Anda di halaman 1dari 1

RUMUSAN (20%) Baca rencana di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang masalah yang

dihadapi oleh guru pada masa ini dalam usaha mendisiplinkan pelajar. Panjang rumusan anda hendaklah antara 100 hingga 120 patah perkataan. Institusi sekolah dan guru pada hari ini dianggap sebagai budaya dan bukan lagi institusi yang memberikan ilmu kepada murid-murid. Itulah sebabnya para ibu bapa menganggap bahawa guru dibayar gaji untuk membantu anak mereka lulus dalam peperiksaan. Tugas guru sebagai penyalur pengetahuan tidak lagi dipandang tinggi malah diperleceh dan dianggap sebagai memang kerja dia. Tanggapan inilah yang harus dibetulkan. Dahulu para pendidik mempunyai status yang tinggi dalam hierarki hidup masyarakat, tetapi kini tidak demikian lagi. Hal ini demikian kerana para pelajar hari ini disuguhi pelbagai kemewahan oleh ibu bapa sendiri. Fenomena yang biasanya berlaku sekarang ialah para guru menunggu bas manakala murid menunggu pemandu peribadi mereka untuk pulang apabila selesai sesi sekolah. Tidak kurang yang memandu kenderaan sendiri ke sekolah dan amat biasa juga telefon bimbit kelihatan di tangan mereka. Kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik menyebabkan rasa hormat mereka kepada guru mereka berkurang. Guru sering dipandang rendah dan sebagai akibatnya mereka tidak takut untuk melawan guru, ditambah pula dengan peranan media sebagai pencanai berita. Kasihan para guru. Berita tentang kejadian segelintir guru memukul murid sering menjadi berita sensasi pihak media. Begitulah kata orang, seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit. Dalam pada itu, kereta guru terus digores, malah ada yang dipecahkan cerminnya dan dibocorkan tayarnya. Nama-nama guru sering terpapar di dinding tandas, tangga dan kantin dengan kata-kata makian serta cercaan semata-mata. Inilah antara balasan yang diterima oleh para guru kerana menghukum pelajar yang berambut panjang, merokok, ponteng sekolah , dan yang melanggar pelbagai disiplin. Adakah pihak media dan masyarakat mengambil kisah tentang keadaan yang dihadapi oleh para guru ini dan bersimpati kepada mereka? Kejadian pelajar memusnahkan kereta guru bukanlah perkara baru. Kejadian ini sudah lama berlarutan tetapi media tidak menganggapnya sebagai bahan sensasi. Sebenarnya, kejadian ini sudah ketara sekali seriusnya hingga menyebabkan para guru, terutamanya guru disiplin memohon ihsan pihak Kementerian Pendidikan untuk menginsuranskan kereta mereka. Oleh itu, semua pihak termasuk ibu bapa dan media perlulah lebih adil dan rasional apabila berdepan dengan kes guru memukul anak mereka. Tidak ada seorang guru pun yang mahu memukul muridnya sesuka hati tanpa sebarang sebab. Mereka tahu akan natijahnya jika mereka memukul murid. Sebaliknya, ibu bapa harus sedar bahawa tugas guru bukannya sekadar memberikan ilmu pengetahuan dan mendidik. Guru bertanggungjawab mendisiplinkan para pelajar, suatu proses pembudayaan yang jarang-jarang diterima pelajar sewaktu di rumah. TATABAHASA (10%) Bubuh imbuhan yang sesuai pada kata dasar di bawah. Walaupun keadaan ekonomi banyak negara di dunia lembab, namun keadaan ekonomi Malaysia kembang pesat sejak lima tahun belakangan ini. Kembang ini menjadikan Malaysia salah sebuah negara yang berjaya di rantau Asa Tenggara. Kejayaan ini cermin kejayaan dasar-dasar yang laksana dan keupayaan kerajaan membuat sesuai dasar. Sambil berbangga akan kejayaan yang kita capai selama ini, kita harus lipat ganda usaha serta daya saing bagi membolehkan kita menghadapi cabaran pada tahun yang akan datang. Kita harus tingkat keupayaan teknologi dalam negara, daya saing perkilangan, selidik dan bangun, serta mengikuti perkembangan yang berlaku di dunia dengan teliti supaya kita dapat ubah suai dasar-dasar kita untuk kekal pertumbuhan ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai