Anda di halaman 1dari 6

Perkembangan teknologi pinggir bahasa Melayu

Nor Azaruddin Husni Nuruddin

KONGSI ARTIKEL

MEMBACA buku bahasa Melayu boleh membantu seseorang memperbaiki kualiti bahasanya. - Foto hiasan/Rasul

Azli Samad
Perkembangan teknologi maklumat dipercayai dapat melenyapkan atau
mengembangkan sesuatu bahasa. Pada dekad 1990-an sewaktu internet
tersebar luas, tanpa kita sedari bahasa Inggeris sebenarnya telah menjelajah
ke seluruh dunia. Penjajahan bentuk baharu ini mengetepikan semua bahasa
yang ada di dunia ini.

Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa utama dalam aplikasi teknologi


maklumat ini. Jadi, semua bangsa yang ada di dunia ini perlu mempelajari
atau memahami bahasa Inggeris untuk menguasai teknologi maklumat yang
begitu cepat berkembang.

Penjajahan bentuk baharu ini, tidak perlu lagi menghantar angkatan tentera
bersenjata untuk menyerang dan menakluk sesebuah negara. Ia lebih
menumpukan kepada 'penjajahan pemikiran.' Apabila fikiran atau gaya fikir
rakyat sesebuah negara itu dapat dijajah, maka lambat laun rakyat akan
bangun memberontak dan menggulingkan sesebuah kerajaan. Inilah yang
berlaku dalam dunia hari ini.

Perkembangan teknologi komunikasi memberi satu tamparan hebat terhadap


bahasa Melayu. Bahasa Melayu diserang akibat perkembangan teknologi
komunikasi ini.

Generasi akan datang tidak lagi dapat menjiwai bahasa Melayu sebagaimana
generasi sebelum ini. Bahasa Melayu yang suatu ketika dahulu menjadi lidah
atau medium dalam perjuangan bangsa untuk menentang penjajah dan
perjuangan menentang Malayan Union kini dicemar oleh penutur bahasa itu
sendiri.
Sejarah juga membuktikan bahawa bahasa Melayu menempuh beberapa
zaman getir dan mencabar. Kedatangan Portugis, Belanda dan Inggeris
memberi tamparan hebat kepada bahasa Melayu. Justeru, evolusi bahasa
Melayu turut berlaku secara perlahan-lahan kesan daripada penjajahan
berkenaan.

Kini, perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi sekali lagi


menyerang bahasa Melayu, seterusnya mencorakkan bentuk masyarakat
yang baharu, struktur ekonomi baharu yang lebih berpaksi kepada alam maya
serta pasaran sengit dalam pasaran antarabangsa.

Justeru, bahasa Melayu perlu kukuh dan mantap untuk membolehkannya


memperkatakan apa sahaja bidang yang begitu cepat muncul dan
berkembang dalam kehidupan manusia.

Dalam keluaran akhir Februari 2012, The Economist muncul dengan


'Embracing the Future,' mengingatkan penggunaan teknologi atau
kehilangannya. Menurut David

K Harrison, ahli linguistik dari Swarthmore College di Pennsylvania bahawa


teknologi moden dapat menyelamatkan bahasa, di samping
memusnahkannya.

Teknologi ancam bahasa

Harrison yang pernah menjalankan kajian dan menulis kepupusan bahasa


optimis dan percaya bahawa teknologi maklumat sesuatu yang dianggap oleh
ramai orang sebagai ancaman terhadap kepelbagaian bahasa.

Bahasa Melayu rojak kini semakin berkembang tanpa ada sebarang halangan
dan sekatan. Penggunaan bahasa Melayu dalam ruang siber ini menyaksikan
berlakunya ancaman yang ketara, khususnya ruang sembang siber yang
memperlihatkan bahasa Melayu semakin dilacurkan.

Penggunaan bahasa Melayu dalam SMS, Facebook, WhatsApp, Telegram,


WeChat dan berbagai-bagai lagi aplikasi tidak lagi menggunakan bahasa
Melayu yang betul atau standard.
Contoh bahasa Melayu yang sering digunakan di ruang siber adalah seperti:
"Perggh..gempak giler, terbaek, OK..orait, Ellemak ..lupa lak, Eeee..teruknya,
chow, opocot, hek eleh." Singkatan yang sering digunakan pula ialah seperti:
Pulak jadi lak, pergi jadi p, minta diri dulu jadi chow, serta beratus-ratus lagi
atau mungkin beribu-ribu lagi.

