Anda di halaman 1dari 4

INDUSTRI SENI KREATIF MENJANA PEMBANGUNAN EKONOMI

TEKS PERDANA MENTERI


Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan pada hari ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan kerajaan, perwakilan
pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat sidang parlimen sekalian.

Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat bersidang.


Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana berkat
keamanan dan keharmonian bawah kepemimpinan kerajaan pada hari ini dewan kembali
bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting untuk dilaksanakan.
Tuan Yang Dipertua,
Usul pada hari ini berbunyi,.Industri Seni kreatif mampu menjana pembangunan ekonomi. Tuan
Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Pertama, izinkan saya melakukan penakrifkan usul secara literal. Perkataan Industri Seni
Kreatif bermaksud penggemblengan
dan penghasilan kebolehan dan bakat individu atau berkumpulan berasaskan kreativiti, inovasi
dan teknologi yang menjurus kepada sumber keberhasilan ekonomi dan pendapatan tinggi
kepada negara dengan memberi penekanan kepada aspek karya dan hak cipta intelek selaras
dengan budaya dan nilai-nilai murni kepelbagaian kaum diMalaysia. Manakala, perkataan
menjana bermaksud unsur yang mampu menghasilkan sesuatu perkembangan.
Jadi,dapatlah dirumuskanIndustri seni kreatif menjana pembangunan ekonomi bermaksud
industri-industri yang melibatkan kreativiti individu,keterampilan, dan bakat yang
mempunyai potensi dalam memacu dan meningkatkan taraf hidup sesuatu negara
dan rakyatnya supaya dapat hidup dengan sempurna. Selesai define konsep.

. Tuan Yang dipertua,Sebagai Perdana Menteri, saya akan menyatakan hujah-hujah


yang menyokong usul ini. Selain itu, hujah-hujah yang seterusnya akan disambung
oleh Menteri kEDUA, manakala Menteri Ketiga pula akan membidas hujah-hujah
songsang yang akan dibawa oleh pasukan pembangkang. Saya ingin menyatakan
bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah-hujah yang akan kami bentangkan nanti
dan seterusnya usul yang kami bawa akan diterima secara konsesnsus.

Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan,

Hujah Pertama saya berdasarkan kata kunci..,industri seni kreatif menjana


kekayaan negara. Industri kreatif mampu menjana ekonomi melalui pulangan
kewangan yang dihasilkan daripada aktiviti industri berkenaan. Industri kreatif yang
berkembang mampu meningkatkan pelaburan dalam aspek-aspek yang berkaitan
dan industri sokongan. Antaranya melalui penubuhan syarikat-syarikat baru dalam
bidang perfileman, rakaman, percetakan, dan sebagainya. Manakala industri
sokongannya pula adalah seperti syarikat pengurusan acara, penyewaan. peralatan,
sajian, dan sebagainya.
Menurut Berita Harian Online bertarikh 28 november 2013 Industri kreatif dijangka
menjana pendapatan negara sebanyak RM16.1 bilion menjelang khir tahun 2013.
Jelas di sini menunjukkan industri seni kreatif mampu menjana pembangunan
ekonomi.
.Tuan Yang Dipertua, Perkembangan semasa ekonomi global jugamenunjukkan
industri kreatif adalah salah satu sumber penting pertumbuhan ekonomi dan
percambahan budaya di negara-negara maju. Contohnya, industri ini telah
menyumbang sebanyak USD$3 trilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Amerika Syarikat. Dalam perspektif ekonomi dan sosiobudaya Malaysia, industri
kreatif telah memberi sumbangan sebanyak RM9.4 bilion kepada KDNK negara pada
tahun 2008 dan berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi serta
memartabatkan budaya bangsa. Justeru, amat penting industri ini dibangunkan
secara bersepadu dan terancang melalui satu dasar dan hala tuju yang
komprehensif.
HAKIKAT bahawa industri kreatif boleh menjadi satu daripada teras ekonomi negara
mula diterima rakyat, terutamanya mereka yang memiliki bakat dan potensi kreatif
untuk melakukan perubahan besar.
Menerusi pengiktirafan kerajaan bahawa industri kreatif boleh menjana pendapatan
berserta dengan galakkan dan rangsangannya, terdapat kemunculan dan
kebangkitan pelbagai aktiviti dalam bidang itu.
Ini lebih-lebih lagi apabila kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan (KPKK) telah merumuskan 11 strategi di bawah Dasar Industri
Kreatif Negara untuk menjadikan industri ini lebih selaras, tersusun dan dinamik.
Dianggarkan industri kreatif menyumbang kira-kira 1.27 peratus Pendapatan
Negara Kasar (PNK) negara pada 2008 dan objektifnya ialah untuk meningkatkan
lagi sumbangan itu. Kebanyakan negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat
mencatatkan sumbangan lebih tinggi terhadap PNK iaitu masing-masing 4.5 peratus
dan 6.0 peratus.

Tidak banyak tumpuan diberikan sebelum ini mungkin kerana industri itu kurang
dikenali dan potensi besarnya daripada segi ekonomi masih kabur. Tetapi kini
keadaan adalah jauh berbeza berikutan langkah kerajaan mengambil perhatian
akan potensinya selepas melihat pendirian proaktif yang diambil oleh negaranegara lain.
Di sini jelas menunjukkan e Secara purata industri kreatif di negara-negara maju
menyumbang antara
1 sehingga 5% kepada KDNK. Dalam konteks Malaysia, industri kreatif
dianggarkan menyumbang 1.27% kepada KDNK (sumber: Creative Industry
Baseline Study, MDEC 2008) dan sektor pengiklanan merupakan antara
penyumbang terbesar bagi jumlah ini. Perkembangan ini menunjukkan
bahawa industri kreatif berpotensi menyumbang dan menjadikan ekonomi
negara lebih dinamik.
Menurut Berita harian Online bertarikh 18 Februari 2014 kerajaan akan terus
memberi penekanan untuk membangunkan industri kreatif yang berpotensi besar
menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Bagi tujuan itu, kerajaan mengambil langkah untuk memberi sokongan serta
bantuan kepada industri kreatif menerusi Tabung Modal MyCreative kerana
menyedari rakyat di negara ini mempunyai kreativiti tinggi serta boleh
dikembangkan ke peringkat antarabangsa dan sekali gus mampu menjana
pulangan yang lestari.

Berita Terkini
Bernama : 15 Mac 2014 : Kerajaan Peruntuk RM800 Juta
Untuk Industri CMC Sejak 2010 - Ahmad Shabery
Hit: 110

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Kerajaan telah memberi peruntukan hampir RM800
juta kepada industri Kandungan Kreatif Multimedia (CMC) sejak 2010 sebagai pemangkin
kepada kemajuan industri CMC di negara ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata dana itu
memberi manfaat kepada industri berkenaan, terutama dalam penghasilan harta intelek baharu

dan bakat kreatif, sambil mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.


Katanya menurut Price Waterhouse Coopers, keseluruhan perbelanjaan pengguna bagi keluaran
industri itu, termasuk kandungan filem, muzik, permainan dan pendidikan dijangka mencecah
US$966 bilion (kira-kira RM3.17 trilion) pada 2016.
"Ia mewujudkan peluang yang perlu kita manfaatkan untuk menggerakkan negara ini ke
hadapan.
"Pengurusan sumber kreatif kita, terutama bakat, teknologi dan pasaran adalah amat penting
untuk membolehkan negara ini maju melepasi hanya sebagai pengguna kandungan, tetapi
sebagai pengeksport bersih kandungan dan perkhidmatan berkaitan kandungan," katanya.
Ahmad Shabery berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan Persidangan Kreatif
Keempat 2014 di sini hari ini.
Turut hadir ketua pegawai eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) Datuk
Badlisham Ghazali dan ketua setiausaha kementerian itu Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad
Radzi.
Ahmad Shabery berkata berbeza dengan rakan mereka di kebanyakan negara lain, syarikat
Malaysia bernasib baik kerana mereka boleh memanfaatkan pelbagai geran dan insentif
pemberian kerajaan.
Katanya Dasar Industri Kreatif Negara yang diperkenalkan pada 2011 memperkasa dan
merancakkan pertumbuhan kegiatan kreatif di negara ini sebagai penjana hasil ekonomi, hingga
berjaya meraih hasil sebanyak RM7.2 bilion.
Dasar itu juga menyediakan asas dalam membantu mewujudkan lebih 50,000 peluang pekerjaan
untuk rakyat Malaysia menjelang 2020, katanya.
Kira-kira 200 pengamal, rakan strategik industri dan wakil kerajaan menghadiri persidangan dua
hari itu untuk berkongsi pendapat dan pengalaman berkaitan industri hasil kreatif.
-- BERNAMA

Anda mungkin juga menyukai