Anda di halaman 1dari 2

PENGGULUNGAN KERAJAAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Selamat sejahtera dan selamat pagi

Terima kasih sekali lagi kepada Tuan Yang Dipertua


Rakan-rakan Menteri, Yang Berhormat Pembangkang
Seterusnya ahli-ahli dewan yang dihormati.

Bertemu sekali lagi di arena penggulungan


Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,
Usul pada hari ini berbunyi, Sudah Tiba Masanya Sekolah Perlu Lebih Tegas Dalam
Membangunkan Kemenjadian Murid.

Kami bagi Pihak Kerajaan yang bertanggungjawab untuk memberikan kesejahteraan kepada
rakyat dan menjana kemajuan negara telah memberikan definisi usul yang amat mudah
difahami. Namun begitu, telah menjadi prinsip Pembangkang yang cuba menangguk di air
keruh. Perkara yang mudah dan baik telah dipesongkan.

Dari awal perdebatan Pihak Pembangkang telah cuba meminda definisi pihak kerajaan, tetapi
pindaan definisi mereka tidak kukuh dan mereka gagal memberikan rasional terhadap pindaan
definisi tersebut. Pihak Pembangkang juga telah memberikan premis yang amat rapuh dan tidak
rasional.

Untuk menolak usul pada hari ini, Pihak Pembangkang telah memberikan 3 hujah iaitu

1._________________________________________________________________________

2._________________________________________________________________________

3._________________________________________________________________________

Namun Tuan Yang Dipertua, ketiga-tiga hujah Pihak Pembangkang dapat saya simpulkan
bahawa hujah-hujah tersebut amat tidak relevan dengan premis mereka untuk menolak usul.

Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,

Dari awal perdebatan, selaku Kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat, kami telah membuat
kajian dan penyelidikan sebelum membentangkan usul pada hari ini. Saya telah memberikan
definisi yang mantap dan amat mudah difahami. untuk menyokong usul pada hari ini, kami
telah meletakkan satu premis yang kukuh iaitu “Sekolah Menjadi Medan Untuk
Membangunkan Kemenjadian Murid.”
Rasionalnya ialah sekolah dan institusi pendidikan merupakan antara tempat yang paling lama
murid duduk bersama rakan-rakan dan guru dibawah satu bumbung dan menjadi tempat
pembelajaran. Guru dan Murid sering meluangkan masa yang lebih lama di sekolah berbanding
di tempat lain. Justeru, Kemenjadian Murid dapat dibentuk dengan setiap guru menggunakan
peluang berada di sekolah ini untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan anak-anak.

Bagi memantapkan lagi usul yang dibentangkan, Pihak Kerajaan telah mengemukakan tiga
hujah yang disokong dengan fakta dan huraian yang konkrit. Tiga hujah tersebut ialah :
1. Pembentukkan modal insan yang berdisiplin dalam kalangan murid bermula di sekolah.
2. PBS dan PBD amat baik dalam membantu membangunkan kemenjadian murid.
3. Pembelajaran di luar bilik darjah adalah berperanan untuk membentuk sahsiah murid

Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,

Oleh itu, tidak ada lagi kekeliruan dan keraguan, yang gelap sudah menjadi terang dan yang
bengkok sudah menjadi lurus. Akhirnya saya menyeru kepada ahli-ahli dewan yang bijaksana,
demi membentuk integrasi nasional dan perpaduan masyarakat, seterusnya memacu negara
menjadi maju dan berdaya saing serta menjamin keselamatan sosial.

Marilah bersama-sama pihak kerajaan untuk menyokong dan menerima usul pada hari ini
iaitu Sudah Tiba Masanya Sekolah Perlu Lebih Tegas Dalam Membangunkan Kemenjadian
Murid secara sebulat suara tanpa kompromi.

Sekian, mohon usul diterima.

Anda mungkin juga menyukai