Anda di halaman 1dari 6

TEKNIK RUMUSAN

PERATURAN MERUMUS

i. Perlu mengenal pasti isi-isi utama dalam petikan


ii. Asingkan isi utama dan isi sampingan, huraian dan bukti
iii. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120pp
iv. Jumlah isi tersurat dan tersirat adalah antara 2 - 8 isi dan boleh ditulis lebih asalkan tidak
melebihi jumlah patah kata
v. Boleh memetik ayat dalam petikan, asalkan tidak disalin secara terus. Tukar dengan perkataan
lain / tukarkan penanda wacana
vi. Rumusan mesti ditulis dalam 4 peranggan iaitu peranggan pendahuluan, isi tersurat, isi
tersirat dan kesimpulan

CONTOH PENDAHULUAN

1. Menulis frasa pendahuluan


CONTOH : Petikan membincangkan/ membicarakan/ menyatakan...

2. Tukarkan arahan 1 dengan sinonim


CONTOH: Petikan membincangkan punca-punca/ sebab- sebab penderaan pembantu rumah...

3. Letakkan penambahan sedikit pada hujung ayat yang menggambarkan keseluruhan


petikan seperti di negara kita/ pada masa ini / dalam kalangan ...
CONTOH: Petikan membincangkan perkara-perkara yang mendorong majikan mendera
pembantu rumah mereka di negara ini.

CONTOH ISI TERSURAT

I: Isi tersurat merupakan isi yang terdapat secara langsung dalam petikan memenuhi arahan
soalan / tugasan pertama.
II, Jika arahan soalan ialah faktor..... isi tersurat mestilah berkaitan dengan faktor.
III. Pelajar dilarang menyalin bulat-bulat / keseluruhan ayat daripada petikan. Calon mesti
menggunakan ayat sendiri dengan membuat sedikit penggubahsuaian dari ayat asal
IV. Beberapa ayat boleh digabungkan dalam ayat majmuk tetapi mesti lengkap.

CONTOH ISI TERSIRAT

I. Isi tersirat merupakan ulasan yang munasabah terhadap unsur kedua /kata tugas kedua
dalam arahan soalan
II. Sekiranya unsur isi tersirat dalam arahan soalan kedua.... kesan-kesan.. maka pelajar
hendaklah menulis kesan yang munasabah.
Contoh :
Penderaan menyebabkan pembantu rumah mengalami tekanan jiwa/ perasaan
CONTOH PENUTUP

I. Dalam bahagian ini, pelajar mesti mengemukakan 2 unsur yang dapat menyimpul / merumus
petikan
II. Unsur pertama - menyatakan cadangan/ saranan terhadap isu..... dengan ditandakan
dengan kata... mestilah/ haruslah / hendaklah.
III. Unsur kedua - menyatakan harapan / penyelesaian terhadap isu. Harapan ini ditandakan
dengan kata ... agar / supaya

Contoh :
Kesimpulannya, kerajaan hendaklah membendung masalah penderaan pembantu rumah
dengan segera agar hak-hak mereka dapat dilindungi.

FORMULA: 4 PERENGGAN ( PSTK )

Petikan membincangkan ( Sinonim kata kunci )........................

Antara ( Kata tugasan S ) ialah/ adalah......... S1................... ( dan )......... S2 ................ . Selain
itu, S3 serta S4 Di samping itu, ..
S5. dan S6

Antara ( kata tugasan T ) ialah/ adalahT1................. (dan)


............. T2 ................................................

Kesimpulannya, pihak ... mestilah/ haruslah .... supaya/ agar ...( 120 patah kata )

CONTOH JAWAPAN RUMUSAN


Soalan: Punca kekaburan pelajar terhadap mata pelajaran KOMSAS dan langkah mengatasinya

Petikan membincangkan sebab-sebab/ faktor-faktor kekaburan pelajar terhadap mata pelajaran


Komponen Sastera ( KOMSAS ) di negara kita.

Antara puncanya ialah sesetengah guru yang mengajar KOMSAS dalam Bahasa Melayu masih
kabur dengan kaedah pengajaran mereka dan sesi ceramah yang diadakan dengan tujuan untuk
memudahkan tugas guru tidak menepati kehendak para guru. Selain itu, masa yang
diperuntukkan tidak mencukupi serta guru sastera mengajar komsas melebihi sukatan. Di
samping itu, banyak pelajar yang kurang berminat membaca dan sesetengah guru mengambil
sikap sambalewa dalam hal ini.

Antara langkahnya ialah para guru Bahasa Melayu perlu diberi ceramah oleh penceramah yang
pakar dalam bidang Komsas dan guru-guru tidak seharusnya menganggap pangajaran KOMSAS
sebagai satu beban.
Kesimpulannya, guru perlu lebih kreatif dalam pengajaran KOMSAS agar para pelajar tertarik
dengan pengajaran tersebut.
Contoh Rumusan Lengkap 1:

Baca petikan yang diberi di bawah, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang
menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing dan kesan-kesannya. Panjang rumusan
tidak boleh lebih 120 patah perkataan.
___________________________________________________________________

Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta
orang. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya pula adalah bertumpu di bandar-bandar besar
seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Kebanyakan daripada mereka adalah pendatang asing yang
datang dari negara jiran seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal. Tumpuan mereka adalah
dalam sektor pembinaan, perindustrian, perladangan dan pembantu rumah. Kedatangan golongan ini
sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif khususnya dalam segi pekerjaan penduduk tempatan dan
pembangunan negara. Sebab utama mereka bertumpu ke negara kita adalah untuk mendapatkan peluang
pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal mereka.
Selain itu, matlamat utama mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan banyak pekerjaan
yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi. Rata-rata golongan ini mampu memperoleh
pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya akan
dikirimkan kepada keluarga mereka yang menetap di negara asal. Ini ditambah pula dengan keadaan
negara kita yang aman dan makmur, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Hal ini amat
berbeza sekali dengan keadaan di negara asal mereka seperti Indonesia, Bangladesh dan Nepal yang kerap
berlaku pergolakan politik dan peperangan. Justeru, walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan
Malaysia untuk mengekang kebanjiran pendatang asing ini, namun jumlah mereka semakin bertambah.
Selain faktor di atas, kebanjiran penatang asing di negara kita turut disebabkan oleh permintaan
yang tinggi terhadap buruh asing dari luar negeri oleh majikan di Malaysia. Hal ini kerana pendatang
asing sanggup menerima upah yang lebih rendah berbanding dengan buruh tempatan. Keadaan ini
ditembah pula oleh sikap pekerja tempatan yang lebih gemar memilih pekerjaan dengan gaji yang tinggi.
Lebih menyulitkan keadaan, ada pihak di negara kita yang memberi perlindungan kepada pekerja asing
sehingga menggalakkan mereka bertumpu di Malaysia. Ini menyebabkan pendatang asing berasa selamat
bekerja di sini walaupun sebahagiannya tidak memiliki permit. Sikap negatif penduduk tempatan ini telah
banyak menyebabkan operasi membanteras pekerja asing tanpa permit menemui kegagalan.
Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh lautan, keadaan
pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad. Sebagai
contohnya, sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia menjadi kawasan pendaratan pekerja asing
tanpa permit untuk bekerja di Malaysia. Tambah merumitkan keadaan, jabatan yang ditugaskan untuk
mengawal kebanjiran pekerja asing itu masih mengalami kekurangan penguatkuasa bagi menjalankan
rondaan dan serbuan. Situasi ini telah menyebabkan ramai pekerja asing yang memasuki negara kita
secara tidak sah, bebas tanpa berjaya dikesan. Kebanyakan rondaan yang dilakukan gagal menemui
pekerja asing tersebut yang sebahagian besarnya menjadikan Selat Melaka sebagai laluan yang selamat
untuk ke negara kita.
Oleh sebab jumlah mereka yang terlalu ramai telah memberi kesan yang amat parah,
penguatkuasaan perlulah lebih kerap dilakukan. Untuk tujuan tersebut, kerajaan turut menggunakan
tenaga RELA bagi menjalankan rondaan dan tangkapan terhadap pekerja asing tanpa permit. Mereka yang
ditangkap akan ditempatkan di pusat-pusat tahanan sebelum didakwa dan dihantar pulang ke negara asal
mereka. Usaha ini bukan sahaja memerlukan kos yang tinggi malah merugikan negara.
___________________________________________________________________
Contoh Jawapan Rumusan 1:

Petikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing.
Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing disebabkan peluang pekerjaan yang lebih baik
berbanding dengan di negara asal. Selain itu, mereka berkunjung ke Malaysia kerana banyak
pekerjaandi sini memberi pendapatan yang tinggi. Pada Masa yang sama, negara kita yang aman,
telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Faktor lain yang menggalakkan kedatangan
mereka ialah permintaan yang tinggi terhadap buruh asing oleh majikan di Malaysia. Faktor yang
turut mempengaruhi kehadiran mereka ialah ada pihak di negara kita memberi perlindungan
kepada pekerja asing. Pantai Malaysia yang panjang juga menyukarkan pemantauan pekerja
asing dilaksanakan.Kehadiran mereka telah menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan
semakin terbatas. Malahan, jenayah membabitkan golongan ini semakin berleluasa di Malaysia.
Kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas agar jumlah pekerja asing dapat
dikurangkan.
(121 patah perkataan)
Contoh Rumusan Lengkap 2:

Rumuskan punca lambakan barangan tiruan di Malaysia dan langkah mengatasinya. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

____________________________________________________________________

Barang-barang terkenal terutamanya yang berjenama terkenal telah berada di pasaran tempatan
sejak beberapa tahun yang lalu. Gejala ini berterusan kerana memiliki barangan berjenama
terkenal menjadi idaman kebanyakan orang yang mengutamakan prestij. Namun begitu, bukan
semua orang mampu memiliki barangan yang berjenama kerana harganya yang mahal. Untuk
memenuhi tuntutan kemahuan tersebut, maka segelintir anggota masyarakat beralih kepada
barangan tiruan. Mereka berpendapat mutu barangan ciplak itu tiada bezanya daripada kualiti
barangan asli.

Penimbunan barangan tiruan itu disokong oleh pasaran globalisasi yang memudahkan barangan
berkenaan memasuki negara kita. Barangan tiruan ini biasanya dibawa masuk melalui pintu
sempadan dan pelabuhan dalam dua bentuk iaitu, separuh siap atau siap sepenuhnya. Barangan
separuh siap akan melalui proses pembungkusan dan pelebelan sebelum memasuki pasaran.
Dengan kemudahamn logistik, barangan ini dapat dihantar oleh pengedar ke sesuatu destinasi
dengan cepat dan mudah. Pertambahan kontena barangan yang sampai di pelabuhan dan
lapangan terbang menjadi satu cabaran kepada pihak berkuasa untuk mengenalpasti isinya.
Keadaan ini bertambah rumit apabila para pengimport membuat perisytiharan palsu terhadap
barangan itu. Kaedah lain yang digunakan oleh golongan tidak bertanggungjawab ini antaranya
adalah melalui penghantaran cepat dengan perkhidmatan bas ekspres atau kereta api. Malah
kecanggihan teknologi kini mengizinkan pesanan dan bayaran barangan dibuat melalui talian
laman web yang dilayari oleh pelanggan.

Modus operandi kegiatan pengedaran dan penjualan barangan tiruan dibuat secara tunai tanpa
sebarang resit. Oleh itu, apabila serbuan dibuat ke atas penjual, maka pembekalnya tidak dapat
dikesan. Sekalipun dikenali pembekalnya namun penjual tidak berani memaklumkannya kepada
pihak berkuasa tentang identiti pembekalnya kerana hal ini membabitkan kegiatan sindiket dan
mengancam nyawa mereka. Bagi para pengguna pula, mereka sukar membezakan antara
barangan tiruan dengan barangan asli. Lebih-lebih lagi dengan penggunaan mesin canggih yang
dapat menghasilkan bahan tiruan yang hampir menyerupai barangan tulen. Pada masa ini,
barangan tiruan yang paling banyak di pasaran ialah pakaian, makanan, ubat-ubatan, alat ganti
kenderaan, alat komunikasi, cakera optik dan perisian kompeter. Barangan ini laris di pasaran
atas kecenderungan sebahagian pengguna yang tidak memperdulikan ketulenannya asalkan
barangan itu berjenama dan murah.

Penjualan barangan tiruan kian berleluasa kerana dipayungi oleh sindiket besar dengan modal
yang banyak. Oleh sebab itulah kita dapati sekalipun barangan itu dirampas hari ini, namun
keesokan harinya mereka boleh beroperasi semula kerana sumbernya mempunyai rangkaian
perniagaan besar yang boleh bertukar ganti dan stok barangan tersebut mungkin berada di mana-
mana sahaja.
____________________________________________________________________

Contoh Jawapan Rumusan 2:

Petikan membincangkan faktor yang menyebabkan lambakan barang-barang tiruan di Malaysia.


Punca lambakan barang-barang tiruan di Malaysia ialah golongan yang tidak berkemampuan
ingin memiliki barangan berjenama dengan memilih barangan tiruan. Selain itu, pasaran
globalisasi memudahkan barangan tiruan memasuki Malaysia. Pada masa yang sama, teknologi
terkini mengizinkan pesanan dan bayaran dibuat melalui talian laman web. Malahan, kegiatan
pengedaran barangan tiruan boleh dibuat secara tunai menyebabkan serbuan dibuat menemui
kegagalan. Faktor lain ialah pengguna sukar membezakan di antara barangan tiruan dengan
barangan asli kerana bentuknya yang hampir sama. Faktor terakhir ialah penjualan barangan
tiruan dilindungi oleh sindiket besar. Untuk mengatasinya, tindakan undang-undang yang tegas
dikenakan kepada semua pihak yang terlibat. Masyarakat juga boleh melaporkan jenayah ini
kepada pihak berkuasa tanpa rasa takut.Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama agar
masalah pengedaran barang-barang tiruan dapat dibanteras.

(120 patah perkataan )

Anda mungkin juga menyukai