Anda di halaman 1dari 5

Masyarakat Madani Bukan Pelopor Negara Bebas Rasuah

TEKS PERBAHASAN (PEMBANGKANG KEDUA)

Terima kasih Tuan speaker dewan,

Asslamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera saya
ucapkan kepada barisan hakim yg menjadi tunggak keadilan, penjaga
masa yg setia dgn masanya, rakan-rakan barisan pmbangkang yang
banyak membantu, barisan pencadang yang amat saya geruni, seterusnya
hadirin hadirat sidang parlimen sekalian.

Sekali lagi tonggak dari barisan pembangkang bangkit bagi meneruskan

perjuangan kami, bahawa kami meminda usul perdebatan hari ini dengan
menyatakan bahawa ‘Masyarakat Madani Bukan Pelopor Negara
Bebas Rasuah’ lantaran kelemahan-kelamahan daripada hujah yang
dibentangkan oleh pihak kerajaan.

Sebelum hujah saya utarakan, molek kiranya jika saya mulakan dengan
bidasan terhadap hujah pencadang. Menteri ke2 sebentar tadi telah
mengemukakan hujah dengan petah bicaranya bahawa :
___________________________________________________________

Sebenarnya, Tuan Yang Dipertua,

___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
Masyarakat Madani Bukan Pelopor Negara Bebas Rasuah

Selain itu, Menteri ke2 juga ada menyatakan:

___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
Sekali lagi saya tidak bersetuju kerana,
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
Manakala, Perdana Menteri yang gah berdiri menjunjung kata kuncinya:
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
Hakikatnya,

Nampaknya, hujah saja panjang namun sayang seribu kali sayang, hujah
yang dibentangkan semuanya ibarat gigi yang tidak berkalsium, sekali ku
jentik bersepai semuanya.
Masyarakat Madani Bukan Pelopor Negara Bebas Rasuah

Warga dewan sekalian,

Meniti hujah saya seterusnya, saya membuka kata kunci yang berbunyi,
Pemerkasaan Undang-undang yang lemah punca aktiviti rasuah
semakin berleluasa.
Sesetengah negara mempunyai undang-undang yang mengawal
jenayah rasuah namun kurang menitikberatkan keberkesanan
pelaksanaannya termasuklah Malaysia. Hal ini kerana, hukuman yang
dikenakan kepada pesalah rasuah adalah tidak setimpal dengan kesalahan
yang dilakukan dan akhirnya menyebabkan jenayah tersebut hampir
menjadi budaya dalam kalangan masyarakat. Masalah ini tidak akan
menampakkan jalan hujungnya jika undang-undang yang dilaksanakan
tidak sesuai dengan keadaan masyarakat.

Presiden Dewan Perhimpunan Melayu Perak (DPMP), Datuk

Zahar Hashim (2020) berkata dasar kerajaan yang memberi bantuan
secara membuta tuli antara punca rasuah menular dalam kalangan
masyarakat. Kebanyakan ahli politik memberi habuan dalam bentuk
bantuan sebelum pilihan raya semata-mata untuk mendapatkan sokongan
rakyat. Perbuatan ini adalah disebabkan sikap sebilangan mereka yang
mahukan sesuatu tanpa berusaha, mahu cepat kaya dan dihormati kerana
harta. Kegagalan kerajaan membendung aktiviti rasuah ini adalah
disebabkan akta rasuah itu sendiri yang tidak diperkasakan apabila
kebanyakan tindakan yang dikenakan adalah kepada mereka yang
menerima rasuah manakala yang memberi terlepas dan bebas tanpa apa-
apa tindakan.

Tuan Yang Dipertua,

Beralih pula kepada hujah ketiga di bawah lembayung kata,
Masyarakat Madani Bukan Pelopor Negara Bebas Rasuah

Kurang sokongan dan keyakinan daripada rakyat faktor kesukaran

membendung gejala rasuah.

Kepercayaan terhadap kerajaan merujuk kepada sokongan rakyat

terhadap pemimpin, dasar, jentera kerajaan dan pelaksanaan dasar serta
projek oleh kerajaan yang memerintah. Kepercayaan dan sokongan rakyat
adalah amat penting dalam mencapai kelancaraan dalam pentadbiran
negara begitu juga dalam menangani rasuah.
Kes-kes berprofil tinggi melibatkan rasuah sering kali gagal
disabitkan kesalahan di mahkamah dan ini menjadi antara faktor kepada
penurunan keyakinan rakyat terhadap usaha membasmi jenayah rasuah di
Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa
menyampaikan amanat dalam Program Bicara Siswa Cakna Madani,
budaya memberikan janji palsu dan fatwa mengikut selera politik serta
amalan rasuah dalam kalangan pemimpin menjadi antara faktor golongan
muda berdepan defisit kepercayaan terhadap kerajaan.

Anggota pentadbiran kerajaan sama ada dalam kalangan pemimpin

politik atau penjawat awam bukan hanya perlu bersih, malah perlu dilihat
sebagai bersih. Imej bersih daripada sebarang bentuk rasuah amat penting
bagi mewujudkan keyakinan awam terhadap integriti pemerintahan
negara. Sekiranya, pemimpin yang diharapkan rakyat untuk mentadbir
negara dengan adil dan saksama tidak menjalankan amanahnya, maka
akan wujud suara-suara yang mempertikaikan kredibiliti badan itu dalam
menangani rasuah di negara ini. Masyarakat meletakkan setinggi-tinggi
kepercayaan kepada pemimpin di setiap peringkat yang diberi peranan
untuk memastikan negara bersih daripada rasuah. Jangan seperti pepatah
melayu, “harapkan pegar, pegar makan padi”.
Masyarakat Madani Bukan Pelopor Negara Bebas Rasuah

Malaysia mempunyai agensi mencegah dan menguatkuasakan

undang-undang berkaitan rasuah, kempen anti-rasuah serta Pelan Anti
Rasuah Nasional 2019-2023, namun ia dilihat masih tidak mampu untuk
mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap pencegahan rasuah.

Berdasarkan hujah dan fakta yang saya bentangkan tadi, jelas

bahawa fakta dan hujahan kami selaras dengan premis kami pada hari ini.
Maka usul ‘Masyarakat Madani Pelopor Negara Bebas Rasuah’ wajar
ditolak sebulat suara.

Sekian saya mohon untuk terus membangkang.

Anda mungkin juga menyukai