Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Perbezaan kecerdasan dua orang murid normal dan berkeperluan khas SK Seri
Taman Kluang Barat berdasarkan senarai semak Kecerdasan Pelbagai Howard
Gardner menggunakan Pengurusan Grafik.

PERKARA RESPONDEN
MURID
JENIS KECERDASAN MURID NORMAL BERKEPERLUAN
KHAS
Muhd Adam Naimi Bin Muhammad Danish
Nama
Hamzah Iqbal Bin Jefri
11 Tahun
Umur 11 Tahun
(Umur Kognitif 8 tahun)
Slow Learner
Jenis Berkeperluan Khas Normal
Terencat Akal Ringan
DOMAIN KECERDASAN GARDNER SKOR

Kecerdasan Pintar Bahasa 6/6 3/6

Kecerdasan Pintar Logik Angka 5/6 4/6

Kecerdasan Pintar Ruang 3/6 6/6

Kecerdasan Pintar Fizikal 5/5 4/5

Kecerdasan Pintar Kinestetik 2/5 1/5

Kecerdasan Pintar Bergaul 5/6 3/6

Kecerdasan Pintar Diri 3/6 1/6

Kecerdasan Pintar Alam 5/6 3/6


Kecerdasan Pintar Kecerdasan Pintar
Domain Kecerdasan
Bahasa Ruang

Rajah 1 : Jadual Perbandingan

Bagi tugasan 1, kami diminta untuk mencari seorang murid normal dan seorang murid
bekeperluan khas untuk diperhatikan dari aspek perbezaan individu berdasarkan Teori

1
Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner. Untuk tujuan itu, satu instrumen senarai semak
perlu disediakan bagi menyenaraikan perbezaan murid mengikut kecerdasan masing-
masing.

Saya telah memilih dua orang pelajar ini ketika menjalankan tinjauan melalui proses
PBS (pengalaman berasakan sekolah) di SK Seri Taman Kluang Barat. Murid tersebut ialah
Muhd Adam Naimi Bin Hamzah yang merupakan murid yang normal dan Muhammad
Danish Iqbal Bin Jefri yang merupakan salah seorang murid berkeperluan khas.

PERBEZAAN KECERDASAN DUA ORANG MURID BERDASARKAN


SENARAI SEMAK KECERDASAN HOWARD GARDNER
100
90
80
70
60
50
Skor %

40
30
20
10
0
Pintar Pintar Pintar Pintar Pintar Pintar Pintar Diri Pintar
Bahasa Logik Ruang Fizikal Kinestetik Bergaul Alam
Angka

Domain Kecerdasan

Murid Normal (Adam) Murid Berkeperluan Khas (Danish)

Rajah 2 : Graf Bar Berganda

Berdasarkan senarai semak yang telah diberi, dilihat bahawa Adam memiliki kecerdasan
pintar bahasa yang paling tinggi. Berdasarkan soal selidik, Adam seorang pengawas
sekolah tersebut. Dia juga pernah menceburkan dirinya dalam bidang syarahan dan
bercerita sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam pertandingan syarahan
peringkat Daerah Kluang.

Seterusunya, walaupun dia agak pendiam di dalam kelas namun apabila ada sesi
soal jawab dia akan memberikan respon yang baik sama ada memberikan soalan atau
untuk menjawab soalan. Dia juga memiliki keupayaan verbal-linguistik yang tinggi kerana dia
memililki kepayaan menulis karangan dengan baik dan suka membaca ketika masa lapang.

2
Responden turut mengatakan bahawa dia amat meminanti subjek matematik dan
sains. Menurut responden juga dia ada membela kucing dan arnab di rumahnya. Dia juga
sangat berminat untuk menjalankan aktiviti menanam tumbuh-tumbuhan di sekolah. Setiap
hari, dia akan menyiram tumbuh-tumbuhan yang berada di kuar kelas.

Akhir sekali, Adam kurang menguasai dalam kecerdasan kinestetik, dan ruang.
Menurut responden, dia menerangkan bahawa dia kurang meminati aktiviti yang melibatkan
pergerakan seperti lakonan dan aktiviti menari. Beliau merasakan malu dan segan untuk
melakukan aktiviti tersebut. Adam turut megatakan bahawa dia tidak langsung pandai untuk
melukis dan kurang berminat dalam aktiviti melukis mahupun mewarna.

Seterusnya Danish adalah murid bekeperluan khas iaitu golongan Slow Learner. Jika
mengikut kecerdasan pelbagai, Murid ini dominan dalam kecerdasan ruang. Danish
cenderung atau lebih berminat sekiranya melakukan pembelajaran secara aktiviti dan
merasa bosan dengan pembelajaran teori. Menurut Wong Kiet, Isa Azis Dan Rafidah (2016),
murid slow learner bermaksud kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas
serta terlalu lambat untuk mencapai objektif pengajaran yang mudah. Slow learner juga
mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah dan rendah. Dia juga
mudah mengingati pembelajaran dalam bentuk nyanyian dan melalui apa yang didengar.

Berdasarkan soal selidik terhadap responden, Danish ada mengatakan bahawa dia
amat menyukai aktiviti menanam tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Dia turut
menunjukkan segala tumbuh-tumbuhan yang berada di taman berhadapan dengan kelasnya
yang kelihatan sungguh cantik dan tersusun. Menurut Puan Marliana Binti Kamaruddin iaitu
guru yang bertugas di kelas pendidikan khas, mengatakan Danish sangat rajin dan tekun
dalam menjaga segala tumbuh-tumbuhan yang terdapat di taman tersebut dan yang paling
istimewanya ialah dia mampu mengenali setiap nama-nama tumbuhan yang terdapat di
taman tersebut yang terdiri daripada bunga-bungaan dan herba-herba.

3
2.0 Analisis Strategi Pengajaran Guru yang Mengambil Kira Perbezaan Gaya
Pembelajaran Murid.

Sepanjang pemerhatian yang dilakukan dalam sesi PBS di SK Seri Taman Kluang Barat
banyak pendekatan yang dilakukan oleh guru sebagai strategi pengajaran di dalam bilik
darjah. Menurut Noriati, Boon, Sharifah Fakhriah (2017), strategi pengajaran merujuk satu
pelan tindakan yang dirancang dan ditentukan bertujuan memudah cara suatu jenis
pembelajaran suatu situasi.

Pada hari pertama PBS, saya telah memerhati sesi pengajaran dan pembelajaran oleh
guru yang bernama Puan Salwah Binti Salleh Abdullah di kelas 5 Bestari. Jumlah
kesuluruhan murid yang terdapat dalam kelas tersebut seramai 38 murid. Apa yang saya
dapat perhatikan adalah guru memfokuskan kepada strategi pembelajaran berpusatkan
murid. Menurut Noriati A.Rashid et.al (2017), strategi pembelajaran terbahagi kepada empat
iaitu strategi berpusatkan guru, berpusatkan murid, strategi berasakan bahan dan strategi
berasaskan tugasan. Guru melakukan pembelajaran secara dua hala iaitu berlaku interaksi
soal jawab antara murid dan guru.

Namun begitu, strategi ini juga mengambil kira perbezaan gaya pembelajaran murid. Hal
ini kerana seseorang yang melibatkan diri secara aktif dan agresif dalam aktiviti
pembelajarannya merupakan salah satu jenis gaya pembelajaran mengikut Munford dan
Honey, (1986). Contohnya, cikgu tersebut telah memberi tugasan berkumpulan dalam tajuk
keselamatan persekitaran dalam subjek Bahasa Melayu. Namun dalam pemerhatian saya,
murid bergerak secara aktif dalam setiap kumpulan manakala guru sebagai fasilitator dalam
bilik darjah hanya membimbing pelajar untuk menyiapkan tugasan mereka.

Selepas itu, pada hari kedua PBS, saya telah mengambil peluang menyempurnakan
tugasan ini dengan memasuki kelas tahun 1 Arif seramai 30 orang. Guru yang mengajar
ketika itu ialah Ustaz Mazwan Bin Hamdan. Hasil pemerhatian saya, strategi guru yang
digunakan ialah pemusatan guru. Dalam hal ini, guru memainkan peranan penting dalam
mengendalikan aktiviti bilik darjah. Selain itu, saya juga dapat lihat susunan bilik darjah
abad-21. Guru kelas telah menyusun kelas dalam pembentukan kumpulan berempat iaitu
menurut konsep watering hole.

Berdasarkan strategi tersebut, hal ini sangat berfokuskan kepada perbezaan gaya
pembelajaran murid. Walaupun strategi yang digunakan hanya berpusat pada guru, akan
tetapi guru tersebut mampu membimbing murid – murid dalam masa yang sama. Buktinya,
guru tersebut telah membahagikan kumpulan berbeza kognitif supaya yang lebih bijak dapat
membimbing yang lain tetapi terdapat juga kumpulan yang sama kognitif. Bagi yang sama
kognitif, guru akan lebih memfokuskan kepada kumpulan yang lemah. . Kaedah ini lebih

4
mudah kerana ruang telah tersedia untuk melakukan aktiviti secara kolaboratif. Jelas
menunjukkan strategi ini memberi fokus kepada perbezaan gaya pembelajaran murid di
dalam sesebuah bilik darjah.

