Anda di halaman 1dari 16

Covid-19

Coronavirus atau juga dikenal sebagai


virus corona adalah
keluarga besar virus yang
mengakibatkan jangkitan saluran
pernafasan atas ringan hingga
sederhana, seperti gelung. Ramai orang
dijangkiti virus ini, sekurang-kurangnya
sekali dalam hidup mereka.

Namun, beberapa jenis virus


corona juga boleh menyebabkan
penyakit yang lebih serius, seperti:
•Virus Nipah
•Denggi, Zika, Chikungunya dan JE
•Selsema Burung
•Influenza A H1N1 (Selsema babi)

Selain itu,penyakit paling kritikal


diperkatakan di seluruh negara dan
dunia ialah wabak COVID-19 yang mula
dikesan di Wuhan, China sekitar
pertengahan Disember tahun 2019.

Namun, penyakit ini mula menjadi isu


paling serius di negara ini ekoran
gelombang keduanya yang turut
mencatatkan dua kematian pada hari
17 Mac 2019.
Disebabkan kritikalnya wabak itu,
kerajaan mengambil tindakan dengan
mengisytiharkan Perintah Kawalan
Pergerakan selama 14 hari bermula 18
Mac lalu sehingga 31 Mac ini bagi
membendungnya daripada terus
merebak.

Namun, tanpa memahami tujuan


sebenar Perintah Kawalan
Pergerakan(PKP) ia ‘disalah guna’
apabila ada menganggap kerajaan
memberi ‘cuti’ kepada rakyat.
Apabila Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin mengumumkan
Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat
mula membanjiri Terminal Bas Selatan
TBS) untuk pulang ke kampung tanpa
memikirkan kemungkinan besar
mereka akan dijangkiti virus COVID-19
erana bersesak-sesak dan seterusnya
menjadi pembawa virus berkenaan dan
merebak pula di kampung halaman
masing-masing.

Sehinggakan Perdana Menteri


terpaksa membuat perutusan khas
pada hari berikutnya dan merayu
berkali-kali supaya rakyat mengawal
serta mengurangkan pergerakan
supaya COVID-19 tidak terus
merebak kepada orang lain.
Tidak kurang dengan itu, doktor dan
jururawat tidak henti-henti merayu
supaya masyarakat dapat membantu
dengan tidak menambah bilangan kes
di hospital. Pihak media sama ada
melalui radio, televisyen, akhbar dan
media sosial sudah memainkan
peranan masing-masing untuk
membantu kerajaan dalam menwar-
warkan kempen ‘stay at home’ demi
untuk mengurangkan penambahan kes
positif jangkitan COVID-19.
Kerajaan hanya mengarahkan
rakyat untuk kekal berada di
rumah masing-masing dan
mengurangkan pergerakan
selama 14 hari sahaja, selain
menjaga kebersihan diri
sebagai langkah pencegahan.
Perkara begitu mudah
mengapa sukar untuk rakyat
fahami dan ikuti arahannya?
Masih ada segelintir rakyat
yang membuka gerai untuk
jualan, bersukan dan bersiar-
siar. Di manakah peranan kita
sebagai rakyat yang prihatin
bagi menyokong tindakan
kerajaan dalam membasmi
virus ini?
Jangan bersikap pentingkan diri
kerana kita fikir sihat tetapi
tanpa sedar kita pembawa
kepada virus itu.
Mahukah kita menjadi rakyat prihatin?
Mudah sahaja, ikuti saranan yang
berikut.

Pertama: Lakukan Saringan

Sila datang dan membuat saringan


kesihatan secara percuma di pusat
kesihatan tanpa perlu dicari. Bantulah
kerajaan dengan tampil secara sukarela
dan menjalani pemeriksaan saringan
yang ditetapkan terutama kepada
mereka yang pergi ke perhimpunan
Kedua: Kuarantin diri

Sekiranya anda baru pulang daripada


mana-mana negara terutamanya China,
Korea Selatan, Itali, Jepun dan Iran,
anda dinasihatkan untuk melaporkan
kepada pusat kesihatan dan melakukan
kuarantin diri selama 14 hari berturut-
turut.

Sila rujuk ke klinik atau hospital


terdekat sekiranya anda
mendapat gejala seperti batuk,
demam, selsema, sakit tekak
dan kesukaran untuk bernafas.
Ketiga: Memakai topeng muka

Sekiranya anda tidak sihat seperti batuk


atau selsema, pakailah topeng muka
dan segeralah mendapatkan rawatan di
klinik atau hospital. Jangan
menggunakan topeng muka yang sama
berulang-ulang kali, sebaiknya keraplah
menukar topeng muka dari masa ke
semasa.
Keempat: Kekal berada di dalam rumah
atau ‘Stay at Home’

Dengan kekal berada di rumah dapat


menghindarkan diri kita daripada
dijangkiti virus COVID-19. Inilah masa
terbaik untuk meluangkan masa yang
berkualiti bersama keluarga. Ibu bapa
boleh menjadi kreatif dengan
melakukan pelbagai aktiviti bersama
anak-anak seperti membersihkan
rumah, bertukang, memasak, berkebun
dan bersukan yang bersifat dalaman
dan tidak perlu keluar.
Kelima: Tingkatkan kebersihan diri dan
kawasan rumah
Sentiasa mengutamakan kebersihan
diri seperti kerap mandi dan kerap
mencuci tangan dengan betul
menggunakan sabun atau
menggunakan bahan pencuci tangan
(hand sanitizer). Selain itu, disinfeksi
kawasan rumah juga sangat digalakkan
untuk membasmi virus.

Campurkan satu penutup peluntur


dan sembilan penutup air sahaja
dan mula disinfeksi tempat yang
kerap disentuh seperti tombol
pintu, suis lampu, telefon, alat
kawalan, kepala paip dan pintu peti
ais.
Keenam: Jaga jarak 1 meter

Sekiranya memerlukan anda untuk


keluar seperti membeli barang atau ke
tempat kerja atas urusan yang tidak
dapat dielakkan, pastikan anda
menjaga jarak satu meter supaya tidak
bersentuhan.
Selain itu, kita juga digalakkan untuk
menjaga kesihatan dengan baik seperti
makan makanan yang berkhasiat dan
melakukan senaman ringkas di dalam
rumah.
Alternatif lain aktiviti yang boleh
dirancang semasa Perintah Kawalan
Pergerakan ini adalah seperti mengisi
masa dengan aktiviti keagamaan
seperti berdoa dan membaca kitab.

Kerajaan sudah memainkan peranan


mereka untuk membasmi virus COVID-
19 dengan seriusnya, maka marilah kita
menyokong usaha kerajaan untuk
memulihkan keadaan supaya boleh
kembali kepada sedia kala dengan
hanya kekal berada di rumah selama 14
hari sahaja.
Diharapkan dalam tempoh ini, negara
kita akan pulih dan wabak ini boleh
dikawal. Bayangkan kita akan berpuasa
tidak lama lagi, bagaimana rutin
berpuasa di siang hari dalam keadaan
tidak selamat dan bagaimana pula
hendak berterawih pada malam hari
sedangkan masjid ditutup seperti
sekarang.
Bayangkan juga bagaimana kita
bakal menyambut Hari Raya
Aidilfitri sekiranya wabak ini
masih tidak ditangani dengan
baik.
Tiada kemeriahan dan kunjung
mengunjungi antara satu sama lain
dan kita semua kekal berada di dalam
rumah semasa Hari Raya.

Kita masih belum menang


Jadi tolong duduk rumah
Kita bersama-sama menentang virus ini

Anda mungkin juga menyukai