Anda di halaman 1dari 1

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jati diri ialah sifat atau ciri yang unik dan istimewa

dari segi adat, bahasa, budaya, agama yang menjadi teras serta lambang keperibadian seseorang
individu. Dalam marcapada, jati diri anak-anak di Malaysia menghadapi pelbagai dugaan dan
persoalan yang tidak pasti. Melihat situasi semasa, pandemik Covid 19 sangat mencabar semua
pihak. Persoalannya kini, bagaimanakah masyarakat Malaysia dapat membudayakan jati diri
anak-anak di rumah?

Bak kata pepatah, rumahku syurgaku dan melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Ungkapan yang ringkas tetapi padat tafsiran tersiratnya kepada kita semua. Ibu bapa, penjaga
atau ahli keluarga terdekat perlu memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri anak
itu sendiri. Mereka adalah watak yang utama dalam membina jati diri yang dapat memenuhi
kriteria dalam acuan norma baharu kini yang sangat mencabar seantero dunia.

Ibu bapa, penjaga atau ahli keluarga terdekat di rumah perlu menjadi penyokong kuat
kepada anak-anak dalam menggalakkan mereka untuk sentiasa mengamal dan membudayakan
perkara positif di rumah. Contohnya, memastikan serta memantau anak mengikuti kelas
pengajaran dan pembelajaran di rumah mengikut masa yang ditetapkan serta segala tugasan
dapat disiapkan.

Seterusnya, jati diri anak-anak boleh dibentuk bermula di rumah dengan menunjukkan
suri teladan sebagai contoh oleh setiap ahli keluarga. Anak-anak ibarat kain putih, sekiranya
lakaran yang dirancang dengan teliti, maka cantiklah hasil akhirnya nanti. Contohnya, seisi
keluarga yang membudayakan amalan membaca di rumah, sudah pasti budaya baik tersebut
menjadi ikutan anak-anak.

Selain itu, penerapan nilai agama dan moral juga sangat penting. Setiap agama di dunia
ini menekankan perkara yang baik. Lantas, amatlah bertepatan jika jati diri anak-anak
ditekankan dengan pengamalan serta kepentingan nilai agama dan moral yang baik.
Contohnya, murid beragama Islam yang patuh melaksanakan ibadah solat mengikut masa yang
ditetapkan dan di awal waktu. Faedahnya, murid akan terdidik dengan jati diri menepati masa
dan sentiasa menyiapkan tugasan tanpa berlengah.

Akhirnya, dapatlah disimpulkan bahawa semua pihak perlu memainkan peranan dalam
usaha untuk membina budaya jati diri anak-anak. Jati diri yang positif akan mencerminkan
keperibadian yang dapat mengimbangkan kemampuan seta keperlusan diri dengan persekitaran
yang berbeza. Jelaslah disini faktor sokongan persekitaran yang positif dapat membina jati diri
masyarakat Malaysia dalam mendepani isu pandemik covid 19.

Anda mungkin juga menyukai