Anda di halaman 1dari 4

Tenaga Kerja Asing : Membangunkan Kesejahteraan Negara

Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua,barisan kerajaan,proksi
pembangkang,seterusnya sidang dewan yang dimuliakan.Salam
sejahtera dan selamat bersidang kesemuanya.

Tuan Yang Dipertua,


Sebentar tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah
membentang satu usul iaitu “Tenaga Kerja Asing
Membangunkan Kesejahteraan Negara”.

Selaku menteri kedua,saya nescaya mempertahankan definisi


usul yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri iaitu “Tenaga Kerja Asing Membangunkan
Kesejahteraan Negara”.Maka pentakrifan baharu oleh Ketua
Pembangkang telah mencapai konsensus/kita masih berpegang
teguh kepada konseptual “keharmonian,keselamatan dan
kemakmuran”.

Sebelum hujah saya utarakan,saya mulakan dahulu bidasan


hujah Ketua Pembangkang.Bangunnya ketua pembangkang
sebentar tadi mengutarakan hujah pertama mereka di bawah
kata kunci…
Saya bidas.Saya berani katakan bahawa hujah tersebut
langsung tidak relevan dengan usul mereka pada hari ini.Kerana
apa?Kerana mereka gagal membuktikan…

Warga dewan sekalian,


Meniti hujah kedua perwakilan kerajaan,saya membuka kata
kunci yang berbunyi tenaga kerja asing penggilap kualiti
masyarakat.

Dalam menempatkan Malaysia sebagai hab pembuatan dan


rantaian pembekalan makanan di rantau ASEAN malah
seantaro dunia,pekerja asing ini secara tidak langsung berjasa
besar kerana mereka telah menjamin keselamatan makanan
negara.Menurut Laporan Profil Makanan oleh Pertubuhan
Makanan dan Pertanian (FAO),penglibatan pekerja asing dalam
sektor perladangan dan pertanian mampu menyusutkan
implikasi inflasi makanan agar masyarakat terutamanya
golongan B40 tidak kais pagi makan pagi,kais petang makan
petang.Bukan sahaja makanan,mereka juga bergerak aktif
dalam sektor perkhidmatan.Mereka ditawarkan perkhidmatan
pembersihan seperti mengutip sisa domestik,cuci pinggan dan
membersihkan tandas.Hal ini melegakan kekusutan fikiran
pengusaha,sekali gus mewujudkan persekitaran yang selesa
dan bersih.
Pekerja asing jentera infrastruktur.Mereka mempercepatkan
momentum untuk pembangunan perumahan,jaringan
pengangkutan dan sistem perpaipan.Melalui Program
Rekalibrasi Tenaga Kerja,sumber tenaga dalam Jabatan Kerja
Raya mencapai tahap optimum untuk mengatasi kerenah
birokrasi dalam pembangunan fizikal.Hasilnya,daripada titipan
Jabatan Kerja Raya,panjang jalan raya telah meningkat daripada
10000km pada tahun 1945 hingga 14000km pada tahun
2010.Padahal masyarakat tempatan tidak cenderung untuk
melibatkan diri dalam pekerjaan 3D,iaitu kotor,bahaya dan
sukar.Pengisian pekerja asing dalam bidang tersebut
membolehkan mereka menikmati kehidupan yang lebih senang
dan dinamik.

Sidang dewan yang dimuliakan,


Meniti hujah ketiga saya di bawah lembayung kata tenaga kerja
asing rangkaian antarabangsa.

Apabila kerajaan membawa masuk pekerja asing dari negara


lain,inisiatif tersebut secara tidak langsung mampu
meningkatkan imej negara dengan sistem pengurusan pekerja
asing yang terkawal.Hal ini kerana negara kita menampilkan
personaliti dasar berkecuali,terbuka dan toleransi terhadap
bantuan susulan negara lain mengalami krisis kegawatan
ekonomi dan kemanusiaan.Kemasukan pekerja asing bervariasi
bahkan dapat memupuk persefahaman budaya dan adat
resam.

Lensa usul kita selongkar kepada manfaat pertukaran


teknologi.Seperti yang ahli dewan ketahui,jurutera automobil
yang diimport dari Jepun pada suatu ketika dahulu telah
memberi kemahiran baharu kepada rakyat Malaysia sehingga
tercipta kereta pertama negara iaitu Proton Saga pada tahun
1985.Menginjak merentasi samudera,Amerika Syarikat juga
telah menggaji sebanyak 14 juta orang pekerja asing dengan
purata kebanyakannya berkhidmat sebagai tenaga profesional
bagi membolehkan peningkatan dalam ekonomi serta
penghasilan teknologi di negara tersebut.Mengambil contoh
negara Amerika Syarikat,jelaslah bahawa tenaga kerja asing
yang berkemahiran dapat memberi tunjuk ajar kepada pekerja
tempatan agar berupaya mengejar kepesatan urbanisasi dan
komersial.

Berdasarkan hujah dan fakta yang saya kemukakan tadi,maka


jelaslah bahawa “Tenaga Kerja Asing Membangun
Kesejahteraan Negara” sebati dengan pendirian kami,iaitu
tenaga kerja asing penggilap kualiti masyarakat serta tenaga
kerja asing rangkaian antarabangsa.

Sekian,mohon untuk terus bersidang.

Anda mungkin juga menyukai