Anda di halaman 1dari 3

Apakah itu objektif pembelajaran?

Objektif pembelajaran ialah pernyataan yang menerangkan apa yang ingin dan perlu dicapai oleh murid
pada akhir pembelajaran. Kemahiran apa, topik apa, dari bahan apa, berapa banyak soalan atau latihan
yang akan dinilai sebagai kayu ukur dan bagaimana kemahiran itu dapat dinilai secara zahir.

Apakah itu kriteria kejayaan?

Kriteria kejayaan ialah elemen-elemen kecil daripada objektif pembelajaran.

Contoh:

Objektif pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, murid boleh menulis 5 ayat majmuk untuk menerangkan gambarajah yang
diberi.

Kriteria kejayaan:

1. Murid boleh mengenal jenis kategori dan elemen dalam gambar rajah yang diberi.

2. Murid menguasai jenis-jenis kata majmuk.

3. Murid boleh menulis ayat yang gramatis dan menghasilkan ayat majmuk.

Objektif pembelajaran:

1. Menulis 1 perenggan isi karangan aktiviti sukan lasak dengan ayat yang cukup gramatis.

Kriteria kejayaan:

1. Membentangkan 4 isi berserta 1 huraian dalam kumpulan.

2. Menghasilkan 1 perenggan isi dengan 5 ayat yang penuh dengan lengkap.

————————————–

Sains

=====

OBJEKTIF: Murid dapat menghuraikan 3 contoh makanan berdasarkan kepentingannya dengan betul.
KRITERIA KEJAYAAN:

1. Membentangkan 3 contoh makanan mengikut pengelasan kepentingannya.

2. Menjawab sekurang-kurangnya 5 soalan kuiz dengan betul.

credit to: Blog Mudah Mengajar

Tindakan Semasa Merancang Rancangan Pengajaran Harian:

1. Penulisan hasil pembelajaran/objektif:


§  Eksplisit
§  Tepat
§  Jelas
§  Sesuai dengan kebolehan murid
§  Sesuai dengan sukatan pelajaran

2. Cara Menulis Objektif Pengajaran Dalam Rancangan Pengajaran Harian RPH:


Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan kepada 3 kriteria:
§  Tingkah laku murid yang boleh dilihat atau diukur
§  Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku
§  Hasil yang akan murid peroleh/ pencapaian minima.

Contoh 1 :
Pada akhir pelajaran murid dapat:
o   Membaca dengan kuat 1 petikan ‘Menunggu Kelahiran’ dengan sebutan dan intonasi yang betul secara
individu.

A – Audiens  - murid
B – Behaviour  - membaca dengan kuat
C – Content  - petikan teks ‘Menunggu Kelahiran’
D – Degree  - 1 petikandengan sebutan dan intonasi yang betul
S – Sosial   - individu

Contoh 2:
Pada akhir pelajaran murid dapat:
o   Menyatakan secara lisan 3 isi tersurat dan 3 isi tersirat daripada petikan teks berdasarkan kad tugasan
dengan betul secara individu, kumpulan dan kelas.

A – Audiens  - murid
B – Behaviour  - menyatakan
C – Content  - petikan teks ‘Menunggu Kelahiran’
D – Degree  - 3 isi tersurat dan 3 isi tersirat berdasarkan kad tugasan dengan betul.
S – Sosial   - secara individu, kumpulan dan kelas.
Contoh 3 :
Pada akhir pelajaran murid dapat:
o   Membina 4 ayat mudah secara bertulis dengan menggunakan peribahasa yang disediakan secara
individu.

A – Audiens  - murid
B – Behaviour  - membina ayat secara bertulis
C – Content  - peribahasa yang disediakan
D – Degree  - 4 ayat mudah
S – Sosial   - secara individu.

Perkataan-perkataan eksplisit yang sesuai digunakan mengikut aras (objektif RPH)

Pengetahuan: Menganalisis
Menamakan Menguji
Menerangkan Membandingkan
Mentakrif Menyesuaikan
Menjelaskan
Merakamkan
Menyenaraikan Sintesis:
Merancang
Kefahaman: Membentuk
Menterjemahkan Mengubah
Menyebut semula Menyusun
Melukis Membuat laporan
Mentafsir
Membincangkan Penilaian:
Menyatakan Membanding
Melaporkan Memilih
Menganggar
Menilai
Aplikasi:
Mentafsir
Menggunakan
Mendemontrasi
Melukis
Menggambarkan
Melakar

Analisis:
Membezakan
Mengira
Mencerakinkan

Anda mungkin juga menyukai