Anda di halaman 1dari 36

031223-10-2357

1.0 PENGENALAN

Amalan pembelian merupakan suatu yang sinonim dengan masyarakat sejak


dahulu kala. Pembelian merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan
masyarakat kerana ianya penting untuk memenuhi keperluan asas.

Maksud amalan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) merupakan


sesuatu yang dilakukan (dilaksanakan dikenakan) sebagai suatu kebiasaan. Konsep
amalan boleh digunakan dengan beberapa makna yang berbeza. Ia juga boleh bergantung
kepada konteks, bertindak sebagai kata nama. Dalam hal apa pun, istilah ini selalu ada
kaitan dengan tanggapan sesuatu yang perlu dilakukan, yang dilakukan dan yang
memerlukan pengetahuan tertentu atau konsistensi untuk hasilnya seperti yang
diharapkan.

Maksud berbelanja menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ialah membeli
barang-barang untuk keperluan rumah tangga. Pengguna diseru agar bijak berbelanja
dalam urusan membeli barang keperluan rumah dan harus pandai memanfaatkan hak
sebagai pengguna. Pada abad ke-21, dunia telah diperkenalkan dengan teknologi baru
membawa kuasa kuasa membeli dan berbelanja masyarakat ke satu tampak yang baharu.

Menurut sumber Kamus Dewan Pustaka Edisi Keempat (2005) bijak memberi
maksud pandai, cerdik, pintar. Sesuai atau betul dan mendatangkan kebaikan: berjimat-
cermat. Pengguna yang bijak adalah pengguna yang dapat menguruskan perbelanjaannya
dengan bijak dan menyedari haknya sebagai pengguna serta bertindak dengan bijaksana
dalam menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan dengan jual-beli. pengguna perlu bijak
untuk membeli barangan dari kedai yang menawarkan harga yang lebih murah daripada
kedai lain.

Membeli-belah pula merupakan kegiatan di mana pelanggan menyemak imbas barang-


barang atau perkhidmatan yang tersedia dikemukakan oleh satu atau lebih perniagaan
yang memperdagangkan atau menjual barangan, yakni kedai atau peruncit,dengan niat
untuk membeli pilihan yang sesuai daripada mereka. Dalam beberapa konteks ia boleh
dianggap sebagai kegiatan santai dan juga kegiatan ekonomi.

1
031223-10-2357

Menurut sumber Kamus Dewan Pustaka Edisi (2002), istilah pembelian membawa
maksud pengeluaran wang untuk membayar atau membeli barangan atau perkhidmatan.
Pembelian dapat dibahagikan kepada dua iaitu pembelian untuk memenuhi keperluan
atau pembelian untuk memenuhi kehendak. Antara contoh pembelian untuk memenuhi
kehendak ialah pembelian makanan, minuman, pakaian, dan tempat tinggal. Manakala,
contoh pembelian yang dilakukan untuk memenuhi kehendak ialah pembelian pakaian
mewah, gajet, makanan mewah dan sebagainya.

Maksud makanan dalam makna online oleh Abdul Rahman A Samad mendifinisikan apa
sahaja yang boleh dimakan (seperti nasi, roti, dan lain-lain) rezeki : segala ~ seperti
sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yang mempunyai zat
(vitamin, protein, dll); ~ laut makanan atau hidangan yang bahan utamanya ialah hidupan
laut seperti ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dan sebagainya : restoran ~ laut;
makanan ringan yang tidak begitu mengenyangkan (spt keropok, kacang, dll) yang
dimakan sambil-sambilan ialah makanan ruji utama sehari-hari (seperti beras bagi
penduduk Asia) merupakan makanan segera yang ringkas dan dapat disediakan dengan
cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Pembelian dalam talian telah menyasarkan pelbagai golongan masyarakat tidak


kira muda mahupun tua. Golongan pelajar merupakan salah satu kelompok masyarakat
yang turut tidak terlepas daripada aktiviti pembelian dalam talian ini. Berdasarkan Kamus
Dewan Edisi Keempat (2005) pelajar bermaksud orang yang belajar (seperti murid
sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya). Kebiasaannya istilah pelajar ini digunakan
kepada golongan yang menuntut di pengajian tinggi. Golongan pelajar inilah yang mula
menggunakan medan pembelian makanan dalam talian untuk memudahkan urusan
seharian mereka kerana pembelian makanan dalam talian boleh dilakukan tanpa
kekangan masa mahupun tempat sesuai dengan trend kehidupan pada masa kini yang
memerlukan semua perkara dilakukan dengan cepat dan menyenangkan.

Pembangunan teknologi telah membawa kepada wujudnya medan perhubungan bagi


memudahkan bagi memudahkan urusan jual beli antara pembeli dan penjual. Dengan
adanya aplikasi Food Panda, Grab Food, Happy Fresh dan lain-lain memudahkan lagi
pembelian makanan dalam talian. Pembelian makanan dalam talian menawarkan

2
031223-10-2357

potongan harga atau promosi dan menawarkan pelbagai makanan seperti makanan
ringan, makanan berat, makanan segera dan sebagainya. Perkara ini telah menjadi
popular dalam kalangan para pelajar dan telah menarik minat mereka untuk membeli
makanan di internet.

