Anda di halaman 1dari 3

RINGKASAN ARTIKEL 2

Fadial Jamaluddin (2019). Kajian Penggunaan Fonetik Dalam Mengasah Kemahiran


Membaca Dalam Kalangan Murid-Murid Sekolah Rendah P1 dan P2. Kajian penggunaan
metod membaca yang dijalankan di Sekolah Rendah Lianhua, Singapura.

1.0 Pengenalan

Kemahiran membaca dalam kalangan murid merupakan satu aspek yang harus diberikan
perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam
buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik
kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Bagi Arbak Othman (1983),
fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan
kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu
dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar
daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi
ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan
melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal,
dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985).
Berdasarkan pemantauan serta pemerhatian guru kepada murid sukar untuk menyebut bunyi
huruf dan suku kata pada tahap awal persekolahan. Bagi mengatasi masalah ini, Unit Bahasa
Melayu Sekolah Rendah Lianhua, Singapura telah menjalankan program yang memberikan
tumpuan pada penggunaan kaedah fonetik dalam pengajaran membaca. Dapatan kajian
menunjukkan kaedah fonetik ini mampu meningkatkan kemahiran murid dalam membunyikan
huruf dan berupaya membantu murid membaca. Justeru itu, guru-guru telah mengaplikasikan
kaedah fonetik yang diketengahkan oleh Clinningham, P.M. (1991). Kaedah ini telah dipilih
serta terbukti berkesan bagi membantu meningkatkan kemahiran murid membaca.

2.0 Tujuan

Kajian bertujuan untuk:

1. mengajar murid kemahiran membaca melalui kaedah fonetik;


2. meningkatkan kemahiran murid memahami perkataan yang dibaca; dan
3. merangsang keupayaan membaca, berinteraksi dan memahami bahasa tulisan.

3.0 Metodologi

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Dalam kajian ini, pengajaran fonetik diterapkan
dalam program pemulihan yang berstruktur. Setiap murid yang dipilih dikehendaki melalui tahap
penyaringan (ujian diagnostik), dua tahap pemulihan dan pasca ujian. Sampel kajian melibatkan
12 orang murid daripada murid-murid Darjah 1 dan Darjah 2 yang mempunyai keupayaan
rendah membaca. Murid yang dipilih akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan, satu
kumpulan terdiri daripada dua hingga tiga orang murid. Murid ini akan dilatih bagi
meningkatkan keupayaan membaca menggunakan kaedah fonetik dibantu enam orang
sukarelawan.

Instrumen kajian yang digunakan adalah seperti berikut:

1. Ujian Diagnostik diadakan untuk menyaring murid dan mengenal pasti tahap
kebolehan membaca. Program pemulihan akan dilaksanakan kepada murid yang
gagal
2. Senarai semak/Kad Kriteria Kejayaan dihasilkan untuk merekod kemajuan murid
bagi setiap tahap. Penilaian dibuat dari segi pengenalan abjad, sebutan bunyi abjad,
huruf vokal, huruf konsonan, suku kata, ayat dan teks.
3. Ujian Pasca diadakan untuk mengukur tahap kemajuan murid dari segi bacaan.

Kajian ini dijalankan selama tiga penggal selepas waktu kurikulum Bahasa Melayu. Satu jam
diperuntukkan untuk program ini pada setiap minggu. Pembahagian murid dalam setiap
kumpulan dilakukan secara rawak. Semua sukarelawan telah terlibat dalam bengkel fonetik yang
dianjrkan oleh guru yang mentadbirkan program ini.

Proses pengajaran yang dilaksanakan melalui empat peringkat utama iaitu tahap penyaringan
(pra), tahap pemulihan 1, tahap pemulihan 2 dan ujian pasca.
4.0 Dapatan Kajian

Hasil dapatan kajian menunjukkan murid yang dinilai melalui diagnostik pra-bimbingan dalam
keupayaan tahap sifar, berupaya melangkah ke tahap satu dan dua selepas sesi keempat
pembelajaran. Murid kumpulan tersebut juga dapat melengkapi penilaian Set Ujian Pemantauan
1 dalam sesi penilaian yang sama.Seterusnya, murid dalam tahap satu dan dua, telah dapat
melengkapkan Set Ujian Pemantauan 1 dan 2 di akhir sepuluh sesi kelas bimbingan. Dari segi
analisis pencapaian menunujukkan perubahan ketara bagi murid tahap 0, tahap 1 dan tahap 2
setelah melalui ujian pra, ujian pemantau 1 dan 2.

5.0 Implikasi Kajian

Hasil kajian yang dijalankan penggunaan kaedah fonetik yang berstruktur dapat meningkatkan
kemahiran murid untuk membaca dengan isi kandungan yang sesuai mengikut kesediaan murid.
Penilaian berterusan perlu untuk membantu murid mengatasi isu yang berlaku. Secara tidak
langsung kaedah ini mampu memupuk nilai positif diri murid dan lebih bermotivasi dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini disokong oleh Ibu bapa yang mana anak mereka terlibat dalam
program ini memaklumkan dapat melihat perkembangan pembelajaran anak-anak mereka.
Terbukti kaedah ini dapat mengatasi kelemahan dalam membaca. Murid yang terlibat juga
mempunyai keyakinan yang lebih tinggi serta menunjukkan peningkatan dalam pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai