Anda di halaman 1dari 17

Sinopsis Novel Sejambak Bakti (2015)

Novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I merupakan novel baharu bagi
Tingkatan Satu Zon Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Johor
bermula dari tahun 2015.

Sinopsis bagi Novel Sejambak Bakti

Bab 1 Kisah di Kedai Koperasi


Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah
ditubuhkan kira-kira lima tahun yang lalu. Pada pagi itu, terdapat seorang
pembantu kedai dan tiga orang ahli lembaga pengarah sedang sibuk
melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Sebagai ahli lembaga
pengarah yang bertugas sebagai jurujual telah menegur seorang pelajar
lelaki yang cuba mencuri sebatang pen. Cikgu Zulkifli masuk ke kedai itu dan
memberitahu ahli lembaga pengarah bahawa pada petang, mesyuarat
lembaga pengarah kali pertama tahun itu akan diadakan. Norlela sebagai
pembantu kedai juga dijemput hadir dalam mesyuarat itu.

Bab 2 Mesyuarat Melaksanakan Harapan


Di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan,
mesyuarat Lembaga Pengarah telah diadakan. Sebanyak 11 orang murid dan
empat orang guru yang dilantik sebagai ahli Lembaga pengarah dengan
empat orang guru manakala pengetua sekolah, Cikgu Syamsudin telah
menjadi Pengerusi Koperasi sekolah itu. Encik Sulaiman selaku Pegawai
Pembangunan Koperasi turut hadir dalam mesyuarat itu. Pengetua
mengucap tahniah kepada Razali kerana dipilih sebagai penolong
setiausaha. Menurut pengetua, penubuhan koperasi sekolah bertujuan untuk
menggalakkan sikap berjimat cermat dan menolong diri sendiri dan antara
ahli. Beliau menyeru supaya semua ahli lembaga pengarah dapat
menjalankan tugas dengan penuh amanah.

Seterusnya Cikgu Zulkifli membentangkan usul mesyuarat yang lalu, iaitu


pertama, koperasi hendak berusaha menternak ayam telur. Kedua, koperasi
akan menjual barang-barang makanan dan keperluan lain selain alat tulis,
pakaian sukan dan buku-buku. Ketiga, koperasi hendak menubuhkan sebuah
bilik bacaan. Ketiga-tiga usul itu diterima oleh ahli lembaga pengarah
dengan sebulat suara.

Bab 3 Perjanjian Membalas Dendam


Munir berasa kesal kerana tidak dipilih sebagai penolong setiausaha lembaga
pengarah koperasi sekolah. Dia merungut kepada kawannya Leong dan
Silvam. Sebagai ahli lembaga pengarah, mereka berasa tidak puas hati atas
kemenangan Razali dipilih sebagai penolong setiausaha. Apabila ternampak
Ramlah sedang membantu Razali untuk menyiapkan minit mesyuarat, Munir
cemburu dan menyindir Razali sengaja mendekati Ramlah.

Bab 4 Persiapan Kedai Operasi


Pada pagi itu, Norlela dan beberapa orang ahli lembaga pengarah sibuk
melayani pelajar di kedai koperasi. Razali mendapati bahawa Munir, Silvam
dan Leong tidak datang untuk bertugas di kedai koperasi itu. Swee Lan,
Ramlah, Harun, Saridevi dan Razali terpaksa menggantikan tugas mereka.
Cikgu Zulkifli berasa kesal atas sikap Munir dan kawannya. Razali
menyenaraikan barangan yang hendak dijual di kedai koperasi. Mereka juga
hendak menyediakan bilik bacaan dan akhbar dan majalah. Ayah Swee Lan,
Encik Aik Hong telah memberikan potongan harga untuk kedai koperasi atas
barangan yang akan dijual di koperasi itu. Mereka juga mendapat bantuan
daripada Encik Aziz selaku tauke kedai buku dengan potongan harga buku
sebagai 20% kepada koperasi sekolah itu.

Bab 5 Cita-cita dan Harapan


Sebelum pulang, Munir, Leong dan Silvam sedang menunggu Ramlah, Swee
Lan dan Saridevi untuk mengajak mereka menonton tayangan gambar.
Bagaimanapun Ramlah dan kawan-kawannya menolak ajakan itu. Munir
berasa marah dan menganggap bahawa Razalilah yang menyebabkan
Ramlah tidak suka akannya. Dia ingin mengajar Razali.
Keesokan hari, Munir cuba mendekati Ramlah yang sdang menyusun rak
buku di kedai koperasi, lalu memberi Ramlah sepucuk surat kepadanya.
Ramlah menolak dan meminta bantuan daripada Razali. Razali menegur
Munir. Munir, Leong dan Silvam meninggalkan kedai koperasi itu. Ramlah
juga memberitahukan hal itu kepada Cikgu Zulkifli.
Bab 6 Persiapan
Razali, Cikgu Zulkifli, Cikgu Hassan, Swee Lan, Saridevi dan beberapa orang
ahli lembaga pengarah sibuk membersihkan reban-reban ayam . Sebaliknya
Ramlah, Cikgu Robeah, Rozita, Harun, Sivam dan Leong sibuk mengemaskan
bilik bacaan kerana minggu depan Penolong Pengarah Pembangunan
Koperasi Bahagain Sekolah akan melawat ke koperasi mereka. Koperasi
sekolah telah memperuntukkan RMm 30 untuk membeli akhbar dan majalah
dalam bilik baca itu. Ketika mereka sibuk menjalankan tugas pembersihan,
Munir bermain bola di padang. Cikgu Zulkifli pergi ke padang dan mendapati
Munir telah dihalau keluar dari padang kerana bermain bola dengan kasar.
Cikgu Zulkifli menasihati Munir agar melaksanakan tugasnya sebagai ahli
lembaga pengarah koperasi sekolah. Munir berjanji bahawa dia tidak
ponteng tugas lagi. Cikgu Zulkifli juga memberikan amaran kepada Munir
supaya tidak tulis surat kepada Ramlah lagi. Munir berjanji bahawa dia tidak
melakukan hal itu lagi.

Bab 7 Semangat
Encik Mansur selaku Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi , Bahagian
Fungsi Sekolah-sekolah telah melawat ke Kedai Koperasi Sekolah Menengah
Teknik Pertanian Seri, reban ayam telur dan bilik baca. Beliau memberikan
pujian atas usaha dan kerjasama semua ahli lembaga pengarah koperasi
sekolah itu. Dalam ucapan, beliau berharap agar koperasi sekolah dapat
menyemaikan minat berniaga, semangat bekerjasama, bersatu padu dalam
kalangan generasi muda.

Bab 8. Mempelajari Ilmu Perdagangan


Di Tingkatan 5C1, Cikgu Saiful, guru mata pelajaran Perdagangan telah
membincangkan kepentingan prinsip akaun kepada ahli perniagaan, tetapi
Munir asyik mengganggu pelajar lain. Akhirnya Cikgu Saiful menahan Munir
di dalam kelas untuk menyalin semua catat sebelum pulang. Ramlah, Swee
Lan, Saridevi, dan Rozita hendak pergi ke rumah Razali untuk mengulang kaji
tentang prinsip akaun. Ketika Munir turut dari tangga, dia ternampak Ramlah
dan kawan-kawannya bersama dengan Razali dengan muka yang masam.

Bab 9 Kerja Rumah


Rumah Razali di pinggir sawah. Kedatangan Ramlah dan kawan-kawannya
disambut oleh ibu Razali , Mak Sopiah dengan mesra. Mak Sopiah
menjemput mereka masuk ke dalam rumah. Bagaimanapun Razali mengajak
mereka mengulang kaji di pondok yang terletak di tengah sawah. Ternyata di
situ sungguh nyaman dan sunyi. Mak Sopiah turut menghidangkan minuman
dan pisang goreng untuk mereka di pondok itu.

Bab 10 Pengakuan
Munir dipanggil ke bilik kerjaya. Cikgu Zulkifli dan Cikgu Muniam selaku guru
kaunseling dan guru kerjaya sekolah telah meminta Munir memberikan
penjelasan tentang sikapnya yang suka mengganggu pelajar lain di dalam
kelas dan selalu ponteng ketika menjalankan tugas di kedai koperasi. Munir
tidak mengakui tuduhan itu. Setelah diberi nasihat, Munir mengaku tidak
akan berbuat demikian lagi. Cikgu Zulkifli berharap agar Munir akan sedar
akan kesalahannya.

11. Melepaskan Dendam


Pada petang itu, Munir, Leong dan Silvam menunggang motosikal lalu
singgah di tepi jalan yang menuju ke arah rumah Razali. Mereka menunggu
kedatangan Razali. Ketika ternampak Razali, mereka terus memukul Razali
sehingga Razali tersungkur dan mukanya berdarah. Setelah mereka
meninggalkan tempat itu, Ramlah, Swee Lan dan Saridevi menunggang
basikal ke situ. Setelah mengetahui perlakuan Munir, mereka ingin
melaporkan perkara itu kepada Cikgu Zulkifli, tetapi Razali enggan berbuat
demikian kerana takut kalau berita itu sampai pada ayah tirinya.

12. Kasih Seorang Ibu


Ketika Razali sampai di rumah, Mak Sopiah amat terkejut melihat keadaan
anaknya. Razali pun menyatakan perlakuan Munir terhadapnya. Kebetulan
ayah tiri Razali, Pak Zakaria telah pulang. Apabila ternampak keadaan Razali,
Pak Zakaria terus menyalahkan Razali sebagai anak yang sombong dan
angkuh sehingga bergaduh dengan orang lain. Mak Sopiah terus
mempertahankan anaknya. Pada petang itu, setelah makan, Razali membaca
di pondok yang terletak di sawah itu. Dia kecewa atas layanan ayah tirinya.
Razali terus bertanya kepada ibunya siapa ayahnya yang sebenarnya.
Bagaimanapun, Mak Sopiah enggan memberitahu Razali tentang ayahnya
kerana tidak mahu mengingat kembali kenangan pahit itu.

