Anda di halaman 1dari 8

TEKS KETUA PEMBANGKANG

BUDAYA WARISAN MENERAP NILAI-NILAI


MURNI

KETUA PEMBANGKANG

1
TEKS KETUA PEMBANGKANG

Budaya Warisan Menerap Nilai-nilai Murni

Terima kasih Yang Dipertua Dewan, Yang


berhormat perwakilan pembangkang, proksi
kerajaan yang dimuliakan, seterusnya saf-saf
perwakilan dan hadirin dan hadirat yang saya
hormati sekalian. Salam perpaduan dan salam
perdebatan.

Sebentar tadi Yang Amat Berhormat


Perdana Menteri telah membentangkan satu usul
iaitu BUDAYA WARISAN MENERAP NILAI-
NILAI MURNI

Tuan yang Dipertua,

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

sebentar tadi telah memberikan definisi dan

takrifan usul kita pada hari ini. Namun, Kami

diperwakilan pembangkang mohon menolak

pendefinisian pihak kerajaan dan akan membuat

pendefinisian semula.
2
TEKS KETUA PEMBANGKANG

Menurut kamus Dewan frasa Budaya warisan

ialah peninggalan artifak fizikal dan ciri tidak

ketara sesebuah kelompok atau masyarakat yang

diwarisi daripada generasi terdahulu, dikekalkan

pada masa kini serta dipelihara untuk generasi

akan datang. Manakala frasa menerap nilai-nilai

murni pula bermaksud memberi nilai-nilai positif

kepada individu.

Tegasnya, perdebatan di dewan yang mulia


ini seharusnya berdasarkan kayu ukur ini iaitu
untuk menilai kembali kebergantungan terhadap
Budaya Warisan Menerap Nilai-nilai Murni.Tuan
yang dipertua,

Hujah-hujah yang tidak berlandaskan kayu


ukur berkenaan sewajarnya dipertikai kerana
tidak memegang prinsip iaitu untuk menilai
keberkesanan budaya warisan. Maka, timbul satu
persoalan iaitu adakah hujah yang dibawa
perwakilan kerajaan adalah tepat?
3
TEKS KETUA PEMBANGKANG

Tuan yang dipertua dan barisan pembangkang


yang dimuliakan,

Izinkan saya membidas hujah yang telah


dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri. Bidasan saya amat mudah.
Perkara pertama yang kami bidas ialah hujah
pihak kerajaan yang kononnya mengatakan
bahawa

Budaya warisan Kunjung-mengunjungi


menerap Nilai-nilai murni? Kami barisan Pihak
pembangkang tentang usul yang dikemukakan.
Contohnya, jika niat untuk berkunjung itu tidak
betul, maka akan lebih banyak keburukan
daripada
kebaikan._____________________________
___________________________________
___________________________________
___________________________________
_________

4
TEKS KETUA PEMBANGKANG

Yang Berhormat, APAKAH yang berhormat


cuba menyembunyikan realiti bahawa hakikat
yang sebenarnya budaya kunjung-mengunjungi
bukanlah satu cara untuk menerap nilai-nilai
murni? Seterusnya, izinkan saya sebagai KETUA
PEMBANGKANG untuk menyatakan peranan
ketiga-tiga barisan PEMBANGKANG hari ini.

Tuan yang Dipertua,

Selaku KETUA PEMBANGKANG, saya


bertanggungjawab untuk meyakinkan dewan
dengan MELAKUKAN PENDEFINISIAN
SEMULA USUL serta MENETAPKAN KEMBALI
KAYU UKUR PERDEBATAN KITA. Setelah itu,
saya akan membawa hujah yang pertama serta
mengakhirinya dengan sesi penggulungan.

Berdirinya YANG BERHORMAT


PEMBANGKANG KEDUA akan membidas hujah
Perdana Menteri dan membincangkan dua hujah
berikutnya.

5
TEKS KETUA PEMBANGKANG

YANG BERHORMAT PEMBANGKANG


KETIGA pula akan membidas semua hujah rapuh
pihak kerajaan agar terungkai segala kesangsian
dan kekeliruan yang ditimbulkan.

Yang Dipertua dan sidang dewan yang


dimuliakan,

Kita meniti pula hujah kami yang pertama


dibawah lembayung kata GAYA HIDUP
MEMUPUK NILAI-NILAI MURNI.

Tuan yang Dipertua,

Dalam konteks Rumahku Syurgaku sendiri dapat

dilihat bagaimana didikan awal dari rumah

seperti didikan agama diterapkan dalam institusi

keluarga. Penerapan didikan agama dalam jiwa

mereka akan menghasilkan nilai-nilai murni

seperti Nilai hormat-menghormati, kasih

sayang , Cintakan ilmu supaya membesar menjadi

generasi yang berilmu dan bermoral. Lihat


6
TEKS KETUA PEMBANGKANG

sahaja institusi Pendidikan kita. Slogan “Anak

Yang Baik lagi Cerdik” merupakan sebuah slogan

yang sering diungkapkan oleh Ketua Pengarah

Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato Hj

Pkharuddin Hj Ghazali.

Ianya memfokuskan kepada kaedah untuk

melahirkan pelajar yang cerdik semata-mata,

tetapi mempunyai sahsiah diri yang baik. Melalui

konsep ABC, bukan sekadar belajar di sekolah,

murid-murid kini dididik untuk menjadi modal

insan berilmu dan berakhlak mulia sebagai

pewaris negara pada masa hadapan.

Nah, berdasarkan bukti di atas,nampaknya


Budaya Warisan bukan lah agen untuk Menerap
Nilai-nilai murni pada masa sekarang.

Sidang dewan yang dikasihi sekalian,

7
TEKS KETUA PEMBANGKANG

Jadi, apakah solusi kepada ini? Sudah terang


lagikan bersuluh, Maka, timbul beberapa
persoalan yang sewajarnya diperjelaskan oleh
perwakilan kerajaan.

Tuan yang Dipertua,

Sekiranya hujah kami dinafikan oleh pihak


kerajaan, ADAKAH rakyat negara kita bersedia
untuk mengekalkan warisan budaya seiring
dengan kemajuan negara?

Sidang dewan yang saya hormati sekalian,

Sebelum saya berundur diri, saya ingin


menegaskan sekali lagi bahawa kami tetap
membangkang usul yang dikemukakan pada hari
ini.

Oleh hal yang demikian, kami barisan


pembangkang tetap menyokong pendirian kami
dan akan membidas usul pihak pencadang. Mohon
terus membangkang.

Anda mungkin juga menyukai