Seterusnya, pada hari ketiga PBS,saya terus pemerhatian saya dengan memasuki kelas
subjek Pendidikan Islam tahun 3 Bestari seramai 35 orang murid. Guru yang mengajar ialah
Ustazah Juminah Binti Sidek. Antara strategi yang digunakan ialah strategi berpusatkan
bahan. Guru tersebut menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik
apabila menggunakan bahan bantuan mengajar seperti penggunaan audio-visual.
Contohnya, guru tersebut telah memainkan lagu berkaitan rukun iman dan rukun islam
manakala murid telah diarahkan untuk menyanyi bersama-sama.

Oleh yang demikian, bukti yang strategi ini mengambil kira perbezaan gaya
pembelajaran murid apabila murid berpeluang belajar menggunakan muzik, visual dan
sebagainya. Hal ini juga dapat menarik perhatian murid untuk semangat dalam sesi PdP.
Menurut model Dunn Dunn, antara elemen gaya pembelajaran termasuklah pembelajaran
persekitaran iaitu penggunaan bunyi, visual dan sebagainya. Oleh itu, jelas bahawa strategi
berpusatkan bahan mampu mengambil kira aspek perbezaan gaya pembelajaran murid.

Di samping itu, berdasarkan responden dua orang murid normal dan berkeperluan khas
yang telah saya menemubual, saya dapat mengenal pasti perbezaan gaya pembelajaran
antara mereka berdua. Menurut Honey dan Mumford (1992), pembelajaran telah berlaku
apabila manusia boleh mempamerkan sesuatu yang baru, sama ada dalam bentuk
pemahaman, kesedaran, kemahiran.Selain itu, Honey & Mumford menekankan gaya
pembelajaran didefinisikan sebagai penerangan ke atas sikap dan individu yang
mengamalkannya. Oleh itu, sifat dan tingkah laku seseorang akan mempengaruhi gaya
pembelajaran Honey dan Mumford telah membahagikan gaya pembelajaran melalui sikap
kepada 4 iaitu aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis.

Murid normal iaitu Adam dapat dilihat adalah lebih cenderung kepada gaya
pembelajaran secara reflektif. Hal ini kerana kecerdasan yang dimiliki oleh Adam melalui
teori Howard Gardner adalah kecerdasan Intrapersonal. Adam dilihat seorang yang suka
bermuhasabah diri dan melakukan refleksi diri bagi pengalaman-pengalaman lampau.
Seterusnya dia akan menyusun pelan atau rancangan pada masa hadapan. Selain itu,
melalui gaya pembelajaran secara reflektif yang dikemukakan Honey dan Mumford ini
mengatakan juga bahawa mereka meminati subjek sains. Ini sangat tepat kerana Adam
amat meminati subjek Matematik dan Sains. Walaupun begitu, Adam juga boleh
dikategorikan secara sedikit dalam kalangan teoris. Ini kerana dia suka mengetahui sebab

5
musabab suatu kejadian dan logiknya terjadi begitu. Hal ini dibuktikan lagi dengan tahap
kecerdasan logik matematik dirinya yang cukup memberangsangkan.

Seterusnya Murid berkeperluan khas pula iaitu Danish pula adalah seorang yang
memiliki gaya pembelajaran secara pragmatis. Jenis murid ini sukar membuat sesuatu
kerana lambat dari segi penerimaan maklumat ke dalam dirinya. Dia akan lebih tertarik
kepada pembelajaran yang berasaskan pergerakan dan bahan konkrit. Hal ini dapat dilihat
iaitu Danish adalah seorang yang slow learner sehingga menyebabkan dia kurang berminat
untuk belajar. Oleh sebab itu, gaya pembelajaran pragmatis ialah strategi yang sesuai bagi
masalah seperti ini apabila penggunaan bahan konkrit dan menarik dalam pembelajaran
berkeperluan khas. Jadi murid ini sangat bertentangan dengan gaya pembelajaran secara
teoris, aktivis dan reflektif.

6
RUJUKAN

Chong L.K. (2011) Murid dan Alam Belajar (2nd ed). Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2001) Belajar cara belajar. Kuala Lumpur: PPK.

Noriati, A.Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah, Fakriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam
Belajar. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.

Teori Pembelajaran, (n.d). Retrieved on October 21, 2009 from http//:limuna.ipislam.edu.my.

Woolfolk, A.E. (2004). Educational psychology. (9th ed). New Jersey: PrenticeHall.

Wong,K.W.,Mohamad Isa Azis.,Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan Kanak-kanak. (Siri

Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.

7
LAMPIRAN

Menemu bual Murid Normal (Adam)

Menemu bual Murid Berkeperluan Khas (Danish)

8
Sesi Pembelajaran dan Pengajaran di dalam kelas

Anda mungkin juga menyukai