana kita ditakut-takutkan oleh ketidakwarasan dan ketidak

bertanggungjawaban dari media sosial.

8
RUJUKAN

1. https://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJMp2008017

2. https://www.psychiatrist.com/JCP/article/Pages/2020/v81/20com13361.aspx

3. http://www.e-mjm.org/2017/v72n5/depression.pdf

4. https://medic.upm.edu.my/upload/dokumen/2019110412124610_MJMHS_0151.pdf

5. http://www.pertanika.upm.edu.my/Pertanika%20PAPERS/JSSH%20Vol.

%2025%20(S)%20May.%202017/11%20JSSH(S)-0455-2017-2ndProof.pdf

6. http://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Laporan/Umum/Mental

%20Healthcare%20Performance%20Report%202016.pdf

7. https://www.nst.com.my/news/nation/2019/09/520301/suicide-rate-rise-particularly-

among-youth

8. https://kpkesihatan.com/2020/03/31/kenyataan-akhbar-kpk-31-mac-2020-situasi-

semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

9. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-dan-perintah-kawalan-

pergerakan-2020-235379

Anda mungkin juga menyukai