13. Dendam Membawa Padah


Keesokan hari, Munir, Leong dan Silvam disuruh ke bilik pengetua kerana
terdapat aduan bahawa mereka dituduh memikul Razali. Setelah disoal
siasat, Cikgu Syamsudin mengambil keputusan untuk merotan Munir, Leong
dan Silvam di dalam bilik pengetua.

14. Berita Gembira


Cikgu Zulkifli mengumumkan bahawa Razali telah dipilih untuk menyertai
kursus koperasi di Petaling Jaya. Ahli lembaga pengarah koperasi sekolah
yang lain telah memberikan ucapan tahniah kepada Razali. Pada suatu
petang, Cikgu Zulkifli, Mak Sopiah, Harun, Swee Lan dan Ramlah telah tiba di
stesen bas untuk menghantar Razali yang akan menaiki bas ke Petaling Jaya.

15 . Budi Baik Dikenang juga.


Razali bersama-sama dengan peserta kursus seluruh koperasi sekolah
Malaysia telah menghadiri kursus di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya selama
satu minggu. Penceramah itu telah menyatakan bahawa generasi muda
harus menyedari peranan koperasi dan dapat menjadi pemimpin koperasi
yang berjaya di negara kiga. Selepas kursus, para peserta dibawa melawat
ke Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia di Kuala Lumpur dan tempat-
tempat di sekitar Kuala Lumpur. Razali berasa amat terhutang budi kepada
Jabatan pembangunan Koperasi Malaysia kerana memilih mereka untuk
menghadiri kursus tersebut.

16. Kesan Kunjungan


Setelah seminggu kemudian, Razali balik ke sekolah semula. Dalam
mesyuarat koperasi sekolah, Razali telah memberikan laporan ringkas
tentang pengetahuan yang diperoleh daripada kursus itu. Cikgu Syamsudin
juga mengemukakan usul, iaitu sama ada mereka akan menyertai
pertandingan untuk memilih koperasi yang maju, berjaya dan baik
pentadbirannya yang dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan
Malaysia (ANGKASA). Swee Lan memberikan cadangan supaya mereka
masuk pertandingan itu. Akhirnya semua ahli lembaga pengarah bersetuju
atas cadangan itu. Cikgu Hassan mengharapkan semua ahli lembaga
pengarah berusaha dan menunjukkan semangat untuk memajukan koperasi
mereka pada tahun itu.

17. Semakin Jauh Terbang Burung


Untuk membuat persediaan tentang pertandingan itu, semua ahli lembaga
pengarah bergilir-gilir mengurus projek mereka. Bangsal ternakan ayam dan
bilik bacaan mereka sentiasa dijaga rapi. Baik guru penasihat mahupun
pelajar sebagai ahli lembaga pengarah telah sibuk mengemaskan kedai
koperasi mereka. Sebaliknya Munir, Leong dan Silvam ada di padang untuk
bermain bola tanpa menjalankan tugas mereka. Atas arahan pengetua,
Munir, Leong dan Silvam balik ke kedai koperasi. Ketika Munir berada di meja
setiausaha, dia terlihat anak kunci terletak di situ lalu diambil dan ditelitinya
anak kunci itu. Setelah itu, mereka bertiga tidak berpuas hati terhadap Razali
kerana Razali menjadi tumpuan pelajar perempuan, terutama Ramlah. Munir
ingin membuat sesuatu terhadap Razali lagi.

18. Malang Tidak Diduga


Pada malam itu , ada lembaga hitam membuka pintu dan menceroboh kedai
koperasi itu. Keesokan hari, apabila Razali membuka pintu kedai koperasi itu
dengan kuncinya, dia dan kawan-kawannya terkejut kerana semua barangan
jualan mereka bertaburan di lantai dan wang sebanyak RM200 juga dicuri
orang. Mereka segera melaporkan hal itu kepada Cikgu Zulkifli . Cikgu Zulkifli
mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian itu kepada pengetua dan
pihak polis.

19. Misteri Kedai Koperasi


Dua orang anggota polis telah datang ke kedai koperasi sekolah untuk
membuat siasatan. Mereka mendapati pintu kedai itu tidak ada kesan
dikopak orang. Mereka mendapati bahawa hanya Razali dan pengetua
memiliki kunci koperasi itu. Oleh itu Razali dan Cikgu Zulkifli telah dibawa ke
balai polis untuk membuat siasatan lanjut. Semua guru dan ahli lembaga
pengarah tidak percaya bahawa Razali terlibat dalam kes itu. Munir, Leong
dan Silvam telah membuat sindiran bahawa Razali yang terlibat dalam kes
itu. Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah, dan Cikgu Hassan telah berbincang dengan
pengetua tentang kes itu. Cikgu Hassan bercadang supaya mereka cuba
merangkap pencuri itu. Mereka bimbang bahawa kes itu akan mengganggu
persiapan mereka untuk masuk pertandingan.