Sebagai pengguna yang bijak, pengguna seharusnya menyenaraikan barangan yang perlu
dibeli terlebih dahulu sebelum mula bergerak ke kedai. Dalam dunia tanpa sempadan ini,
proses pembelian menjadi mudah dengan wujudnya aplikasi-aplikasi atas talian yang
membolehkan kita membandingkan harga tanpa perlu meninggalkan tempat duduk kita.
Misalnya, aplikasi 'Trivago' merupakan contoh yang relevan kerana aplikasi tersebut
sudah pun membandingkan harga hotel untuk pengguna aplikasi tersebut dan disertakan
juga ulasan-ulasan daripada pengguna lain tentang sesebuah hotel. Maka, pengguna boleh
membuat pilihan yang bijak bagi mendapatkan hotel yang ideal dengan harga yang
terendah. Di samping membuat pembelian barang atas talian, masyarakat juga
dinasihatkan supaya kembali ke cara lama dengan membeli barang secara terus di kedai.
Oleh itu, pengguna bukan sahaja dapat membandingkan harga malah kualiti suatu
barangan juga dapat dijamin. Adalah lebih baik untuk membeli sesuatu barangan yang
mahal tetapi dapat digunakan untuk tempoh masa yang lama sekali gus menjimatkan kos
dan masa berulang-alik membeli barangan baharu

Rasional kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti faktor dan amalan pelajar
berbelanja dengan bijak. Amalan pengguna bijak dalam kalangan para pelajar adalah
dengan membuat perbandingan harga, membeli barangan semasa promosi, merancang
pembelian dan sebagainya. Amalan berbelanja bijak ini merupakan amalan membeli
barangan keperluan terlebih dahulu berbanding barang kehendak. Amalan ini memainkan
peranan penting dalam kehidupan seharian dan membolehkan seseorang itu mempunyai
duit yang lebih untuk menabung.

Kesimpulannya, pembelian makanan dalam talian sememangnya menjadi trend pada


masa kini kerana ianya mampu menawarkan pelbagai jenis makanan yang menepati gaya
hidup yang sihat. Terdapat banyak kelebihan yang menyenangkan pengguna namun
dalam masa yang sama pembelian makanan dalam talian juga mempunyai keburukannya
yang tersendiri.

3
031223-10-2357

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah suatu matlamat dan hala tuju yang ingin dicapai oleh pengkaji
dalam melaksanakan kajian ini. Bagi pengkaji, kajian yang tidak mempunyai objektif
adalah kajian yang tidak ada hala tujunya dalam menjalankan kajian. Pengkaji
menjalankan kajian ini bersandarkan kepada dua objektif iaitu:

2.1 Mengenal pasti amalan pengguna bijak dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam
di SAMTTAR, Sungai Manggis.

2.2 Mengkaji faktor-faktor yang mendorong para pelajar Tingkatan Enam di


SAMTTAR, Sungai Manggis dalam membeli barangan secara bijak.

4
031223-10-2357

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Peta 1: Peta Negeri Selangor

Merupakan salah sebuah negeri daripada tiga belas negeri yang membentuk
Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan
mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Negeri ini juga
bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan
dan Selat Melaka di sebelah barat. Ibu negara Selangor adalah Shah Alam dan ibu
kotanya adalah Klang, manakala Kajang adalah bandar terbesar. Petaling Jaya dan
Subang Jaya menerima status bandar pada tahun 2006 dan 2019. Selangor adalah salah
satu daripada empat negeri Malaysia yang mengandungi lebih daripada satu bandar
dengan status bandar rasmi. Negeri Selangor mempunyai ekonomi terbesar di Malaysia
dari segi produk domestik kasar (KDNK), dengan RM 239.968 bilion pada tahun 2015,
yang terdiri daripada 22.60% daripada KDNK negara. Ia adalah negara yang paling maju
di Malaysia; Ia mempunyai infrastruktur yang baik seperti lebuh raya dan pengangkutan,
dan mempunyai penduduk terbesar di Malaysia, taraf hidup yang tinggi dan kadar
kemiskinan yang paling rendah di negara ini.

Peta 1: Peta Negeri Selangor

Sumber: https://www.google.com/maps

5
031223-10-2357

3.2 Peta 2: Peta Daerah Kuala Langat

Kuala Langat adalah salah satu dari sembilan daerah di Selangor, Malaysia. Ia
bersempadan dengan daerah Klang dan Sepang. Sebahagian daerah Kuala Langat terletak
di persisiran Selat Melaka. Pembangunan pesat kawasan seperti Putrajaya dan Lapangan
Terbang KLIA telah meletakkan daerah ini kawasan yang strategik untuk pelaburan. Di
samping itu, daerah ini disokong dengan kemudahan infrastuktur jalan raya yang baik
yang menyambungkan ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam,
Bandar di Raja Klang, Pelabuhan Klang, Putrajaya dan KLIA.

Peta 2: Peta Daerah Kuala Langat

Sumber: https://www.google.com/maps

3.3 Peta 3: Peta Sungai Manggis


6
031223-10-2357

Kampung Sungai Manggis ialah sebuah terletak di Banting, Selangor, Malaysia.


Kebanyakkan penduduk di sini berketurunan Jawa di mana nenek moyang mereka
berhijrah dari pulau Jawa, Indonesia. Di sini terdapat sebuah Gedung Ilmu Agama yang
melahirkan banyak ilmuan agama yang bertugas di Jabatan-Jabatan Kerajaan seluruh
Malaysia, apa yang menariknya majoritinya adalah mereka yang berketurunan Jawa.
Gedung ilmu yang dimaksudkan ialah Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Sungai
Manggis. Kini, Sekolah Menengah Agama Sungai Manggis menjadi tumpuan pelajar-
pelajar dalam bidang agama Islam hingga ke Tingkatan 6 Atas.

Peta 3: Peta Sungai Manggis


Sumber: https://www.google.com/maps

4.0 METADOLOGI

7
031223-10-2357

Menurut Sabitah Marican (2009), dan Ahmad Ismail dan Mohd Nor Shahizan Ali
(2014) metadologi merupakan satu kaedah yang digunakan untuk melaksanakan kajian ke
atas subjek kajian tertentu mengikut disiplin yang teratur. Tujuannya adalah untuk
menghasilkan kajian yang baik. Oleh itu, pengkaji sedaya upayanya memanfaatkan teori
penyelidikan tersebut dalam penghasilan kertas projek ini. Menurut Ustaz Kenali,
metadologi penyelidikan merupakan kaedah dan Teknik mereka bentuk, mengumpul data
dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu
kajian (merumuskan apa yang dikaji).

Oleh hal demikian, dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan reka bentuk
kajian, sampel kajian, batasan kajian, instrument kajian dan prosedur analisis data bagi
menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan. Selain itu, metodologi
kajian juga boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian ini dapat dicapai
berdasarkan data sah dan dipercayai.

4.1 Reka Bentuk Kajian

Menurut McMillan dan Schumacher (1984), reka bentuk kajian merujuk kepada
cara penyelidikan mengendali kajian, dan prosedur atau Teknik yang digunakan bagi
menjawab soalan kajian. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan berbentuk deskriptif. Kajian
tinjauan merupakan satu rangka rujuk mengenai perkara-perkara berkaitan dengan
persampelan, pengukuran dan analisis data. Penyelidikan deskriptif merupakan satu jenis
penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku. Kajian
ini adalah untuk mengenal pasti amalan pengguna bijak dalam kalangan pelajar
Tingkatan Enam di SAMTTAR, Sungai Manggis, Banting, Selangor serta mengkaji
faktor-faktor yang mendorong para pelajar Tingkatan Enam di SAMTTAR dalam
membeli barangan secara bijak. Kaedah yang digunakan untuk memperoleh data
terbahagi kepada dua iaitu kuantitatif dan kualitatif. Kuantitatif dijalankan melalui borang
soal selidik dan kualitatif dijalankan melalui temubual dan pemerhatian untuk
memperoleh data yang lebih tepat.

4.2 Instrumen Kajian

8
031223-10-2357

Instrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan oleh penyelidik ketika
menjalankan sesuatu penyelidikan. Instrumen kajian digunakan sebagai asas bagi
memperoleh data seperti mana yang dikehendaki oleh penyelidikan untuk mencapai
objektif kajian. Kaedah yang digunakan untuk memperoleh data adalah kaedah
kuantitatif. Kuantitatif dijalankan melalui borang soal selidik.

4.2.1 Kaedah Soal Selidik

Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan. Ini
merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi
tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Kajian berbentuk soal selidik
adalah salah satu bentuk kajian yang popular digunakan dalam kalangan penyelidik
kerana soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh dirangka dengan
mudah.

Melalui soal selidik maklumat berhubung dengan responden boleh dirahsiakan.


Ini membolehkan responden menjawab soalan soalan berkenaan dengan selesa tanpa rasa
risau atau bimbang. Soalan soal selidik terbahagi kepada dua bahagian, bahagian pertama
mengenai latar belakang responden antara soalan yang terkandung ialah jantina. Soalan
soal selidik lebih tertumpu untuk mendapatkan data tentang latar belakang responden dan
reaksi mereka. Untuk kajian ini, pengkaji telah menyediakan sebanyak 30 borang soal
selidik bagi responden.

4.2.2 Rujukan Kajian

Instrumen rujukan utama yang pengkaji peroleh daripada bahan ilmiah seperti
buku-buku, kamus dan sumber internet yang berkaitan dengan amalan pengguna bijak
yang digunakan terutamanya dalam kalangan pelajar serta faktor-faktor yang mendorong
para pelajar untuk berbelanja dengan bijak semasa membuat pembelian. Sumber rujukan
adalah penting untuk melihat hasil dapatan terdahulu.

4.3 Sampel Kajian

9
031223-10-2357

Persampelan ialah kumpulan manusia, tempat, atau fenomena yang menjadi


sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Pemilihan sampel dalam kajian tinjauan
yang digunakan oleh pengkaji. Pemilihan sampel dalam kajian tinjauan adalah secara
rawak daripada sesuatu populasi yang dikenal pasti. Responden kajian ini terdiri daripada
30 orang pelajar Tingkatan Enam yang menuntut di SAMTTAR, Sungai Manggis,
Banting. Responden terbatas kepada pelajar Tingkatan Enam di SAMTTAR, Sungai
Manggis, Banting dan mengisi boring soal selidik dengan lengkap pada hari kajian
dijalankan. Bagi teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula ialah
menggunakan teknik persampelan rawak mudah di mana dengan menggunakan prosedur
persampelan ini, setiap pelajar Tingkatan Enam di SAMTTAR, Sungai Manggis, Banting
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden. Sampel kajian terdiri
daripada 30 orang pelajar tingkatan enam dan 30 borang soal selidik akan diberikan
kepada mereka secara rawak untuk memperoleh data yang lebih tepat.

4.4 Cara Pengumpulan Data

Data dan maklumat kajian ini telah dikumpul oleh pengkaji dengan menggunakan
dua cara iaitu dokumentasi dan borang soal selidik.

4.4.1 Dokumentasi

Kajian ini telah menggunakan sumber internet sebagai sumber utama untuk
mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan amalan pengguna bijak dalam kalangan
pelajar Tingkatan Enam di SAMTTAR Sungai Manggis, Banting, Selangor.

