Anda di halaman 1dari 7

PENDAHULUAN

Agama Islam adalah agama dakwah, iaitu agama yang lahir dan tersebar dengan aktiviti
dakwah Islamiah. Sebuah aktiviti yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan diteruskan
oleh pengikutnya sehingga ke hari ini dan akan berterusan sehingga hari kiamat nanti,
bahkan aktiviti ini tidak akan pernah berhenti dan berakhir. Hal ini kerana, dakwah
merupakan cerminan keimanan seseorang muslim yang dimanifestasikan dalam bentuk
aktiviti, khususnya yang berkait rapat dalam hal ehwal kemasyarakatan. Matlamat dakwah
ialah untuk membina dan membangun ummah sekaligus membentuk suatu metode yang
boleh mempengaruhi sikap, cara berfikir dan tindakan yang sesuai dengan panduan Ilahi.

Islamlah adalah agama yang sebenarnya, segala yang disampaikan adalah benar,
tidak menghukum melainkan dengan kebaikan dan keadilan yang berprinsipkan
kepercayaan yang sahih, amalan yang benar, akhlak yang mulia dan adab yang terpuji.
Islam juga merupakan agama yang menekankan kedamaian serta keselamatan. Hal ini
terbukti apabila tanah Hijjaz yang didiami oleh kaum masyarakat Jahiliyyah pada awalnya
telah menjadi satu tempat yang penuh dengan kebaikan, kemuliaan dan kesepaduan antara
satu sama lain. Malah, qurun mereka juga telah dijelaskan oleh Rasulullah sebagai qurun
yang terbaik dalam kalangan qurun yang pernah wujud dan akan wujud di atas muka bumi.

Risalah Islam yang diturunkan oleh Allah Taala adalah untuk membimbing manusia
ke jalan yang diredhai-Nya. Maka, ummat Islam hendaklah peka dengan isu semasa yang
berlaku pada hari ini sama ada berkaitan sosial, politik, ekonomi dan jenayah. Oleh itu, umat
Islam khususnya perlu memahami dengan mendalam akan sistem kehidupan yang
dianjurkan oleh Islam agar kita semua dapat mencegah isu semasa yang berlaku pada hari
ini. Caranya adalah dengan berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah yang
bertujuan untuk memberi pengenalan kepada manusia tentang Allah Taala melalui nama-
namaNya yang indah tanpa ada bandingannya, sifat-sifatNya yang tertinggi yang tidak
menyerupai sesuatu serta perbuatanNya yang sempurna dan penuh hikmah. Setelah itu,
Islam membimbing kita mengajak manusia menyembah Allah tanpa mempersekutukan-Nya
dan sentiasa memberi peringatan tentang keadaan dan tempat kembalinya kita selepas
mati. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa ingat bahawa setiap apa yang kita kerjakan akan
dibalas oleh Allah di akhirat kelak.
ISU SEMASA BERKAITAN JENAYAH SIBER

Dewasa ini, jenayah siber merupakan jenayah komputer yang telah wujud dan negara
Malaysia juga tidak terkecuali terkena tempias peningkatan jenayah siber. Jenayah siber ini
terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data
komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain. Kemunculan Internet sebagai
alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan
ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di
dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama
ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi
disebarkan melalui Internet. Hal ini amat bertentangan dengan syariah Islamiyyah dan
dengan jelas Islam telah mengharamkan sama sekali apa-apa yang berkaitan dengan
jenayah tidak mengira jenayah yang dilakukan dalam dunia realiti mahupun dunia maya.

Pelbagai kes melibatkan individu telah berlaku seperti penipuan, fitnah,


penggodaman dan sebagainya. Jenayah siber yang berlaku pada hari ini sememangnya
tidak mampu dibendung oleh pihak-pihak yang berwajib kerana semuanya berlaku di alam
maya. Maklumat dan Data Peribadi semuanya berada didalam talian. Maka kewujudan
Internet menghasilkan terma baru iaitu isu jenayah siber ini yang memerlukan para ilmuan
Islam membesarkan skop Syariah melangkaui konteks tradisional berlandaskan al-Quran
dan al-Sunnah. Permasalahan seperti privasi, amanah, curi dan kontrak dalam konteks siber
tidak berlaku secara fizikal, maka pendakwaan agak sukar kerana kadang-kala tidak
melibatkan bukti fizikal. Cyber Security Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian
Sains dan Teknologi menyatakan bahawa jenayah siber terdiri dari tiga kategori iaitu
pertama sistem teknologi maklumat dan komunikasi dan harta intelek di ceroboh, di
eksploitasi, identiti dan maklumat dicuri. Keduanya ialah peranti ICT digunakan untuk
melakukan jenayah dan ketiganya digunakan sebagai medium untuk melakukan jenayah.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh CyberSecurity Malaysia, kejadian jenayah siber


di Malaysia berada ditahap kritikal dimana berlaku peningkatan sehingga 127% pada tahun
2010 atau bersamaan dengan 8,090 kes berbanding dengan 3,564 kes bagi tahun 2009
(Laporan Tahunan CyberSecurity Malaysia, 2010). Pengendap siber sememangnya telah
melanggar hak peribadi seseorang dan Allah telah melarang setiap perbuatan yang mampu
mencetuskan pergaduhan sesama manusia. Firman Allah dalam Surah An-Nur yang
bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana
rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu terlebih dahulu meminta izin serta
memberisalam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu,
supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan)” (An-Nur, 24: 27)

Setiap sesuatu yang berlaku pastilah mempunyai faktor penyumbang dan


penyumbang kepada jenayah siber dalam masyarakat ialah kurangnya maklumat dalam
penggunaan teknologi dengan selamat. Dalam teknologi komunikasi dan maklumat I.C.T,
masyarakat kurang didedahkan dalam melindungi hak mereka sebagai pengguna.
Kebanyakannya menggunakan teknologi atas desakan trend atau tidak mahu dilabelkan
ketinggalan zaman. Oleh yang demikian, pengguna sering leka dalam mengikuti arus
globalisasi. Misalnya kemunculan laman sosial seperti Facebook, Whatsapp dan Twitter
telah menyebabkan ramai berlumba-lumba menyertai laman sosial tanpa mengetahui risiko
dan kesan sekiranya tidak prihatin dalam penggunaannya. Misalnya, ramai pengguna laman
sosial mempamerkan butiran peribadi secara umum. Oleh demikian individu yang tidak
bertanggungjawab akan “mencuri” atau “meniru identiti” pengguna untuk keuntungan
mereka atau menjatuhkan individu lain. Merujuk kepada situasi ini, maka tidak hairanlah
jenayah siber semakin meluas dalam kalangan masyarakat.

Faktor seterusnya ialah jenayah siber juga didorong oleh kemunculan Internet
sebagai alat komunikasi terkini yang menjanjikan wadah penyebaran makumat yang cepat
dan mudah diakses. Pelbagai maklumat tidak kira sama ada benar atau salah, idea,
ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Hal ini
amat membimbangkan kerana anak-anak juga boleh mengakses pelbagai laman web
dengan mudah. Hanya satu klik sahaja, pengguna bebas dalam menyampaikan dan
menerima maklumat tanpa ditapis kebenarannya dan hal ini akan memberi kemudahan
kepada isu jenayah siber. Contohnya, kes penyebaran maklumat palsu mengenai kematian
Ketua Polis Diraja Malaysia, Tan Sri Ismail Omar oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Maklumat palsu ini telah memberi kekeliruan kepada masyarakat dan pihak pentadbir dari
dalam dan luar negara. Maka daripada salah satu kes ini seperti membuktikan bahawa
jelaslah penyampaian dan penerimaan maklumat dan informasi tanpa ditapis akan
menyumbang kepada gejala jenayah siber.
Tambahan lagi, sikap penjenayah siber yang negatif iaitu sekadar suka-suka dan
tamak dalam menggunakan teknologi pada hari ini juga merupakan faktor yang boleh
diketengahkan. Mereka menjadikan orang lain sebagai bahan uji kepada kesalahan yang
mereka lakukan kerana mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah
siber yang dilakukan secara suka-suka. Malahan, sesetengah individu mempunyai keinginan
untuk menjadi kaya dalam masa yang singkat dengan menggunakan kaedah alternatif.
Mereka hanya mementingkan hasilnya dan tidak ambil peduli akan cara mereka mendapat
hasil tersebut walaupun terpaksa menzalimi serta mengaibkan orang lain. Oleh itu mereka
sanggup melakukan jenayah siber semata-mata untuk mendapatkan hasil dengan cepat
kerana jenayah siber tidak perlu melibatkan tenaga fizikal seperti jenayah-jenayah lain. Niat
tidak boleh menghalalkan cara dan keadaan ini adalah salah sama sekali kerana hadis
daripada ‘Abdullah bin Umar R.A , Rasulullah S.A.W telah bersabda mafhumnya:

“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh
menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan
hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang
melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan
kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim,
maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Hadith riwayat al-Bukhari,
No.2442, 6901, Muslim, No.2580)

Secara tuntasnya, pelbagai pihak haruslah mengerah tenaga dalam mengatasi


faktor-faktor jenayah siber. Usaha dan idea berterusan dalam mengekang jenayah siber
oleh setiap lapisan masyarakat dan pihak kerajaan serta pihak berwajib amat perlu
ditekankan dari semasa ke semasa. Menerusi sistem-sistem yang terdapat dalam Islam, kita
boleh mengaplikasikannya bagi mengatasi masalah dan isu yang berlaku seperti jenayah
siber ini. Pertama, sistem pendidikan adalah salah satu daripada enam sistem Islam yang
boleh kita perincikan bagi membendung jenayah siber daripada terus merebak. Menurut
Zakaria Setapa et.al (2012) dalam konteks Islam, pendidikan merupakan satu pelajaran atau
pendidikan bagi kognitif, fizikal dan roh untuk melahirkan insan yang berperikemanusiaan.
Ilmu dilihat sebagai satu keutaaman dan dapat bibuktikan dengan wahyu pertama yang
disampaikan kepada Rasulullah dalam Surah Al-‘Alaq ayat yang pertama yang bermaksud,

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama tuhanmu (Allah) yang menciptakan


(sekalian makhluk)” (Al-‘Alaq:1)

Melalui firman Allah Taala ini, dapat kita simpulkan bahawa ilmu merupakan harta
yang paling bernilai bagi setiap manusia. Sememangnya individu yang melakukan jenayah
siber seperti menipu, mencuri harta intelek dan mengadakan fitnah merupakan individu yang
kurang ilmunya. Maka, setiap individu khususnya ibu bapa dan para guru yang terlibat
secara langsung dalam dunia pendidikan perlulah mencurahkan ilmu ukhrawi dan ilmu
duniawi serta menekankan tentang jenayah siber ini dengan secukupnya kepada anak-anak
yang meningkat dewasa. Penting bagi ibu bapa, guru-guru dan masyarakat umum mendidik
anak-anak sejak mereka masih kecil tidak mengira samada anak sendiri mahupun bukan
agar mereka memahami kehendak agama dengan sepenuhnya. Islam menuntut umatnya
agar sentiasa menuntut ilmu dan menyebarkannya. Islam juga meletakkan orang yang
berilmu di tempat yang tinggi dan mulia seperti firman Allah dalam Surah Al-Mujadalah ayat
11 yang bermaksud:

“Allah meningkatkan darjat orang yang beriman antara kamu, dan orang yang diberi
ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) beberapa darjat”

Selain itu, sistem masyarakat juga merupakan sistem yang boleh kita aplikasikan
bagi mengatasi isu jenayah siber. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi kedua
menyatakan bahawa masyarakat merupakan sekumpulan orang yang hidup bersama di
sesuatu tempat dengan cara-cara dan peraturan yang tertentu. Menurut Sheikh Yusuf Al-
Qardawi pula masyarakat Islam merupakan masyarakat yang berbeza dengan mana-mana
masyarakat yang lain. Masyarakat Islam merupakan masyarakat yang rabbani, insani,
akhlaki dan masyarakat yang patuh kepada perintah agama. Justeru jenayah siber amat
bertentangan dengan sistem masyarakat yang dianjurkan oleh agama Islam. Ciri sistem
masyarakat ialah memelihara nilai akhlak. Kita dapati segala peraturan atau undang-undang
dalam masyarakat Islam adalah bertujuan untuk memelihara nilai-nilai akhlak yang mulia.
Kita juga diharamkan mengintai-intai kesalahan orang lain, menyakiti dan memalukan orang
lain yang mana semua perbuatan ini akan mendatangkan permusuhan sesama anggota. Ini
jelas menunjukkan masyarakat Islam mengutamakan nilai-nilai akhlak dan semua ini adalah
untuk memelihara kedamaian dan keharmonian sesama manusia. Oleh itu, masyarakat
umum hendaklah mengambil berat terhadap isu jenayah siber yang berlaku serta
mencegahnya dengan cara menggunakan tangan, lidah dan hati seperti yang di sabdakan
oleh baginda Rasulullah S.A.W:

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah dengan


tangannya (kuasa yang ada), jika tidak mampu maka dengan lisannya (nasihat) jika
tidak mampu maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman”
Sistem jenayah juga mampu untuk menangani masalah jenayah siber kerana Islam
adalah agama rahmat yang mempunyai peraturan dan mempunyai hukum ahkam bertujuan
membimbing dan mengawal kehidupan manusia agar menjadi khalifah yang diredhai-Nya.
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat yang ke 30 yang bermaksud:

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku


hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”

Ayat ini membuktikan bahawa Allah berkehendak untuk mencipta apa-apa sahaja daripada
tiada menjadi ada. Oleh itu, sebagai seorang hamba kita sewajibnya mematuhi segala
syariat dan meninggalkan segala larangan yang telah ditetapkan. Hal ini kerana golongan
yang melanggar hukum-hukum Allah adalah orang yang zalim berdasarkan dalil:

“Dan sesiapa yg melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-
orang yg zalim.” (Surah al-baqarah : 229)

Maka, jenayah siber yang telah merebak pada hari ini boleh diselesaikan dengan
cara melaksanakan undang-undang dan akta yang sesuai. Kaedah ini dinamakan hukum
ta’zir yang merupakan salah satu hukum daripada hukum-hukum Allah. Ta’zir adalah satu
undang-undang yang Allah berikan keistimewaan kepada pemimpin atau pemerintah Islam
yang sah untuk berhukum dengannya, bergantung kepada keperluan dan kemaslahatan.
Contohnya, negara Malaysia mempunyai Akta Jenayah Komputer 1997 berkaitan dengan
kesalahan penyalahgunaan peranti elektronik seperti komputer untuk tujuan melakukan
jenayah. Kes-kes kecurian, penggodaman dan penyelewengan ditadbir di bawah kod
Keseksaan Malayisa. Buktinya, undang-undang jenayah menyediakan sekatan dalam
bentuk seksyen 378 Kanun Keseksaan berkaitan dengan kecurian, seksyen 402-404
berkaitan dengan penyelewengan jenayah harta, dan seksyen 405-409 berkaitan dengan
jenayah pecah amanah dan seksyen 421-424 berkaitan dengan perbuatan penipuan dan
pelupusan harta. Oleh itu, orang ramai akan mulai sedar dan berasa takut untuk melakukan
jenayah siber hasil daripada hukuman ta’zir yang dilaksanakan oleh pemimpin Islam.
PENUTUP

Masyarakat yang baik ialah masyarakat yang berdasarkan kepada ajaran Islam. Dari
ajaran itu lahirlah peraturan-peraturan yang mengatur pelbagai hubungan dalam masyarakat
seperti yang telah diterangkan perbahasan ciri-ciri masyarakat Islam. Sementara
masyarakat yang buruk pula ialah masyarakat yang tidak berdasarkan ajaran Islam dan
Islam itu tidak dijadikan dasar hukum-hukumnya. Masyarakat yang tersebar luas kejahatan
dan kemungkaran seperti masyarakat Jahiliyah. Dengan lain perkataan masyarakat yang
baik ialah masyarakat yang berdasarkan ajaran agama Islam sehingga falsafah hidupnya
serta peraturannya sesuai dengan ajaran agama Islam dan masyarakat yang rosak adalah
masyarakat sebaliknya.

Sebagai umat Islam, kita perlu cuba dengan sedaya upaya untuk memberi sinar
kepada cabaran baru dalam melindungi mereka daripada jenayah yang sukar dikesan.
Kepercayaan iaitu iman dan takut kepada Allah serta takwa yang merupakan karakter umat
Islam mampu untuk membendung masalah dan isu jenayah siber daripada terus berlaku.
Umat Islam hendaklah bersatu satu menjalankan usaha dakwah yakni melakukan yang
makruf dan mencegah kemungkaran daripada terus berleluasa. Sabda Rasulullah dalam
sebuah hadis iaitu “Dalam diri anak Adam ada seketul daging, jika baik daging itu maka
baiklah jasadnya dan jika buruk daging itu maka buruklah jasadnya dan daging itu adalah
hati”. Maka, marilah kita semua bersatu membanteras jenayah siber dan juga semua
amalan mungkar agar menjadi mukmin yang dicintai dan diredhai oleh Allah.

Anda mungkin juga menyukai