Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN B (KERTAS 1)

MUHAMMAD DANIAL BIN NOR HASHIM.

5 AL KHAWARIZMI.

Ramai juga artis seperti Siti Nurhaliza membantu kerajaan dalam memberikan khidmat sosial
masyarakat dengan merayu supaya rakyat Malaysia terus ‘stay at home’ dan tidak pulang ke
kampung.Tidak kurang dengan itu, doktor dan jururawat tidak henti-henti merayu supaya
masyarakat dapat membantu dengan tidak menambah bilangan kes di hospital. Pihak media sama
ada melalui radio, televisyen, akhbar dan media sosial sudah memainkan peranan masing-masing
untuk membantu kerajaan dalam menwar-warkan kempen ‘stay at home’ demi untuk
mengurangkan penambahan kes positif jangkitan COVID-19.Namun, dimanakah peranan dan
tanggungjawab kita sebagai rakyat bagi membantu dalam membasmi penularan wabak COVID-
19 ini?Kerajaan hanya mengarahkan rakyat untuk kekal berada di rumah masing-masing dan
mengurangkan pergerakan selama 14 hari sahaja, selain menjaga kebersihan diri sebagai langkah
pencegahan. Perkara begitu mudah mengapa sukar untuk rakyat fahami dan ikuti arahannya?
Masih ada segelintir rakyat yang membuka gerai untuk jualan, bersukan dan bersiar-siar. Di
manakah peranan kita sebagai rakyat yang prihatin bagi menyokong tindakan kerajaan dalam
membasmi virus ini?Jangan bersikap pentingkan diri kerana kita fikir sihat tetapi tanpa sedar kita
pembawa kepada virus itu.Mahukah kita menjadi rakyat prihatin? Mudah sahaja,terdapat
pelbagai langkah yang terbaik untuk mencegak penularan penyakit COVID-19.

Langkah yang terbaik untuk penularan penyakit COVID-19 termasuklah 'lakukan saringan'. Sila
datang dan membuat saringan kesihatan secara percuma di pusat kesihatan tanpa perlu dicari.
Bantulah kerajaan dengan tampil secara sukarela dan menjalani pemeriksaan saringan yang
ditetapkan terutama kepada mereka yang pergi ke perhimpunan ijtimak tabligh di Masjid Seri
Petaling.Seterusnya,mengkuarantinkan diri anda.Sekiranya anda baru pulang daripada mana-
mana negara terutamanya China, Korea Selatan, Itali, Jepun dan Iran, anda dinasihatkan untuk
melaporkan kepada pusat kesihatan dan melakukan kuarantin diri selama 14 hari berturut-
turut.Sila rujuk ke klinik atau hospital terdekat sekiranya anda mendapat gejala seperti batuk,
demam, selsema, sakit tekak dan kesukaran untuk bernafas.

Memakai topeng muka juga merupakan langkah bagi mencegah penularan wabak COVID-
19.Sekiranya anda tidak sihat seperti batuk atau selsema, pakailah topeng muka dan segeralah
mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Jangan menggunakan topeng muka yang sama
berulang-ulang kali, sebaiknya keraplah menukar topeng muka dari masa ke semasa.Disamping
itu,Kekal berada di dalam rumah atau ‘Stay at Home’.Dengan kekal berada di rumah dapat
menghindarkan diri kita daripada dijangkiti virus COVID-19. Inilah masa terbaik untuk
meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Ibu bapa boleh menjadi kreatif dengan
melakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak seperti membersihkan rumah, bertukang,
memasak, berkebun dan bersukan yang bersifat dalaman dan tidak perlu keluar.

Justeru itu,Tingkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah juga diantara langkah langkah
mencegah wabak COVID-19.Sentiasa mengutamakan kebersihan diri seperti kerap mandi dan
kerap mencuci tangan dengan betul menggunakan sabun atau menggunakan bahan pencuci
tangan (hand sanitizer). Selain itu, disinfeksi kawasan rumah juga sangat digalakkan untuk
membasmi virus.Campurkan satu penutup peluntur dan sembilan penutup air sahaja dan mula
disinfeksi tempat yang kerap disentuh seperti tombol pintu, suis lampu, telefon, alat kawalan,
kepala paip dan pintu peti ais.Akhir sekali,Jaga jarak 1 meter.Sekiranya memerlukan anda untuk
keluar seperti membeli barang atau ke tempat kerja atas urusan yang tidak dapat dielakkan,
pastikan anda menjaga jarak satu meter supaya tidak bersentuhan.Selain itu, kita juga digalakkan
untuk menjaga kesihatan dengan baik seperti makan makanan yang berkhasiat dan melakukan
senaman ringkas di dalam rumah.Alternatif lain aktiviti yang boleh dirancang semasa Perintah
Kawalan Pergerakan ini adalah seperti mengisi masa dengan aktiviti keagamaan seperti berdoa
dan membaca kitab.Kerajaan sudah memainkan peranan mereka untuk membasmi virus COVID-
19 dengan seriusnya, maka marilah kita menyokong usaha kerajaan untuk memulihkan keadaan
supaya boleh kembali kepada sedia kala dengan hanya kekal berada di rumah selama 14 hari
sahaja.Diharapkan dalam tempoh ini, negara kita akan pulih dan wabak ini boleh dikawal.
Bayangkan kita akan berpuasa tidak lama lagi, bagaimana rutin berpuasa di siang hari dalam
keadaan tidak selamat dan bagaimana pula hendak berterawih pada malam hari sedangkan
masjid ditutup seperti sekarang.Bayangkan juga bagaimana kita bakal menyambut Hari Raya
Aidilfitri sekiranya wabak ini masih tidak ditangani dengan baik. Tiada kemeriahan dan kunjung
mengunjungi antara satu sama lain dan kita semua kekal berada di dalam rumah semasa Hari
Raya.

Anda mungkin juga menyukai