20 Tindakan Ayah Tiri


Ketika Pak Zakaria hendak pulang ke rumah, Munir dan dan Leong
menunggung motosikal ke arahnya. Mereka memberitahu Pak Zakaria
bahawa Razali terlibat dalam kes kecurian kedai koperasi sekolah sehingga
disiasat oleh pihak polis. Pak Zakaria amat marah akan peristiwa . Apabila
ternampak kepulangan Razali, Pak Zakaria yang berada di beranda terus
memarahi Razali sebagai pencuri yang memalukannya. Dia hendak
menghalau Razali keluar dari rumahnya. Mak Sopiah segera keluar dan
membela Razali. Dia percaya kata-kata Razali lalu mengatakan bahawa jika
Razali dihalau, dia akan mengikut Razali keluar dari rumah itu juga. Dengan
geram, pak Zakaria mencapai basikalnya lalu menunggangnya dengan
tergesa-gesa.

21. Hidup yang Dirundung Malang


Razali berlegar-legar di tengah sawah. Dia cuba mencari ketenangan di
pondok sawah itu. Dia berasa sedih atas nasib yang malang. Dia tidak tahu
di mana ayahnya. Dia asyik termenung tenang fitnah yang dilemparkan
terhadapnya. Mak Sopiah cuba menenangkan jiwa Razali. Sekali lagi, Razali
meminta ibunya supaya memberitahu keadaan ayahnya. Mak Sopiah
menangis dan merayu Razali supaya tidak meninggalkannya. Mak Sopiah
tetap enggan memberitahu Razali siapa ayahnya kerana tidak mahu
membangkit peristiwa pahit pada masa dahulu. Razali memeluk ibunya dan
berjanji bahawa dia tiak akan menyakiti hati ibunya lagi.

22. Misteri Berakhir


Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai koperasi kerana diberitahu oleh SweeLan
danMarzuki bahawa kedai koperasi dicerobohi lagi. Pengetua , Cikgu
Syamsudin sangat marah atas kejadian itu dan mengambil keputusan untuk
memeriksa beg dan pakaian murid satu demi satu. Akhirnya Cikgu Hassan
berjaya mengesan murid yang menceroboh kedai koperasi itu, iaitu Munir.
Dari beg sekolah Munir, Hassan telah mendapat kunci yang sama dengan
nombor kunci kedai koperasi mereka dan sehelai wang kertas RM10.00 yang
terdapat huruf K seperti yang ditulis oleh Cikgu Hassan. Cikgu Zulkifli
sangat kesal atas perlakuan Munir. Ketika ditanya oleh Cikgu Syamsudin,
Munir mengakui bahawa dialah menceroboh kedai koperasi untuk memfitnah
Razali kerana tidak suka Ramlah yang sering mendekati Razali. Cikgu
Syamsudin mengambil keputusan untuk menghukum Munir. Beliau akan
mengadakan mesyuarat dengan guru-guru disiplin untuk menentukan
hukuman yang sepatutnya.

23. Hukuman
Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah itu, Munir akan dirotan
di hadapan perhimpunan sebanyak 3 kali. Kedua-dua ibu bapa Munir juga
diberitahu dahulu dan mendapat kebenaran dengan harapan disiplin Munir
akan berubah. Cikgu Muniam telah mengumumkan kesalahan yang
dilakukan oleh Munir. Munir akan dirotan oleh Pengetua sendiri dan
digantung persekolahannya selama seminggu. Ketika tampil ke depan, tiba-
tiba Munir menghulurkan tangan dan meminta maaf kepada Razali. Razali
mengangguk-angguk lalu memeluk tubuh Munir. Mereka berpelukan. Air
mata Razali berderaian. Semua warga sekolah terharu. Cikgu Syamsudin
mengingatkan semua pelajar supaya peristiwa itu sebagai pengajaran.

24. Memasuki Dunia Baharu


Ketika selesai menunaikan solat, Munir tiba di halaman rumah Razali. Munir
datang untuk meminta maaf kepada Pak Zakaria dan Mak Sopiah. Dia
mengakui kesalahannya dan membuat fitnah sehingga menjejaskan nama
baik keluarga Razali. Pak Zakaria memaafkan Munir yang telah insaf akan
kesalahannya. Selain itu, Munir juga datang untuk meminta Razali supaya
boleh mengajarnya memandangkan peperiksaan SPM semakin menjelang.
Razali tidak keberatan untuk membantu Munir dalam pelajaran. Munir
terharu atas budi Razali dan merasai dirinya menjadi orang baharu dalam
hidupnya. Dia telah mendapat seorang sahabat baharu.

25. Harapan Berbunga Indah


Pada suatu hari, tiga orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah
dari ANGSAKA datang untuk menghakimi Koperasi Sekolah Menengah Teknik
Pertanian Seri Kayangan. Mereka meneliti barang jualan, buku-buku akaun
dan sebagainya di kedai koperasi. Kemudian mereka juga meninjau projek
ternakan ayam telur dan bilik bacaan yang disediakan oleh koperasi sekolah
itu.

Pada pagi itu, mua murid Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
berbaris dalam perhimpunan. Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi
Negeri hadir bersama, termasuk beberapa orang ibu bapa yang dijemput
khas. Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis dijemput untuk berucap
dan seterusnya menyampaikan hadiah. Beliau mengumumkan bahawa
Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan berjaya menjadi
johan dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali
dipilih untuk menerima piala daripada pengarah itu. Semua guru dan pelajar
bertepuk tangan dengan gembira. Razali juga dijulang oleh empat orang ahli
lembaga pengarah dan diarak mengelilingi perhimpunan itu.
Setelah perhimpunan tamat, Mak Sopiah dan Pak Zakaria ternampak seorang
lelaki tua dan dapat mengesan lelaki itu ialah Ramli. Mereka bersalaman.
Cikgu Syamsudin berasa ada sesuatu rahsia dalam pertemuan itu. Beliau
segera menjemput mereka ke bilik pejabatnya, termasuk pengarah.
26. Terbuka Rahsia
Encik Ramli mula membuka rahsia antara mereka. Menurut Ramli , dia
tinggal di Melaka, anaknya Ramlah tinggal bersama dengan abangnya
seorang polis di kampung. Ramli mengatakan bahawa Mak Sopiah ialah
bekas isterinya. Kira-kira 16 tahun yang lalu, dia telah bercerai dengan Mak
Sopiah dan meninggalkan anak lelaki . Ketika itu, dia sebagai tentera di
Seremban. Selepas itu, Pak Zakaria telah mengambil Mak Sopiah sebagai
isteri. Setelah tamat tempoh perkhidmatan sebagai tentera, Pak Zakaria
telah membawa Mak Sopiah dan Razali tinggal di situ. Sebaliknya Ramli balik
ke Melaka dan berkahwin dengan seorang janda beranak tiga di Melaka.
Selama ini, Pak Ramli tidak tahu tempat Razali dan ibunya berada. Mak
Sopiah mengatakan bahawa dia tidak mahu memberitahu Razali tempat
ayahnya berada kerana takut Razali akan meninggalkannya.

Razali dan Ramlah dipanggil ke pejabat Pengetua, Razali diberitahu bahawa


ayah yang dicarinya selama ini ialah ayah kepada Ramlah yang berada di
bilik itu. Setelah mendengar penjelasan ayah tirinya, Razali segera menerpa
dan mencium tangan Pak Ramli. Ramlah terkejut kerana Razali ialah
saudaranya. Mereka tersenyum riang melihat pertemuan itu. Encik Ali,
Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri mengatakan bahawa
sungguh besar jasa koperasi sekolah kerana dapat mempertemukan anak
dengan ayahnya. Rupa-rupanya bersempena dengan kejayaan koperasi,
Razali dapat bertemu dengan ayahnya yang dicari-carinya selama ini.
Mereka bersama-sama ketawa dengan riang.
Nilai-Nilai dalam Novel Sejambak Bakti

Nilai-Nilai dalam Novel Sejambak Bakti

Nilai amanah
Ahli-ahli lembaga pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian
Seri Kayangan dapat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh
bertanggungjawab. Mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk
meningkatkan pendapatan kedai koperasi dan berusaha untuk memberikan
sumbangan kepada pembangunan sekolah, seperti membina bilik bacaan.

Nilai tolong-menolong
Razali mempunyai nilai tolong-menolong. Ketika kawan-kawan menghadapi
masalah dalam pelajaran, dia tidak keberatan untuk memberikan bantuan.
Contohnya dia membantu Ramlah, Swee Lan, Saridevi dan Munir yang
menghadapi masalah dalam pelajaran. Ramlah juga mengamalkan nilai
tolong-menolong. Contohnya dia membantu Razali untuk melengkapkan
minit mesyuarat.

Nilai kerjasama
Ahli lembaga pengarah koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri
Kayangan sentiasa mengamalkan nilai kerjasama. Contohnya, mereka
bekerjasama dan bergotong-royong untuk membersihkan reban ayam, bilik
bacaan dan kedai koperasi mereka sebagai persediaan untuk menyertai
Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.

Nilai kasih sayang


Mak Sopiah mengamalkan nilai kasih sayang. Dia bersikap penyayang. Dia
sayang akan anak tunggalnya dan mengambil berat akan pelajaran dan
perasaanya. Dia sanggup keluar dari rumah ketika suaminya hendak
menghalau Razali dari rumah. Dia juga enggan memberitahu Razali tentang
bapa kandungnya kerana tidak sanggup berpisah dengan Razali . Selain itu,
Razali juga berpegang teguh terhadap nilai kasih sayang. Dia sayang akan
emak dan tidak mahu menyakiti hati ibunya. Walaupun sangat ingin
mengetahui bapa kandungnya, tetapi dia tidak mahu memaksa ibunya untuk
memberitahu keadaan bapa kandungnya.

