Anda di halaman 1dari 4

INTERNET: BAIK DAN BURUKNYA DALAM KALANGAN PELAJAR pengerusi Selamat sejahtera dan Salam 1Malaysia saya ucapkan

kepada sidang pendengar sekalian. Dalam kita mengejar arus kemodenan, internet merupakan satu input dan salah satu penyalur maklumat penting dan terkini. Banyak kebaikan yang didapati menerusi penggunaan internet namun ada juga yang menyalahgunakan internet. Persoalannya, apakah kebaikan dan keburukan internet kepada para pelajar? Lantaran itulah kita telah memilih tajuk INTERNET baik dan buruknya dalam kalangan pelajar. Untuk itu, saya telah menjemput tiga orang ahli panel yang rasanya amat sesuai dalam membincangkan isu ini. Saya perkenalkan di sebelah kiri saya saudari (______________________). Pelajar tingkatan ___, bercita-cita menjadi seorang pendidik, Selamat datang saudari. Seterusnya ahli panel kedua, comel orangnya saudari (_______________), pelajar tingkatan ___, memasang impian untuk menjadi seorang pakar IT.Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu tetapi bijak berkata-kata, saudari (_________________), pelajar tingkatan ____, cita-cita beliau hendak menjadi seorang ahli ekonomi. Semoga impian saudari tercapai. Baiklah sebelum kita mendiskusikan tajuk pada hari ini, saya ingin bertanya kepada saudari P1, apakah maksud internet itu? Silakan. Terima kasih kepada saudari pengerusi, Salam 1 Malaysia kepada para panel dan warga dewan sekalian. Interconnecting Network atau singkatannya Internet merupakan satu rangkaian bersifat global yang menghubungkan lebih daripada seorang pengguna dari seluruh dunia yang membolehkan pertukaran maklumat berlaku. Sistem komunikasi ini boleh diperoleh melalui komputer yang disambungkan dengan talian telefon dan modem. Kini dengan hanya menggunakan telefon bimbit dan peralatan elektronik yang seumpamanya kita boleh mengakses internet. kemajuan yang dicapai dalam sistem telekomunikasi iaitu internet telah membawa perubahan yang besar dalam kehidupan manusia itu sendiri. Terima kasih saudari _________________ . Jadi kita sudah mendapat gambaran yang jelas tentang erti Internet. Persoalannya, apakah kebaikan internet kepada para pelajar? Saya mempersilakan saudari P2 menjelaskannya. Terima kasih saudari pengerusi. Salam 1Malaysia rakan-rakan panel dan hadirin yang saya hormati. Pada pendapat saya, internet banyak membawa kebaikan kepada pelajar. Dalam era globalisasi, ilmu amat penting. Sesiapa yang banyak menguasai maklumat yang mutakhir maka dia tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Internet diumpamakan sebagai sebuah perpustakaan maya yang didalamnya terdapat jutaan informasi atau data yang berbentuk teks, grafik, audio serta animasi dan lain-lain dalam bentuk media elektronik. Dengan adanya kemudahan internet, para pelajar dapat mengakses apa-apa sahaja maklumat yang mereka perlukan dengan cepat dan jelas melalui enjin carian seperti google.com, yahoo.com atau search.com. Dalam erti kata yang lain, saudari P2, maklumat berada di hujung jari. Wah memang hebat sekali internet ini! Tepat sekali, saudari pengerusi (angguk) Terima kasih saudari P2. Adakah pula pandangan saudari P3 tentang kebaikan internet kepada para pelajar? Silakan saudari. Terima kasih saudari pengerusi. Salam 1Malaysia kepada sahabat-sahabat panel dan warga dewan sekalian. Pada pendapat saya, melalui penggunaan Internet, pelajar dapat menjimatkan masa. Hal ini demikian kerana kaedah pembelajaran dan pencarian maklumat cara lama sudah digantikan dengan cara yang lebih mudah dan pantas. Kalau kita bandingkan zaman dahulu, pelajar perlu mencari guru atau ke perpustakaan untuk memperoleh sumber maklumat. Tetapi pada masa kini, dengan adanya internet, pelajar tidak perlu bersusah payah untuk menyelak helaian buku rujukan yang tebal dan memeningkan kepala. Pelajar hanya perlu menekan papan kekunci pada komputer untuk mendapat sumber rujukan dengan mudah dan cepat. Malah internet

Pengerusi Panel 1

pengerusi Panel 2

Pengerusi Panel 2 Pengerusi Panel 3

Pengerusi Panel 1

mudah digunakan. Bukan sahaja dapat menyalurkan maklumat dengan pantas malah internet ini bersifat mesra pengguna . Saya setuju dengan pandangan saudari panel 3. Maafkan saya saudari pengerusi, izinkan saya menambah. ( Pengerusi: Silakan saudari) Selain daripada menjimatkan masa, Internet juga merupakan sumber media alternatif pembelajaran yang baru dalam kalangan pelajar. Pembelajaran secara interaktif melalui internet akan menambah pemahaman pelajar memandangkan pelajar mempunyai cara penerimaan yang berbeza. Pembelajaran secara audio visual bagi mata pelajaran seperti matematik, sains, geografi dan seumpamanya menjadikan proses pembelajaran itu semakin menyeronokkan. Pelajar bukan sahaja akan tertarik dengan pendekatan baru ini malah pelajar akan berfikir secara kritikal. Malah pada masa kini, terdapat banyak universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh dengan menggunakan internet. Proses pembelajaran dilakukan secara langsung. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakukan secara maya dan pelajar hanya mengaktifkan sidang video untuk menghadiri kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian juga boleh melalui Internet. Oh, begitu. Internet bukan sahaja banyak memberi kebaikan kepada para pelajar sekolah malah penuntut di institusi pengajian tinggi. Saya sependapat dengan saudari pengerusi dan rakan-rakan panel. Maafkan saudari pengerusi. Sudah tentu saudari panel 2, silakan Terima kasih. Selain yang dikatakan oleh saudari P1 tadi, Dari segi komunikasi, internet pula adalah saluran yang sangat efektif dan efisien untuk dijadikan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan. Penggunaan perisian seperti Yahoo Messenger, Skype, serta laman sosial seperti Facebook dan Twitter telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak. Bukan sahaja mudah digunakan malah menjimatkan kos terutamanya pelajar yang jauh dengan keluarga. Jelasnya, kebaikan penggunaan internet dalam kalangan pelajar juga dapat mendekatkan perhubungan di antara sahabat mahupun keluarga yang jauh di perantauan. Kata orang yang jauh didekatkan, yang dekat dieratkan. Jauh di mata tetapi dekat di hati. Ternyata penggunaan internet sedikit sebanyak mempengaruhi budaya pergaulan sesama manusia. Kalau dahulu kita hanya bersemuka atau berhubungan melalui telefon tetapi kini kita sudah ada Internet yang menjanjikan kita pelbagai kaedah untuk lebih kenal-mengenali antara satu sama lain. Tepat sekali saudari pengerusi. Terima kasih. Sidang pendengar yang setia. Jelasnya, internet banyak memberi kebaikan yang variasi kepada pelajar. Namun setiap sesuatu perkara mempunyai hitam dan putih, pro dan kontranya. Oleh itu, apakah keburukan internet dalam kalangan pelajar? Saya utarakan soalan ini kepada saudari P3 untuk menjelaskannya. Silakan Terima kasih saudari pengerusi. Tiada ciptaan manusia yang sempurna. Hal ini juga sama dengan internet. Internet dapat melekakan seseorang pelajar. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata. Masa yang sepatutnya diperuntukkan dengan mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja. Keseronokan menghabiskan masa di alam maya telah membuatkan mereka lupa untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Kesannya, pelajar akan ketinggalan dari segi akademik Memang benar apa yang dinyatakan oleh saudari P3. Maafkan saya saudari pengerusi izinkan saya menambah. (Pengerusi: Silakan saudari) Selain itu, Penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan

Pengerusi Panel 2 Pengerusi Panel 2

Pengerusi

Panel 2 Pengerusi

Panel 3

Panel 2

Pengerusi Panel 1

Pengerusi

Panel 3

Panel 1 Pengerusi Panel P1

Pengerusi

Panel 2

pengerusi Panel 3

pelajar menjadi malas untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan berpersatuan tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Mereka lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Di samping menjadikan pelajar malas mengikuti aktiviti kokurikulum , timbul juga masalah sosial yang turut menjadi bebanan kepada masyarakat. Pelajar yang mengunjungi kafe siber akan lebih terdedah dengan masalah sosial seperti merokok, melepak atau gengsterisme. Kembali kepada saudari pengerusi. Terima kasih saudari P2 dan P3. Bagaimana pula dengan pendapat saudari P1? Silakan Saudari pengerusi dan hadirin sekalian. Pada hemat saya, keburukan internet dalam kalangan pelajar ialah maklumat negatif yang terdapat di dalam internet mampu merosakkan akhlak. Contohnya, melalui Internet ini, pelajar suka mengetahui sesuatu yang dilarang seperti melayari laman sesawang yang mengandungi unsur seks dan cara hidup orang asing yang tidak sesuai dengan budaya kita. Malah mereka cuba meniru aksi dan tingkah laku tidak baik sebegini. Hal ini memberi kesan yang tidak baik dan boleh merosakkan cara hidup kita yang bersopan-santun dan bertatasusila. Yang lebih membimbangkan kita ialah laman sesawang yang berbentuk pornografi akan mempengaruhi pemikiran pelajar sehingga mereka berani melakukan perbuatan negatif seperti hubungan seks bebas. Yang lebih dahsyat lagi, mereka tergamak melakukan jenayah seks seperti kes rogol, cabul kehormatan, dan sebagainya Tidak disangka bahawa internet membawa keburukan sehingga internet dianggap sebagai musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan. Terlintas dalam fikiran saya, satu artikel yang pernah saya baca tentang obsesi atau ketagihan internet boleh mengganggu kesihatan psikologi pelajar? Apa pandangan saudari panel 3 tentang hal ini? Terima kasih saudari pengerusi. Penggunaan internet secara tidak terkawal akan menyebabkan ketagihan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Norazimah Ibrahim, Unit Pengurusan Psikologi(UPPSI), beliau mengatakan bahawa obsesi atau ketagihan internet boleh menyebabkan masalah psikologi kepada seorang pelajar. Pelajar ini akan menunjukkan simptom mengurung diri dalam bilik,tidak bergaul secara realiti,pendiam, memencilkan diri dan lebih suka menghabiskan masa dengan komuniti maya. Kesannya, hubungan sesama ahli keluarga semakin renggang. Saya setuju dengan kata-kata saudari P3. Maafkan saya saudari pengerusi. Silakan saudari. Seperti yang diterangkan oleh saudari P1, disebabkan mentaliti pelajar yang terganggu kerana ketagihan dengan internet, nescaya kesihatan pelajar juga turut terjejas.Kesihatan pelajar terganggu apabila pelajar terlalu khusyuk mengadap komputer sehingga memberikan impak buruk terhadap tubuh badan. Contohnya sakit sendi, pening kepala, terjejasnya penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer akibat pendedahan yang terlalu lama. Kembali kepada saudari Pengerusi. Terima kasih para panel atas idea-idea yang diutarakan . Hadirin sekalian, ternyata Internet merupakan senjata era globalisasi. Seperti pisau, ia boleh digunakan untuk kebaikan dan juga untuk keburukan Walaupun internet banyak membawa kebaikan kepada pelajar tetapi jika disalahgunakan akan mengundang masalah yang tidak dapat dibaiki . Bak kata peribahasa, terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan tiada gunanya. Oleh sebab masa tidak mengizinkan, sebelum kita menutup tirai forum kita pada hari ini, apa kata kita mendengar harapan para panel tentang topik pada hari ini. Kita mulakan dengan saudari P2. Silakan Terima kasih saudari pengerusi . Saya berharap agar para pelajar menggunakan internet dengan cara yang betul. Pelajar perlu sedar bahawa mengejar keseronokan semata-mata tidak mendatangkan kebaikan malah menyebabkan pelajar terjerumus dalam tanah jerlus yang memerangkap diri pelajar itu sendiri. Oleh itu, gunakanlah internet secara bijak dan berdisiplin untuk memanfaatkan ilmu atau maklumat yang disalurkan melalui internet Bagaimana pula dengan saudari P3? Silakan Terima kasih saudari pengerusi. Internet sebenarnya teknologi yang dicipta untuk kemudahan manusia. Oleh itu, kematangan berfikir adalah diperlukan apabila menggunakan internet.

Pengerusi Panel 1

Saya berharap agar pelajar sedar dan bersyukur kerana internet merupakan satu wadah yang membolehkan pelajar meneroka ilmu pengetahuan yang setanding dengan pelajar-pelajar di dunia. Sebagai pelajar, kita sewajarnya memiliki daya tapis dan boleh membina nilai-nilai positif demi sebuah kehidupan yang bahagia, sejahtera dan selamat. Demikianlah harapan saya saudari pengerusi. Saudari P1? Silakan Terima kasih saudari pengerusi. Harapan saya ialah ibu bapa dan guru harus memantau dan membimbing pelajar dalam penggunaan internet kerana mereka merupakan insan yang naf. Kawalan dan pengawasan ibu bapa dan guru adalah penting agar generasi muda dapat memanfaatkan internet demi melahirkan masyarakat berilmu di negara ini. Terima kasih atas segala buah fikiran yang diberikan oleh para panel Hadirin sekalian, Budaya internet yang telah berkembang ekoran majunya sains teknologi dan sains komputer, yang sudah pun kita terima sebagai suatu ilmu yang diperlukan mengikut peredaran zaman. Kehadirannya bukan untuk disekat, tetapi para pelajar hendaklah mempunyai kekuatan dan kekebalan peribadi dan dalaman agar tidak mudah terpengaruh dengan elemen negatif yang terdapat di dalamnya. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat penting agar anak watan peneraju negara dapat dibentuk mengikut acuan yang betul demi melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sekian terima kasih.

Pengerusi

Pengerusi : Grace Chin Panel 1: Ho Li Ying Panel 2 : Ruth Pang Panel 3: Deffany Chung/ Jessica Chin

Anda mungkin juga menyukai