Anda di halaman 1dari 3

Pada 27 Julai 2021

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam


sejahtera.

Apa khabar semua? Saya harap saudara-saudari sihat wal afiat.

Hari ini saya muncul di hadapan saudara-saudari sekalian untuk


memberikan maklumat dan pesanan mengenai situasi terkini COVID-
19 di negara kita.

Saya percaya ramai dari kalangan saudara dan saudari yang terjejas
dengan wabak COVID-19 telah sedikit sebanyak menerima manfaat
daripada bantuan- bantuan kerajaan. Bantuan-bantuan ini adalah
bersifat sementara untuk membantu saudara-saudari menjalani
kehidupan dalam keadaan yang sukar. Yang lebih penting ialah
bagaimana kita semua dapat keluar daripada krisis dan memulihkan
keadaan kesihatan rakyat dan ekonomi negara kita dengan kadar
yang segera.

Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian,

Berdasarkan kes Covid-19 pada kebelakangan ini, ianya amat


mengecewakan kerana mencecah 10,000 keatas. Dan pada 25 Julai
2021 kita telah mencatat jumlah kes baharu iaitu sebanyak 17,045.
Kejadian ini amatlah mengejutkan kerana sebelum ini kita telah
berjaya mengawal kes Covid-19 ini tetapi sekarang ianya kembali
berleluasa. Saya sarankan kepada semua rakyat agar mengambil
vaksin dan sentiasa patuhi SOP.

Jadi, apa yang mesti kita buat?

Marilah kita peka dan sentiasa berhati-hati agar kita dapat


mengurangkan kes Covid-19 di negara kita ini. Mari kita bersama-
sama melawan Covid-19 ini. Saya yakin Malaysia boleh ! Duduklah di
rumah, patuhi SOP. Hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan
keluar untuk mengelakkan kesesakan berlaku. Jika tidak ada benda
penting yang perlu dibuat, maka janganlah keluar dari rumah.

Sentiasalah memakai pelitup muka apabila berada di kawasan yang


sesak dan sempit. Ini memandangkan di tempat yang sesak, adalah
sukar bagi individu untuk mengamalkan penjarakan sosial sekurang-
kurangnya satu meter dari orang lain.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, WHO turut menekankan


bahawa pemakaian pelitup muka tidak mencukupi untuk
membendung penularan jangkitan COVID-19, sebaliknya perlu juga
disertakan dengan penjarakan sosial, amalan kerap mencuci tangan
dengan air dan sabun serta langkah kesihatan awam lain yang
sepatutnya diterapkan dalam kehidupan seharian.
Kepada mereka yang bergejala seperti demam, batuk, badan letih,
sakit tekak, pening kepala tidak keluar rumah kecuali untuk urusan
penting dan mendapatkan rawatan.

WHO akan terus menjalankan kajian dan akan memberi maklumat


terkini kepada semua dari semasa ke semasa membabitkan perkara
itu. #KitaJagaKita #StayAtHome

Anda mungkin juga menyukai