Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA

SURAT

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Menghasilkan Masyarakat Yang Boleh Membuat 2

Keputusan Yang Bijaksana Dan Bertanggungjawab

3.0 Melahirkan Individu Yang Mampu Berfikir Secara Kreatif, 3

Kritis, (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) Dan Dapat

Meningkatkan Kemahiran Sosial.

4.0 Membangunkan Modal Insan Yang Berpengetahuan Stem, 4

Berkemahiran Tinggi Dan Boleh Menyumbang Kepada

Masyarakat

5.0 Medium Pembelajaran Dan Pengajaran Kemahiran 6

Saintifik Dan Pengaplikasian Konsep Sains Dan

Matematik

6.0 Persediaan Kepada Murid Untuk Menghadapi Cabaran 7

Dan Berdaya Saing Di Peringkat Global.


7.0 Penutup 9

8.0 Rujukan 10
1.0 Pengenalan

Sains, Teknologi dan Masyarakat (STM) merupakan satu bidang pengajian yang
bertujuan untuk meneroka dan memahami pelbagai cara bagaimana sains dan
teknologi moden membentuk budaya moden, nilai, dan institusi. Begitu juga
disebaliknya iaitu bagaimana nilai-nilai moden boleh membentuk sains dan teknologi.
Ziman (1980) mengenal pasti STM sebagai sejenis pendekatan kurikulum yang direka
untuk menghasilkan konsep tradisional dan proses dijumpai di dalam program sains
dan sosial yang lebih sesuai dan relevan dengan kehidupan pelajar. Menurut Yager
(1990), STM boleh ditakrifkan sebagai pendekatan bersepadu untuk pengajaran sains,
manakala Wraga dan Hlebowitsh (1991) telah mendefinisikan STM sebagai kurikulum
topikal yang menangani pelbagai masalah alam sekitar, industri, teknologi, sosial dan
politik. Menurut Heath (1992), STM boleh dirujuk sebagai pendekatan pengajaran
yang menggabungkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai STM yang sesuai.
Melalui STM, pelajar dapat mengalami sendiri dan dan menentukan konsep dan proses
sains dan teknologi asas yang dikendalikan dalam masyarakat. Ringkasnya, STM
merupakan pengintegrasian sains, teknologi dan masyarakat berdasarkan kurikulum.

Sains Teknologi

Masyarakat

Rajah 1

Untuk mencapai kemajuan dalam era globalisasi ini, penekanan terhadap bidang
STM sangat penting. Perkara ini selaras dengan wawasan 2020 yang diumumkan oleh

1
bekas perdana Menteri Malaysia yang ke-4,Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang
menyarankan agar Malaysia akan dapat mencapai taraf negara maju menjelang abad
ke-21 dalam bidang perindustrian. Terdapat sembilan cabaran untuk mencapai

2
wawasan 2020 dan salah satunya adalah membina mayarakat yang maju, saintifik
dan progresif seperti yang terdapat pada cabaran yang keenam. Oleh yang demikian,
untuk mencapai hasrat tersebut, usaha yang padu dan komprehensif perlu dilakukan
pada pelbagai peringkat pendidikan di negara kita. Salah satu yang telah dilaksanakan
adalah pengenalan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai
pendekatan pengajaran yang terdapat dalam komponen KSSR dan KSSM di sekolah.
Rasional kenapa STEM ini diperkenalkan yang merupakan komponen STM akan
dijelaskan dengan lebih terperinci di bahagian yang seterusnya.

2.0 Menghasilkan Masyarakat Yang Boleh Membuat Keputusan Yang


Bijaksana Dan Bertanggungjawab

Selari dengan matlamat negara Malaysia untuk menghasilkan saintis, ahli teknologi
dan warganegara yang literat sains dan teknologi, objektif Pendidikan STM adalah
banyak dan pelbagai. Salah satu daripadanya adalah untuk menghasilkan
warganegara yang boleh membuat keputusan yang bijaksana. Menurut Ost & Yager
(1993), asas kepada pengenalan kepada STM adalah menghasilkan rakyat
bermaklumat yang mampu membuat keputusan penting tentang masalah yang
dihadapi dan mengambil tindakan berdasarkan keputusan yang telah dibuat.

Pembelajaran sains yang berasaskan STM melibatkan banyak aktiviti yang


memerlukan pelajar untuk membuat keputusan yang boleh membantu menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh masyarakat melalui ciptaan dan inovasi baru. Oleh yang
demikian, pelajar akan berusaha mencari penyelesaian-penyelesaian yang mungkin
dan seterusnya memilih solusi yang paling sesuai dan tepat untuk mnyelesaikan
masalah yang dihadapi. Keputusan yang diambil adalah berdasarkan rasional dan
analitikal. Berfikir secara rasional dan analitikal di sini bermaksud pelajar boleh
mentafsir, menganalisis dan membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara
sebelum membuat keputusan. Semua kebaikan dan keburukan sesuatu perkara itu
difikirkan terlebih dahulu sebelum keputusan diambil. Sekiranya pelajar mula dilatih
untuk membuat keputusan yang tepat sejak di bangku sekolah lagi, maka generasi

3
atau pun masyarakat yang dihasilkan mampu membuat keputusan yang bijaksana.
Kemahiran yang ada boleh digunakan untuk memberikan sumbangan kepada
masyarakat melalui hasil ciptaan baru.

Di samping itu, disebabkan strategi pendidikan STM melibatkan penyelesaian


masalah (problem-solving), para pelajar belajar untuk bertanggungjawab terhadap
keputusan yang diambil. Segala kesan dan akibat daripada tindakan tersebut adalah
tanggungjawab sepenuhnya oleh individu-individu yang terlibat dalam membuat
keputusan. Bertanggungjawab terhadap projek meliputi bagaimana individu tersebut
berinisiatif, menjaga kualiti dan ketepatan produk serta berakauntabiliti iaitu boleh
diharap dalam melaksanakan projek dan inovasi.

3.0 Melahirkan Individu Yang Mampu Berfikir Secara Kreatif, Kritis,


(Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) Dan Dapat Meningkatkan
Kemahiran Sosial

Pelaksanaan STEM di sekolah merupakan salah satu penanda aras bagi keberkesanan
pendidikan STM dan pembelajaran abad ke 21. Hal ini bertepatan dengan transformasi
pendidikan yang diinginkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti yang
terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Cabaran
pendidikan STM di sekolah adalah menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah
pelajar Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan pengurusan bilik darjah yang lebih
sesuai dan dinamik. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang baru ini, guru
bukan lagi sumber utama untuk pelajar mendapatkan maklumat tetapi pelajarlah yang
akan menyelesaikan masalah yang diberikan dengan bertanya dan meneroka
persekitaran melalui inkuiri. Pelajar perlu mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan
seharian. Secara tidak langsung, minat pelajar dirangsang untuk menggalakkan KBAT
dan berfikir secara reatif dan kritis.

4
Ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 berteraskan empat ciri utama iaitu komunikasi,
kolaborasi, pemikiran kreatif dan kritis. Hal ini selari dengan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran STM yang meliputi empat ciri utama tersebut. Ketika menyelesaikan
masalah yang melibatkan kehidupan seharian, keempat-empat ciri ini akan dilibatkan.
Pembelajaran yang berpusatkan pelajar ini lebih banyak melibatkan aktiviti
berkumpulan. Pelajar akan berbincang dan berkerjasama untuk membangunkan
model atau prototaip hasil daripada perbincangan dalam kumpulan. Melalui aktiviti
tersebut, semua pelajar terlibat dan mempunyai fungsi dalam kumpulan
masing-masing. Oleh itu, komunikasi antara pelajar dapat diwujudkan kerana mereka
saling memberikan sumbangan idea dan pendapat dalam menghasilkan model yang
terbaik untuk dibangunkan. Pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka
melalui pembentangan model yang dicipta. Di sini, pelajar dapat memberi dan
menerima maklum balas daripada orang lain. Hasilnya, pelajar dapat membangun
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain dan mampu
menggunakan teknik bertanya dan menjawab soalan dengan betul.

Dalam pembelajaran konvensional, pelajar tidak diajar untuk mengaitkan


pembelajran dengan kehidupan seharian yang menyebabkan pelajar kurang berfikir
secara kreatif dan kritis. Bertentangan dengan pendidikan STM yang melibatkan real
life situation yang membolehkan pelajar untuk mengaitkan apa yang telah mereka
pelajari di sekolah dengan kehidupan seharian mereka. Melalui aktivtiviti penyelesaian
masalah, kreativiti pelajar akan dapat dicungkil untuk menghasilkan inovasi dan
ciptaan baru yang boleh menyumbang kepada masyarakat dan seterusnya kepada
negara. Para pelajar juga mampu berfikir secara kritis di mana mereka dapat menilai,
berhujah dan menakul dalam menghasilkan ciptaan-ciptaan yang baru. Sekiranya
pemikiran kreatif dan kritis ini dapat dicapai, maka negara kita akan melahirkan
pakar-pakar dan cendikiawan dalam bidang STEM yang akan membantu ke arah
mencapai status negara maju di masa akan datang.

4.0 Membangunkan Modal Insan Yang Berpengetahuan STEM,


Berkemahiran Tinggi Dan Boleh Menyumbang Kepada Masyarakat

5
Pembangunan modal insan merupakan pelaburan yang terpenting untuk
pembangunan negara kita. Sebagai usaha untuk melahirkan modal insan cemerlang
seperti yang terkandung dalam teras dasar modal insan, kerajaan Malaysia telah
melaksanakan penambahbaikan secara menyeluruh terhadap sistem pendidikan
negara kita dari peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat tertiari dengan
memberi penekanan terhadap pendidikan STEM yang merupakan pendekatan
pendidikan STM. Hal ini kerana, bangsa yang maju dan berjaya pada abad ke-21 ini
adalah bangsa yang mementingkan dan berpengetahuan STEM. Kerangka konseptual
pendidikan STEM dapat dilihat seperti gambar rajah di sebelah:

Rajah 2: Kerangka Konseptual Pendidikan STEM

Pada peringkat pra-sekolah, pendidikan STEM tertumpu kepada memupuk minat


murid dengan penglibatan murid terhadap aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang sifat
ingin tahu mereka. Pada peringkat sekolah rendah pula, murid-murid akan didedahkan
dengan konsep-konsep asas pengetahuan STEM dengan mengaitkan pembelajaran
murid dengan situasi kehidupan sebenar mereka melalui aktiviti penerokaan dan
penyiasatan. Seterusnya, pada peringkat menegah rendah, potensi murid
dipertingkatkan dengan pembinaan dan pembangunan STEM. Pada peringkat ini,
pelajar melakukan aktiviti penyelesaian masalah dan penganalisisan isu-isu tempatan
dan global. Manakala, pada peringkat menengah atas memfokuskan pengukuhan dan
pengayaan pendidikan STEM. Pada peringkat pengajian tinggi dan vokasional (tertiari),
pelajar dilatih sebagai persediaan untuk menghadapi kerjaya STEM. Dan akhir sekali,

6
ada peringkat industri dan komuniti, para penyelidik dan pekerja akan menyumbang
kepada masyarakat dan negara melalui inovasi.

Pendidikan STEM merupakan pendidikan sepanjang hayat yang mengintegrasikan


sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara formal berdasarkan kurikulum.
Bagi pendidikan STEM yang tidak formal pula dapat dilaksanakan melalui aktiviti
kokurikulum dan koakademik. Dengan penekanan STEM, negara kita akan mampu
melahirkan warganegara yang berliterasi STEM dan seterusnya mampu membekalkan
tenaga kerja STEM yang berkemahiran tinggi yang boleh menyumbang ke arah
ciptaan dan inovasi baru yang boleh membantu menyelesaikan masalah dalam
masyarakat.

Melalui pendidikan STEM, banyak kemahiran yang boleh dipelajari oleh pelajar
antaranya adalah kemahiran memimpin, berkomunikasi secara berkesan,
mengaplikasikan pemahaman kandungan STEM, mengaplikasi kemahiran proses
mereka bentuk dan membangun kemahiran saintifik pelajar. Oleh sebab pelajar
didedahkan dengan pendidikan STM dan STEM, pelajar akan lebih peka terhadap
isu-isu tempatan dan kehidupan dunia sebenar dan membantu menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh masyarakat sekeliling. Teknologi yang dihasilkan adalah
memudahkan kehidupan masyarakat kerana kebaikan dan keburukan sesuatu ciptaan
telah difikirkan terlebih dahulu sebelum dicipta.

5.0 Medium Pembelajaran Dan Pengajaran Kemahiran Saintifik Dan


Pengaplikasian Konsep Sains & Matematik

Negara kita Malaysia masih lagi ketinggalan dari segi pengetahuan, kefahaman dan
sikap terhadap bidang STEM jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti
Amerika Syarikat, Jepun, dan beberapa negara Eropah yang lain. Negara-negara yang
dinyatakan tersebut juga merupakan negara yang maju dalam bidang STEM. Hal ini
kerana, mereka sangat mementingkan pendidikan STEM kerana berpendapat bidang

7
STEM membantu ke arah pembangunan dan kemajuan negara mereka. Selain itu,
negara-negara tersebut mampu menyediakan pembelajaran abad ke-21 yang dinamik
dan sesuai untuk menerapkan pendidikan STEM di sekolah. Dengan pendidikan STEM,
kemahiran saintifik pelajar dapat digilap dan melalui pembinaan projek, mereka boleh
mengaplikasikan konsep sains dan matematik.

Adalah sangat penting untuk kita mengikut jejak langkah negara-negara maju
iaitu mementingkan pendidkan STEM untuk mencapai cita-cita bergelar negara maju.
Sebelum wujudnya STM, pembelajaran di sekolah lebih kepada berpusatkan guru dan
hubungan pembelajaran adalah satu arah sahaja. Tetapi setelah STM diperkenalkan,
peranan guru dan pelajar mula berubah. Guru tidak lagi dilihat sebagai sumber ilmu
pengetahuan dan pelajar pula bukan lagi penerima ilmu pengetahuan yang pasif. Guru
kini berperanan sebagai pembentuk kepada aktiviti dan pemikiran pelajar. Para pelajar
pula mula aktif mencari ilmu pengetahuan melalui penerokaan dan inkuiri. Melalui tren
pembelajaran yang baru, pelajar diharap dapat meningkatkan kemahiran saintifik
seperti memerhatikan, mengelaskan, meramalkan, membuat inferens, membuat
hipotesis, mentafsir data, mengawal pemboleh ubah, berkomunikasi,
mengeksperimen dan mengukur dengan nombor. Berbeza dengan proses
pembelajaran sains sebelum ini yang dikatakan seperti “cookbook” laboratory
experiences kerana proses yang diajar dan dilakukan dalam makmal sains adalah
proses yang diulang-ulang sahaja. Penilaian juga lebih kepada soalan fakta dan tidak
dikaitkan dengan kehidupan seharian pelajar.

Dalam pendidikan STEM, amalan STEM merupakan proses pengaplikasian


pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam menyelesaikan masalah. Oleh yang demikian,
pembelajaran STEM yang melibatkan penyelesaian masalah membolehkan pelajar
mengaplikasikan konsep-konsep sains dan matematik yang telah dipelajari untuk
membina model. Dalam proses menyelesaikan masalah, pelajar akan menggunakan
matematik untuk mewakili pemboleh ubah fizikal dan hubungan antaranya serta
membuat ramalan secara kuantitatif. Penggunaan matematik termasuk juga logik,
geometri dan kalkulus. Justeru, pelajar dapat melihat perkaitan antara apa yang
mereka pelajari di sekolah dan kehidupan mereka dan bukan belajar teori
semata-mata. Mereka meneroka dan menyiasat masalah kehidupan yang sebenar.

8
6.0 Persediaan Kepada Murid Untuk Menghadapi Cabaran Dan Berdaya
Saing Di Peringkat Global

Negara maju seperti Amerika Syarikat sangat mementingkan pendidikan STM dalam
kurikulum di semua peringkat pembelajaran yang telah membantu mereka mencapai
kejayaan bidang STM. Bagi mencapai status negara maju seperti Amerika Syarikat,
Rusia, Jepun dan China, negara kita perlu menggiatkan usaha yang komprehensif bagi
melahirkan warganegara penyelidik yang celik STM yang membantu dalam
pembangunan negara. Hali ini kerana, Setiap negara maju mempunyai penyelidik yang
melebihi 78 orang bagi 10 ribu pekerja manakala Malaysia hanya mempunyai 57 orang
penyelidik bagi 10 ribu pekerja pada tahun 2012. bilangan penyelidik merupakan
indikator negara maju. Jika dibandingkan, jumlah penyelidik di Malaysia masih kurang
memberangsangkan kerana negara kita telah menyasarkan untuk mencapai status
negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dan mampu memiliki
satu juta pakar dalam bidang STEM. Menyedari hakikat ini, Malaysia telah melakukan
beberapa intervensi dalam pendidikan negara kita. Salah satu daripadanya adalah
pelaksanaan STEM yang merupakan pendekatan pengajaran STM di semua peringkat
pendidikan di Malaysia.

Pendidikan STEM merupakan agenda penting yang ditekankan di PPPM


2013-2025. Sehubungan dengan itu, pendidikan STEM dikukuhkan diperingkat
sekolah dengan menarik minat pelajar terhadap subjek-subjek STEM melalui
kurikulum dan kokurikulum bagi persediaan pelajar untuk bersaing diperingkat global.
Modal insan yang berliterasi STEM diperlukan untuk negara kita kekal berdaya saing di
bukan sahaja diperingkat nusantara tetapi seterusnya ke peringkat antarabangsa.
Peningkatan kecemerlangan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi iaitu tertiari akan
menggalakkan ke arah inovasi, penyelidikan dan seterusnya menyumbang ke arah
pembangunan dan kemajuan negara Malaysia. Oleh yang demikian, perkara ini akan
menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang STEM.

9
Dalam laporan keputusan Trends in International Mathematics and Science
Studies (TIMSS) 2015, Malaysia menunjukkan peningkatan dalam subjek matematik
dan sains iaitu masing-masing di tempat ke-22 dan ke-24 daripada 39 negara yang
menyertai. Begitu juga dengan pencapaian negara kita dalam Programme for
International Student Assessment (PISA) pada tahun 2015 yang menunjukkan
peningkatan pencapaian dalam subjek matematik, sains dan literasi berbanding tahun
2012. Walau bagaimana pun, Malaysia masih belum mampu mencapai skor purata
bagi kedua-dua penilaian tersebut. Malaysia juga masih tertinggal jauh dengan
beberapa negara Asia yang menyertai TIMSS dan PISA seperti Korea, China, Jepun
dan Singapura. Ternyata negara Singapura yang merupakan jiran terdekat Malaysia
mengungguli kedua-dua ujian ini di mana negara tersebut mendapat tempat pertama
untuk subjek matematik dan sains dalam TIMSS dan subjek sains, matematik dan
literasi dalam PISA.

Oleh itu, bagi mencapai hasrat KPM yang menginginkan kedudukan terbaik dalam
penilaian TIMSS dan PISA, Enam ciri utama yang telah digariskan oleh KPM dalam
PPPM 2013-2025 yang perlu dicapai oleh setiap pelajar untuk membolehkan mereka
mampu bersaing diperingkat global. Setiap pelajar perlu mempunyai pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian
serta mempunyai identiti sosial. Tiga kemahiran pertama yang dinyatakan tersebut
merupakan ciri-ciri yang boleh dihasilkan melalui pendidikan STM.

7.0 Penutup

Kesimpulannya, guru sains dan matematik adalah kunci yang paling penting dalam
peralihan ke arah pendidikan STM. Oleh itu, untuk memastikan peralihan berjaya
dilakukan, seorang guru sains atau matematik perlu mempunyai pemahaman yang
sangat lengkap tentang pendidikan STM dan falsafah disebaliknya. Mereka juga
memerlukan sokongan dan bantuan daripada pihak lain yang terlibat dalam
pendidikan. Tanpa sokongan, adalah sukar untuk guru-guru mengembangkan dan
mengekalkan kualiti pengetahuan STM mereka.

10
Kejayaan pembaharuan pendidikan STM juga bergantung kepada keupayaan guru
untuk mengintegrasikan falsafah dan pembaharuan amalan pendidikan STEM dengan
falsafah mereka yang sedia ada. Kepercayaan guru tentang pendidikan STM akan
mempengaruhi tingkah laku dan pengajaran mereka di dalam kelas. Oleh itu, apabila
mempertimbangkan pendekatan STM dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah,
persediaan guru mengajar amat penting. Suasana bilik darjah perlulah dinamik dan
kondusif untuk pembelajaran STM dilaksanakan. Kita tidak mahu keadaan fizikal kelas
yang berkonsepkan STM sahaja tetapi strategi pengajaran masih lagi kaedah yang
lama atau konvensional yang lebih kepada chalk and talk. oleh itu, guru-guru perlu
lebih kreatif dan mengambil inisiatif untuk bertransformasi ke arah guru abad ke-21
untuk mewujudkan pembelajaran yang menarik dan boleh memupuk minat pelajar
terhadap bidang STM dan STEM.

Sesungguhnya, melahirkan modal insan yang cemerlang dalam bidang STM dan
STEM memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak. Guru-guru memerlukan latihan
dan kursus tentang pengetahuan dan pelaksanaan STEM. Para pelajar pula perlu
sentiasa bersedia dengan kurikulum yang baru untuk menghadapi era sains dan
teknologi yang serba mencabar ini. Akhir sekali, pihak kerajaan diharapkan dapat
menyediakan bilik darjah yang menyokong pembelajaran abad ke-21. Dengan
keadaan bilik darjah yang sesak iaitu mempunyai 30 sehingga 40 pelajar amatlah
sukar untuk melakukan aktiviti berkumpulan.

8.0 Rujukan

Fluck, A., Webb, M., Cox, M., Angeli, C., Malyn-Smith, J., Voogt, J., & Zagami, J. 2016.
Arguing for Computer Science in the School Curriculum. Educational Technology &
Society, 19 (3):38–46.

11
Heath, P.A. 1992. Organizing for STS teaching and learning: the doing of STS. Theory
into Practice, Volume xxxi, 1, winter, 52-58.

Mansour, N. 2009. Science-Technology- Society (STS): A new paradigm in Science


Education. Bulletin of science, technology and society. 29(4):287-297.

Ost, D. H., & Yager, R. E. (1993). Biology, STS & the next steps in program design &
curriculum development. American Biology Teacher, 55(5):282-287.

Solbes, J. & Vilches, A. 1997. STS Interactions and the Teaching of Physics and
Chemistry. Science Education, 81:377-386.

Wraga, W. G., & Hlebowitsh, P. S. 1991. STS education and the curriculum field.
School Science and Mathematics, 91(2), 54-59.

Yager, R. E. 1990. STS: Thinking over the years. The science teacher, 57(3):52-55.

Ziman, J. 1980. Teaching and learning about Science and Society. Cambridge, MA:
Cambridge University Press.

12

Anda mungkin juga menyukai