Anda di halaman 1dari 12

1.

0: PENDAHULUAN

Guru merupakan agen perubahan yang berperanan penting dalam menyebarkan kurikulum
kepada pelajar di sekolah. Menurut Morgan (1978), belajar adalah setiap perubahan yang
relatif menetap dalam tingkah laku yang terjadi sebagai suatu hasil dari latihan atau
pengalaman. Oleh hal yang demikian, belajar boleh diertikan sebagai suatu proses
menambah ilmu manakala mengajar pula membawa maksud suatu proses dalam
menyampaikan ilmu.

Dalam menghadapi arus kemodenan yang berkembang pesat ini, guru seharusnya
memperkasakan dan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka tanpa mengira masa.
Justeru, ‘sikap belajar untuk mengajar’ sebagai proses Pembelajaran Sepanjang Hayat
(PSH) pertu disemai serta ditanam dalam diri setiap warga pendidik. Sikap belajar untuk
mengajar ini memainkan peranan bagi mempersiapkan guru dengan pelbagai ledakan
informasi serta perkembangan terkini yang terdapat dalam bidang pendidikan.

Pada masa kini, terdapat pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh para
guru dalam proses pembelajaran harian di sekolah sebagai contohnya guru diberikan
pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh mereka atau mengajar subjek yang
tidak berkaitan. Selain itu, para guru juga menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri
dalam perkembangan era globalisasi terutamanya dalam penggunaan alatan yang semakin
canggih dalam sesi pengajaran.

Tuntasnya, ‘sikap belajar untuk mengajar’ merupakan nadi utama kepada


pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga pendidik kerana ia akan menjadi
pemacu utama kejayaan serta kelestarian seseorang guru tersebut dalam kerjayanya. Hal
ini demikian kerana, guru tersebut akan lebih bersedia dari segi fizikal dan mental serta
mempunyai ilmu yang banyak di dada dalam proses pengajaran mereka bersama anak-
anak pelajar di sekolah.

1
2.0 : KONSEP PROFESIONALISME KEGURUAN

2.1: Definisi Profesionalisme Keguruan

Menurut Mok Soon Sang (1996), beliau merumuskan secara ringkas bahawa
konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh
seseorang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu,
bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi serta mempunyai
autonomi ketika bertugas dan mematuhi kod etika yang ditentukan oleh
organisasinya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007) , profession keguruan
ialah pekerjaan yang berkait rapat dengan peranan, tugas, tanggungjawab, sifat, dan
kualiti guru yang merupakan suatu pekerjaan yang membawa bersama
tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap murid dan masyarkat. Dapat
disimpulkan profesionalisme keguruan merupakan satu bidang pekerjaan yang
mempunyai pengkhususan dan etikanya yang tersendiri dan diiktiraf oleh badan
professional.

2.2: Elemen-elemen Profesionalisme Keguruan

Antara elemen-elemen profesionalisme keguruan ialah seorang guru itu perlulah


mempunyai pengatahuan yang luas. Seorang guru haruslah mempunyai
pengetahuan atau kemahiran dalam pelbagai bidang terutama di dalam bidang yang
diceburinya itu. Mereka haruslah menguasai sepenuhnya pengetahuan tentang mata
pelajaran yang hendak diajarnya dan mengetahui kaedah atau cara penyampaian
yang paling mudah dan berkesan dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat
memahami apa yang hendak disampaikan . Pada zaman serba moden ini, guru juga
perlulah bersiap sedia dengan asas-asas ilmu lain seperti tentang isu-isu semasa,
teknologi maklumat dan berbagai lagi. Hal ini demikian kerana, generasi baru kini
berfikiran di luar kotak selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang
dihadapi oleh mereka. Maka, para guru perlulah bersedia dengan ilmu pengetahuan
yang secukupnya untuk berdepan dengan generasi-generasi baru ini.

Elemen yang kedua ialah etika profesion perguruan. Etika Perguruan


bermaksud tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara.
Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas mengenai tanggungjawab guru
terhadap pemegang amanahnya dalam bidang pendidikan. Kod Etika Perguruan
juga dapat membantu guru melihat perbezaan dan melihatkan keunikan etika yang
diamalkan di negara ini ataupun negara lain. Guru akan mempertahankan kod etika
untuk meningkatkan imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi

2
seterusnya membolehkan masyarakat untuk memahami dan menghayati
tanggungjawab guru yang luas dan berat serta menyokong guru dalam mencapai
matlamat pendidikan. Oleh hal yang demikian, guru yang berpegang teguh pada kod
etika perlu mengamalkan tujuh nilai utama yang menjadi fokus etika kerja
Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu amanah, benar, bijaksana, bersyukur,
dedikasi, ikhlas, dan penyayang.

Elemen yang seterusnya ialah pembelajaran dan pengajaran guru. Guru-guru


wajib mengikuti kursus-kursus latihan dalam perkhidmatan bagi mengasah bakat
sebagai guru yang profesional. HaI ini boleh dilakukan melalui program-program
perkembangan profesionalisme yang berterusan (Continuing Professional
Development Programmes). Guru seharusnya dapat memantapkan dan
memperteguhkan preofesion keguruan dari aspek kemahiran, teknik, keilmuan dan
kepakaran. Seorang guru juga seharusnya dapat mengaplikasikan kemahiran yang
dipelajari dan dipraktikkan semasa di Institut perguruan, iaitu menyediakan
kandungan pengajaran yang dapat menarik dan merangsang pemikiran murid.
Kesemua kemahiran dan ilmu yang diperolehi oleh seorang guru yang profesional
perlu selalu dikemaskini supaya selaras dengan pembelajaran abad 21. Hal ini
demikian kerana, keadaan semasa memerlukan guru menguasai kemahiran dalam
penggunaan peralatan bantuan mengajar yang terkini seperti komputer dan
sebagainya. Kejayaan penggunaan teknologi pendidikan dan penggunaan pelbagai
media dalam peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P)
adalah bergantung kepada usaha gigih guru. Oleh itu, aplikasi bahan bantu mengajar
serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai amat penting. Contoh
bahan bantu mengajar ialah menggunakan peralatan elektronik seperti komputer,
power point, internet, dan video. Bukan itu sahaja, persembahan pengajaran guru
dapat menarik minat pelajar jika guru itu bijak menggunakan gaya tingkah laku,
menukar intonasi suara, dan dapat bercerita.

Elemen yang keempat ialah pentadbiran dan pengurusan guru. Selain dari
bidang pembelajaran dan pengajaran, semua guru perlu dilatih untuk menjadi
pengurus yang berwibawa. Noriah ,1994 menyatakan bahawa profesion keguruan
merupakan profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas.
Bebanan kerja guru bukan sahaja mengajar tetapi juga melaksanakan kerja
perkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga kerja-kerja
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (Faridah dan Zubaidah, 1999). Dalam proses
pentadbiran sekolah, guru itu perlu pandai merancang, membuat keputusan, pandai
berkomunikasi, mengawal dan menilai. Dari aspek pengurusan ,guru mempunyai

3
peranan yang besar dalam mendidik murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar bukan sahaja didapati di dalam kelas
tetapi dari penglibatan secara menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti
gerak kerja luar. Kemahiran yang diperolehi oleh guru harus meliputi kemahiran yang
meningkatkan potensi murid, dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran
secara berkesan. Guru juga haruslah mahir mengajar iaitu dapat menggabungkan
aspek-aspek teori, pedagogi dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam
pengajaran. Selain daripada pengurusan dalam kelas, guru perlu mengurus masa
dari segi kerja-kerja sekolah, mengguna masa dalam penguasaan kurikulum, setiap
mata pelajaran dan teknik evaluasi. Seseorang guru bukan setakat untuk mengajar
malah perlu memegang jawatan dalam organisasi sekolah. Contohnya, sebagai guru
kaunseling, sebagai guru panitia, penolong kanan pengetua, sebagai guru penasihat
kepada persatuan, kelab dan sukan.

2.3 : Sumbangan Profesionalisme Keguruan kepada komuniti

Sumbangan profesionalisme keguruan ialah mereka menjadi orang yang


menyalurkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat dan komuniti. Pihak guru telah
diberi latihan untuk memastikan mereka berupaya untuk mendidik anak bangsa
dengan ilmu yang diperlukan mengikut tahap umur dan peperiksaan yang dihadapi
itu. Selain itu, , pihak guru boleh mengemudi sistem pentadbiran sesebuah komuniti
dengan menganjurkan beberapa program untuk membangunkan sesebuah
komuniti.Ini akan membuatkan komuniti tersebut memupuk sifat kerjasama antara
mereka dan mengeratkan silaturahim antara mereka. Sebagai contoh , program
gotong royong yang mendorong komuniti setempat untuk berganding bahu bersama-
sama menjaga keharmonian masyarakat setempat.

Di samping itu , pelbagai maklumat terkini boleh disampaikan oleh guru


kepada komuniti untuk memastikan komuniti setempat sentiasa “ up to date “ . Guru
boleh menerapkan profesionalisme keguruan seperti penggunaan ICT dalam
kehidupan seharian dengan menubuhkan ruang sembang dalam penggunaan telefon
bimbit yang mengandungi aplikasi “whatsapp”.Oleh itu, maklumat boleh disampaikan
dengan cepat dan masing masing boleh bertindak dengan cepat.

4
3.0: KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

3.1: Maksud Pembelajaran Sepanjang Hayat

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007) pembelajaran bermaksud perihal


mendidik, ilmu, didikan, latihan dan ajaran. Sepanjang membawa maksud segenap
waktu, selama, seluruh manakala hayat pula bermaksud hidup. Secara
keseluruhannya pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan
pengetahuan, penguasaan kemahiran dan kepercayaan proses pembelajaran
berlaku sepanjang hayat seseorang manusia.

Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat ( PSH ) pula ditakrifkan sebagai


segala aktiviti pembelajaran yang dilakukan sepanjang hidup bertujuan
meningkatkan pengetahuan , kemahiran dan kompetensi dalam aspek yang berkait
dengan peribadi ,sosial atau pekerjaan . PSH dianggap bermanfaat kepada individu
kerana ia dapat membaiki kehidupan seseorang menerusi peningkatan kemahiran
kerja, pembaikan sahsiah diri dan juga penambahan ilmu pengetahuan.

Menurut Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, PSH di Malaysia menjadi


‘tonggak ketiga’ untuk mengerakkan pembangunan modal insan di negara ini
selepas sistem sekolah dan pendidikan tertiari. Maka, konsep PSH bersifat
keterbukaan kerana ia merupakan suatu sistem pembelajaran yang boleh diamalkan
oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira umur , latar belakang atau cara
pembelajaran.

3.2: Ciri-ciri Pembelajaran Sepanjang Hayat

Sebagai seorang pendidik, kita haruslah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang
dinamik. Oleh itu, setiap guru harus menerima dan menambahkan ilmunya melalui
pembelajaran sepanjang hayat untuk disebarkan kepada para pelajar. Antara ciri-ciri
PSH ialah pendidikan dilalui sama ada formal atau tidak formal. Pendidikan formal
diperoleh melalui kelas, kuliah,dan tutorial, manakala pendidikan tidak formal ialah
pengetahuan yang diperoleh melalui pembacaan dan perbincangan. Ciri yang kedua
ialah belajar secara berterusan. Setiap individu perlu sentiasa menyedari
kepentingan pendidikan dan berusaha untuk meningkatkan ilmu dari semasa ke
semasa.

Ciri yang seterusnya ialah mempunyai budaya untuk bersaing.Sebagai


seorang bakal guru, seseorang itu perlu mempunyai semangat untuk melebihi orang
lain dari segi maklumat dan pengetahuan. Akhir sekali, bersikap proaktif terhadap

5
ilmu pengetahuan iaitu sentiasa ingin mendahului untuk mendapatkan maklumat
atau ilmu yang terkini.

3.3: Sumbangan Pembelajaran Sepanjang Hayat kepada komuniti

Antara sumbangan pembelajaran sepanjang hayat kepada komuniti ialah dapat


menggilap kemampuan ke satu tahap yang lebih cemerlang berbanding sebelumnya.
Dengan meningkatkan lagi ilmu ke tahap yang lebih tinggi, seseorang itu dapat
menguasai sepenuhnya dalam bidang keilmuannya dan dapat menjadi rujukan
kepada masyarakat. Bukan itu sahaja, malah ianya akan membawa kehidupan
seseorang itu kepada lebih baik dan selesa mengikut tahap ilmu yang didalami.
Contohnya perbezaan guru biasa dengan pensyarah ataupun tokoh ilmuan yang
lebih tinggi.

Seterusnya ialah dapat membina tamadun yang lebih tinggi dan mencapai
kemajuan kepada masyarakat dan negara. Masyarakat yang mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat dapat melahirkan pemikiran yang lebih tinggi dan
membebaskan diri dari kejahilan. Dapat dilihat negara-negara yang mencapai
kemajuan dalam ilmu teknologi pada masa kini seperti Jepun, Amerika, Korea dan
sebagainya. Hal ini demikian kerana, mereka betul-betul mengaplikasikan konsep
pembelajaran sepanjang hayat.

6
4.0: CABARAN DAN LANGKAH GURU MENGHADAPI CABARAN PENDIDIKAN
SEMASA

4.1: Integrasi Nasional

Integrasi Nasional merupakan satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat


Malaysia yang berbilang kaum dan membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Ianya merupakan satu
cabaran yang besar yang perlu di tempuhi oleh guru. Cabaran utama yang
menghalang intergrasi kaum dan hubungan etnik di negara kita adalah bersangkutan
dengan nilai hidup iaitu prasangka, perkauman , etnosentrisme , sosioekonomi dan
pemisahan fizikal. Kesemua perkara ini membawa perpecahan antara kaum dan
etnik kerana mereka masih kukuh kepada peranan tradisional dan berpegang teguh
kepada nilai-nilai yang terbatas antara kaum. Masalah hubungan etnik dan intergrasi
kaum ini berpunca daripada dasar-dasar British ketika menjajah Tanah Melayu sejak
dahulu lagi yang mengamalkan Dasar Pecah dan Belah yang telah menjarakkan
perpaduan antara kaum.

Perkauman pula merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri


dalam bidang politik ,ekonomi dan sosial atau kebudayaan dimana satu-satu etnik
mementingkan kaumnya sendiri. Sikap perkauman ini boleh mewujudkan hubungan
yang tegang dan menjarakkan sosial antara individu. Sikap perkauman ini boleh
menghalang perpaduan rakyat sekali gus merencatkan kemajuan negara.

4.1.1 Langkah Guru Menghadapi Integrasi Nasional

Antara langkah yang perlu dimainkan oleh guru untuk menghadapi masalah integrasi
nasional ialah para guru perlulah menyemaikan semangat patriotik dan cinta kepada
negara tanpa mengira kaum kepada anak-anak murid. Ini dapat melahirkan satu
perasaan kesatuan dan kasih sayang sesama sendiri kepada murid-murid tanpa
mengira kaum dan bangsa. Guru juga perlulah menghalang anak-anak muridnya
daripada membangkitkan isu-isu sensitif di khalayak ramai bagi menjaga
persefahaman sesama sendiri. Ini kerana dengan isu-isu sensitif ini dapat
menimbulkan perbalahan antara kaum. Guru-guru perlulah memupuk anak-anak
murid supaya saling hormat menghormati kepada agama-agama lain.

Seterunya ialah guru-guru juga perlulah menekankan peranan penting


tentang kepentingan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama, dan bahasa
perpaduan bagi rakyat Malaysia. Para guru perlulah bertutur dalam bahasa Malaysia
ketika mengajar. Yang terakhir ialah, Guru mestilah melayani kepelbagaian murid

7
melalui layanan yang saksama terhadap semua murid tanpa mengira kaum, kaya,
miskin atau sebagainya. Kerana ianya akan menimbulkan diskriminasi atau
mengecilkan hati kaum lain.

4.2: Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Seseorang guru juga menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dalam


perkembangan era globalisasi terutamanya dalam penggunaan alatan yang semakin
canggih dalam sesi pengajaran. Hal ini berlaku akibat kemajuan teknologi yang
begitu pesat dan canggih pada abad ini. Sebagai contoh penggunaan computer
dalam sistem pengajar dan pembelajaran(PnP) . Hal ini akan memudahkan tugas
guru untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar disamping menjimatkan masa.
Pada peringkat permulaan, penggunaan teknologi boleh dikatakan agak sukar
kerana kebanyakannya kurang mahir dalam teknologi. Selain cabaran dari segi
kemahiran, pengetahuan dan sikap guru, guru juga menghadapi cabaran bagaimana
hendak mendidik generasi muda menggunakan internet secara berkesan. Adalah
menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan kanak-kanak tidak terdedah kepada
pengaruh negatif internet.

4.2.1: Langkah Guru Menghadapi Isu Pengaruh Perkembangan Teknologi


dan Komunikasi

Guru pada masa kini perlulah memahirkan diri mereka dengan pengetahuan ICT
agar dapat memperoleh pelbagai maklumat terkini untuk mengajar para pelajar dan
memudahkan proses pengajaran. Seiring dengan perkembangan teknologi, para
guru perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang setaraf dengan
perkembangan era globalisasi.

Selain itu, guru juga perlulah mendidik pelajar menggunakan Internet secara
berkesan. Guru di sekolah perlulah mengawal dengan ketat apabila pelajar diberikan
kemudahan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di sekolah.
Begitu juga dengan perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan
komputer, video, bantuan alat pandang dan teknik pengajaran luar kelas. Perubahan
ini juga haruslah dikawal dengan baik supaya setiap penggunaan teknologi pada
masa kini dapat dielakkan daripada disalahgunakan oleh para remaja. Guru harus
memastikan setiap pelajar menggunakan kemudahan TMK dengan cara yang betul.
Pelajar akan mendapat faedah sekiranya guru dapat mengawal penggunaan TMK di
sekolah dengan baik.

8
4.3: Gejala sosial

Pada masa kini, tingkah laku golongan pelajar dan remaja khususnya semakin
mencabar dengan pelbagai masalah. Keruntuhan moral dalam kalangan pelajar
sekolah digambarkan menerusi perlakuan seks bebas, kehamilan luar nikah,
pembuangan bayi, kesalahan juvana, penagihan dadah, pembakaran sekolah dan
sebagainya semakin meningkat. Kadar penglibatan remaja dalam masalah sosial
yang semakin serius ini semuanya berpunca dari beberapa faktor dalaman dan
luaran, antaranya ialah faktor ekologi keluarga,faktor ekologi sekolah, faktor rakan
sebaya dan faktor media massa. Gejala sosial bukanlah suatu penyakit yang biasa,
tetapi ia sudah menjadi kudis yang semakin bernanah dalam masyarakat. Jika tidak
ditangani dengan segera, gejala sosial ini akan menjadi semakin sukar untuk diubati.
Semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengatasi gejala sosial ini. Guru
khusunya memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan masa depan anak-
anak muda supaya menjadi remaja dan belia yang menyumbang kepada kemajuan
negara.

4.3.1: Langkah Guru Menghadapi Gejala Sosial

Sejauh manakah para guru bersedia menghadapi cabaran gejala sosial di kalangan
anak murid mereka? Para guru berperanan mengawal pelajar mereka daripada
melakukan gejala sosial. Secara dekat para guru perlu mendampingi setiap pelajar
dan memahami permasalahan mereka. Para guru harus peka dan bersikap terbuka
serta sentiasa memberikan dorongan kepada pelajar mereka dan ini akan membuka
ruang bagi para pelajar untuk membincangkan dan berkongsi masalah yang dihadapi
oleh mereka. Di samping itu, disiplin sekolah perlu diketatkan. Hubungan erat antara
para guru dengan ibu bapa pelajar perlu ditingkatkan. Pihak sekolah juga boleh
memberikan kaunseling kepada pelajar yang bermasalah agar pelajar tersebut tidak
berasa dirinya dipinggirkan. Semua usaha yang disebutkan di atas bukanlah perkara
yang mudah untuk dilakukan tetapi memerlukan kasih sayang dan kesabaran yang
amat tinggi daripada insan yang digelar guru.

9
5.0: Penutup

Kesimpulannya, sebagai bakal guru kita mestilah menghayati sepenuhnya elemen-elemen


dalam profesion keguruan untuk menjadi seorang guru yang professional dan cemerlang di
sekolah kelak. Guru juga perlulah mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang
hayat agar sentiasa mempertingkatkan mutu kehidupan dan dapat membentuk individu yang
berfikiran rasional, inovatif, kreatif dan mempunyai daya tahan fizikal dan mental. Selain
menjadi sumber maklumat kepada para pelajar, malah menjadi bahan rujukan rakan
setugas dan ibu bapa. Guru yang berkesan merupakan satu aset yang berharga dalam
sesebuah Negara yang menjadi sumber penyalur ilmu kepada masyarakat demi melahirkan
masyarakat yang berilmu.

10
Rujukan

Awang Had Salleh. (1980). Keguruan dan Perguruan di Malaysia: Keperihalan kini
Dan Arah yang Dituju. KONPEN V,Johor Bharu 6 – 8 Disember.

Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan.Selangor: Utusan Publication &
Distibution Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ishak, N. M., Iskandar, I. P., & Ramli, R. (2010). Emotional intelligence of Malaysian -612.
teachers: a comparative study on teachers in daily and residential schools. Procedia-
Social
Kamaruddin, K. (2007). Tekanan kerja di kalangan guru sekolah menengah. Jurnal
Kemanusiaan, 5(2).

Mohd Azam Mahat. (2009). Guru Pendidik, Pengajar, atau Pendakwah?. Shah Alam
Karisma Publication Sdn. Bhd.

Mok Soon San. (2008). Pedadogi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Morgan, R. W., Jain, M., Miller, A. B., Choi, N. W., Matthews, V., Munan, L., ... & Kelly, A.
(1978). A comparison of dietary methods in epidemiologic studies. American journal
of epidemiology, 107(6), 488-498.

11
Lampiran

12

Anda mungkin juga menyukai