Fenomena sebegini dikhuatiri akan mencemarkan nilai asli bahasa Melayu.


Ayat yang dibentuk juga tidak mematuhi hukum tatabahasa bahasa Melayu
dan kelihatan janggal.

Keupayaan bahasa Melayu untuk bertahan dalam era siber banyak


bergantung kepada keupayaan masyarakat penuturnya. Sikap masyarakat
terhadap bahasa Melayu telah menyebabkan kesukaran untuk meletakkannya
di persada antarabangsa.

Ketidakyakinan kita terhadap bahasa ibunda berkembang menjadi bahasa


ilmu dan bahasa antarabangsa mengakibatkan bahasa Melayu terus tercicir
dalam persaingan bahasa lain di dunia. Penutur bahasa Melayu lebih senang
menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa rojak yang kini semakin menjadi
ancaman terhadap kemurnian bahasa Melayu.

Mereka menganggap bahasa Melayu tidak setanding dengan bahasa Inggeris


serta berasakan lebih elit menggunakan bahasa Inggeris, walaupun bertutur
dengan orang Melayu. Mereka juga menganggap bahasa rojak dikatakan
lebih santai dan tidak begitu formal.

Kita juga terpaksa menerima hakikat bahawa bidang teknologi maklumat dan
komunikasi ini adalah ilmu yang datang daripada luar. Ilmu ini tidak dapat
ditemui dalam dunia Melayu. Namun, ini tidak bermakna kita harus kiblatkan
Barat dalam menghasilkan istilah bidang ini.

Merujuk kepada rencana dalam Dewan Bahasa pada bulan Mac tahun 2012,
menyatakan bahawa mengikut Ethnologue, pada tahun 2005, terdapat
sejumlah 6,912 bahasa di dunia. Daripada jumlah itu, 516 menghadapi
ancaman kepupusan.

Guna bahasa lebih santai


Generasi muda hari ini lebih mementingkan bahasa yang mempunyai nilai
ekonomi serta bahasa yang santai dan mudah digunakan dalam ruang siber.
Faktor lain mungkin tidak dipentingkan sangat.

Jika autoriti bahasa itu tidak dipelihara, maka akan terhakislah keutuhan
bahasa Melayu yang dahulunya digunakan sebagai bahasa pergaulan yang
bersifat perhubungan (lingua franca) di wilayah kepulauan Melayu sejak abad
ketujuh pada zaman kerajaan Srivijaya sehinggalah abad ke-14 dan pada
zaman kerajaan berikutnya seperti Empayar Melayu Melaka.

Dengan terhakisnya keutuhan bahasa Melayu, nilai budaya serta identiti


bangsa kita sebagai bangsa Melayu juga akan turut lenyap ditelan zaman.

Mengikut Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah, yang menentukan jatuh


bangun sesuatu bangsa adalah kekuatan asabiyahnya. Salah satu perkara
yang menjadi penentu kepada kekuatan asabiyah itu adalah bahasa yang
menjadi alat komunikasi sesuatu rumpun bangsa.

Menurut Profesor Dr James T Collins, pula apa yang perlu disedari adalah
kewibawaan sesuatu bahasa itu tidak terletak pada wibawa bahasa itu sendiri,
akan tetapi kepada kesetiaan pendokong dan penuturnya.

Sebagai renungan, satu ketika dahulu, apabila pengajaran Sains dan


Matematik dalam bahasa Inggeris diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad pada tahun 2003, pelbagai reaksi yang kita terima bersifat
menentang penggunaan bahasa Inggeris itu terutama daripada mereka yang
kononnya dianggap sebagai pejuang bahasa.

Tetapi kini apabila bahasa Melayu di ruang siber itu dilacurkan setiap saat,
apakah peranan pejuang bahasa itu?

Penulis ialah Felo Kanan Pusat Sains dan Alam Sekitar Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Bahasa Melayu : Cabaran dan Dugaan
Dunia Tanpa Sempadan
Dunia tanpa sempadan, era globalisasi, dan era siber merupakan beberapa nama yang diberikan kepada zaman
sekarang, iaitu abad ke-21. Era siber yang bermula di Amerika Syarikat pada awal abad ke-21 itu telah
melahirkan budaya siber yang begitu berbeza. Konsep budaya siber yang lahir daripada era siber telah mula
diperkatakan oleh William Gibson, yang telah mencipta istilah ruang siber dalam karyanya yang bertajuk
Neuromancer, pada tahun 1984.
Dalam era globalisasi ini kita berdepan dengan konsep dunia tanpa sempadan atau borderless world dan kita
tidak memerlukan sebarang kebenaran untuk mengetahui tentang negara lain. Walaupun jarak beribu batu,
tetapi dengan adanya teknologi, dunia semakin kecil.
Segala aspek kehidupan manusia, termasuk bahasa menghadapi pelbagai cabaran. Salah satu perkara yang
menunjangi perubahan arus perdana dunia siber ini ialah teknologi maklumat (Information technology).
Teknologi maklumat mula bertapak di Malaysia menjelang era 90-an. Kini, teknologi sudah mampu berdiri
teguh membentuk satu revolusi yang baru di negara ini. Aspirasi kerajaan memberi satu pendekatan baru yang
lebih maju dan mampu bergerak seiring dengan arus persaingan pada alaf baru ini.
Teknologi maklumat yang diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektrik
telah menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer, telekomunikasi multimedia,
dan sebagainya. Teknologi maklumat ialah suatu ilmu penggunaan dan satu bentuk komunikasi antara pelbagai
pihak. Teknologi ini berfungsi sebagai medan rangkaian maklumat yang merangkumi semua dimensi
kehidupan manusia.
Era ini juga memperkenalkan kita kepada sistem perhubungan komunikasi yang semakin canggih. Dengan
menggunakan telefon mudah alih yang semakin kecil, kita dapat berhubung ke serata dunia dalam sekelip
mata. Fenomena ini dapat kita beri gelaran sebagai ‘dunia hanya berada di dalam saku kita’ sahaja (Syed
Muhammad Dawilah al-Edrus, 2002).
Apabila membicarakan perkara berkaitan teknologi maklumat (Information technology), tanpa kita sedar kita
juga sedang membicarakan perubahan budaya baharu yang dicetuskan oleh revolusi teknologi maklumat dan
ledakan pengetahuan yang disertai oleh pengaruh globalisasi yang membawa idea liberalisasi budaya dan
bahasa.
Teknologi maklumat memainkan peranan penting dalam hidup manusia masa kini. Teknologi dahulunya
merupakan satu gaya hidup golongan tertentu, kini menjadi satu kemestian dalam kehidupan kita seharian.
Teknologi komunikasi membolehkan kita berkomunikasi pada jarak jauh dan mendapatkan maklumat yang
dahulunya mungkin sukar didapati dengan pantas, cekap, dan banyak. Hari ini, teknologi komunikasi telah
menjadi sebahagian daripada keperluan kehidupan manusia (Musa Abu Hassan, 2002).
Setiap orang tidak mampu untuk menolak gelombang perubahan yang dibawa bersama teknologi maklumat
kerana teknologi tersebut ditunjangi oleh ilmu pengetahuan, maklumat, dan ilmu yang berubah secara pantas.
Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi bertujuan untuk mewujudkan satu golongan
masyarakat yang berteraskan maklumat atau informasi untuk membolehkan mereka bersaing pada peringkat
global. Dewasa ini kita amat sedar perubahan radikal dalam kehidupan kesan pendedahan kepada teknologi
maklumat, tetapi kurang menyedari kesan teknologi tersebut.
Dalam keghairahan kita untuk mempelbagaikan peralatan dan kegunaan teknologi maklumat, kita terlupa
kesan penggunaannya terhadap bahasa Melayu itu sendiri. Menurut Noriah Mohamed (2005) dianggarkan
bahawa 80% tapak jejaring yang kini adalah dalam bahasa Inggeris, walaupun diramalkan bahawa peratusan
itu akan menurun dengan perkembangan tapak jejaring dalam bahasa lain seperti bahasa Peranchis, Sepanyol,
Arab, dan Cina (Awang Sariyan, 2005).
Kenyataan ini memperlihatkan kepada kita betapa kurangnya aktiviti yang melibatkan bahasa Melayu, bahasa
ibunda kita sendiri dalam dunia siber. Tiada usaha dilakukan untuk mempromosikan bahasa Melayu di
peringkat antarabangsa melalui dunia siber. Pelbagai laman web yang diwujudkan di Malaysia menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan bahasa Melayu diletakkan sebagai bahasa alternatif di dalam
laman web tersebut.
Bahasa Melayu suatu ketika dahulu merupakan bahasa yang mengandungi kekayaan dari segi rangkaian dan
bunga bahasanya. Bahasa Melayu digunakan bukan sahaja untuk menyampaikan maksud secara halus dan
tertib, tetapi menggambarkan kepada kita pencapaian kebolehan daya intelektual pemikiran penutur melalui
bahasa kiasan, pantun, perumpamaan, bidalan, dan sebagainya. Malah bahasa Melayu juga diiktiraf sebagai
salah satu bahasa yang memiliki ciri bahasa antarabangsa. Menurut James T. Collins, bahasa Melayu
merupakan sebuah bahasa antarabangsa kerana sentiasa memperlihatkan ciri antarabangsa sejak zaman prasasti
lagi (Azhar Salleh, 2005).
Kehadiran telefon bimbit jenis wap dan android yang berkebolehan menghantar mesej dengan keupayaan e-
mail dan internet, merupakan teknologi yang menuntut supaya dalam perhubungan antara pengguna peralatan
tersebut, bahasa yang digunakan biarlah berbentuk pendek, jelas dan kalau boleh bersifat ikonik. Ini bererti
manusia Melayu yang terbawa dalam arus perkembangan teknologi seperti itu akan kian kurang mengamalkan
kekayaan bahasa, sebaliknya mula mempopularkan bahasa segera.
Kita tidak menafikan kesan positif yang dibawa arus kemajuan teknologi maklumat hari ini, tetapi begitu
bimbang dengan ancaman yang berlaku ke atas sistem bahasa Melayu kesan daripada penggunaan teknologi
tersebut. S. Nathesan (2005) menjelaskan, namun begitu, banyak perkara yang berlaku dalam masyarakat
bahasa tersebut mula diancam. Hal yang sedemikian sudah berlaku dalam kebanyakan bahasa di dunia, dan
bahasa Melayu tidak terkecuali dalam hal tersebut.
Rohaidah Mashudi dan J. Sham Wahid (2005) mengatakan, kecanggihan dalam penggunaan telefon bimbit
juga sebenarnya mendatangkan kegoyahan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dalam dunia
pendidikan. Sekali lagi kedudukan bahasa komunikasi ini diabaikan dan diubah suai, terutama apabila mereka
menggunakan sistem mesej singkat (sms) ataupun pelbagai aplikasi terbaharu seperti Whatapps, Wechat, Line
dan sebagainya.
Kekacauan penggunaan bahasa Melayu dalam komunikasi berantara teknologi seperti telefon bimbit dan
komputer mendapat perhatian daripada beberapa pihak. Fenomena ini dilihat sebagai satu ancaman kepada
penggunaan bahasa Melayu yang lebih harmoni walaupun tidak gramatis. Ada yang berpendapat fenomena
pencemaran bahasa melalui sms ataupun aplikasi perhubungan yang lain dan ruang sembang (chat room) di
internet (facebook, twitter dan lain-lain) bersifat sementara dan akan berakhir apabila teknologi komunikasi
yang lebih canggih diperkenalkan. Kita tidak harus menunggu masa tersebut tiba tanpa apa-apa tindakan dan
kemungkinan keadaan sudah terlewat untuk membetulkan keadaan semasa teknologi komunikasi hari ini
diganti dengan teknologi yang lebih canggih.
Oleh itu, pelbagai persoalan timbul dalam usaha kita untuk memantapkan dan memperkasa pengaruh, peranan,
kedudukan, dan status bahasa Melayu pada era siber yang begitu mencabar ini. Keadaan ini secara langsung
mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara.

Anda mungkin juga menyukai