Anda di halaman 1dari 1

Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti.

Kemudian, buat suatu rumusan tentang tanggungjawab dan peranan wanita. Panjang rumusan anda itu hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan Pada zaman dahulu, diskriminasi antara kaum wanita dan kaum lelaki sering berlaku. Sebagai contoh, dalam bidang pekerjaan, kaum wanita akan menerima gaji yang lebih rendah berbanding dengan kaum lelaki walaupun mereka melakukan kerja yang sama. Namun, berkat usaha yang berterusan oleh kaum wanita, akhirnya mereka mendapat hak yang sama dengan kaum lelaki. Yang lebih membanggakan, kini ada kaum wanita yang menyandang jawatan-jawatan professional yang dahulu hanya dikuasai oleh kaum lelaki seperti juruterbang, doktor, peguam, dan sebagainya. Sebagai contoh, kejayaan Datuk Dr. Zeti Akhtar Aziz yang dilantik menjadi Gabenor Bank Negara berkuat kuasa pada 1 Mei 2000. Kejayaan Datuk Dr. Zeti itu adalah satu daripada beberapa penghormatan yang diberikan oleh kerajaan kepada kaum wanita di seluruh dunia. Datuk Dr. Zeti merupakan wanita pertama yang menjada Gabenor Bank Negara di Malaysia. Begitu juga halnya dengan datuk Dr. Mazlan Othman yang merupakan wanita pertama di Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam bidang astronomi. Selain mereka, banyak lagi kaum wanita yang telah berjaya dalam pelbagai bidang. Oleh hal yang demikian, sikap memandang rendah terhadap kemampuan kaum wanita dapat dikikis. Malah kini, kaum wanita merupakan golongan pekerja yang penting dan produktif untuk membangunkan keluarga, agama, bangsa, dan negara. Keadaan ini menyebabkan tugas kaum wanita pada alaf baru ini bertambah hebat dan mencabar. Tugas dan peranan wanita sebagai tonggak kesejahteraan keluarga tidak dapat dinafikan.Isteri merupakan orang yang banyak memberikan dorongan kepada suami. Ibu pula merupakan orang yang banyak mengasuh dan membimbing kita menjadi insan yang berguna.. Ibulah yang banyak memberikan kita kasih saying yang tidak ternilai harganya. Tanpa ibu, kehidupan kita mungkin kurang terurus dan ketandusan kasih sayang. Oleh itu, ibu tetap menjadi orang yang paling kita hormati dan kita sayangi di dunia ini. Selain itu, wanita turut menggerakkan ekonomi negara. Tanpa pekerja wanita, sector perindustrian negara mungkin mengalami masalah kekurangan pekerja. Dengan adanya tenaga pekerja wanita, negara kita dapat mengurangkan bilangan pekerja warga asing di negara kita. Yang lebih membanggakan pekerja wanita merupakan pekerja yang berdisiplin dan mengikut arahan pihak majikan. Dalam bidang kemasyarakatan, kaum wanita berfungsi dengan berkesan sebagai tonggak yang menyokong hal-hal kemasyarakatan seperti kenduri-kendara dan sebagainya. Wanita juga menyokong aktiviti-aktiviti seperti memungut derma untuk kebajikan jika berlaku sesuatu kemalangan atau bencana alam. Tegasnya, sesuatu kegiatan yang dijalankan tidak akan berjalan lancer tanpa bantuan kaum wanita. Menyedari kepentingan dan sumbangan kaum wanita kepada masyarakat dan pembangunan negara, pihak kerajaan melalui kementerian tertentu, telah mewujudkan hari-hari tertentu bagi mengiktiraf sumbangan dan kedudukan wanita dalam masyarakat seperti Hari Wanita Sedunia, Hari Jururawat, Minggu Setiausaha, Hari Ibu dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai