Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN : PETIKAN TEKS UCAPAN

KURSUS : KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN PENGUCAPAN AWAM

KOD KURSUS : KMS 6013 (G2)

PENSYARAH : EN. MOHD DINUL SYAMIL BIN HARIS

NAMA PELAJAR : AHMAD SYU’AIB BIN ZUKHRI

NO. MATRIK : I17101908

SEMESTER : SEMESTER II – 2019/2020


PETIKAN TEKS UCAPAN TENTANG COVID-19

Bismillahirrahmanirahim.
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.
Saudara-saudari yang saya kasihi.

Apa khabar anda semua? Saya harap saudara-saudari sihat sejahtera bersama keluarga di
rumah. Bagi yang sedang bekerja, selamat bekerja dan jaga kesihatan. Sentiasa amalkan
penjarakan sosial dan jaga kebersihan diri. Dalam kesempatan ini, saya ingin memberi sedikit
pandangan dan respon terhadap situasi yang berlaku pada hari ini. Sebagaimana yang kita
semua sudah maklum bahawa negara kita sekarang ini sedang berperang dengan satu
penyakit yang diklasifikasikan sebagai pandemik oleh WHO iaitu Covid-19 yang memberi
impak dan dampak yang sangat buruk kepada dunia termasuk negara kita. Oleh itu, saya
berharap saudara-saudari kekal tenang di rumah dan ikuti semua arahan dari pihak berkuasa
dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Saya menyeru kepada semua supaya
kita semua berganding bahu dan bekerjasama untuk mengharungi saat-saat yang sukar ini
dengan jayanya seperti pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Saudara-saudari yang saya sayangi sekalian,

Justeru itu, pada ketika ini pelbagai pihak sudah tampil menghulurkan bantuan kepada
barisan hadapan yang bertungkus-lumus tanpa mengira penat mereka serta bekerja melebihi
had kebiasaannya dalam usaha memutuskan rantaian virus Covid-19 menerusi pelbagai aspek
secara sangat serius. Namun usaha tersebut masih lagi agak kurang berkesan, ini kerana
sebahagian masyarakat masih belum peka dan menganggap apa yang berlaku sekarang tidak
serius tentang bahaya wabak Covid-19 ini pada negara. Oleh yang demikian, terdapat banyak
pihak yakin cara yang sangat terbaik untuk memutuskan terus rantaian virus Covid-19 ini
adalah dengan pendekatan duduk di rumah masing-masing dan menjaga jarak hubungan
sosial terutama kepada golongan yang bebas dari jangkitan. Semua pihak termasuk tokoh
politik dan pakar kesihatan memuji langkah kerajaan yang bertindak pantas dengan
melaksanakan pendekatan terbaik iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula
pada 18 Mac 2020 hingga sekarang. Pendamik ini juga memberi impak yang sangat negatif
kepada semua lapisan masyarakat dan menjejaskan ekonomi negara. Akhirnya, sekali lagi
saya menyeru kepada saudara-saudari marilah kita sama-sama berganding bahu dalam
perjuangan menentang pendamik Covid-19 ini dan pastikan saudara-saudari patuhi semua
arahan dari pihak kerajaan dan pihak berkuasa. Pepatah “bukit sama didaki, lurah sama
dituruni” sangat tepat untuk usaha dan pengorbanan yang kita semua lakukan ini.
Disini saya ingin menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan saya kepada semua petugas
barisan hadapan serta tidak lupa juga kepada saudara-saudari semua kerana anda semua orang
yang hebat dan cekal. Teruskan sikap yang terpuji ini. Terus berusaha, berdoa dan
bertawakkal. InsyaAllah kita akan berjaya mengharungi ujian ini bersama-sama. Kepada
Allah jualah kita berserah.
Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai