Anda di halaman 1dari 4

Selain itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa keakraban ini dilihat sebagai suatu ketagihan kepada remaja

sehinggakan mereka merasakan bahawa komputer dan internet merupakan sebahagian daripada keperluan asasi yang perlu ada di dalam hidup mereka.Tetapi keasyikan remaja terhadap komputer dan internet ini menyebabkan mereka kadang kala tidak berfungsi dan berperanan dengan masyarakat sekeliling. Kita dapat melihat situasi dimana seorang remaja yang dahulunya memiliki kehidupan sosial yang baik ditarik menjadi seorang remaja yang paranoid dan obses terhadap internet sehinggakan mereka tidak sabar-sabar untuk menghabiskan jadual persekolahan mereka semata-mata untuk memenuhi temu janji di alam maya mereka dengan komputer di rumah. Contohnya seperti yang berlaku kepada adik saya. Dahulunya dia seorang pelajar yang agak cemerlang. Tetapi sejak ayah saya membeli komputer riba kepadanya dia mula menjadi pelajar yang malas kerana terlalu asyik dengan permainan game online. Akibat terlalu asyik dengan dunianya dia sanggup tidak makan. Hal ini juga akan menyebabkan proses pembelajaran di sekolah menjadi satu perkara yang cukup membosankan bagi dirinya dan akhirnya akan terus ketinggalan dalam proses pembelajaran. Pada mereka yang dapat melayari Internet di rumah, mereka akan jarang keluar bergaul dengan orang lain dan masyarakat kerana terlalu asyik melayari Internet sehingga kegiatan masyarakat pun tidak diambil perhatian. Malah, di pusat-pusat Internet, kegiatan negatif seperti memuat turun gambar, video lucah, menyebarkan fitnah, kegiatan perjudian haram dan sebagainya boleh wujud akibat penggunaan Internet. Hal ini kerana tiada pengawasan yang dilakukan oleh pemilik premis tersebut dan penguatkuasaan yang lemah oleh pihak yang

berwajib. Selain itu, hubungan sosial di dalam masyarakat akan menjadi semakin rapuh akibat terlalu memberi tumpuan kepada penggunaan Internet. Penggunaan internet secara berleluasa

dalam kalangan remaja banyak memberi kesan negatif dan menyumbang kepada masalah sosial pada hari ini. Selalunya penggunaan internet ini akan menyebabkan seseorang remaja itu terlalu taksub dan asyik terhadapnya. Sebagai contoh, apabila seseorang remaja itu meluangkan terlalu banyak masa dengan melayari internet mereka tidak mempunyai banyak masa untuk bersama dengan keluarga mereka seperti makan bersama- sama, berbual dengan ibu bapa atau adik beradik yang lain,beriadah dan sebagainya. Masa yang ada semuanya digunakan untuk melayari internet. Kebanyakan remaja ini kurang berkomunikasi dengan orang lain dan hanya berada dalam dunia mereka sahaja. Masalah yang mungkin akan timbul ialah mereka akan menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dalam semua aspek kehidupan mereka. Selain itu, mereka akan menjadi pelajar yang tidak bertanggungjawab terhadap pelajaran. Apa tidaknya kebanyakkan masa dihabiskan dengan menghadap komputer sahaja. Mereka langsung tidak mengambil peduli tentang pelajaran dan tidak melakukan kerja rumah yang diarahkan oleh guru mereka. Mereka memandang hal tersebut sebagai hal yang remeh dan tidak begitu penting bagi mereka. Mereka berpandangan dengan melayani kawankawan online mereka adalah lebih penting berbanding dengan pelajaran mereka. Selain itu terdapatnya ancaman yang dihadapi oleh pengguna teknologi maklumat ialah

fenomena penggodam komputer atau 'hackers'. Penggodam komputer ditakrifkan sebagai orang yang boleh mendatangkan ancaman kepada komputer dan sistem rangkaian. Mereka cuba menyalahgunakan kemudahan ini untuk kepentingan mereka. Namun terdapat juga golongan penggodam komputer yang hanya menjalankan aktiviti pencerobohan maklumat peribadi atau serangan virus sebagai salah satu keseronokan dan hobi semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk yang dihadapi kelak. Mereka suka menceroboh sistem rangkaian komputer, mencuri maklumat atau data penting dan menghantar kod jahat atau virus bagi mengganggu sistem rangkaian komputer lain seterusnya menyebabkan kerosakan teruk. Selain itu penggunaan blog juga semakin popular sekarang ini. Sesiapa sahaja boleh menyamar ketika menjadi pengendali blog walaupun tanpa memaparkan nama dan wajah sebenar. Penggunaan blog pada masa ini juga sering kali disalahgunakan. Antaranya ialah melalui blog penulis boleh menyampaikan maklumat palsu, fakta yang salah, bahanbahan berunsur fitnah. Selain itu juga blog digunakan untuk memburukkan imej seseorang seperti tokoh politik, orang kenamaan, selebriti dan sebagainya. Antara kes terbaru yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo pada 2 Februari yang melibatkan penyalahgunaan laman blog ialah kes penghinaan terhadap kemangkatan Almarhum Sultan Johor. Penulis blog yang dikenali sebagai Aduka Taruna telah ditahan reman untuk siasatan lanjut. Kesimpulan Pada kesimpulannya, kemudahan teknologi pada masa kini terutamanya internet telah

membawa banyak perubahan dalam kehidupan masyarakat dan kepada pembangunan negara. Di sini kita dapat melihat internet memberi kebaikan dan juga keburukan kepada masyarakat. Ianya juga bergantung terhadap cara bagaimana masyarakat menggunakannya sama ada menggunakannya ke arah kebaikan ataupun menyalahgunakan teknologi ini.

Anda mungkin juga menyukai