Anda di halaman 1dari 5

1

USUL 4: PDPR: GURU LEBIH KREATIF DAN INOVATIF

TEKS KETUA PEMBANGKANG

Bismillahirrahmanirrahim..

Terima kasih Tuan Yang Dipertua,

Rakan-rakan di pihak pembangkang, Jemaah kabinet kerajaan,

Seterusnya sidang dewan yang dimuliakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan

Selamat bersidang kesemuanya

Tuan Yang dipertua…

a- Bergema dewan pagi ini, dengan usul yang digagaskan oleh Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu PDPR: GURU LEBIH
KREATIF DAN INOVATIF.

b- Tuan Yang Dipertua, kami di barisan pihak pembangkang


meragui usul pada hari ini dan kami katakan PDPR: GURU
KURANG KREATIF DAN INOVATIF.

Tuan Yang Dipertua,


c- Kami menerima definisi pihak kerajaan. Namun begitu, ada
sedikit pindaan yang perlu kami lakukan terhadap pendefinisian
konseptual iaitu pada frasa lebih kreatif dan inovatif.

d- Frasa lebih kreatif dan inovatif ini kami takrifkan adanya


perubahan yang berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pihak kerajaan tidak menunjukkan sejauh
manakah keberkesanan pengajaran yang para guru lakukan
melalui pelaksanaan PdPR ini sehingga ia dianggap menjadikan
guru lebih kreatif dan inovatif? Kami melihat wujudnya
2

kekangan serta tidak berlaku keberkesanan dalam kaedah


pelaksanaan PdPR ini. Maka frasa lebih kreatif dan inovatif ini
kami katakan kurang kreatif dan inovatif.

e- Selain itu, pihak kerajaan pada hari ini tidak menunjukkan


apakah kriteria lebih kreatif dan inovatif? Dalam keadaan yang
bagaimanakah seseorang guru itu boleh dianggap mencapai
maksud lebih kreatif dan inovatif? Mereka perlu perjelaskan.
Namun mereka gagal.

f- Kami definisikan lebih kreatif dan inovatif ini hanya akan


berlaku jika para guru dapat melakukan perubahan yang
berkesan dalam kaedah pelaksanaan PdPR. Sekiranya tidak
memberi kesan, maka kami katakan guru kurang kreatif dan
inovatif.

# Selesai pendefinisian konseptual pembangkang.

Tuan Yang dipertua,

a- Bangunnya Perdana Menteri dengan hujahnya di bawah kata


kunci
…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………..
b- Kami bidas, kami pertikaikan.
g- Sekiranya pihak kerajaan menyatakan PDPR: GURU LEBIH
KREATIF DAN INOVATIF, maka mereka perlu buktikan
kepada seisi dewan apakah perubahan yang dilihat berkesan
sepanjang melaksanakan kaedah PdPR? Mereka gagal buktikan.
3

c- Kami katakan sekiranya tidak berlaku perubahan yang berkesan


dalam melaksanakan kaedah PdPR, maka guru dianggap kurang
kreatif dan inovatif.

# Selesai sesi bidasan hujah.

Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan.

h- Premis dan pendirian kami di meja pembangkang pada hari ini


sangat mudah iaitu PDPR: GURU KURANG KREATIF DAN
INOVATIF.

i- Rasionalnya adalah kerana melihat kepada wujudnya kekangan


dan kurangnya keberkesanan dalam kaedah PdPR.

a- Maka, untuk mengukuhkan lagi pendirian pihak pembangkang


pada hari ini, kami telah meletakkan 3 strategi utama. Selaku
ketua pembangkang, saya akan membentangkan 1 hujah iaitu
KESEDIAAN DAN KEMAHIRAN GURU. Manakala pembangkang
kedua pula akan mengemukakan 2 hujah iaitu:

1- PDPR TIDAK DISELARI, MURID GIGIT JARI dan


2- INTEGRITI SURAM, PdPR MURAM

b- Pembangkang ke-3 pula, akan bertindak membidas segala hujah


pincang pihak kerajaaan seterusnya mengukuhkan lagi hujah-
hujah pihak pembangkang.

c- Manakala Pembangkang ke-4 dan ke-5 akan menjadi mata dan


telinga yang sentiasa memerhati dan mendengar segala hujah-
hujah lompang dan pincang pihak kerajaan.
4

d- Baiklah, saya bentangkan hujah perdana pihak pembangkang


iaitu KESEDIAAN DAN KEMAHIRAN GURU.

Tuan yang Dipertua dan sidang dewan..

e- Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam


kajian tentang kesediaan guru dalam melaksanakan PdPR
menunjukkan banyak masalah yang dihadapi ketika
melaksanakan PdPR.

f- Kajian itu menunjukkan 50 hingga 60 peratus guru tidak selesa


melaksanakan pengajaran secara dalam talian dan hanya
melaksanakan PdPR dalam tempoh 30 minit dan satu jam sahaja.

g- Selain itu, kemahiran guru menggunakan peralatan IT secara


dalam talian pula hanya sekitar 50 hingga 60 peratus manakala
hanya 40 hingga 50 peratus sahaja guru yang mahir
mempelbagaikan pengajaran secara dalam talian.

h- Kajian yang diketuai Prof Madya Dr Azlin Norhaini Mansor itu,


juga menunjukkan kaedah pengajaran guru kurang berkesan
kerana kurang selari dengan tahap kebolehan dan pembelajaran
murid.

i- Dapatan kajian itu juga menunjukkan komunikasi murid dan guru


melalui PdPR, sangat terbatas dan terdapat guru memberikan
terlalu banyak latihan kepada murid hingga menyebabkan
sebahagian ibu bapa merasa terbeban, kerana terpaksa
membantu anak membuat latihan. Apabila kurangnya
keberkesanan dalam kaedah PdPR sebegini, kami katakan guru
kurang kreatif dan inovatif.
5

j- Justeru, melihat kepada kekangan dan masalah inilah, kami di


meja pembangkang meragui usul yang digagaskan oleh pihak
kerajaan pada hari ini.

Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan…

k- Maka dengan itu, kami yakin dan percaya dengan hujah dan
bukti yang diberikan jelas menunjukkan, PdPR: GURU KURANG
KREATIF DAN INOVATIF atas rasional melihat kepada
wujudnya kekangan dan kurangnya keberkesanan dalam kaedah
PdPR. Apabila ini berlaku, kami katakan guru kurang kreatif dan
inovatif.

l- Mohon untuk terus membangkang. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai