Anda di halaman 1dari 2

PERDANA MENTERI-PAK21

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Selamat sejahtera dan selamat petang

Yang Berhormat Tuan Speaker Dewan


Pegawai-pegawai Persidangan
Yang Berhormat kerajaan dan Yang Berhormat Pembangkang

Selaku Perdana Menteri, izinkan saya membentangkan usul “Pembelajaran Abad ke 21


Pemangkin Modal Insan Cemerlang”. Saya percaya bahawa selepas perbahasan sidang dewan
yang mulia ini, usul ini bakal diluluskan.

Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,


Sebelum diteruskan dengan arena penghujahan, elok kiranya saya memberikan
pendefinisian secara konsep. Pembelajaran abad ke-21 bermaksud pembelajaran yang
berpusatkan murid dengan penerapan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan
kreativiti. Manakala, modal insan pula bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap
manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan
mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Secara rumusannya, Pembelajaran
Abad ke-21 Pemangkin Modal Insan Cemerlang bermaksud pembelajaran berpusatkan murid
dengan penerapan elemen 4K iaitu Komunikasi, Kolaboratif, Kritis dan Kreativiti menjadi
faktor dalam melahirkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu
menyumbang kebaikan kepada negara kita.Untuk itu,kami sangat berharap usul kita pada hari
ini amat diterima.

Tuan Yang dipertua dan sidang dewan sekalian,

Pihak kerajaan akan tampil dengan hujah-hujah sekukuh Gunung Everest yang
teramat sukar digugat oleh pihak pembangkang. Seribu langkah bermula dengan satu
langkah. Strategi kerajaan yang pertama bakal dimulai dengan hujah utama Perdana Menteri.
Menteri Kedua,akan meneguhkan kes kerajaan dengan menolak definisi Yang Berhormat
Ketua Pembangkang yang pasti tertumpu kepada sisi gelap sesuatu kebaikan, sebaliknya
mengukuhkan definisi usul kerajaan. Beliau seterusnya akan membidas hujah Ketua
Pembangkang, dan kemudian menampilkan dua hujah bagi memperteguh kes kerajaan. Saya
tidak nafikan bahawa pembangkang kedua akan menolak dan menyembunyikan kebenaran
kes kerajaan, namun hujah yang pastinya bersifat gelas separuh kosong itu mudah
diruntuhkan, dan kes pembangkang berantakan serta punah-ranah bagaikan puing-puing debu
yang dibawa taufan Nargis oleh Yang Berhormat Menteri Ketiga. Dalam sesi penggulungan,
kerajaan akan memastikan hujah pembangkang hancur luluh sama sekali, manakala
kebenaran usul kerajaan mendapat sokongan padu sidang dewan yang mulia.
Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan,

Hujah utama kerajaan ialah pembelajaran abad ke-21 mampu meningkatkan


kemahiran komunikasi dalam kalangan murid. Dalam konteks pendidikan, komunikasi
merujuk kepada perbualan yang berlaku antara guru dan murid atau murid dan murid untuk
berkongsi ilmu yang difahami bersama rakan-rakan lain. Ini yang dikatakan sebagai
komunikasi berpusatkan murid. Sebagai contoh, komunikasi dua hala yang terwujud ketika
sesi perbincangan dalam kumpulan masing-masing sebelum memulakan pembentangan di
hadapan kelas serta semasa sesi pembentangan itu sendiri dapat melatih murid-murid
meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. Oleh itu, pembentangan yang
dijalankan akan menjadi pembentangan yang berkesan serta dapat memberikan maklumat
yang berkualiti kepada murid lain.

Murid-murid dapat membina keyakinan diri semasa berinteraksi bersama rakan-rakan


lain kerana mereka mampu mendengar dan memberi maklum balas, mampu untuk memberi
penerangan yang jelas dan ringkas, memahami kaedah-kaedah untuk menyampaikan
maklumat dan juga mereka akan berasa lebih terbuka jika diminta untuk mengulas sebarang
topik.

Kemahiran komunikasi yang berkesan sangat penting untuk melahirkan modal insan
cemerlang. Dalam kajian oleh Salleh dan Noah (2000) turut menyokong bahawa kepentingan
kemahiran komunikasi di kalangan pelajar. Mereka ada menyatakan bahawa bagi
memastikan sesebuah organisasi terus maju kehadapan, kemahiran insaniah amat dititik
beratkan oleh majikan semasa mencari calon-calon yang layak dan bersesuaian dengan
kriteria yang dikehendaki seperti calon yang boleh mengendalikan orang ramai, bekerja
dengan orang ramai dan berkomunikasi dengan orang ramai.

Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan,

Modal insan cemerlang pada masa kini amatlah penting dan ia dapat dilahirkan
melalui penerapan Pembelajaran Abad ke-21 yang sangat dititikberatkan.Untuk itu marilah
bersama-sama kami di pihak kerajaan untuk menyatakan bahawa Pembelajaran Abad ke-21
Pemangkin Modal Insan Cemerlang.
Saya, Perdana Menteri mohon mengusulkan.Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai