Anda di halaman 1dari 1

UJIAN BULAN JANUARI BAHASA MALAYSIA:

RUMUSAN (30m)

Kelas Senior Tiga

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buatlah suatu rumusan tentang cara-cara untuk menghadapi krisis air. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pernahkah masyarakat terfikir, betapa susahnya mendapat air bersih. Cuba lihat di persekitaran kita, sampah sarap dibuang di merata-rata sehingga mencemar sumber air seperti sungai dan laut. Selain itu, kawasan tadahan diganggu dengan menebang pokok tanpa kawalan, bukit diratakan, kawasan lapang diturap dengan simen, kurang inisiatif melaksanakan kitar semula, dan seribu satu macam yang mencemarkan sumber air. Dalam hal ini, rakyat tidak seharusnya mengambil kesempatan terhadap jumlah taburan hujan di negara ini untuk melakukan pemba iran air. !alaupun "alaysia menerima taburan hujan yang banyak setiap tahun, namun tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak melaksanakan penjimatan air. #al ini adalah kerana air dibekalkan kepada pengguna melalui proses yang rumit sebelum sampai ke rumah. $idak rugi masyarakat menjimatkan air sebelum masanya terlewat. %ita tidak dapat nafikan bahawa sebahagian besar sumber air di negara ini bergantung pada taburan hujan yang banyak. Sumber air negara hanya tertumpu kepada bulan tertentu yang mendapat hujan lebat, iaitu empat hingga lima bulan dalam setahun. Sementara pada bulan selebihnya, sama ada mempunyai taburan hujan yang sedikit atau mengalami musim kering, iaitu kemarau, kesannya bekalan air menjadi kurang, sementara paras sungai dan kelajuan air menurun menyebabkan sumber air yang tidak cukup untuk menampung permintaan pengguna. &usteru, sebagai persediaan menghadapi krisis air setiap isi rumah sepatutnya menyediakan lebih daripada satu tangki simpanan air sebagai alternatif jika terputus bekalan air. Pengguna juga boleh mencari alternatif pembekalan dengan menyediakan tangki simpanan bawah tanah, sementara kerajaan pula membina empangan bagi menampung permintaan pengguna yang semakin bertambah. Selain itu, inisiatif yang dilakukan oleh sesetengah pemaju perumahan atau pengguna sendiri adalah dengan memasang peralatan penjimatan air secara berterusan, melaksanakan pembangunan mapan, dan memulihara hutan terutama kawasan tadahan. %ita harus berikhtiar dan mencari cara-cara untuk mengekalkan air supaya berfungsi dan bermanfaat kepada kita. Sehubungan dengan itu, "ajlis 'ir "alaysia yang ditubuhkan perlu menyelaraskan pentadbiran air di seluruh negara. Pihak berkuasa tempatan pula harus berganding bahu dengan pihak kerajaan dengan menyahut seruan untuk menjimatkan penggunaan air. Perkara yang penting dalam usaha menangani masalah bekalan air ialah kita tidak harus menuding jari kepada faktor alam semula jadi sahaja kerana faktor kelemahan manusia juga amat ketara. (Diubahsuaikan daripada )&imat 'ir utnuk "asa Depan, Berita Harian* TATABAHASA (10m) Bina SATU ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda aham akan penggunaan dan maksudnya. (i* (ii* "eninjau "elihat

(iii* (i+*

"eneliti "enonton

(+*

menjenguk

Anda mungkin juga menyukai