Anda di halaman 1dari 2

.

Hujah saya yang kedua ialah atas kata kunci penggunaan


internet melalai dan
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang saya hormati
para panel hakim yang adil lagi bijaksana, barisan para melekakan terutama bagi golongan remaja dan pelajar
pencadang sekalian, dan para hadirin yang saya sekolah. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh saya tak
muliakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta kata. bagi kanak-kanak sekolah, Internet membolehkan
salam satu Malaysia. mereka bermain permainan yang terkini. Selain
membuang masa, mereka juga membazirkan wang.
Berdirinya saya pada hari ini, dengan membawa tugasan
Mereka lupa pada pelajaran akibat terlalu leka dengan
untuk membangkang tajuk perbahasan pada hari ini iaitu
permainan yang menjadi minat mereka. Masa mereka
‘Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan
banyak dihabiskan di depan komputer dan hal ini boleh
daripada Keburukan’. Kam barisan pihak pembangkang
menyebabkan hubungan mereka dengan ibu bapa dan
amat tidak bersetuju dengan penyataan tajuk tersebut
keluarga menjadi renggang. Hal ini bukan sahaja berlaku
kerana penggunaan internet sebenarnya membawa lebih
pada kanak-kanak sekolah tetapi bagi pelajar-pelajar
banyak keburukan daripada kebaikan.
pusat pengajian tinggi. Keseronokan dan tumpuan pada
Para hadirin sekalian, aktiviti Internet Relay Chatting (IRC) yang berlebihan
menyebabkan mereka leka pada Internet dan tidak
Sebagai pihak pembangkang yang pertama, sebelum saya memberikan tumpuan yang sebaiknya pada pelajaran.
mengemukakan hujah-hujah saya dengan lebih bernas Ada antara mereka berbual kosong atau sekadar
dan panjang lebar , lebih baik jika kita memahami tajuk memulakan perkenalan yang akhirnya tidak
perbahasan kali ini iaitu ‘Penggunaan Internet Lebih mendatangkan faedah tetapi menyebabkan mereka
Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan’. Oleh menanggung bil penggunaan Internet yang tinggi. Sudah
itu, izinkan saya menerangkan apakah yang kita faham terang lagi bersuluh, internet jelas membawa keburukan
dengan Internet. Internet boleh kita fahami sebagai satu daripada kebaikan.
sistem maklumat global melalui telekomunikasi yang
semakin canggih kini. Memang tidak dapat dinafikan,
segala bentuk maklumat dapat kita peroleh daripada
Hadirin yang dikasihi sekalian,
penggunaan Internet ini, namun ternyata penggunaan
internet akan membawa lebih keburukan daripada Hujah saya yang ketiga, atas kata kunci internet
kebaikan. menyebabkan hubungan sosial dalam masyarakat yang
semakin rapuh akibat terlalu memberi tumpuan kepada
penggunaan Internet. Sebagai contoh untuk menguatkan
Hujah saya yang pertama sekali ialah atas kata kunci hujah saya, golongan yang dapat melayari Internet di
penggunaan internet akan menyemai sikap buruk dalam rumah akan jarang keluar bergaul dengan orang lain dan
jiwa individu. Maklumat tanpa sekatan dalam Internet ini masyarakat kerana terlalu asyik melayari Internet
memberi peluang kepada pelajar dan sesiapa sahaja sehingga kegiatan masyarakat pun tidak diambil
untuk mengetahui apa yang berlaku dan terkandung perhatian. Malah, di pusat-pusat Internet, kegiatan tidak
dalam Internet. Lebih malang lagi apabila bahan yang baik boleh wujud akibat penggunaan Internet.
diperolehi mampu merosakkan akhlak. Contohnya, Contohnya, kewujudan kegiatan perjudian melalui
melalui Internet ini, orang ramai suka mengetahui Internet. Hal ini tidak dinafikan apabila terdapat aktiviti
sesuatu yang dilarang seperti melayari laman web penjudian yang meliputi banyak tempat dan
tentang seks dan cara hidup orang asing yang tidak kemungkinan juga berlaku pengaduhan apabila aktiviti
sesuai dengan budaya kita. Malah mereka cuba meniru berjudi dan bertaruh dijalankan.
aksi dan tingkah laku tidak baik sebegini. Hal ini memberi
Hadirin yang dihormati sekalian,
kesan yang tidak baik dan boleh merosakkan cara hidup
kita yang bersopan-santun dan bertatasusila. Justeru, ini Hujah saya yang keempat , atas kata kunci penggunaan
jelas menunjukkan bahawa internet membawa internet boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal
keburukan kepada penggunanya terutama golongan penggunanya. Selalunya pengguna Internet meluangkan
remaja. masa yang lama untuk melayari Internet. Adakalanya
sampai lewat malam dan tidak kurang pula hingga awal
pagi. Hal ini menyebabkan mereka kurang tidur dan
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. rehat. Akibatnya, kesihatan mereka tidak terjejas dan
minda menjadi penat dan beku sehingga tidak boleh
berfikir dengan baik. Bagi pelajar sama ada di sekolah
atau di pusat-pusat pengajian tinggi, keadaan ini
melemahkan minda mereka untuk menerima ilmu yang
telah diajar oleh guru-guru. Lebih malang lagi apabila
pelajar tidur di dalam kelas kerana mengantuk. Keadaan
ini perlu dibanteras jika ingin mencapai hasrat negara
melahirkan remaja cemerlang.

Hujah saya yang kelima atas kata kunci , penggunaan


Internet boleh menyebabkan penyebaran maklumat-
maklumat palsu tentang sesebuah negara yang dilakukan
oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk menjatuhkan
sesebuah kerajaan. Keselamatan sebuah negara boleh
menjadi porak-peranda apabila ada antara masyarakat
dunia yang mungkin mempercayai maklumat-maklumat
palsu yang mereka perolehi melalui Internet dan yang
paling ditakuti sekali ialah penyalahgunaan Internet
untuk mengelirukan orang ramai di dalam bidang agama.
Terdapat berbagai-bagai maklumat tentang agama yang
dapat kita perolehi melalui Internet. Ada yang diiktiraf
oleh kerajaan dan pihak berkuasa agama dan tidak
kurang pula didatangi oleh individu atau kumpulan yang
menyebarkan maklumat palsu tentang agama kepada
orang lain.

Akhirnya sebelum saya mengundur diri, saya sekali lagi


ingin menegaskan pendirian kami barisan pihak
pembangkang bahawa Internet lebih banyak membawa
keburukan kepada orang ramai. Penggunaannya perlu
dipantau sentiasa. Bak kata pepatah ‘Terlajak perahu
boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya’.

Sekian sahaja, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai