Anda di halaman 1dari 2

Usul : Sudah Tiba Masanya Sekolah Perlu Lebih Tegas Dalam

Membangunkan Kemenjadian Murid.

KETUA PEMBANGKANG
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan perwakilan Pihak Kerajaan,
perwakilan Pihak Pembangkang, para juri yang penuh misi dan visi, seterusnya sidang dewan
sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Selamat sejahtera dan selamat pagi

Tuan Yang Dipertua, ahli-ahli yang berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana berkat
keamanan dan keharmonian bawah kepemimpinan kerajaan pada hari ini dewan kembali
bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting untuk dilaksanakan.

Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,

Usul pada hari ini berbunyi, “Sudah Tiba Masanya Sekolah Perlu Lebih Tegas Dalam
Membangunkan Kemenjadian Murid”. Sebentar tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
telah membentangkan satu usul. Namun setelah kami kaji, dan kami teliti terdapat kelemahan
dan tidak relevan usul dari Pihak Kerajaan pada hari ini. Dengan izin Tuan Yang Dipertua,
kami mohon membangkang dan menolak usul kerajaan pada hari ini.

Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebentar tadi telah memberikan definisi dan takrifan
usul kita pada hari ini. Kami menerima dengan pindaan definisi usul dari Pihak Kerajaan.
Dengan izin Tuan Yang Dipertua, kami mohon meminda definisi Pihak Kerajaan dan
menegakkan definisi kami di barisan Perwakilan Pembangkang.

Sekolah bermaksud tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi
pelajaran serta tempat untuk membentuk sahsiah dan peribadi murid. Selain itu, Menurut
Kamus Dewan Edisi ke-4 tegas bermaksud tidak ragu-ragu atau samar-samar, tentu, tepat,
mestilah segera dijalankan. Membangun pula dimaksudkan dengan membina atau membentuk
sesuatu. Kemenjadian merupakan keyakinan murid tentang keupayaan atau kebolehan mereka
untuk menguruskan tugas berkaitan dengan kehidupan seharian. Keyakinan ini termasuklah
berkaitan dengan keupayaan murid mempengaruhi rakan mereka dan persekitaran yang
memberi kesan ke atas kemenjadian dan kejayaan mereka.
Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,

Bangun yang amat berhormat Perdana Menteri telah memberikan satu hujah yang amat rapuh

iaitu _______________________________________________________________________

Bidasan saya amat mudah,

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,

Untuk menolak usul pada hari ini, Pihak Pembangkang telah meletakkan satu premis yang
amat simplistik. untuk mengukuhkan premis pihak pembangkang bagi menolak usul, kami
telah meletakkan 3 strategi utama iaitu, saya selaku Ketua Pembangkang akan
membentangkan hujah pertama. manakala Pembangkang Kedua akan membentang dua hujah
serta Pembangkang Ketiga pula, saya telah amanahkan untuk membidas dan membetulkan
kepincangan hujah Kerajaan yang cuba meraih simpati ahli-ahli dewan untuk menerima usul
yang mereka bentangkan. Seterusnya Pembangkang Ketiga akan mengukuhkan hujah-hujah
pihak pembangkang untuk menolak usul pada hari ini.

Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,

Dengan izin Tuan Yang Dipertua dan ahli-ahli dewan saya membentang hujah pertama
Pembangkang iaitu Kepenatan yang melampau dalam kalangan guru dan murid. Menurut
akhbar Harian Metro, 27 Januari 2018 yang bertajuk “Kerana terlalu mengejar sekolah
berprestasi tinggi, guru dan pelajar kepenatan.” Apabila kejayaan dan kecemerlangan sahaja
yang ingin dikecapi maka akan musnahlah sesebuah institusi pendidikan. Hal ini kerana,
sekolah telah menjadi bebanan kepada guru dan murid kerana hanya berfokuskan
kecemerlangan tanpa melihat dari sudut yang lain. Jadi pihak pembangkang berpendapat
bahawa sekolah tidak mungkin dapat membangunkan kemenjadian murid jika masalah
mengejar kecemerlangan semata-mata tidak diubah dengan serta merta. Guru dan murid
sering datang awal pagi dan pula lewat petang kerana system pendidikan yang dilaksanakan
tanpa perbincangan dengan guru dan ibu bapa serta dilaksanakan secara drastic tanpa timbang
rasa kepada guru dan murid.

Berdasarkan hujah dan fakta yang saya bentangkan tadi, saya ingin menegaskan bahawa
Pihak Pembangkang akan terus memberikan hujah-hujah dan fakta untuk menggagalkan usul
yang di bawa oleh Pihak Kerajaan dan usul ini wajar ditolak sebulat suara.

Sekian saya Ketua Pembangkang mohon untuk terus membangkang.

Anda mungkin juga menyukai