Anda di halaman 1dari 3

Cadangan Gerak Kerja Penghasilan Proposal Soalan 1 Kerja Kursus Mengikut Turutan.

M.S PERKARA CADANGAN PENERANGAN


Muka
Hadapan

Lampiran 2 dalam Manual Guru













I Soalan Taip semula soalan
II Tajuk Peribahasa yang dipilih
III Senarai Kandungan Bil/Perkara/Halaman
Cth
Bil Perkara Halaman
1 Soalan I
2 Tajuk Kajian II
3 Senarai Kandungan III
4 Permasalahan Tema 1
1. Permasalahan Tema Permasalahan tema yang dikaji adalah Peribahasa
Melayu yang mengandungi kedua-dua unsur flora dan
fauna. Hasil dapatan daripada kajian terhadap
peribahasa Melayu ini, saya akan menghasilkan sebuah
cetakan timbulan iaitu cetakan kayu (woodcut ). Di
antara tokoh cetakan timbulan di Malaysia yang
mengenengahkan tema Peribahasa Melayu di dalam
karya ialah Juhari Said.
2. Ketepatan Tema dan Makna 2.1 Definisi Peribahasa, sejarah
2.2 Senaraikan 10 peribahasa yang mengandungi unsur
flora dan fauna beserta definisi
2.3 Cetakan
i. Pengenalan , Jenis-jenis dan Sejarah Cetakan
Bagi setiap jenis cetakan , beri contoh karya dan
artis/tokoh di dalam dan di luar negara.
3. Penentuan Konsep, Tema dan
Kandungan
2.3 Pilih SATU peribahasa , berikan semula definisi
serta huraian terperinci tentang FLORA dan FAUNA
dalam peribahasa tersebut. Huraian tentang FLORA dan
FAUNA boleh didapati dari ensiklopedia. Sertakan
gambar-gambar berkaitan bersama-sama huraian
tersebut.
Cth: Tikus membaiki labu.
Huraikan maksud tikus, jenis-jenis, tikus yang ada di
negara kita, sifat, ciri, . Begitu juga dengan labu, sama
juga kajiannya.
2.4 nyatakan beberapa contoh peristiwa, isu semasa
atau hasil karya sastera yang dapat dikaitkan dengan
peribahasa tersebut. (Jika bahan tersebut sangat
panjang, cetak sebagai Lampiran).

4. Penentuan bahan, teknik dan gaya
penghasilan
4.1 Cetakan yang Dipilh
i. Bahanhan dan peralatan
ii. Teknik penghasilan cetakan yang dipilih
iii. Biodata tokoh-tokoh cetakan dalam dan luar
negara beserta karya-karya yang dihasilkan. Nyatakan
aliran seni serta gaya penghasilan karya tokoh-tokoh
tersebut.
5 Pernyataan kepentingan projek Hasilkan sebuah esei 150 patah perkataan apakah
kebaikan yang anda dapat daripada kajian kerja kursus
ini.
6. Sumber dan Rujukan. Bibliografi ikut sistem APA yang telah diterjemah oleh
Hassan Mohd Ghazali
http://www.slideshare.net/naninami/cara-
penulisanbibliografi

Suka diingatkan, semasa mendapatkan maklumat dari
internet, jangan lupa save alamat laman web tersebut
(http://....) dan catat untuk tajuk apa. Kalau dah
seronok online dan dapat banyak maklumat, takut anda
terlupa sumbernya dari mana.


Nota : Antara kaedah berdasarkan sumber/elemen yang diperolehi; kebiasaannya:
Melayari Internet: sumber yang dicetak daripada laman sesawang
Cara menulis: nyatakan laman web http; dan tajuk laman sesawang. Nyatakan juga sedikit maklumat yang
diperolehi dari laman sesawang tersebut.

Temu ramah:
Cara menulis: nyatakan nama orang sumber, umur, alamat dan tujuan temuramah
Pastikan juga dapatkan salinan kad pengenalan ataupun dapatkan nama penuh, nombor kp, umur dan
alamat- tujuan untuk menulis sumber rujukan.
Tuliskan dialog

Penyelidikan Perpustakaan: semua sumber bertulis seperti akhbar, majalah, jurnal buku, dll.
pastikan salinan akhbar ada tarikh, halaman, nama akhbar.
Begitu juga maklumat asas majalah dan akhbar mesti lengkap.
Cara menulis: nyatakan akhbar/tarikh/ tajuk,
nama majalah/penerbit/tarikh/tajuk
Melawat Tempat Kajian: seperti melawat Gerai nasi lemak/ Kedai menjahit pakaian/ Kedai membuat labu
sayong/ Kedai membuat grill / pesawah dan lain-lain
Cara menulis: nyatakan alamat penuh tempat kajian/ tarikh melawat dan tujuan atau apa yang diperolehi.
Pastikan ada gambar pelajar sedang buat kajian di tempat kajian dan masukkan gambar itu sebagai elemen


9. Rujukan
Pelajar sering melakukan kesilapan untuk menulis rujukan
Pelajar perlu ada sumber tersebut jika ingin menulis rujukan
kadang-kadang pelajar menulis rujukan tetapi tiada sumber tersebut pada elemen 1.
Kebiasaannya empat sumber rujukan yang berbeza yang mudah diperolehi ialah:
Akhbar
Cara: Nama akhbar, tarikh akhbar, halaman berapa
Berita Harian, 25 Mac 2011, halaman 15.
Internet
Cara: tajuk, alamat laman sesawang
Piagam Pelanggan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, http://www.dbkl.gov.my
Melawat Tempat Kajian
Nama institusi, diikuti alamat penuh/ poskod
Majlis Bandaraya Ipoh, .....alamat....
Majalah
Cara: nama majalah, bulan/ tahun diterbitkan/ halaman / penerbit
Contoh: Dewan Masyarakat, Januari 2010, halaman 16, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Orang sumber
Nama penuh, umur, alamat penuh termasuk poskod.

Wallahualam.
Sumber :
http://anjungilmuwiduri.blogspot.com/2011/03/format-menulis-kajian-sejarah-tempatan.html
http://www.slideshare.net/naninami/cara-penulisanbibliografi

Anda mungkin juga menyukai