Anda di halaman 1dari 4

1

USUL 4: PDPR: GURU LEBIH KREATIF DAN INOVATIF

TEKS PEMBANGKANG KE-3

Bismillahirrahmanirrahim..

Terima kasih Tuan Yang Dipertua,

Rakan-rakan di pihak pembangkang, Jemaah kabinet kerajaan,

Seterusnya sidang dewan yang dimuliakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan

Selamat bersidang kesemuanya

Tuan Yang dipertua…

a- Berdirinya saya disini selaku pembangkang ke3 pada hari ini,


saya akan mengajak anda semua untuk mengintai dan merungkai
pelbagai masalah yang dibawa di meja kerajaan  dibawah
gagasan usul PdPR: GURU LEBIH KREATIF DAN INOVATIF.

b- Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebentar tadi telah


melakukan pendefinisian dan takrifan usul. Kami di meja
pembangkang menerima dengan pindaan, definisi usul yang telah
dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

c- Namun begitu tuan yang dipertua, persoalannya disini, adakah


PdPR: GURU LEBIH KREATIF DAN INOVATIF sekiranya
terdapat kekangan dan kurangnya keberkesanan? Maka pada
hari ini, Tuan yang dipertua, saya akan membawa anda semua
mengupas segala persoalan ini seterusnya mematahkan hujah-
hujah rapuh yang telah dibawa dimeja kerajaan.
2

Tuan yang dipertua,

d- Saya mulakan dengan membidas segala fakta kes yang telah


dibawa oleh Yang Berhormat Menteri ke-3. Secara
keseluruhannya, sebentar tadi Yang Berhormat Menteri ke-3
menyatakan dalam hujahnya bahawa PdPR: Guru Lebih Kreatif
dan Inovatif melihat kepada kaedah PdPR yang digunakan oleh
guru. Pendek kata, ia baik begitu, dan baik begini.

e- Saya bidas.

Pihak kerajaan tidak menunjukkan sejauh manakah


keberkesanan pengajaran yang para guru lakukan melalui
pelaksanaan PdPR ini sehingga ia dianggap menjadikan guru lebih
kreatif dan inovatif? Kami melihat wujudnya kekangan serta
tidak berlaku keberkesanan dalam kaedah pelaksanaan PdPR ini.
Maka jelas kurang kreatif dan inovatif.

a- Ramai guru yang masih belum bersedia dan kekurangan


kemahiran dalam melaksanakan PdPR. Apabila ini berlaku, maka
PdPR yang berkesan tidak dapat dicapai. Justeru, jika tidak
berlaku perubahan yang berkesan dalam melaksanakan kaedah
PdPR, maka guru dianggap kurang kreatif dan inovatif.

Baiklah Tuan Yang Dipertua..

f- Seterusnya saya akan mematahkan hujah yang dibawa oleh


Menteri ke2 dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Mereka katakan bahawa PdPR: Guru Lebih Kreatif dan Inovatif
kerana terdapat banyak kesan baik hasil daripada kaedah
pengajaran yang digunakan oleh para guru.
3

g- Tetapi persoalannya Tuan Yang Dipertua, sepertimana yang


pihak pembangkang katakan sejak dari awal perbahasan tadi,
bahawa kami di meja pembangkang meragui frasa lebih kreatif
dan inovatif kerana, kami amat yakin wujudnya kekangan dan
kurangnya keberkesanan dalam kaedah PdPR yang menafikan
usul pada hari ini.

h- Pihak kerajaan pada hari ini langsung dan tidak pernah


menunjukkan apakah kriteria lebih kreatif dan inovatif itu
sendiri. Mereka juga tidak tunjukkan apakah kayu ukur sejauh
mana keberkesanan berdasarkan kaedah pengajaran yang
digunakan? Gagal di pihak kerajaan.

# Selesai sesi bidasan.

i- Kami katakan PDPR: GURU KURANG KREATIF DAN INOVATIF


atas rasional melihat kepada wujudnya kekangan dan kurangnya
keberkesanan dalam kaedah PdPR.

j- Tuan yang dipertua..


Nampaknya hujah pihak kerajaan seperti tin kosong berdeting,
bila dibuka ke manakah isinya?

Baiklah sidang dewan sekalian,

k- Setelah hujah dibidas dan dicantas, kini tiba masanya untuk


saya membentang serta mengukuhkan kes kami dimeja
pembangkang, seterusnya menundukkan barisan panel kerajaan
diseberang sana.

Tuan yang dipertua,


4

l- Sebentar tadi Yang Berhormat Ketua Pembangkang menyatakan


hujah PDPR: GURU KURANG KREATIF DAN INOVATIF di
bawah kata kunci Kesediaan dan Kemahiran Guru. Saya
menyokong 100% hujah tersebut kerana masih terdapat ramai
guru yang masih belum bersedia dan kekurangan kemahiran
dalam melaksanakan PdPR. Apabila ini berlaku, maka PdPR yang
berkesan tidak dapat dicapai.

m-Seterusnya Tuan Yang Dipertua.


Di bawah premis kata kedua dan ketiga, kami yakini bahawa usul
pada hari ini menyebabkan murid tidak mencapai keberkesanan
dalam PdPR lantaran kaedah PdPR yang tidak diselari mengikut
keperluan, dan kurangnya ketelusan guru dalam memantau
tugasan yang diberikan. Inilah yang kami katakan, guru kurang
kreatif dan inovatif.

Sidang dewan sekalian..


n- Bukan mahu menegakkan benang yang basah,tetapi hanya mahu
menyulam benang yang indah maka sesungguhnya pada hari ini,
dibarisan pembangkang kami tegaskan pendirian kami bahawa
PdPR: GURU KURANG KREATIF DAN INOVATIF atas rasional
melihat kepada wujudnya kekangan dan kurangnya keberkesanan
dalam kaedah PdPR.

o- Dengan itu Yang Dipertua, saya mohon untuk terus


membangkang.

Anda mungkin juga menyukai