Anda di halaman 1dari 4

TAJUK FORUM : INTERNET BAIK BURUKNYA INTERNET DALAM

KALANGAN PELAJAR

Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh Warga dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang
Forum Remaja. Topik kita pada hari ini INTERNET baik buruknya Internet
dalam kalangan pelajar. Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang
tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga
dewan kita khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan
tiga orang ahli panel kita pada hari ini . Baiklah di sebelah kanan saya,
ahli panel pertama,saudari (NurMaizatul Akmam Matusin). Selamat datang
saudari. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari
(Halimaton Nadzirah Rahman). Selamat datang saudari. Dan di hujung
sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari (Najwa Mahmood).
Selamat datang juga buat saudari. Baiklah sebelum saya menyimpang
lebih jauh , soalan saya pada panel pertama, apakah maksud internet
yang di uar-uarkan oleh remaja mahupun orang yang sudah berusia pada
masa kini?

Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi, Internet


bermaksud penghubung di antara pengguna-penggunanya . ramai yang
menggunakn internet pada msa kini untuk bertujuan meninmba ilmu
ataupun mencari pekerjaan. Walau bagaimanpun , internet ini dapat
mendekatkan hubungan kita dengan keluarga atau sahabat-sahabat yang
jauh di perantauan .

Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar


tadi panel pertama ada menyatakan bahawa penggunaan internet dapat
mendekatkan perhubungan di antara sahabat mahupun keluarga yang
jauh di perantaun, bolehkan saudari terangkan bagaimana untuk
mendekatkan perhubungan tersebut dengan menggunakn internet?

Panel Kedua: Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu
persatu. Seperti yang kita ketahui, masyarakat sekarang ramai yang
menggunakan perhubungan yang sangat mudah untuk di gunakan.
Banyak contoh yang terdapat di dalam penggunaan internet untuk
menghubungkan talian tersebut. Seperti emel , facebook , myspace dan
sebagainya . walaubagaimanapun , tidak ke semuanya menganggap
penggunan komuniti ini bagus , ada juga yang menganggap ia sebagai
satu benda yang buruk.

Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang
lagi bersuluh bahawa internet adalah penghubung yang sangat mudah
untuk di gunakan. Tidak semua penggunaan internet ini ada baiknya ,
tetapi sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai keburukan
menggunakan internet , apa kata panel ketiga mengemukakan pandangan
beliau mengenai penggunaan internet juga boleh digunakan untuk
menimba ilmu atau mencari pekerjaan? Silakan saudari.

Panel Ketiga : Terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam
majlis forum ini, antara kebaikan penggunaan internet ini adalah untuk
menimba ilmu atau mencari pekerjaan. Terdapat banyak laman web yang
mengutarakan tentang pendidikan ataupun pekerjaan. Pada masa kini
juga, ramai remaja yang hanya duduk di rumah sementara menunggu
keputusan peperiksaan di keluarkan, tidak ada salahnya untuk mencari
pengalaman bekerja sementara menunggu. Banyak masa yang terbuang
jika remaja hanya duduk di rumah ataupun hanya duduk lepak bersama
kawan tanpa arah tuju. Remaja boleh melayari internet untuk mencari
pekerjaan. Walaupun ianya hanya sementara, tetapi sekurang-kurangnya
masa itu tidak di buang begitu sahaja. Pepatah menyatakan bahawa Masa
itu Emas, oleh itu kita harus sama-sama menghargai setiap detik yang
berlalu dengan mengisikannya dengan benda yang bermanfaat.
Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan bahawa internet juga
menyediakan pekerjaan-pekerjaan untuk remaja yang sedang menunggu
keputusan peperiksaan. Betul kata panel kita yang ketiga tadi, adalah
lebih baik remaja mencari kerja sementara menunggu keputusan di
keluarkan. Baiklah, itu antara kebaikan-kebaikan yang terdapat dalam
penggunaan internet. Sekarang kita beralih pula kepada keburukan
menggunakan internet. Soalan saya kembali kepada panel kita yang
pertama, apakah antara keburukan yang terdapat dalam penggunaan
internet?
Panel Pertama: Daripada sudut negetif pada penggunaan internet
memang ada. Namun, ianya tidak harus dijadikan penghalang pada
pelajar untuk menggunakannya. Banyak kes yang terjadi melalui internet.
Antaranya penipuan melalui laman web yang kini kian bermaharajalela.
Bagi yang tidak mengetahuinya, kemungkinan akan menjadi mangsa
kepada sindiket penipuan ini. Mereka berkemampuan untuk mendapatkan
wang mangsa dengan berbagai-bagai cara. Adakalanya ia berlaku di luar
sedar mangsa. Ini kerana penganjur penipuan ini menggunakan taktik
psikologi sehingga mangsa mempercayai dakwaan sindiket itu. Biasanya
penipuan ini menghubungi mangsanya melalui emel yang biasa
digunakan oleh para pelajar. Berikut adalah beberapa contoh penipuan
yang boleh anda dapati melalui laman web.
Pengerusi: terima kasih atas pendpat panel kita yang pertama mengenai
keburukan internet tersebut . kita sendiri dapat lihat , banyak penipuan
yang berlaku dan disebarkan melalui internet . apakah contoh lain selain
penipuan yang terdapat dalam internet , soalan ini saya ajukan kepada
panel kita yang kedua . silakan .
Panel Kedua:Terima kasih saudari pengerusi, antara contoh lain yang
terdapat dalam penggunaan internet ialah laman web yang yang
berunsurkan pornografi. Pelajar zaman sekarang ramai yang mengetahui
internet menyediakan laman web yang berunsurkan pornografi
membuatkan pelajr rasa ingin mengetahui isi kandungnya. Ini adalah
salah satu sebab kenapa di nyatakan bahawa internet juga ada buruknya.
Tanggungjawab ibubapa harus ditekankan lagi bagi menjaga setiap
perbuatan yang anak mereka lakukan. Ini semua akan menjejaskan
pelajaran mereka. Otak mereka akan menjadi sempit dan cetek.
Pengetahuan mereka hanya setakat itu sahaja. Mereka akan menumpukan
pada laman web yang berunsurkan pornografi ini. Ibu bapa harus
memantau anak-anak mereka semasa menggunakan internet.
Panel Pertama: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah
sedikit apa yang dikatakan saudari panel kedua.
Pengerusi: Silakan saudari.
Panel Pertama: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa pelajar sekarang
lebih social berbanding dengan pelajar dahulu. Sikap ingin lebih tahu
tertumpu kepada mereka. Kita tidak boleh menyalahkan laman web yang
menyediakan unsur-unsur sedemikian, tetapi ibubapa harus mendidik
anak-anak mereka dengan lebih tegas. Penggunaan internet juga ada
batasnya, ibubapa boleh menterhadkan penggunaan internet tersebut.
Ibubapa boleh menghalang kemasukan untuk laman web yang
berunsurkan benda negetif.
Pengerusi: Terima kasih saudari. Jika panel kedua kita tadi menyebutkan
tentang laman web yang berunsur pornografi , saya pasti ramai yang
ingin tahu apakah pendapat bagi panel kita yang ketiga mengenai
keburukan menggunakan internet . silakan saudari .
Panel Ketiga : terima kasih. Saya amat bersetuju dengan pendapat yang
diberikan oleh panel pertama dan kedua kita tadi. Bagi pandangan saya,
terlalu banyak keburukkan yang terdapat dalam penggunaan internet
tersebut. Bukan setakat penipuan atau pun laman web yang berunsurkan
pornografi. Malah banyak lagi yang terdapat di dalam internet tersebut.
Bagi saya, kita harus berhati-hati dengan menggunakan internet. Jika kita
bijak menggunakannya, benda negetif yang terdapat di dalam internet
tersebut tidak akan menjejaskan penggunaan yang baik.
Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita
kerana sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga
apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar
telinga kiri. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir
mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya
dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini.(tepuk
tangan).Kesimpulannya pengguaan internet bukan sahaja di sediakan
untuk kebaikan , malah keburukkan juga terdapat dalam kandungan isi
internet . pengayuh sudah ditangan , perahu sudah di air fikir-fikirkan
dan jangan sekali berhenti berfikir!! Usah menepuk dada menanya selera
tetapi tepuklah dahi, bukalah minda, dan fikir-fikirkanlah!! Internet
merupakan pemangkin negara! Terimalah serangkap pantun indah
daripada saya

Tuailah padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam,

Orang putih, orang Pakistan,


Terima kasih syukran jaziilan.

Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum


Warahmatullahhiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai