Anda di halaman 1dari 21

PENDAHULUAN

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


SEGALA pujian bagi Allah SWT Pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, sahabat-sahabat
ranhum dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.
Syukur kepada Allah SWT kerana dengan taufiq dan innayah-Nya, telah mengizinkan
kami menyiapkan kertas kerja ini; KESAN PENGGUNAAN INTERNET TERHDAPA
REMAJA, serta melindungi kami daripada sebarang ancaman yang tidak diduga sepanjang
tempoh menyiapkan kertas kerja ini.
.Kami mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih serta
penghargaan kami PN. CHE NOR KHARSIAH BINTI YASIN , pensyarah subjek Sains
Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam kami di atas sokongan dan dorongan sepanjang
tempoh pembelajaran kami. Diharap agar dapat meneruskan usaha demi mendidik anak
bangsa supaya menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat serta mendapat keredhaan
di sisi Allah SWT. Insya Allah.Tidak lupa kepada kedua ibu bapa kami yang memberi
sokongan dalam bantuan dalam menyempurnakan tugasan ini . Akhir sekali tidak lupa juga
kepada rakan rakan yang terlibat tidak kira secara langsung atau tidal langsung dalam
menyempurnakan tugasan ini .
Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan kami meminta keampunan Allah SWT atas
yang sedemikian itu kerana tidaklah daya dan upaya melainkan dengan pimpinan dan
pertolongan-Nya.
Sekian. Wa billahi taufiq wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.







DEFINISI INTERNET


o Internet merupakan satu rangkaian yang bersifat global menghubungkan lebih
daripada seorang pengguna dari seluruh dunia yang membolehkan pertukaran
maklumat berlaku.menurut Majalah Dewan Masyarakat(keluaran Disember 2005)
mentakrifkan internet sebagai suatu rangkaian komputer antarabangsa yang
menghubungkan lebih 40 ribu rangkaian komputer yang diurus bersama secara
bersendirian.Manakala Majalah PC (jilid 3 vol 95) mendefinisikan internet sebagai
suatu sistem yang menggabungkan rangkaian seluruh dunia dengan menyediakan
peerkhidmatan komunikasi data seperti login jarak jauh (remote login),pemindahan
fail,e-mail dan kumpulan berita (news group).



o Bidang teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini tidak dapat dinafikan
akan kewujudannya.Ia sudah menjadi komponen utama dalam kehidupan harian dan
akan bertambah penting pada masa akan datang.Lebih-lebih lagi pihak kerajaan telah
mengambil inisiatif untuk menjadikan ekonomi digital sebagai tulang belakang
ekonomi negara serta untuk menjadi pendahulu era digital dan maklumat.Cabaran
yang menanti kita kelak tentulah cabaran dalam usaha menjadikan teknologi
maklumat sebagai budaya khlayak yang sekaligus mencerminkan ciri penerimaannya
secara menyeluruh sebagai sebahagian daripada resam kehidupan seharian masyarakat
serta dapat membendung isu darjat dan kelas kehidupan. Penggunaan teknologi
komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama
diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60
an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang
berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu
membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat
untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua
mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi
kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang
pendidikan di Malaysia



o Bermulanya internet adalah untuk sistem pertahanan USA bagi menghadapi serangan
nukleardaripada Soviet Union dalam perang dingin dan tidaklah bersifat global seperti
sekarang. Padatahun 1969 dilakukan sebuah riset iaitu bagaimana cara untuk
menghubungkan suatu komputerdengan komputer lain atau membentuk suatu
jaringan. Pada tahun 1970, mereka berjayamenghubungkan lebih dari 10 komputer
yang membentuk jaringan. Kemudian tahun 1973 jaringan ARPANet mulai
dikembangkan di luar Amerika Serikat. Sejarah internet berlanjutanketika komputer
di University College di London ikut bergabung dengan jaringan ARPANet. Ditahun-
tahun seterusnya jaringan ini semakin berkembang maju.Idea yang berasaskan
rangkaian yang tiada mempunyai kuasa pusat yang terdiri daripadabeberapa nod yang
boleh menyampai dan menerima mesej. Mesej adalah dalam bentuk paketyang
mempunyai alamat destinasi. Kemudian ia dimajukan dan diluaskan penggunaan
daripadahanya menghubungkan dua syarikat kepada perhubungan seluruh dunia.Di
Malaysia teknologiinternet bermula pada tahun 1993 dan terus berkembang hingga
kini dan dianggarkanpelanggannya adalah melebihi daripada 45000 orang.Pada tahun
1982, kerana banyaknya komputer yang bergabung maka diperlukan sebuah
protokolrasmi yang menghubungkan semua komputer dan jaringan dan dibentuklah
TCP/IP. Pada tahun1984, diperkenalkan sistem penamaan domain yang dikenal
dengan DNS (Domain NameSystem). Internet kemudian tumbuh begitu pesat pada
tahun 1990-an. Demikianlah sejarahinternet secara ringkas.