Nilai jujur dan ikhlas


Razali mengamalkan nilai jujur dan ikhlas. Dia ikhlas menerima Munir
sebagai kawan setelah Munir insaf akan kesalahannya walaupun Munir
pernah membulinya malah membuat fitnah terhadapnya. Dia juga bersikap
jujur dan ikhlas untuk membantu pelajar lain yang menghadapi masalah
dalam pelajaran.

Tabah
Sebagai anak tiri, Razali tabah menghadapi layanan Pak Zakaria yang agak
teruk. Dia sentiasa sabar walaupun ditegur oleh Pak Zakaria sebagai pencuri,
sombong dan suka berlagak. Dia sentiasa tabah walaupun rindu akan bapa
kandungnya. Setelah balik dari balai polis, Razali tetap tabah untuk
berhadapan dengan khabar angin yang mendakwa dia sebagai pencerobah
kedai koperasi dan pencuri. Selain itu, Mak Sopiah juga mengamalkan nilai
tabah. Dia tabah menghadapi pengalaman yang pahit, iatu dia diceraikan
oleh bekas suaminya Ramli pada 16 tahun yang lalu.

Nilai tanggungjawab
Sebagai pengetua, Cikgu Syamsudin mengamalkan nilai tanggungjawab.
Beliau menjalankan tugasnya sebagai pengetua dengan penuh
tanggungjawab. Beliau sentiasa menjaga disiplin sekolah itu dan
menggalakkan pelajar menyertai pertandingan untuk mengharumkan nama
sekolah. Selain itu, ahli-ahli lembaga pengarah juga menjalankan tugas yang
diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, seperti Razali, Cikgu Zulkifli,
Ramlah, Swee Lan dan Saridevi.
Perwatakan bagi watak-watak dalam novel
Sejambak Bakti

Perwatakan bagi watak-watak dalam novel Sejambak


Bakti

Razali
Razali merupakan watak utama dalam novel Sejambak Bakti. Razali ialah
anak kepada Mak Sopiah dan anak tiri kepada Pak Zakaria. Sebagai penolong
setiausaha lembaga pengarah Koperasi sekolah, Razali sentiasa menjalankan
tugasnya dengan amanah. Sebagai pelajar, Razali sangat rajin dan belajar
bersungguh-sungguh. Dia sering mengulang di pondok yang terletak di
tengah sawah.

Dia juga bersikap suka membantu. Contohnya dia telah membantu Ramlah,
Swee Lan, dan Saridevi dalam pelajaran. Selain itu, Razali juga sayang dan
hormat kepada ibunya. Contohnya walaupun sangat ingin mengetahui
keadaan ayah kandungnya, Razali tidak sanggup menyakiti hati ibunya
semasa ibunya enggan memberitahukan ayahnya.

Razali juga bersikap sedia memaafkan. Misalnya ketika Munir meminta maaf
kepadanya, Razali segera bersalam dengannya dan memeluk badan Munir
sebagai tanda memaafkan segala kesalahan Munir terhadapnya. Razali juga
bersikap ikhlas. Dia sanggup menerima Munir sebagai sahabat walaupun
Munir pernah memukulnya dan membuat fitnah terhadapnya, malahan
sanggup membantu Munir dalam pelajaran setelah Munir insaf akan
kesalahannya.

Munir
Munir berasal daripada keluarga yang berada. Dia juga merupakan salah
seorang ahli lembaga pengarah koperasi sekolah. Munir bersikap sombong
dan angkuh. Dia suka memacu motosikal di jalan raya. Munir merupakan ahli
lembaga pengarah yang tidak bertanggungjawab. Contohnya dia sanggup
ponteng dalam tugas di kedai koperasi sekolah dan bermain bola di padang.
Munir juga bersikap pendendam dan iri hati. Contohnya dia cemburu apabila
melihat Ramlah sering bersama dengan Razali. Dia sanggup memukul Razali
di tengah jalan ke rumah. Dia juga membuat fitnah bahawa Razali telah
mencerobohi kedai koperasi. Bagaimanapun Munir telah insaf akan
kesalahan dirinya setelah dirotan di depan perhimpunan. Dia telah meminta
maaf kepada Razali dan keluarga Razali.
Mak Sopiah

Ibu kepada Razali dan isteri kepada Pak Zakaria. Dia juga bekas isteri kepada
Pak Ramli. Dia telah bercerai dengan Pak Ramli 16 tahun yang lalu, iaitu
Razali baru berumur satu tahun. Mak Sopiah bersikap penyayang. Dia sangat
sayang akan anaknya Razali. Sebagai contoh, dia sangat membela Razali
malah mengikut Razali keluar dari rumah jika suaminya hendak menghalau
Razali keluar dari rumah itu. Dia tidak mahu memberitahu keadaan ayah
kandung Razali kepada Razali kerana tidak mahu Razali meninggalkannya.
Mak Sopiah juga seorang yang mesra. Contohnya dia melayani kawan-kawan
Razali dengan ramah-tamah dan menghilangkan minuman dan pisang
goreng untuk mereka.

Cikgu Zulkifli
Cikgu Zulkifli ialah guru yang bertanggungjawab terhadap Koperasi Sekolah.
Sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah, Cikgu Zulkifli sentiasa
memberikan perhatian dan bantuan untuk memajukan kegiatan koperasi
sekolah. Beliau seorang guru yang dedikasi dan bertanggungjawab. Beliau
sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk menguruskan perniagaan
kedai koperasi dan projek ternakan ayam telur di sekolah itu. Cikgu Zulkifli
juga seorang guru yang mengambil berat terhadap pelajaran dan tingkah
laku pelajar. Contohnya dia sentiasa memberikan nasihat kepada Munir
supaya bersikap positif terhadap pelajar dan tugas dalam koperasi sekolah.

Cikgu Syamsudin
Cikgu Syamsudin merupakan pengetua Sekolah Menengah Teknik Pertanian
Seri Kayangan. Cikgu Syamsudin bersikap tegas dan sentiasa mengambil
berat akan disiplin pelajar. Oleh itu beliau sanggup mengambil keputusan
untuk merotan dan merotan di hadapan perhimpunan pelajar terhadap Munir
yang sering melanggar peraturan sekolah. Beliau berbuat demikian demi
meningkatkan disiplin pelajar. Beliau sentiasa prihatin terhadap kokurikulum
pelajar. Contohnya, beliau memberikan sokongan yang sepenuh terhadap
kegiatan koperasi sekolah dan penyertaan Pertandingan Koperasi Sekolah-
sekolah.

Pak Zakaria
Pak Zakaria ialah bapa tiri kepada Razali dan suami kepada Mak Sopiah. Dia
bersikap prejudis. Contohnya, dia sering menganggap bahawa anak tirinya
bersikap sombong dan angkuh. Semasa melihat keadaan Razali yang telah
dipukul, dia terus mendakwa bahawa Razali suka bergaduh dengan orang
lain. Apabila diberitahu oleh Munir dan Leong, Pak Zakaria terus
mempercayai kata-kata mereka, iaitu Razali telah mencerobohi kedai
koperasi dan mencuri wang di dalam kedai koperasi itu. Tanpa usul periksa,
Pak Zakaria hendak menghalau Razali keluar dari rumah. Bagaimanapun dia
juga bersikap sedia memaafkan, iaitu dia terus memaafkan Munir apabila
Munir meminta maaf atas kesalahannya yang memfitnah Razali sehingga
nama keluarga merekaterjejas.
Ramlah
Ramlah seorang gadis yang bersikap sopan dan lemah lembut. Keayuannya
telah memikat hati Munir. Sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah,
Ramlah aktif menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab. Dia
seorang pelajar yang suka membantu orang. Contohnya dia telah membantu
Razali untuk membuat minit mesyuarat lembaga pengarah koperasi sekolah.
Selain itu, Ramlah seorang pelajar yang tekun dalam pelajaran. Oleh itu, dia
dan Swee Lan serta Saridevi meminta Razali supaya dapat berulang kaji
tentang pelajaran yang tidak difahami. Dia juga bersikap setia kawan.
Contohnya dia percaya sepenuhnya terhadap Razali bahawa Razali tidak
terlibat dalam kes kecurian dalam kedai koperasi sekolah.
Selain itu terdapat watak-watak samping yang lain seperti
Swee Lan , Saridevi, Harun, Norlela, Cikgu Robeah, Cikgu Hassan, Leong,
Silvam, Cikgu Saiful, Pak Ramli, Encik Ali dan sebagainya.

Latar Tempat dan Masa dalam Novel Sejambak Bakti


karya Rejab F.I

Latar Tempat Novel Sejambak Bakti karyag Rejab F.I


Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan, Perlis
Sebuah sekolah yang terdapat empat buah bangunan yang bercat kuning
tersergam indah. Pengetua sekolah ialah Cikgu Syamsudin. Sekolah itu
mementingkan disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.
Sekolah itu terdapat kedai koperasi, bangsal ternakan ayam telur dan
sebagainya. Kebanyakan pelajar daripada keluarga petani. Salah satu
peristiwa yang penting yang berlaku di sekolah itu ialah Munir dirotan oleh
pengetua di hadapan perhimpunan kerana melanggar pelbagai masalah
disiplin. Selain itu, Koperasi Sekolah itu telah berjaya memenangi johan
dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali telah
mewakili sekolah untuk menerima piala itu. Tambahan lagi, terdapat
peristiwa tenang pertemuan antara Razali dengan bapa kandungnya, iaitu
Pak Ramli. Kedai koperasi Sekolah Menengah Teknik
Pertanian Seri Kayang Kedai koperasi itu diuruskan oleh seorang
pembantu kedai, 12 orang pelajar dan empat orang guru yang dilantik
sebagai ahli lembaga pengarah koperasi. Kedai koperasi itu menjual pelbagai
bahan keperluan pelajar, seperti alat-alat tulis, baju sukan, buku dan
sebagainya. Salah satu peristiwa yang berlaku di kedai koperasi itu ialah
Munir telah mencerobahi kedai itu dan mencuri wang sebanyak RM200 serta
sengaja menjadikan semua barangan jualan bertaburan di lantai. Bukan itu
sahaja, dua orang polis telah datang ke kedai koperasi itu untuk membuat
siasatan. Mereka mendapati bahawa pintu kedai tidak dikopak orang. Oleh
itu, mereka mengesyaki penceroboh itu ialah pemilik kunci kedai koperasi.
Akibatnya Razali telah dibawa ke balai polis untuk mendapat siasatan lanjut.
Selain itu, terdapat peristiwa tentang semua ahli lembaga pengarah
bekerjasama untuk mengemaskan bilik kedai koperasi itu sebagai persediaan
untuk menghadapi Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah tetapi Munir tidak
hadir dan bermain bola di padang. Rumah Razali Ramah Razali terdapat
di kawasan sawah. Razali tinggal bersama dengan ibunya Mak Sopiah dan
ayah tirinya, Pak Zakaria . Salah satu peristiwa yang berlaku di rumah itu
ialah Pak Zakaria hendak menghalau Razali keluar dari rumah itu setelah
mendengar fitnah daripada Munir bahawa Razali telah mencerobohi kedai
koperasi dan mencuri wang. Peristiwa lain yang menarik ialah Munir datang
ke rumah Razali dan meminta maaf kepada Mak Sopiah dan Pak Zakaria atas
fitnahnya terhadap Razali sehingga nama keluarga mereka terjejas. Selain itu
terdapat peristiwa ialah Razali meminta ibunya supaya memberitahu nama
bapanya dan kedudukan bapanya ketika itu tetapi Mak Sopiah enggan
memberitahu keadaan bapanya kepada Razali Pondok di tengah
Sawah Pondok itu tidak jauh dari rumah Razali. Tempat itu sunyi dan
lapang. Oleh itu saban hari, Razali akan mengulang kaji pelajar di pondok itu.
Selain itu, dia juga mengajak Ramlah, Swee Lan dan Saridevi untuk
mengulang kaji di situ. Ketika menghadapi fitnah dan dimarahi oleh bapa
tirinya, Razali akan berada di pondok itu untuk menenangkan jiwanya. Di
samping itu, Razali juga membantu Munir dalam pelajaran di pondok itu
setelah Munir insaf akan kesalahan. Maktab Kerjasama, Petaling
Jaya Razali dan wakil-wakil sekolah lain telah dipilih untuk menyertai kursus
seluruah koperasi sekolah Malaysia di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya.
Razali telah mendapat banyak ilmu pengetahuan tenang koperasi dalam
kursus itu. Latar Masa Latar masa bagi novel ini ialah pada zaman
sekarang. Terdapat latar masa pagi, petang dan malam. Latar masa
pagi Peristiwa yang berlaku pada waktu pagi ialah ketika Razali dan
beberapa orang kawan membuka pintu kedai koperasi, mereka terkejut
kerana kedai koperasi mereka telah dicerobohi orang. Semua barangan jual
bertaburan di lantai. RM200 yang disimpan di dalam laci meja juga dicuri
orang. Mereka segera melaporkan peristiwa itu kepada Cikgu Zulkifli.
Peristiwa yang menarik yang lain ialah Koperasi Sekolah Menengah Teknik
Pertanian Seri Kayangan telah menenangi johan dalam Pertandingan
Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali telah mewakili sekolah untuk
menerima piala itu. Selain itu, peristiwa yang menarik ialah Razali dapat
bertemu dengan bapa kandungnya, Pak Ramli pada waktu pagi juga. Latar
masa petang Peristiwa yang berlaku pada waktu petang ialah Razali
telah dipukul oleh Munir, Leong dan Silvam di tengah jalan setelah pulang
dari sekolah. Razali tersungkur dan mukanya berdarah. Peristiwa lain yang
berlaku pada waktu petang ialah Pak Zakaria hendak menghalau Razali
keluar dari rumah setelah mendengar fitnah daripada Munir dan Leong.
Latar masa malam Peristiwa menarik yang berlaku pada waktu malam
ialah satu lembaga hitam telah membuka pintu Kedai Koperasi Sekolah lalu
masuk ke dalam kedai itu. Lembaga hitam sanggup memunggah kedai itu
sehingga barang-barang di kedai itu besepah dan tunggang-langgang

Anda mungkin juga menyukai