Anda di halaman 1dari 2

Teks pidato

Pidato Wira Anti Rasuah


Terima kasih, peneraju majlis. Yang dihormati panel juri yang sentiasa bersama panji keadilan,
saudara/saudari penjaga masa yang cakna dengan randiknya, dif-dif kehormat serta warga
intelektual penerus wawasan negara. Asalamualaikum, salam perpaduan dan salam I Malaysia.
'*'Wira Anti Rasuah"
Begitulah mauduk pidato yang bakal meniti di bibir saya. Sebelum madah bersulam indah,
sebelum fakta menyusur kata, izinkan saya mendefinisikan rasuah yang membina mauduk pidato
saya pada hari in agar yang kabur dielaskan dan yang gelap diterangkan.
Definisi rasuah secara literalnya bermaksud sogokan atau secara konseptualnya bermaksud
wang yang diberikan oleh orang tertentu kepada pihak lain untuk menyembunyikan sesuatu
perkara atau untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang mudah dan cepat tetapi salah
mengikut undang-undang negara.

Hadirin yang dihormati,


Rasuah merupakan gejala yang sinonim dengan masyarakat kita pada har ini. Gejala ini
merupakan duri dalam daging dalam kalangan masyarakat kita. Syed Hussein al-
Attas menyatakan bahawa rasuah sebagai penyalahgunaan kepercayaan untuk kepentingan
peribadi. Rasuah yang berleluasa juga mencemarkan marah Malaysia sekaligus menimbulkan
kesan negatif.

Hadirin sekalian ,
Amalan rasuah juga merupakan penyakit masyarakat yang sukar diatasi kerana pengetahuan
tentang keburukan gejala rasuah in kurang diketahui ole masyarakat pada hari ini. Walau
bagaimanapun, masyarakat sekarang yang masih mengamalkan amalan rasuah ini harus sedar
bahawa undang-undang negara kita tidak akan memandang enteng amalan rasuah in kerana
perkara in merupakan amalan buruk yang boleh menggugat keamanan dan ketenteraman
masyarakat setempat mahupun negara.
Pada tahun 2011, negara digegarkan dengan is rasuah yang menular dalam industri bola sepak
tempatan. lanya membangkitkan kembali memori pahit dan sejarah hitam industri tersebut pada
era 90-an apabila suram dan hampir tidak bernyawa.
Tamparan heat tersebut seharusya menjadi ingatan dan pengajaran kepada semua pihak
khususnya penjawat awam.
Mengapa hal ini dikatakan kepada penjawat awam? Sesungguhnya, saya merasakan adanya
kepentingan untuk membangkitkan is in agar ianya menjadi pedoman.
Menurut kajian yang dilakukan ole Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam
Perkhidmatan Awam pada tahun 2010, seramai 41% daripada 1.2 juta penjawat awam di negara
kita terlibat dalam gejala rasuah ini! Lihatlah angka tersebut. lanya menunjukkan segelintir
penjawat awam di negara kita tidak mempunyai integriti kepada diri, agama dan negara. Jadi, di
manakah letaknya akal golongan-golongan ini?
Cuba hadirin bayangkan, sekiranya rakyat negara kita dicop sebagai rakyat negara Islam yang
paling banyak mengambil rasuah di dunia? Walaupun mengikut carta yang dikeluarkan ole
Tarnsparency International-The Corruption Perception Index Cuba hadirin bayangkan, sekimnya
rakyat negara kita dicop sebagai rakyat negara Islam yang paling banyak men ambil rasuah di
dunia? Walaupun mengikut carta yang dikeluarkan ole Tarnsparency International-The Corruption
Perception Index menunjukkan kedudukan Malaysia dalam indeks rasuah peringkat global mash
dalam keadaan stabil, namun hadirin sekalian belum lagi boleh menarik nafas lega.
Adakah kita hanya ingin bergantung kepada statistik ini? Yakinkah kita dengan kedudukan
tersebut?
Hadirin yang dihormati sekalian,
Rasuah adalah perbuatan haram yang boleh mengakibatkan tertolaknya ibadah solat dan ibadah-
ibadah kita yang lain. Alangkah ruginya kita, disebakan perbuatan rasuah, ibada dan do kita
menjadi sia-sia sekaligus akan menjauhan kita daripada mendapat rahmat ALLAH swt.
Firman ALLAH swt dalam Surah al-Bagarah ayat 188 yang bermaksud:
"Antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (member
rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada
harta-harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)."
Oleh itu, saya ingin mengingatkan diri saya dan tuan-tuan, puan-puan sekalian, marilah sama-
sama kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH sw dan mengukuhkan fahaman
terhadap agama, agar virus rasuah in tidak melekat pada diri kita. Marilah sama-sama kita
menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab dalam menghapuskan rasuah. Tuan-tuan,
puan-puan, penjawat awam serta pihak yang terlibat, fahamilah, renungilah dan hayatilah bahawa
virus rasuah ini adalah virus pemusnah.
Janganlah kita mudah termakan dengan janji manis dan hasutan yang diberikan oleh pihak
tertentu yang tidak bertanggungjawab. Adalah menjadi harapan kita semua untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berdaya sing dan bebas dari segala ancaman dalam
dan luar negara. Tanamkan tekad di hati, bulatkan azam penuh bermisi, jadikan bangsa Malaysia,
bangsa bebas rasuah bangsa berintegriti

Anda mungkin juga menyukai