1. Kesahihan maklumat.

Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al-Quran Allah berfirman yang bermaksud
:
Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(jahat) membawa berita maka
hendaklah
kamu berwaspada(berhati-hati) akan kebenarannya.[9]

Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak
berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan
yang perlu dipastikan kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari
jalan bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan menyesatkan orang lain. Hal ini
memberi cabaran terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang sahih.
Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet seperti al-Quran kemungkinan
berlaku kesalahan fakta seperti ayat dari versi Israeliyat.
Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada sumber asal bagi mengesahkan maklumat
dan mengelakkan kekeliruan. Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat
mudah mempercayai bahan yang diperolehi dari internet. Rujukan maklumat semata-mata
kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta
sesuatu maklumat.Merujuk kepada masalah ini , remaja kini lebih suka mencari daripada
mengkaji . Oleh hal yang demikian perkara ini boleh memesongkan akidah para remaja jika
mendapat maklumat dari sumber yang palsu .






2. Pelayaran Web Negatif.

Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-
anak sekolah, remaja dan golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai
dan gaya hidup mereka. Larangan agama terhadap perlakuan yang boleh menghampiri zina
tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa daripada menghindari perbuatan tercela.
Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud
Jangan kamu hampiri perbuatan Zina kerana ia adalah amalan yang sangat keji .[10]
Ketagihan internet ini tertumpu kepada cybersex addiction dan comulsive gambling.
Material berkaitan sex begitu mudah dan tersiar di internet dengan pelbagai dimensi dan
ilustrasi pornografi dan chatroom yang membicarakan unsur-unsur seksual Kewujudan
berbagai bentuk laman web negatif telah mencabar nilai dan gaya hidup insaniah
sebagaimana yang diajar oleh Islam. Pendidikan Islam jelas mencegah umat dari terlibat
dalam kegiatan tidak bermoral. Pendidikan akhlak menurut Islam ialah pembentukan jiwa
dan peribadi muslim yang mampu menjaga dan menjauhi amalanamalan buruk termasuk
melayari laman web lucah. Impak kepada gejala ini maka merebaklah bermacam penyakit
sosial akibat ketagihan seks seperti perzinaan, pelacuran, penularan HIV/AIDS, Homoseksual
dan Lesbian, penyakit kelamin, curang dalam hubungan dan melakukan seks sebelum kahwin
di kalangan remaja. Menurut laporan akhbar dan kajian oleh penyelidik Universiti Malaya
pada tahun 2005 ramai remaja sudah melakukan hubungan seks dalam menjalinkan
perhubungan mereka. Malahan ada yang merakamkan untuk simpanan peribadi dan disebar
untuk umum melalui internet dan telefon peribadi menggunakan teknologi 3G.






Masalah ini yang acap kali dapat kita lihat , ekoran kemajuan dalam bidang teknologi
dimana remaja kini bukan sahaja boleh melayari laman web ini dari komputer malah dari
telefon pintar diamana majoriti remaja zaman sekarang mempunyai talifon pintar . Ekoran hal
itu , para remaja boleh melayari lawan web ini tidak kira dimana mereka berada .
Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Universiti
Malaya dan sebuah syarikat swasta pada tahun lalu mendapati 13 peratus remaja berusia 15
hingga 21 tahun pernah mengadakan hubungan seks sebelumkahwin.Kajian itu mendapati 76
peratus daripada respondennya remaja lelaki manakala 61 peratus membabitkan remaja
perempuan.Hal ini amat membimbangkan kita semua . Perkara tersebut berlaku apabila
berlakunya salah laku dalam penggunaan internet.


















3. Aktiviti Perjudian
Pihak berkuasa tempatan, polis dan agensi yang terlibat mendapati berlakunya
penyalahgunaan pusat internet sebagai pusat judi. Permainan video yang berorientasikan judi
mendapat perhatian di kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja. Kegiatan perjudian
mencabar nilai hidup Islam yang jelas mengharamkan judi. Firman Allah dalam al-Quran
bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, menenun nasib dan
menyembah berhala adalah kotor dari amalan syaitan . Oleh itu hendaklah kamu jauhi
mudahan kamu berjaya
Sudah terang lagi bersuluh dimana berjudi itu haram , namun ekoran terpengaruh
dengan internet para remaja banyak melibatkan diri dalam aktiviti tidak bermoral ini . Namun
siapa yang haruslah dipersalahkan dalam hal ini , perkara ini lah yang harus dipandang Sirius
kerana keinginan mendapat wang yang banyak mendorong remaja melakukan aktiviti tidak
bermoral ini .



4. Penyebaran Fitnah dan Gossip
Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala
utama yang selalu dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan gossip oleh
satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah
disebar menggunakan laman web internet, sms, mms dan media lain terutama di musim
pilihanraya. Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara.
Menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang sangat besar. Fitnah
memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu serta keluarganya.
Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh[12]


KESAN
PENGGUNAAN
INTERNET
MENGIKUT
PERSPEKTIF SAINS
DAN ISLAM





5. LEBURNYA JATI DIRI
Menurut Campbell dalam majalah The Guardian bertarikh 23 novemver 2001,
memetik perancangan Bush ke atas negara-negara Islam dalam usaha pembaratan
An arabic-language satellite television station financed by the Us and aimed at
winnning heart and minds in the Muslim world could shortly become a reality. President
George Bush has been told of initiative 911, which put half a billion dollars into channel that
could compete in the region with Al-Jazeera and would be aimed specifically at younger
Muslims who are seen as anti-American. It represents a new phase of the propaganda war
and would be third prong for the US in the media battle along with a beefed-up Voice of
America and new radio Free Afghanistan. . The network would be a 24 hours, seven-day
a week analogue on the basic that the the war of words is as important as the war of
bullets. It would broadcast in 26 languages and would be aimed at around 40 Muslim
countries around the world.10
Inilah perangkap barat yang telah dipasang dan berjaya menemui mangsa-mangsanya
di kalangan belia remaja dari semasa ke semasa.

i. Muzik, Rock, Pop, Rap, R&B, dan Hip Hop

Melodi dan muzik berlatarbelakang kaum di negara kita amat unik dan boleh
diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Malangnya, perkara ini tidak banyak ditonjolkan.
Melodi dan muzik Barat lebih berpengaruh dan mendapat tempat. Ironisnya, pengaruh ini
begitu mudah diterima. Pertama, kerana hip hop berasal dan berjaya di Amerika Syarikat.
Kedua, kerana kita melihat apa yang diterima oleh masyarakat Amerika juga harus diterima
oleh masyarakat kita. Budaya hip hop telah meresap ke dalam masyarakat kita tanpa disedari.
Hal ini demikian kerana kita telah dididik oleh media utama Amerika, iaitu filem-filem
Hollywood. Boleh dikatakan hampir setiap filem-filem Hollywood, mengandungi sikap yang
menonjolkan fesyen hip hop dan filem tersebut menggunakan muzik hip hop sebagai muzik
latar (backgound music)

ii. Punk, Skin Head dan Black Metal

Ketiga-tiga pengaruh ini adalah ajaran sesat dan bukanlah sesuatu yang asing kepada
belia remaja hari ini. Budaya ini mula mendapat perhatian dan diamalkan secara membuta
tuli. Malah, pengaruh Skin Head makan sampah oleh remaja Islam pernah dipaparkan
dalam akhbar negara kita satu ketika dulu menggemparkan masyarakat kita. Amalan budaya
negatif ini telah mula mendapat perhatian golongan belia remaja walaupun ternyata ia
langsung tidak membawa sebarang manfaat kepada pengamal-pengamalnya. Tetapi
disebabkan orang Barat mengamalkan, maka ia dianggap sebagai suatu yang glamour
apabila melakukannya. Begitu juga dengan pengaruh Black Metal yang menampilkan muzik
hitam dan lagu-lagu underground amat membahayakan belia remaja dari sudut akhlak dan
akidah kerana melibatkan pemujaan syaitan.
















6. HIBURAN MELALUI INTERNET

Budaya hedonistik merupakan budaya berhibur dan bergembira. Dan bersuka-suka
serta menjalani kehidupan yang sebebasnya demi memenuhi nafsu manusia yang tiada
batasnya. Ini terangkum dalam peribahasa Barat yang menyatakan bergembiralah engkau
pada hari ini, puaskanlah nafsumu hari ini, kerana esok engkau akan mati. Budaya
hedonistik di kalangan remaja Islam kian mudah dilihat dewasa ini.
Masyarakat Melayu-Islam rata-ratanya sangat memberi perhatian kepada dunia
hiburan. Malahan tidak keterlaluan dikatakan, remaja Melayu-Islamlah paling ramai terlibat
dengan dunia keseronokan, mengutamakan hiburan ini sehingga terpaksa menggadai
maruah, agama dan budaya bangsa. Sebenarnya Islam tidak melarang sama sekali umatnya
menghampiri hiburan. Baik drama, nyanyian, teater dan sebagainya amat relevan bagi Islam
dalam menyampaikan dakwahnya. Namun begitu, batas-batasnya dalam Islam tetap ada dan
mesti dipatuhi demi mendapat keredaan Allah S.W.T.*1(Ahmad J Hussein,Melayu-Islam
Dan hiburan,DAKWAH Oktober 2000)
Suasana dan keadaan negara yang dipenuhi dengan hiburan yang keterlaluan dan
glamourous life bukan sahaja boleh menyebabkan anak-anak dan muda-mudi menjadi lalai,
malah ia boleh menyebabkan hati mereka menjadi keras untuk menerima ajaran agama yang
berbentuk kerohanian. Rancangan hiburan di televisyen untuk muda-mudi dipenuhi dengan
jeritan dan tingkah laku yang tidak bersesuaian dengan keperibadian umat Islam. Jika
masyarakat muda-mudi Barat menjerit-jerit melihat penyanyi di atas pentas, perkara seperti
itu kurang janggal dilihat oleh remaja Islam kerana itu adalah merupakan satu tradisi hidup
masyarakat sekular di negara barat.*2(Dr. saodah Abd. Rahman, punca Keruntuhan Moral
Muda-mudi,DAKWAH April 1997)
Selain itu, hiburan yang dipilih remaja hari ini, sering melangkah batasan norma
sosial masyarakat Timur. Misalnya, lirik-lirik lagu yang sering didengar oleh remaja kini
hanya berkisar kepada persoalan cinta, seks, dan kebebasan tanpa batasan. Secara langsung ia
membina norma negatif kehidupan remaja seperti menidakkan batasan pergaulan antara lelaki
dan wanita, berhibur hingga melanggar batasan budaya dan sebagainya.

Dedikasi

Tuhanku
Sesungguhnya solatku, amalanku,
hidupku dan matiku, segalanya hanya untuk-MU.

Nabi Muhammad
Semoga ketabahan dan kesabaranmu menjadi peganganku,
Aku redha dengan segala suruhanmu.

Ma dan Abah Tercinta
Terima kasih yang tidak terhingga atas segala pengorbanan
dan kasih sayang yang dicurahkan selama ini.
Sesungguhnya jasa kalian tidak terbalas.
Ketahuilah diri ini begitu menyayangi kalian,
ku pohon restu dari kalian untuk meneruskan perjuangan
di bumi Allah ini.

Sahabat-sahabat seperjuangan
Segala kenangan bersama akan tetap terpahat kukuh
dalam sanubariku buat selama-lamanya
semoga ukhuwwah ini berkekalan selamanya.





7. Perubahan Gaya Hidup dan Pencemaran
Bahasa

Perpatah Melayu ada menyebut:
Yang Kurik Itu Kendi, Yang Merah Itu Saga
Yang Elok Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa

Pengaruh internet yang menular dalam kehidupan moden hari ini jelas telah berjaya
merubah paradiqma sosiobudaya dan bahasa komunikasi. Penjajahan budaya hidup Barat
dalam aspek pakaian, makanan, minuman, tingkahlaku, hiburan telah menukar jati diri
manusia. Pakaian tradisonal setiap kaum dan bangsa hanya menjadi pakaian rasmi acara atau
perayaan. Ia tidak lagi menjadi pakaian harian yang dibanggakan.

Makanan seperti kueh tradisional bertukar dengan makanan impot dengan pelbagai
jenama terkenal di dunia. Seperkara yang menarik dalam isu ICT ialah berlakunya tanpa
disedari iaitu kerosakan bahasa. Bahasa sms dan chatting memerlukan tulisan yang ringkas
dan mudah. Kesannya terbawa sehingga banyak pihak menerima pakai dalam komunikasi
harian mereka terutama di kalangan anak remaja. Misalnya perkataan Assalamualaikum
sudah diringkaskan dengan berbagai cara seperti Asm.,Akum, Aslam dan Salam mulai
tersebar penggunaannya.

Perkataan ini jelas tidak tepat dari susunan ejaan, kata-kata dan maknanya sendiri.
Ianya jelas merosakkan penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri.







MANFAAT
PENGGUNAAN
INTERNET
MENGIKUT
PERSPEKTIF
SAINS DAN ISLAM







I. Membina Hubungan

Internet dijadikan alat untuk membina hubungan seperti penggunaan chat email,
bermain permainan atas talian, membaca/ menonton/ mendengar berita, dan mencari
pekerjaan (Peou, 2011). Melalui internet seseorang itu boleh membina hubungan secara
langsung mahupun tidak langsung. Antara penggunaan internet yang kerap digunakan
sebagai membina hubungan ialah seperti facebook, google+, myspace, Friendster, instagram
dan pelbagai lagi social network yang lain. Sebagai contoh Facebook. Facebook boleh
membina hubungan yang telah lama terputus dengan rakan-rakan. Facebook boleh
menghubungkan kawan lama semula dengan seseorang (Ellison, 2007).

Penggunaan forum dalam internet digunakan untuk memperluaskan hubungan,
membina hubungan, menambah keyakinan diri dan mendapatkan sokongan masyarakat
(Weinstein, 2010). Forum yang terdapat pada internet membolehkan seseorang meningkatkan
keyakinan diri tanpa rasa malu tentang identiti mereka terdedah. Tidak semua identiti
seseorang itu didedahkan dan ini membolehkan seseorang itu berbicara apa sahaja tanpa
kerisauan akan dimalukan oleh rakan atau keluarga. Seseorang boleh menggunakan bahasa
inggeris yang teruk dalam forum, berborak (chat) atau menghantar email. Tidak semua
pelajar boleh bercakap bahasa inggeris dengan baik. Tetapi melalui internet, seseorang itu
boleh mempelajari bahasa inggeris secara pantas apabila menggunakan bahasa inggeris yang
teruk dan diperbetulkan dari masa ke semasa melalui forum, chat dan email (Peou, 2011).








II. Perkembangan Keilmuan


Internet mengurangkan jurang pendidikan terutamanya di luar bandar, banyak
universiti awam dan universiti terbuka menjadikan ICT sebagai komunikasi terpantas dalam
memberikan pendidikan. Pada masa sekarang, internet membolehkan masyarakat luar Bandar
mendapatkan pendidikan ke tahap yang lebih tinggi lagi (Suvarna, 2012). Masyarakat luar
bandar atau kawasan pedalaman sukar untuk bergerak atau berada di universiti, walaupun
mempunyai kelayakan untuk memasuki universiti tetapi atas sebab kewangan dan tempat
tinggal, seseorang boleh terus belajar melalui internet. Pelajar tidak perlu lagi berada di
universiti secara sepenuh masa. Universiti terbuka adalah alternative kepada pembelajaran
secara jarak jauh. Pelajar boleh belajar dimana sahaja mereka berada tanpa menghadiri kelas
pembelajaran kerana mereka boleh belajar melalui internet.

Selain itu, kelebihan internet adalah memberi kesan kepada kaedah pembelajaran
dengan cara memberikan kaedah pembelajaran alternative dan cara pembelajaran lebih kreatif
(Isman, 2004). Pembelajaran bukan lagi tertumpu kepada chalk and talk yang diamalkan
seperti zaman persekolahan sebelum kemunculan ICT tetapi pembelajaran lebih menarik
dengan penggunaan smartboard, VLE, LMS, Youtube, forum dan sebagainya. Berdasarkan
kajian kepada 173 pelajar di Eastern Mediterranean University, 76.6% menyatakan Internet
sebagai perpustakaan tanpa batasan dan 67.6% memudahkan dalam mencari ilmu (Isman,
2004). Sumber maklumat dan ilmu bukan lagi pada buku semata-mata tetapi boleh diperolehi
melalui internet. Pelajar boleh mendapat berjuta-juta artikel, bahan, journal, buku dan
sebagainya melalui internet. Digital Library adalah satu kemudahan yang boleh diperolehi.
Penggunaan Laman Sesawang seperti Google, Yahoo, MSN, Lycos dan sebagainya
memudahkan pencarian bahan untuk pembelajaran (Iskandar Abd Rashid,2001).



Pengetahuan dalam ICT memberi peluang kepada pelajar untuk membentuk
maklumat dan pengetahuan mereka tentang kehidupan, masyarakat mereka dan dunia yang
ada sekarang (Ezziane, 2007). Pengetahuan mereka dibentuk melalui pembacaan di internet,
berita semasa dan berita lalu boleh dicapai melalui internet malah bahan-bahan sejarah juga
boleh didapati melalui internet. Tugasan pelajar sudah tidak lagi sesukar dahulu yang
memerlukan pelajar pergi ke perpustakaan atau arkib untuk merujuk sumber lampau atau
kajian lampau tetapi sudah memadai mencarinya melalui internet. Penghantar tugasan yang
diberikan oleh pensyarah atau guru sudah boleh dihantar terus melalui laman web VLE
mahupun melalui email tanpa perlu bersemuka dengan pensyarah, menghantar bahan secara
bercetak yang memerlukan pelajar mengeluarkan kos mencetak, mengkompilkannya dan
penghantaran. Malah ia juga memberikan motivasi untuk pelajar meneruskan pembelajaran
kerana sumber yang boleh didapati diinternet terlalu banyak dan membolehkan ilmu dapat
diperolehi dengan banyak dan boleh dikembangkan (Jackson, 2000).
















III. Penggunaan Dalam Kehidupan

Internet telah menjadi satu fenomena dalam kehidupan seharian. Ia mengurangkan
kos dalam kehidupan. Sebagai contohnya menghantar surat sudah tidak menggunakan kos
yang tinggi. Seseorang boleh menghantar lebih 200 email sehari menggunakan telefon bimbit
(Sato, 2006) tanpa sebarang kos tambahan untuk menghantar surat kepada kenalan, majikan,
atau kepada sesiapa sahaja. Internet boleh membantu syarikat yang ingin menjual barangan
mereka kepada pelanggan yang tidak ada masa untuk membeli belah (Zoroja, 2011).
Seseorang yang tidak ingin keluar daripada rumah boleh sahaja membeli belah melalui
internet seperti facebook, lelong.com.my, mudah.my, zalora dan pelbagai lagi produk boleh
dibeli melalui internet dan hanya perlu menggunakan kad kredit, pemindahan wang secara
atas talian, paypal atau pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk melakukan pembayaran.
Sebagai seorang pelajar, pembayaran yuran kepada universiti boleh dilakukan secara atas
talian dan tidak lagi perlu menghadirkan diri ke kaunter universiti untuk menjelaskan yuran.
Pelajar tidak perlu berbaris di kaunter bayaran lagi tetapi hanya berada di hadapan komputer
untuk melakukan transaksi.

Internet juga boleh mengurangkan jurang digital, meningkatkan ekonomi,
meningkatkan kualiti kehidupan dan penyertaan kehidupan dan seterusnya menjadikan
masyarakat luar bandar kepada masyarakat bermaklumat (Hanke, 2009). Berita dalam Negara
atau luar Negara boleh didapati melalui internet membolehkan maklumat sampai lebih cepat
walau dimana juga seseorang itu berada. Pelajar di pedalaman atau luar bandar sudah tidak
lagi seperti katak dibawah tempurung. Dengan pengurangan jurang digital membolehkan
keciciran pembelajaran pelajar dapat dikurangkan dan boleh mencapai maklumat
sebagaimana yang boleh dicapai oleh pelajar yang berada di bandar besar.




IV. Pekerjaan

Internet juga bermanfaat dalam aspek pekerjaan, walaupun dikatakan sebagai pelajar
tetapi sebenarnya pekerja juga boleh menyambung kembali pelajarannya sambil bekerja
untuk meningkatkan tahap pendidikan, pengetahuan dan tahap sosioekonomi diri seseorang.
Pengetahuan komputer adalah kemahiran yang penting diketahui oleh seseorang pada hari ini
dalam persekitaran yang mencabar. Antara satu kepentingannya ialah ia mengubah pekerjaan
daripada pekerja kolar biru kepada pekerja kolar putih (Ezziane, 2007). Pelajar harus
mengetahui bahawa dengan mempunyai pengetahuan tentang internet dan ICT, ia boleh
meningkatkan tahap sosioekonomi dirinya dengan mengubah struktur tugasnya kepada yang
lebih baik seperti seorang pekerja pemegang STPM atau Diploma boleh meningkatkan
pengetahuannya dengan belajar secara jarak jauh melalui internet seperti pembelajaran
Universiti Terbuka untuk meningkatkan pengajian daripada tahap sedia ada kepada ijazah,
sarjana dan doktor falsafah. Apabila ia mendapat kelulusan yang lebih tinggi ia boleh
memohon agar ditukar statusnya daripada kerani atau kakitangan bawahan kepada pegawai
atau pengurusan tertinggi.

Berdasarkan kajian kepada 800 syarikat di Amerika didapati kemahiran komputer dan
pengetahuan internet memberikan peluang kepada 60% keperluan pekerjaan (Ezziane, 2007).
Banyak syarikat sekarang menggunakan internet sebagai bahan pemasaran, pengiklanan dan
perluasan pemasaran. Mengambil contoh lelong.com.my, banyak syarikat kecil dan
sederhana mengambil pekerja yang mempunyai pengetahuan internet dan cara
penggunaannya untuk menjual produk yang dipasarkan oleh mereka. Ramai pelajar yang
mengetahui tentang internet dan ia membuka peluang kepada mereka apabila memohon
kepada syarikat sebegini sebagai persediaan apabila tamat belajar kelak. Malah ada juga
pelajar yang semasa belajar telah menggunakan kemahiran menggunakan internet untuk
mendapatkan kewangan sampingan seperti menjual produk jualan langsung, MLM (Multi
Level Marketing), produk kecantikan, pakaian dan sebagainya untuk menampung
perbelanjaan semasa belajar dengan membuka blog, facebook, laman web dan sebagainya.


MENANGANI MASALAH PENGGUNAAN
INTERNET DALAM KALANGAN REMAJA
Orang ramai berbelah bahagi mengenai cadangan menguatkuasakan undang-undang
mengawal salah guna Internet. Perdebatan mengenainya di kalangan tokoh akademik
danpemimpin masyarakat masih berlaku. Mereka yang menyokong khuatir terhadap
kemungkinan kanak-kanak terdedah kepada gejala negatif seperti pornografi, di samping
penyebaran berleluasa makalah dan berita berunsur fitnah atau menghasut.
Sementara mereka yang menentang mempertahankan prinsip penyaluran maklumat
secara bebas sejajar dengan dasar langit terbuka yang dipertahankan pengusaha Internet. Prof
Madya Mohd Safar Hashim dari Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan
Malaysia,berkata bahan pornografi boleh ditapis dan disekat daripada kanak-kanak manakala
merekayang menyebar bahan berunsur fitnah dan khabar angin yang menjejas ketenteraman
awamboleh dikesan dan dikenakan tindakan undang-undang."Cuma, untuk membuktikan
kesahihan sesuatu berita atau mengesan sumber berita di Internet agak sukar berbanding
yangdisiarkan akhbar. Namun, sudah ada orang yang dihadapkan ke mahkamah
keranamenyebarkan berita angin, yang menjejas ketenteraman negara di Internet,"
kataSafar.Menurutnya, siapa saja boleh mendapatkan maklumat di Internet. Tetapi masalah
perundangan akan timbul bila maklumat itu dipindah turun, dicetak dan disebarkan kepada
ramai, walaupun hakcipta kebanyakan bahan dalam Internet adalah terpelihara. Safar
berkata,undang-undang di negara ini adalah cukup untuk mengatasi pelbagai perbuatan
jenayah dan hasutan menerusi penyebaran berita negatif.
Pengerusi Persatuan Industri KomputerMalaysia (Pikom),Shaifubahrim Saleh, pula
mencadangkan supaya kerajaan menubuhkansatu kumpulan pengawas dikenali
sebagai'Cybercop' untuk membendung kegiatan negatif melaluiInternet termasuk penyebaran
khabar angin. Beliau berkata,kumpulan itu bolehdianggotai oleh beberapa pakar teknologi
komputer. Dengan adanya badan seumpama itu,katanya,pendaftaran pengguna yang mahu
menggunakan Internet di siber kafe dapatdijalankan lebih berkesan. Ini kerana mereka akan
lebih berhati-hati menggunakan Internet.Ada pihak pula mencadangkan pendaftaran kafe
siber diletakkan di bawah KementerianDalam Negeri (KDN) bagi menentukan pengawalan
lebih berkesa

KESIMPULAN


Penggunaan internet dalam kehidupan tidak menjadi perkara yang dipandang asing
lagi bagi masyarakat kita. Sudah ramai golongon cerdik pandai yang cukup mahir
dengan penggunaan internet bagi mempermudahkan dan mempercepatkan urusan
mereka. Begitu juga dengan pelajar sekolah. Pada hari ini, pelajar sekolah tidak lagi
seperti pelajar sekolah pada waktu seusia dengan zaman persekolahan ibu bapa kita.
Kini, mereka sudah pandai menggunakan internet dalam hampir semua urusan
mereka. Ada yang menggunakan internet untuk menuntut ilmu, ada yang mencari
maklumat tambahan mengenai sesuatu mata pelajaran yang telah diajar dan ada yang
menggunakan internet untuk mempermudahkan tugasan yang diberikan kepada
mereka untuk disiapkan.

Selain itu, terdapat juga sesetengah pelajaryang telah menyalah gunakan kemudahan
internet ini dan menjadi mangsa penyalahan penggunaan internet. Hal ini telah
membawa pada berlakunya banyak keburukan dan kemudaratan kepada pelajar
sekolah. Hal ini kerana masih ramai pelajar yang masih belumpandai untuk menilai
dengan sewajarnya akan sesuatu perkara lantas mereka terus terjerumus ke dalam
masalah penyalahan penggunaan internet.Namun, harus diketahui bahawa tidak
semua pelajar sekolah telah berfikiran matang dan mempunyai potensi yang
secukupnya untuk menilai baik buruk mengenai sesuatu perkara.Oleh sebab itu,
terdapat banyak keburukan penggunaan internet kepada pelajar sekolah. Pelajar yang
masih belum matang ini masih belum boleh untuk menggunakan dan mengaplikasikan
kemudahan internet dalam membantu kehidupan seharian mereka dengan sewajarnya.
Namun tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat kebaikan yang boleh diperoleh
pelajar daripada penggunaan internet dalam kehidupan mereka.

Anda mungkin juga menyukai