4.4.2 Soal Selidik

10
031223-10-2357

Borang soal selidik telah direka oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang selari
dan mencapai objektif kajian. Borang soal selidik terbahagi kepada 3 bahagian iaitu
Bahagian A, Bahagian B, dan juga Bahagian C. Borang soal selidik ini telah pengkaji
edarkan secara rawak terhadap responden di kawasan kajian. Terdapat 3 bahagian dalam
borang soal selidik iaitu bahagian A, bahagian B, dan bahagian C. Jawapan bagi setiap
bahagian adalah berbeza. Bahagian A adalah mengenai maklumat diri responden.
Manakala bahagian B pula adalah apakah amalan pengguna bijak dalam kalangan pelajar
Tingkatan Enam di SAMTTAR Sungai Manggis, Banting, Selangor. Dalam bahagian ini
responden perlu menjawab ya atau tidak. Bahagian C pula terdiri daripada soalan
mengenai faktor yang mendorong para perlajar Tingkatan Enam di SAMTTAR Sungai
Manggis, Banting, Selangor untuk berbelanja dengan bijak. Kajian ini menggunakan
skala likert tiga aras iaitu 1 ialah setuju, 2 pula tidak pasti dan 3 menunjukkan tidak
setuju.

4.5 Cara Analisis Data

Pada peringkat akhir kajian ini, telah dijalankan analisis secara deskriptif untuk
menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian untuk menghasilkan laporan kajian.
Data yang telah diperoleh daripada analisis ini meggunakan kekerapan, peratusan, jadual,
graf serta carta. Selain itu, pengkaji juga menganalisis data bagi pernyataan yang
menggunakan skala likert 3 aras seperti berikut

SKALA TANDA ( / )
Setuju
Tidak pasti
Tidak setuju

Di samping itu, analisis secara kualitatif pula dijalankan atas data yang diperoleh
melalui pemerhatian dan rujukan. Maklumat daripada sumber-sumber tersebut ditafsirkan
untuk membuat data kajian.

5.0 DAPATAN KAJIAN

11
031223-10-2357

Pada bahagian ini, pengkaji akan mendatangkan keputusan analisis data yang diperoleh.
Pengkaji telah memperoleh data melalui maklum balas responden melalui edaran borang
soal selidik, kajian lapangan, kajian lepas dan kajian internet.

Jadual 2 menunjukkan pecahan 36 orang responden yang merupakan pelajar


Tingkatan Enam di SAMTTAR Sungai Manggis, Banting, Selangor yang telah menjawab
borang soal selidik yang diedarkan.

BI FAKTOR KATEGORI KEKERAPAN PERATUS


L (%)
1. JANTINA LELAKI 20 58.0
PEREMPUAN 15 42.0

Jadual 1: Latar Belakang Responden


Sumber: Barang Soal Selidik dan Kajian Lapangan 2022

5.1 Latar Belakang Responden

12
031223-10-2357

Jantina

42%

58%

Lelaki Perempuan

Graf 1: Latar Belakang Responden Mengikut Jantina


Sumber: Borang Soal Selidik dan Kajian Lapangan 2022

Responden kajian ini terdiri daripada 36 orang pelajar Tingkatan Enam di SAMTTAR
Sungai Manggis. Pada pendapat pengkaji, faktor jantina tidak mempengaruhi data
keputusan ini kerana tiada perbezaan pendapat yang terlalu ketara. Berdasarkan graf ini,
lelaki lebih mengetahui mengenai perbelanjaan pengguna bijak berbanding perempuan.
Hal ini kerana, lelaki lebih ramai memikirkan masalah perbelanjaan berbanding
perempuan.

5.2 Amalan Pengguna Bijak Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Enam di


SAMTTAR, Sungai Manggis, Banting

13
031223-10-2357

PERKARA YA TIDAK
BIL (%) BIL (%)
S1 Membuat perbandingan harga 36 100.0 0 0.0

S2 Membeli barangan yang berkualiti 36 100.0 0 0.0


dengan membuat perbandingan
dengan barang yang sama dan jenama
yang berbeza

S3 Menyenaraikan barangan yang hendak 32 89.0 4 11.0


dibeli

S4 Membuat pembelian secara pukal 24 67.0 12 33.0

S5 Mengelakkan pembelian secara 36 100.0 0 0.0


hutang

S6 Mengutamakan barangan keperluan 35 97.0 1 3.0


daripada barangan kehendak

S7 Periksa terma pembelian 32 89.0 4 11.0

Jadual 2: Amalan Pengguna Bijak


Sumber: Borang Soal Selidik 2022

Jadual 2 menunjukkan amalan berbelanja secara bijak dalam kalangan pelajar Tingkatan
Enam di SAMTTAR, Sungai Manggis dan jumlah responden serta jumlah peratusan yang

14
031223-10-2357

diperoleh melalui kaedah borang soal selidik. Berdasarkan jadual tersebut, mengelakkan
pembelian secara hutang memperoleh peratusan yang tertinggi manakala membuat
pembelian secara pukal memperoleh peratusan yang terendah.

Membuat perbandingan harga

100%

Ya Tidak

Graf 2: Membuat Perbandingan Harga


Sumber: Borang Soal Selidik dan Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan carta diatas berkaitan membuat perbandingan harga menunjukkan 36


orang responden (100.0%) memilih setuju. Hal ini kerana, dengan membuat
perbandingan harga mampu menjimatkan wang. Kenyataan ini dapat menunjukkan
premis yang terbaik atau murah sebelum berbelanja. Mengikut pemerhatian pengkaji
juga, dapatan ini sangat benar kerana kebiasaan membuat perbandingan harga dapat
menjimatkan peruntukan pembelanjaan semasa membeli.

15
031223-10-2357

Membeli barangan yang berkualiti dengan mem-


buat perbandingan dengan barang yang sama dan
jenama yang berbeza

100%

Ya Tidak

Graf 3: Membeli Barangan Yang Berkualiti Dengan Membuat Perbandingan Barang


Yang Sama Dan Jenama Yang Berbeza
Sumber: Borang Soal Selidik dan Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan carta di atas, tiada seorang responden yang memilih kategori tidak
setuju dengan kenyataan ini. Namun, kesemua responden memilih setuju (100%) dengan
kenyataan ini kerana membeli barangan yang berkualiti dengan membuat perbandingan
dengan barang yang sama dan jenama yang berbeza adalah lebih terjamin. Mengikut
pemerhatian pengkaji juga, dapatan ini benar kerana kebiasaan membeli barangan yang
berkualiti akan lebih tahan lama dan terjamin. Kenyataan ini disokong oleh Afiq Ariffin
pada tahun 24 november 2019 (Astroawani, 2019) menyatakan harga yang mahal tidak
memberi jaminan bahawa sesuatu produk itu berkualiti.

16
031223-10-2357

Menyenaraikan barangan yang hendak dibeli


3%

97%

Ya Tidak

Graf 4: Menyenaraikan Barangan Yang Hendak Dibeli


Sumber: Borang Soal Selidik dan Kajian Lapangan 2022

Carta diatas menunjukkan menyenaraikan barangan yang hendak dibeli. Seramai


32 orang responden (97.0%) yang memilih kategori setuju dan 1 orang responden (3.0%)
yang memilih kategori tidak setuju dengan kenyataan ini. Berdasarkan kenyataan ini,
menyenaraikan barangan yang hendak dibeli mampu menjimatkan masa dan wang. Oleh
itu, aspek ini dapat mengelakkan diri daripada membeli barangan yang tidak diperlukan.
Dapatan ini menunjukkan, menyenaraikan barangan amatlah terjaga dan dapat
mengehadkan pembelanjaan. Dapatan ini disokong oleh Syarifah Dayana Syed Bakri
(Metro Harian, 23 September 2015), Beliau berkata “Sebenarnya, menyenaraikan
barangan semasa membeli mampu membantu peruntukan pembelanjaan harian.”

17
031223-10-2357

Membuat pembelian secara pukal

33%

67%

Ya Tidak

Graf 5: Membuat Pembelian Secara Pukal


Sumber: Borang Soal Selidik dan Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati bahawa seramai 24 orang responden


(67.0%) setuju bahawa amalan pengguna bijak adalah membuat pembelian secara pukal
manakala seramai 12 orang responden (33.0%) tidak setuju. Hal ini kerana, ramai orang
yang mementingkan peruntukan pembelanjaan sebagai contoh tidak membazir semasa
membeli barangan. Dapatan ini menunjukkan, cara utama bagi responden bagi membuat
persediaan dengan membeli stok makanan secara pukal semasa susulan PKP. Dapatan ini
disokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato
Haji Rosol Haji Wahid (Sinar Harian 29 May 2021). Beliau berkata pembelian secara
pukal adalah sangat bagus untuk membuat persediaan awal dengan membeli pelbagai
makanan dan barangan kerana harganya akan lebih murah.

18
031223-10-2357

Mengelakkan pembelian secara hutang


3%

97%

Ya Tidak

Graf 6: Mengelakkan Pembelian Secara Hutang


Sumber: Borang Soal Selidik dan Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan carta di atas, didapati bahawa seramai 35 orang responden (97.0%)


telah memilih setuju bahawa amalan pengguna bijak adalah dengan mengelakkan
pembelian secara hutang manakala 1 orang memilih tidak setuju dengan kenyataan ini.
Mengikut pemerhatian pengkaji juga, dapatan ini benar kerana kebiasaan mengelakkan
membeli secara hutang akan lebih selamat dan tidak akan terbeban. Dapatan ini
menunjukkan, mengelakkan hutang adalah faktor yang baik semasa musim perayaan
untuk mengurangkan tekanan dan masalah yang dihadapi agar kehidupan lebih selamat.
Kenyataan ini disokong oleh Erda Khursyiah Basir (Media Permata, 1 Jun 2019)
menyatakan secara amnya “Perbelanjaan raya bersifat perbelanjaan boleh jangka dan
boleh dirancang”. Ini dapat menetapkan peruntukan perbelanjaan perayaan yang selesa
tanpa menganggu bajet.

19
031223-10-2357

Mengutamakan barangan keperluan daripada


barangan kehendak
3%

97%

Ya Tidak

Graf 7: Mengutamakan Barangan Keperluan Daripada Barangan Kehendak


Sumber: Borang Soal Selidik dan Kajian Lapangan 2022

“Mengutamakan barang keperluan berbanding barang kehendak adalah lebih bagus”.


Berdasarkan carta di atas, seramai 35 orang responden (97.0%) telah memilih setuju
dengan kenyataan ini manakala 1 orang responden memilih tidak setuju (3.0%) bahawa
amalan pengguna bijak adalah mengutamakan barangan keperluan daripada kehendak.
Mengikut pemerhatian pengkaji juga, dapatan ini sangat benar kerana kebiasaan membeli
barang utama mampu memberikan manfaat kepada kehidupan seharian. Kenyataan ini
disokong oleh Yusmizal Dolah Aling (MetroHarian 21 Februari 2022) menyatakan
“ketepikan kehendak utamakan keperluan” adalah nasihat beliau sekiranya berdepan.
dengan inflasi atau kenaikan harga barang

20
031223-10-2357

Periksa terma pembelian


3%

97%

Ya Tidak

Graf 8: Periksa Terma Pembelian


Sumber: Borang Soal Selidik dan Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan carta diatas berkaitan adalah periksa terma pembelian menunjukkan


responden terbanyak memilih kategori setuju seramai 35 orang (97.0%) manakala hanya
1 orang responden (1.0%) sahaja yang memilih tidak setuju dengan kenyataan ini.
Mengikut pemerhatian pengkaji juga, dapatan ini benar kerana kebiasaan untuk
memeriksa terma pembelian lebih selamat. Dapatan ini menunjukkan, periksa terma
pembelian adalah faktor yang baik untuk memilih barangan yang berkualiti dan jangka
masa yang lama. Perkara ini juga dapat mengelakkan pembelian barangan yang haram
dari segi agama. Kenyataan ini disokong oleh Syarifah Dayana Syed Bakri (2015)
mengatakan bahawa pembelian barangan perlu diperiksa terma terlebih dahulu bagi
mengelakkan pengguna membeli barang yang diragui kesuciannya dari sudut agama
islam.

21
031223-10-2357

5.3 Faktor Pelajar Tingkatan Enam Di SAMTTAR, Sungai Manggis Berbelanja


Secara Bijak

SETUJU TIDAK TIDAK


PERNYATAAN PASTI SETUJU
BIL % BI % BIL %
L
S1 Mengelakkan pembaziran dan 35 97.0 1 3.0 0 0.0
pemborosan

S2 Faktor pendapatan 30 83.0 6 17.0 0 0.0

S3 Mengelakkan beban hutang 35 97.0 0 0.0 1 3.0

S4 Untuk menambahkan tabungan 23 64.0 10 28.0 3 8.0

S5 Perubahan gaya hidup 29 81.0 5 14.0 2 6.0

S6 Untuk memastikan barangan yang 33 92.0 3 8.0 0 0.0


dibeli sepadan dengan harga yang
ditawarkan

S7 Kos sara hidup yang tinggi 32 89.0 3 8.0 1 3.0

S8 Mengelakkan daripada sebarang 35 97.0 1 3.0 0 0.0


penipuan
S9 Pola perbelanjaan isi rumah 29 81.0 6 17.0 1 3.0

S10 Kemelesetan ekonomi 35 97.0 1 3.0 0 0.0

Jadual 3: Faktor pelajar Tingkatan Enam di SAMTTAR berbelanja secara bijak.

Sumber: Borang Soal Selidik 2022

22
031223-10-2357

Faktor Berbelanja Secara Bijak


120.0%

100.0%

80.0%

60.0%

40.0%

20.0%

0.0%
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10

Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju

Graf 1:Faktor Berbelanja Secara Bijak

Sumber: Borang Soal Selidik dan Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan kajian yang dijalankan, faktor utama pelajar berbelanja secara bijak
adalah mengelakkan pembaziran dan pemborosan (S1) adalah sebanyak 97.0% dan
selebihnya tidak setuju. Pada pandangan pengkaji, hal ini disebabkan para responden
ingin membuat perbelanjaan yang mencukupi pada masa hadapan. Seterusnya, faktor
pendapatan. Didapati sebanyak 83.0% responden yang memilih setuju dan yang
selebihnya adalah memilih tidak pasti dan tidak setuju. Hal ini kerana, faktor pendapatan
perlu diambil kira sebelum melakukan sesuatu pembelian bagi menentukan bajet yang
sepadan.

Selain itu, mengelakkan beban hutang. Sebanyak 97.0% responden memilih


setuju dengan pernyataan ini manakala yang selebihnya adalah tidak setuju. Mengikut
pemerhatian pengkaji juga, Mengikut pemerhatian pengkaji juga, dapatan ini sangat
benar kerana akan lebih terjamin dan juga keselamatan. Kenyataan ini disokong oleh, Nur
Amirah Abd Rani (Metro Harian 16 May 2022) menyatakan bahawa, “Berbelanjalah

23
031223-10-2357

dengan berhemah atau ukur baju di badan sendiri”. Ini kerana, pengurusan kewangan
amat penting bagi seseorang untuk mengelakkan diri daripada terbabit hutang.

Di samping itu, faktor pengguna bijak yang lain adalah untuk menambahkan
tabungan. Didapati sebanyak 64.0% responden yang memilih setuju dan selebihnya
memilih tidak pasti dan tidak setuju. %). Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa
responden bersetuju dengan kenyataan untuk menambahkan tabungan kerana pelajar
mesti menabung wang simpanan untuk kestabilan kewangan sendiri. Simpanan itu
mampu membantu kita menghadapi perkara yang tidak dijangka untuk masa hadapan.

Kemudian, faktor yang lain adalah perubahan gaya hidup. Majoriti responden
memilih setuju 81.0% dan yang lain memilih tidak pasti dan tidak setuju. Mengikut
pemerhatian pengkaji juga, kenyataan ini sangat benar kerana perubahan gaya hidup
bergantung kepada pendapatan masing masing semasa berbelanja membeli barangan.
Dapatan ini disokong oleh, Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir (Sinar
Harian 6 April 2020) menyatakan bahawa “Rakyat perlu ubah gaya hidup berbelanja” ini
kerana, ketika pendapatan rendah, gaya hidup kita perlu berubah bagi menjalani
kelangsungan hidup dengan ekonomi negara dilanda wabak Covid-19.

Faktor yang seterusnya adalah untuk memastikan barangan yang dibeli sepadan
dengan harga yang ditawarkan. Didapati sebanyak 92.0% memilih setuju dan yang lain
memilih tidak pasti. Berdasarkan pandangan pengkaji, barangan yang dibeli perlulah
sepadan dengan harga yang ditawarkan agar tidak berlaku ketidakpuas hatian kedua belah
pihak. Bagi melanjutkan perbincangan, faktor pengguna bijak yang seterusnya adalah kos
sara hidup yang tinggi. Sebanyak 89.0% yang memilih setuju dan selebihnya memilih
tidak pasti dan tidak setuju. Menurut pengkaji, hal ini adalah benar kerana menurut Ahli
Jawatankuasa Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil menyifatkan
tekanan kos sara hidup semakin meninggi di Malaysia dan impaknya lebih teruk dalam
kalangan rakyat B40. 

Faktor yang seturusnya adalah untuk mengelakkan daripada sebarang penipuan.


Didapati bahawa sebanyak 97.0% responden memilih setuju dan yang lain memilih tidak
pasti. Kajian mendapati bahawa rakyat negara ini yang menjadi mangsa kes penipuan
scammer dilihat semakin membimbangkan. Bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini

24
031223-10-2357

saja, data Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukti Aman menunjukkan 5,078
kes penipuan dalam talian dilaporkan di seluruh negara.

Seterusnya, pola perbelanjaan isi rumah. Didapati bahawa sebanyak 81.0%


responden yang memilih setuju dan selebihnya memilih tidak pasti dan tidak setuju.
Menurut mengkaji, hal ini adalah benar kerana pendedahan pakar ekonomi berhubung
perbelanjaan penggunaan isi rumah rakyat Malaysia yang mencecah 70 peratus
menunjukkan bahawa masalah kos sara hidup semakin kritikal dan meningkat di negara
ini (Sinar Harian 05 Jun 2022). Akhir sekali, kemelesetan ekonomi. Pengkaji mendapati
bahawa sebanyak 97.0% memilih setuju dan selebihnya memilih tidak pasti. Ahli
Ekonomi yang juga bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia
(MIER), Profesor Emeritus Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid, berkata Malaysia turut
merasai impak kewangan global itu berikutan kedudukan dan kebergantungan negara
kepada perdagangan antarabangsa (Berita Harian 14 Jun 2022).

25
031223-10-2357

Mengelakkan pembaziran dan pemborosan

3%

97%

Setuju Tidak pasti Tidak setuju

Carta 1: Mengelakkan Pembaziran dan Pemborosan

Sumber: Borang Soal Selidik dan Kajian Lapangan 2022

Berkenaan soalan pertama mengenai faktor berbelanja dengan bijak iaitu


mengelakkan pembaziran dan pemborosan. Seramai 35 orang responden (97.0%)
memilih setuju bahawa faktor berbelanja secara bijak adalah mengelakkan pembaziran
dan pemborosan manakala 1 orang responden (3.0%) tidak pasti dengan kenyataan ini.
Mengikut pemerhatian pengkaji juga, dapatan ini sangat benar kerana dapat
mengehadkan perbelanjaan semasa membeli. Dapatan ini menunjukkan, mengelakkan
pembaziran dan pemborosan merupakan faktor utama bagi responden dalam tidak
membazir ketika membeli. Dapatan ini disokong oleh, Jeniri Amir (Berita Harian 10
Januari 2016) menyatakan secara amnya ketika ekonomi kurang baik dinasihati supaya
sentiasa berhemat berbelanja. Jika kita boros, kemungkinan kita akan terjerumus ke
dalam masalah besar. Hal ini dikatakan kerana, Berpada-pada ketika berbelanja.

26
031223-10-2357

Untuk menambahkan tabungan

8%
Setuju
Tidak pasti
28% Tidak setuju

64%

Carta 2: Untuk Menambahkan Tabungan

Sumber: Borang Soal Selidik dan Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan soalan diatas, menunjukkan faktor-faktor pelajar Tingkatan Enam di


SAMTTAR, Sungai Manggis berbelanja dengan bijak iaitu untuk menambahkan
tabungan. Dapatan ini menunjukkan seramai 16 orang responden (24.0%) memilih setuju
dan seramai 10 orang responden (28.0%) tidak pasti dengan kenyataan ini manakala
terdapat seramai 3 (8.0%) memilih tidak setuju dengan kenyataan ini. Dapatan ini jelas
menunjukkan bahawa ramai responden yang bersetuju dengan kenyataan untuk
menambahkan tabungan kerana pelajar perlu menabung wang simpanan untuk kestabilan
kewangan sendiri. Simpanan itu mampu membantu kita menghadapi perkara yang tidak
dijangka untuk masa hadapan.

27
031223-10-2357

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Berdasarkan kesuluruhuan, tajuk kajian yang dijalankan ialah amalan pengguna


bijak dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Agama Menengah Tinggi
Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis, Banting, Selangor. Amalan ini perlu
diserapkan ke dalam masyarakat terutamanya dalam kalangan pelajar. Justeru itu, para
pelajar perlulah mengamalkan amalan pengguna bijak ketika berbelanja bagi memperoleh
simpanan yang mencukupi pada masa hadapan. Kajian ini mengemukakan data bagi
objektif kajian.

Hasil kajian yang didapati adalah melalui kaedah dokumentasi dan soal selidik.
Kaedah dokumentasi yang pengkaji peroleh adalah bersumberkan daripada bahan ilmiah
seperti buku-buku, kamus dan sumber internet yang berkaitan dengan amalan pengguna
bijak. Kaedah soal selidik pula adalah dengan mengedarkan borang soal selidik kepada
beberapa orang responden yang merangkumi dua bahagian iaitu bahagian pertama
tentang latar belakang responden dan bahagian kedua tentang keputusan responden
terhadap kajian. Dapatan kajian tentang latar belakang responden kajian lapangan
mengikut jantina kebanyakannya adalah lelaki (58.0%).

Bahagian kedua borang tentang keputusan responden terbahagi kepada dua iaitu
keputusan objektif pertama dan keputusan objektif kedua. Objektif pertama ialah
mengenal pasti amalan pengguna bijak dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di
SAMTTAR, Sungai Manggis. Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati majoriti
pelajar akan membuat perbandingan harga, membeli barangan yang berkualiti dengan
membuat perbandingan dengan barang yang sama dan jenama yang berbeza serta
menyenaraikan barangan yang hendak dibeli sebelum membeli barang.

Objektif kedua pula ialah mengkaji faktor-faktor yang mendorong para pelajar
Tingkatan Enam di SAMTTAR, Sungai Manggis dalam membeli barangan secara bijak.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati majoriti responden memilih
mengelakkan pembaziran dan pemborosan, mengelakkan daripada sebarang penipuan
dan kemelesetan ekonomi merupakan faktor-faktor utama yang mendorong mereka
berbelanja secara bijak. Di samping itu, pengkaji mendapati, masih ramai pelajar
Tingkatan Enam di SAMTTAR, Sungai Manggis yang mengamalkan amalan pengguna

28
031223-10-2357

bijak. Pengkaji juga mendapati terdapat banyak amalan pengguna bijak yang diamalkan
oleh pelajar Tingkatan Enam di SAMTTAR, Sungai Manggis.

Konklusinya, hasil daripada kajian yang telah dijalan kan oleh pengkaji, pengkaji
mendapati bahawa amalan pengguna bijak ini perlu diamalkan oleh setiap masyarakat
terutamanya dalam kalangan pelajar bagi menjamin masa hadapan setiap individu.
Amalan pengguna bijak ini juga memberi kesan kepada ekonomi negara, institusi
pendidikan, instititusi kekeluargaan dan sebagainya. Oleh itu, pengkaji berharap bahawa
setiap individu terutamanya dalam kalangan pelajar mengamalkan amalan pengguna
bijak pada setiap masa agar tidak menyesal pada masa hadapan.

29
031223-10-2357

RUJUKAN

Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi keempat, 2005: Kuala Lumpur.

Zaidi Ismail, Forensik Kewangan, 2019, Galeri Ilmu Sdn. Bhd, Petaling Jaya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2015/09/79499/bijak-berbelanja-banyak-berjimat

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2016/01/112766/jabatan-kerajaan-perlu-hemat-
berbelanja

https://www.hmetro.com.my/authors/nur-amirah-abd-rani

30
031223-10-2357

LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK

Tajuk Kajian:

Amalan berbelanja bijak dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam Sekolah Agama
Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis, Banting, Selangor.

Tuan / Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa calon-calon STPM Penggal 2 (Tahun 2022)


dikehendaki menjalankan satu Kajian Berasaskan Sekolah / Kerja Kursus Mata Pelajaran
Pengajian Am berkaitan tajuk diatas.

Tuan / Puan telah dikenal pasti sebagai responden dalam kajian ini. Pandangan dan
maklumat yang ikhlas yang tuan / puan berikan adalah penting dan relevan serta sangat
dihargai dalam memenuhi objektif kajian.

Sehubungan dengan itu, tuan / puan diminta memberi kerjasama dalam


menjalankan kajian ini. Maklumat yang tuan / puan berikan adalah SULIT dan akan
digunakan untuk keperluan kajian ini sahaja.

Sekian, terima kasih.

(AHMAD SYUKRI BIN NOR AZNI)

31
031223-10-2357

PUSAT TINGKATAN ENAM SAMTTAR, SUNGAI MANGGIS, BANTING,


SELANGOR

BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN

Sila tanda (√) dalam ruangan yang disediakan.


 
1. Jantina

Lelaki

Perempuan

32
031223-10-2357

BAHAGIAN B : Apakah amalan pengguna bijak dalam kalangan pelajar


Tingkatan Enam di SAMTTAR, Sungai Manggis, Banting,
Selangor

ARAHAN: Sila tanda (√) pada petak atau ruang yang disediakan. Anda boleh tanda
satu untuk menunjukkan amalan pengguna bijak mengikut skala di bawah :

Skala 1=Ya

2=Tidak

Tahap Keutamaan

1 2
Bil. Amalan pengguna bijak
Ya Tidak

1. Membuat perbandingan harga

2. Membeli barangan yang berkualiti


dengan membuat perbandingan
dengan barang yang sama dan
jenama yang berbeza

Menyenaraikan barangan yang


3.
hendak dibeli

4. Membuat pembelian secara pukal

5. Mengelakkan pembelian secara


hutang

Mengutamakan barangan keperluan


6.
daripada barangan kehendak

33
031223-10-2357

7. Periksa terma pembelian

BAHAGIAN C: Apakah faktor-faktor yang mendorong para pelajar Tingkatan


Enam di SAMTTAR berbelanja dengan bijak

ARAHAN: Sila tanda (√) pada petak atau ruang yang disediakan.
Anda  hanya  boleh  memberi  satu jawapan bagi setiap soalan yang
dikemukakan untuk menunjukkan faktor-faktor berbelanja dengan bijak
mengikut skala di bawah :

Tahap setujuan

Bil. Faktor-faktor berbelanja dengan bijak 1 2 3

Tidak Tidak
Setuju
Pasti Setuju

1. Mengelakkan pembaziran dan pemborosan

2. Faktor pendapatan

3. Mengelakkan beban hutang

4. Untuk menambah tabungan

5. Perubahan gaya hidup

34
031223-10-2357

Untuk memastikan barangan yang dibeli


6.
sepadan dengan harga yang ditawarkan

7. Kos sara hidup yang tinggi

8. Mengelakkan daripada sebarang penipuan

9. Pola perbelanjaan isi rumah

10. Kemelesetan ekonomi

RIBUAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA RESPONDEN YANG

TELAH MEMBERIKAN

KERJASAMA DALAM MENJAWAB SOAL SELIDIK INI.

35
031223-10-2357

36

Anda mungkin juga menyukai